Neymar Jr Dilantik Duta Jenama Mister Potato

Neymar Jr Dilantik Duta Jenama Mister Potato | Mister Potato merupakan jenama kerepek kentang No.1 di Malaysia yang dikeluarkan oleh MAMEE-Double Decker (M) Sdn Bhd.  Sempena Piala Dunia 2022 yang kini semakin hangat dan dinanti -nantikan ini, Mister Potato memeterai perjanjian dengan NR Sports untuk melantik Neymar da Silva Santos Júnior sebagai duta baru Mister Potato. NR Sports adalah syarikat yang menguruskan imej bintang bola sepak.

Neymar Jr Dilantik Duta Jenama Mister Potato


Neymar Jr Dilantik Duta Jenama Mister Potato


Tahniah di ucapkan kepada Neymar Jr kerana telah dilantik sebagai Duta Jenama Mister Potato Mister Potato.

Neymar Jr, beliau dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak paling berbakat dalam generasinya.Pemain Brazil ini telah dipilih sebagai Pemain Bola Sepak Amerika Selatan Terbaik sebanyak dua kali dan beliau telah membantu pasukannya menjulang 13 kejuaraan sejak ke Paris Saint-Germain pada 2017,termasuk Liga Perancis (Ligue 1) sebanyak empat kali dan Piala Perancis sebanyak tiga kali.

Mister Potato “The Ridiculous Kick”(Penangan Rasa Gila-Gila)bersama Neymar Jr


Kempen ini dilancarkan dengan tema “The Ridiculous Kick”(Penangan Rasa Gila-Gila) selama setahun dengan Neymar Jr sebagai tumpuan utama. 

Mister Potato juga akan melancarkan dua perisa edisi terhad (Hot Salsa dan BBQ Kebab), perisa inspirasi daripada kelazatan makanan Brazil.

Neymar Jr Dilantik Duta Jenama Mister Potato
Mister Potato - Hot Salsa (edisi terhad)

Neymar Jr Dilantik Duta Jenama Mister Potato
Mister Potato - BBQ Kebab (edisi terhad)


Rangkaian Mister Potato termasuk Mister Potato Chips dan Mister Potato Crisps yang boleh didapati di pasaran termasuk: 

Neymar Jr Dilantik Duta Jenama Mister Potato

Mister Potato Crisps 
- Asli, Pedas & Panas, Krim Masam dan Bawang, Tomato, Barbeku dan Keju Madu, Ubi Keledek, Ubi Keledek Jagung Manis

Mister Potato Chips 
- Asli, Pedas & Panas, Barbeku, Tomato, dan Keju Madu

Neymar Jr Dilantik Duta Jenama Mister Potato

Mister Potato Syok Wave Crinkle Cut Chips
Ayam Goreng Berapi, Barbeku dan Seafood 

Rangkaian Mister Potato termasuk Mister Potato Chips dan Mister Potato Crisps. Semua kerepek kentang Mister Potato diperbuat daripada kentang import dan tidak mengandungi kolesterol. Produk-produk jenama ini dijual dalam kanister atau paket. 

Peraduan Mister Potato “Peraduan Snek & Menang” 


Para peminat bola sepak kini berpeluang untuk memenangi percutian ke Qatar, produk PUMA dan hadiah wang tunai bernilai lebih daripada RM138,000. “Peraduan Snek & Menang” berlangsung dari 1 Oktober sehingga 27 November 2022

Neymar Jr Dilantik Duta Jenama Mister Potato



Untuk melayakkan diri untuk menyertai peraduan ini, pengguna perlu membeli produk Mister Potato yang bernilai sekurang-kurangnya RM10

Isikan nama dan nombor, kad pengenalan pada resit pembelian dan hantar menerusi WhatsApp ke +601156881139

Seorang pemenang hadiah utama akan di terbangkan ke Qatar untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak di Qatar dan lawatan ini akan ditanggung sepenuhnya

Dua puluh orang pemenang sagu hati akan menerima wang tunai RM2,000 dan produk PUMA x Neymar Jr .

Manakala, 200 pemenang hadiah mingguan akan menerima wang tunai RM250 setiap seorang . 

Rakan niaga yang menyertai peraduan ini termasuk pasar raya, pasar raya besar, pasar raya mini, e-dagang, kedai stesen minyak dan kedai serbaneka di seluruh negara. 

Jenama kerepek kentang terkemuka Malaysia, Mister Potato ialah pilihan pertama bagi kerepek kentang di Malaysia dan tidak asing dalam usaha menjalin kerjasama pada peringkat global, termasuk kerjasama dengan Manchester United dan Chevrolet, dan juga bintang K-pop Korea Cha Eun-Woo.

Produk Mister Potato boleh didapati dalam paket dan juga kanister dan dijual pada harga RM3.20 dan ke atas. 

Semua produk Mister Potato boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar, pasar mini, kedai serbaneka, stesen petrol dan kedai runcit di seluruh negara, dan juga menerusi gedung rasmi MAMEE di :



Untuk maklumat lanjut, sila layari ke media sosial :

Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com