Translate

Main Ad

Program Guardian Care Kempen Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak

Program Guardian Care Kempen Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak - Baru-baru ini, mummy dapat menghadirkan diri ke Program khidmat masyarakat Guardian untuk bantu kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah kekal sihat.

Guardian Malaysia dalam program khidmat masyarakat , “Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak” yang bertujuan membantu kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah kekal bersih dan kekal sihat.

Program Guardian Care Kempen Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak


Program Guardian Care Kempen Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak

Program Guardian Care Kempen Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak. Sebagai sebahagian daripada initiatif #guardiancares

Program itu akan bermula pada 15 Disember 2022, menyediakan produk penjagaan diri, terutamanya mandian badan untuk kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah.

Anna Ng, Pengarah Pemasaran Jenama, Asia Tenggara, Guardian berkata:

“Di Guardian, kami percaya bahawa setiap orang berhak untuk menjadi bersih dan sihat. Ia adalah hak asasi manusia. Hal ini tidak sepatutnya menjadi satu kemewahan atau keistimewaan, terutamanya bagi kanak-kanak. Kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah terdedah kepada serangan penyakit kerana keluarga mereka tidak mempunyai sumber, lebih-lebih lagi selepas Covid-19, untuk membeli produk kebersihan kerana keutamaan diberikan kepada membeli makanan untuk anak-anak mereka. Kos sara hidup yang semakin meningkat menyukarkan lagi keadaan mereka apabila kita mengambil kira perbelanjaan utama yang lain seperti pengangkutan, pendidikan, sewa, dan pinjaman.

“Namun begitu, kebersihan dan kesihatan kanak-kanak ini tetap perlu dititikberatkan apabila, sebagai contoh, kita melihat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) meningkat 20 kali ganda tahun ini berbanding tahun lalu dan golongan kanak-kanak paling teruk terjejas. Dengan pengalaman kita berdepan dengan Covid-19 baru-baru ini, menjaga kebersihan khususnya kebersihan tangan yang baik kekal sebagai satu langkah yang sangat penting dalam mencegah penyebaran penyakit berjangkit seperti Covid-19.”

“Di samping itu, kami juga percaya bahawa apabila seorang kanak-kanak itu bersih dan harum, ia dapat merangsang keyakinan diri dan meningkatkan kesejahteraan mental.” tambah Ng.

Pelancaran Kempen bersama kanak-kanak Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1


Guardian Care Bersama Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak

Guardian Care Bersama Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak

Sebagai tanda pelancaran kempen itu di Malaysia hari ini, 200 kanak-kanak dari kelas Tahun Satu, Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1, telah menerima

>> 2 botol mandian badan 1 liter dan 100ml
>> patung beruang Guardiancares
>> beg eko #guardiancares
>> poster kebersihan yang menunjukkan cara yang betul untuk membasuh tangan dan badan semasa mandi.


800 murid Tahun Dua hingga Enam menerima
>> satu botol mandian badan 1 liter
>> patung beruang Guardiancares
>> beg eko #guardiancares
>> poster kebersihan yang menunjukkan cara yang betul untuk membasuh tangan dan badan semasa mandi.


Guardian Care Bersama Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak

Pada pelancaran itu, ahli pasukan Guardian juga telah turun padang untuk membantu menyiapkan satu mural yang diilhamkan oleh Haris Rashid di sekolah tersebut yang menggambarkan kepentingan menjaga kesihatan dan kebersihan.

Ng menambah: “Menerusi program ini, kami menyasarkan untuk menyediakan 20 juta mandian untuk kanak-kanak kurang bernasib baik bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara Asia Tenggara yang lain seperti Singapura, Indonesia, Kemboja dan Vietnam.

“Inisiatif ini merupakan program khidmat masyarakat Guardian di seluruh rantau yang meliputi lima negara dimana setiap negara bekerjasama dengan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) tempatan agar sumbangan kami akan sampai kepada kanak-kanak yang dimaksudkan. Di Malaysia, Guardian akan bekerjasama dengan Yayasan Perintis Malaysia yang akan membantu mengedarkan produk mandian dan mengenalpasti penerima kanak-kanak bagi pihak Guardian. Kami akan memfokuskan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah dari keluarga B40 yang tinggal di rumah pangsa dan rumah kos rendah berhampiran sekolah.


Guardian Care Bersama Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak

“Selain itu, untuk setiap satu liter produk mandian Guardian yang dijual di Malaysia, 15 sen akan didermakan kepada golongan kanak-kanak kurang bernasib baik ini. Jadi kami berharao agar pelanggan dapat menyokong usaha khidmat masyarakat kami dengan membeli produk mandian badan Guardian,” ujar Ng.

Inisiatif #guardiancares adalah satu inisiatif yang mampan yang memberi tumpuan terhadap kesihatan pelanggan dan komuniti dimana Guardian beroperasi.

“Kami ingin memberi inspirasi dan memperkasakan pelanggan untuk membuat pilihan yang sihat dan mampan dalam memilih jenama kesihatan dan kecantikan yang mereka yakini di Guardian. Pendek kata, kami mahu pelanggan untuk ‘prihatin’ dengan apa yang mereka beli. Kami percaya kecantikan bermula dari dalam. Dengan memilih untuk prihatin, bersama kita mampu membuat perubahan,” jelas Ng.

Patung beruang Guardiancares akan dijual pada harga RM30 sahaja, di semua stor Guardian di seluruh Malaysia atau secara online di 



Semua hasil jualan patung beruang Guardiancares akan disalurkan ke dana #guardiancares bagi menyokong keperluan penjagaan diri kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.


#guardianmy

Post a Comment

0 Comments