ONE MILLION DOLLAR VOICE PENUH DENGAN DRAMA SEBENAR ?

ONE MILLION DOLLAR VOICE PENUH DENGAN DRAMA SEBENAR ? Tiba-tiba terjebak pulak menonton drama One Million Dollar Voice di ASTRO RIA saluran 104 Astro Ria setiap hari Isnin hingga Khamis

One Million Dollar Voice ialah sebuah siri drama televisyen sebanyak 24 episod arahan Michael Ang yang  diilhamkan daripada kisah-kisah benar serta menyingkap kisah di belakang tabir sebuah rancangan realiti nyanyian 


ONE MILLION DOLLAR VOICE PENUH DENGAN DRAMA SEBENAR



ONE MILLION DOLLAR VOICE PENUH DENGAN DRAMA SEBENAR ? 


Bila ramai yang mengatakan Drama One Million Dollar Voice ini penuh dengan drama . Terus mummy teruja nak menonton dari episod 1 sehingga episod terkini.

Pare pelakon Drama One Million Dollar Voice pun semua best-best. Memang penuh dengan drama dan nampak santai bersahaja !


Pelakon Drama One Million Dollar Voice 


Pelakon dan Watak Drama One Million Dollar Voice  dibintangi oleh Emma Maembong, Amelia Henderson, Ben Amir, Lah Ahmad, Roy Azman, Datin Nina Juren, Sean Lee, Zarul Umbrella, Naufal Azrin, Uriah SK, Neeta Manisha, Bee Aishah, Ezra Kairo, Tracie Sinidol, Layla Sania dan ramai lagi.

Watak Drama One Million Dollar Voice 


Antara Watak Drama One Million Dollar Voice pula dibarisi oleh :-

Emma Maembong sebagai TJ
Amelia Henderson sebagai Zana
Ben Amir sebagai Muhammad Ali
Tracie Sinidol sebagai Aida
Lah Ahmad sebagai Joe
Ezra Kairo sebagai Prabu
Layla Sania sebagai Bella
Roy Azman sebagai Halim
Neeta Manis sebagai Sheila
Uriah See sebagai Felix
Naufal Azrin sebagai Daim
Nina Juren sebagai Mak Aida
Sean Lee sebagai Jason
Afry Wijoyo sebagai Jason Assistant
Zarul Husin sebagai Karim
Farid Amirul sebagai Hung
Maria Farida sebagai Salina
Keanu Azman sebagai Sajad
Melissa Aurellia sebagai Keena
Faizul Syaharin sebagai Sarjan Hassan
Michael Ang sebagai Mike
Nabil Ahmad sebagai Nabil
Elly Mazlein sebagai Kepom
Hafeez Mikail sebagai Jahar
Zarina Zainoordin sebagai Suraya
Ikwan Khairudin sebagai Aslam

Sinopsis Drama One Million Dollar Voice

Sinopsis Drama One Million Dollar Voice ini mengisahkan kru produksi serta para peserta sebuah pertandingan realiti yang suatu ketika dahulu tersohor, tetapi kini kian corot dalam kalangan para penonton. 

Dengan tekanan yang diterima, penerbit, TJ (Emma Maembong), ingin menebus semula maruahnya serta rancangan terbitannya walau apa jua sekalipun.

Siri rantaian ini turut memaparkan motif di sebalik setiap penyertaan peserta yang mendahagakan wang kemenangan sebanyak USD 1 juta. 

Antaranya Ali (Ben Amir) yang ingin melepaskan dirinya daripada genggaman geng lamanya untuk berkahwin dengan wanita pilihannya yang merupakan anak seorang anggota polis. 

Manakala Zana (Amelia Henderson) pula ingin membebaskan dirinya daripada belenggu kisah silamnya sebagai seorang pekerja seks dengan bertekad untuk memenangi wang tunai tersebut. 

Joe (Lah Ahmad) pula ingin melangsaikan hutangnya demi menyelamatkan nyawa isteri dan anaknya.

Bagaimana dengan pengakhiran drama ini , ye? Jomlah kita sama-sama tonton di Astro Ria
Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com