Jadikan HALAL Pilihan Utama Anda Melalui Kempen Inisiatif Bajet 2022

Jadikan HALAL Pilihan Utama Anda Melalui Kempen Inisiatif Bajet 2022 - Tak kira di Malaysia atau di mana sahaja, HALAL merupakan aspek penting dalam pemakanan, minuman dan bahan mentah untuk orang Islam. Untuk meningkatkan kesedaran umum, pihak Halal Development Corporation Berhad (HDC) melancarkan kempen “Jadikan Halal Pilihan Utama Anda”. Ini merupakan satu program di bawah Inisiatif Bajet 2022 yang dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia baru-baru ini.

Jadikan HALAL Pilihan Utama Anda Melalui Kempen Inisiatif Bajet 2022

Jadikan HALAL Pilihan Utama Anda Melalui Kempen Inisiatif Bajet 2022


Kempen Jadikan HALAL Pilihan Utama Anda Melalui Inisiatif Bajet 2022. Melibatkan sejumlah 500 usahawan halal terpilih dari sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk menyertai kempen anjuran Halal Development Corporation Berhad (HDC). 

Kempen ini adalah kerjasama daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui agensinya iaitu HDC dan juga Kementerian Kewangan (MOF) menerusi Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA).

Di mana, matlamat kempen ini adalah untuk membantu melonjakkan pertumbuhan industri Halal ke tahap yang lebih tinggi, dengan menyasarkan peningkatan penjualan purata syarikat halal PMKS yang difasilitasi antara 20%-30% sepanjang tempoh kempen dari April hingga Julai 2022.

2 KATEGORI KEMPEN 'Jadikan Halal Pilihan Utama Anda'





Antara 2 jenis Kempen Jadikan HALAL Pilihan Utama Anda Melalui Inisiatif Bajet 2022 adalah :-

1. Peningkatan Kebolehpasaran Produk Halal PMKS di pasaraya-pasaraya besar.

Demi melaksanakan kempen dalam kategori ini, HDC telah bekerjasama dengan dua pasaraya besar di Malaysia, iaitu Lulu International Group dan Lotus's Store (Malaysia) Sdn. Bhd dengan menempatkan produk Halal PMKS di kedua-dua pasaraya ini sejak 22 April (di semua cawangan pasaraya Lulu) dan 28 April (di semua cawangan Lotus's) yang lalu.

Setakat tarikh hari ini, pasaraya Lulu sudah menempatkan sekitar 77 syarikat PMKS Halal dengan jumlah produk mencecah 1000 SKU. Pihak pasaraya Lulu menjangkakan peningkatan penglibatan sehingga 150 syarikat PMKS Halal sebelum kempen ini tamat.

2. Program Penjenamaan Digital Produk Halal PMKS
Penjenamaan digital bermaksud mewujudkan penjenamaan secara atas talian bagi syarikat Halal PMKS terpilih dan kerjasama ini dijalinkan bersama Food Panda Malaysia, sebuah e-commerce yang terkenal bermula 1 Jun hingga 31 Julai 2022.

Kempen Jadikan HALAL Pilihan Utama Anda Melalui Inisiatif Bajet 2022, secara tidak langsung ianya membantu meningkatkan kompetensi dan jualan produk halal pengusaha kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas semasa pandemik Covid 19 dan memperkukuh jenama Halal Malaysia dan promosi bersasar melalui kerjasama dengan rakan strategik HDC iaitu Lulu’s Hypermarkets, Lotus’s, dan FoodPanda.


Kempen Jadikan HALAL Pilihan Utama Anda Melalui Inisiatif Bajet 2022 di Lulu Hypermarkets.

Jika korang ada ke LuLu Hypermarkets, korang akan nampak papan tanda untuk Kempen Jadikan HALAL Pilihan Utama Anda Melalui Inisiatif Bajet 2022.

Jadikan HALAL Pilihan Utama Anda Melalui Kempen Inisiatif Bajet 2022

Terdapat banyak produk IKS di LuLu Hypermarkets yang mempunyai pensijilan HALAL.

Jadikan HALAL Pilihan Utama Anda Melalui Kempen Inisiatif Bajet 2022

Kesemua produk-produk IKS ini setanding jenama antarabangsa 

Jadikan HALAL Pilihan Utama Anda Melalui Kempen Inisiatif Bajet 2022


Jadikan HALAL Pilihan Utama Anda Melalui Kempen Inisiatif Bajet 2022

Jadikan HALAL Pilihan Utama Anda Melalui Kempen Inisiatif Bajet 2022

Sijil HALAL amat penting untuk tujuan eksport juga. Dengan adanya HALAL, Malaysia mempunyai peningkatan sebanyak 19% bagi tahun 2021. Ini menunjukkan kebolehan industri Halal Malaysia untuk menembusi pasaran antarabangsa dan bersaing dengan industri Halal di luar negara.


Jadikan HALAL Pilihan Utama Anda Melalui Kempen Inisiatif Bajet 2022



Jadikan HALAL Pilihan Utama Anda Melalui Kempen Inisiatif Bajet 2022

Jadikan HALAL Pilihan Utama Anda Melalui Kempen Inisiatif Bajet 2022


Jom semua kita sokong Jadikan HALAL Pilihan Utama Anda Melalui Kempen Inisiatif Bajet 2022 selain membantu meningkatkan jualan syarikat PMKS Halal Malaysia sekaligus kita juga menjana ekonomi negara.
2 comments on "Jadikan HALAL Pilihan Utama Anda Melalui Kempen Inisiatif Bajet 2022"
  1. Mencari yang halal itu kan fardhu. Sama juga di kedai makan, pakaian, atau apa saja dalam kehidupan kita. kan...

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com