AIR FORCE THE MOVIE review daripada Mejar Mohd Fitri

AIR FORCE THE MOVIE review daripada Mejar Mohd Fitri - Memang plan nak tengok movie AIR FORCE THE MOVIE, tapi belum ada masa yang sesuai. Nampak gayanya, nak kena tengok cepat setelah baca review dari Mejar Mohd Fitri ini.

AIR FORCE THE MOVIE review daripada Mejar Mohd Fitri



AIR FORCE THE MOVIE review daripada Mejar Mohd Fitri


Jom baca AIR FORCE THE MOVIE review daripada Mejar Mohd Fitri.

Alhamdulillah, saya baru keluar tonton filem terbaru ini. 5 pendapat saya :-


1) Jalan cerita yang ringkas, senang difahami. Aset-aset TUDM ditunjuk dengan baik dan realistik. Tahniah ATM, TUDM, PASKAU dan semua yang terlibat.


2) Jatuh juga beberapa titik air mata saya ketika tonton beberapa babak filem ini. Yang ini, anda kena tonton sendiri babak-babaknya. (Lejen memang Lejen)


3) Kepada peminat filem kombat/filem aksi, saya boleh simpulkan filem Air Force The Movie ini ialah versi Malaysia untuk gabungan filem Tears Of The Sun + Behind Enemy Lines + Top Gun.. (Tetapi kita tidak boleh menyamakan level dengan filem-filem itu, kerana bajet yang jauh berbeza). Walaupun bajet tidak tinggi, filem Air Force The Movie ini masih cukup memenuhi selera anda. Insya Allah, puas hati.


4) Kepada kerajaan Malaysia. Berhenti bermain-main dengan bajet pertahanan untuk Angkatan Tentera kita. Penuhi keperluan ikut cadangan dan program yang diberi oleh tentera kita lebih-lebih lagi untuk Tentera Udara dan Tentera Laut. Mohon rakyat menyokong kuat penambah-baikan untuk aset-aset tentera kita.


5) Saya cadangkan beberapa filem berkualiti keluaran Malaysia ini boleh ditunjukkan di semua sekolah/kolej/universiti, untuk menambahkan rasa patriotik dan cinta kepada negara=
LEFTENAN ADNAN
PASKAL THE MOVIE
GERAN
MAT KILAU
AIR FORCE THE MOVIE

Akhir kata, kepada sahabat dan follower saya semua, saya rekemen filem ini untuk ditonton seisi keluarga.


Kredit : Mejar Mohd Fitri
1 comment on "AIR FORCE THE MOVIE review daripada Mejar Mohd Fitri"
  1. Setuju dengan kata-kata Mejar Fitri tu.... Dan ramai cakap filem ni memang best untuk ditonton. L:eYa pun belum tonton lagi

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com