SOFY Cooling Fresh #CoolGilerrr Pop-Up Event

Mummy sejenis cerewet tau untuk sanitary pad (tuala pakai buang untuk haid) atau pantyliner (tuala pakai buang harian). Bila SOFY Cooling Fresh #CoolGilerrr Pop-Up Event ada di Kuala Lumpur.  

Erm..apa lagi? Memang mummy tak lepaskan peluang untuk berjumpa dengan expert di SOFY Cooling Fresh #CoolGilerrr Pop-Up Event Starhill, Kuala Lumpur.

SOFY Cooling Fresh #CoolGilerrr Pop-Up Event


SOFY Cooling Fresh #CoolGilerrr Pop-Up Event


Mummy paling tak suka sanitary pad (tuala pakai buang untuk haid) atau pantyliner (tuala pakai buang harian) yang ada gel. Susah nak basuh darah haid. Huhuhu.. Semasa berlangsungnya SOFY Cooling Fresh #CoolGilerrr Pop-Up Event di Starhill Kuala Lumpur . Mummy memang ambil peluang dan terus boleh bertanyakan tentang produk SOFY Cooling Fresh.

Ya Allah, suka sangat lahaiiiii bila dapat tahu yang SOFY Cooling Fresh ini tak ada gel. Haaa...mummy pun borong lah SOFY Cooling Fresh sanitary pad (tuala pakai buang untuk haid) dan SOFY Cooling Fresh pantyliner (tuala pakai buang harian).

Bukan sekadar dapat penerangan dari expert SOFY Cooling Fresh. Tapi, on top of that, mummy dapat pula diskaun sebab mummy Watson's member. 

SOFY Cooling Fresh #CoolGilerrr Pop-Up Event


Harga SOFY Cooling Fresh Pad dan SOFY Cooling Fresh Pantyliner


Harga SOFY Cooling Fresh sanitary pad (tuala pakai buang untuk haid) dan SOFY Cooling Fresh pantyliner (tuala pakai buang harian) untuk Watson's member sangat murah ye. Lebih 5% juga diskaun Watsons bagi.

Lepas tu, ada extra diskaun RM3 sebab beli barangan SOFY melebihi RM50. Dan tambahan diskaun RM1 sebab beli SOFYColling Fresh.

Total diskaun dalam RM4. Bukan itu je, ada hadiah lagi..mummy dapat kiaps tangan (portable) dan juga wooven bag SOFY.

Berbaloi sungguh dapat ke SOFY Cooling Fresh #CoolGilerrr Pop-Up Event

Tentang SOFY


SOFY, jenama tuala wanita No.1 dari Jepun telah bekerjasama dengan Watsons untuk memperkenalkan kempen #CoolGilerrr untuk membantu para wanita di Malaysia melawan haba haid dengan rangkaian tuala wanita SOFY Cooling Fresh.

Dengan kerjasama peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka di Asia, Watsons, SOFY telah menganjurkan acara pop-up SOFY Cooling Fresh #CoolGilerrr, sebuah acara unik yang disasarkan untuk memperkasakan wanita untuk kekal segar sepanjang hari, tanpa sebarang ketidakselesaan. 

Puan Amanda Wong Yoke Pui, Pengurus Jenama Kanan, SOFY Malaysia & Singapura berkata, "Tuala Wanita SOFY Cooling Fresh adalah sebuah lonjakan ke hadapan untuk keselesaan masa haid. Sejak pelancaran rangkaian tuala wanita Cooling Fresh pada 2018, kami telah terus berusaha untuk menambah-baik produk kami dan memastikan wanita berasa segar, selesa dan yakin dalam setiap aspek kehidupan mereka.  Di SOFY, kami berhasrat untuk memberikan pengalaman yang menyegarkan dan meningkatkan keyakinan wanita, walaupun dalam keadaan cuaca yang paling mencabar."

"Menurut kajian penggunaan dan sikap pengguna tahunan kami, 7 daripada 10 wanita mengalami ruam atau kerengsaan kulit semasa haid. Ini amat ketara di kalangan gadis muda yang cenderung memakai tuala wanita untuk masa yang lebih lama. Rangkaian SOFY Cooling Fresh kami bertujuan untuk menangani masalah ini, terutamanya dengan cuaca Malaysia yang panas, " tambah Cik Amanda lagi.


SOFY Cooling Fresh #CoolGilerrr Pop-Up Event

SOFY Cooling Fresh #CoolGilerrr Pop-Up Event


SOFY dan Watsons Membantu Wanita Semasa Haid


SOFY Bekerjasama dengan Watsons Untuk Membantu Wanita Malaysia Melawan Ketidakselesaan Haid

Jadilah sebahagian daripada acara SOFY Cooling Fresh #CoolGilerrr dari 29 September sehingga 8 Oktober untuk menyaksikan inovasi terkini dari SOFY dan juga aktiviti-aktiviti yang merangsang kelima-lima deria

SOFY Cooling Fresh #CoolGilerrr Pop-Up Event

Acara pop-up itu adalah terbuka untuk orang ramai, dan akan berlangsung di Starhill Kuala Lumpur, dari 29 September sehingga 8 Oktober, 10 pagi sehingga 10 malam. Acara pop-up ini akan merayakan kesihatan dan keselesaan wanita, menampilkan paparan-paparan interaktif dan peluang bari orang ramai untuk mengalami SOFY Cooling Fresh baharu secara langsung.


Produk SOFY® Cooling Fresh


SOFY Cooling Fresh #CoolGilerrr Pop-Up Event

SOFY® Cooling Fresh (Mint) – 5 Jam Pudina Dingin

Dilapik dengan lapisan Cool Mint Sheet, SOFY® Cooling Fresh (Mint) memberikan sehingga 5 Jam Pudina Dingin, yang dapat mengurangkan ruam panas dan memberikan rasa nyaman sehingga waktu untuk menukar tuala.

Ia juga ditambah dengan Minyak Pati Tumbuhan Semulajadi yang dapat mengurangkan bau secara efektif, dan memberikan rasa kesegaran yang berkekalan. Ia juga telah diuji secara hypoallergenic dan dermatologi, supaya selesai untuk semua jenis kulit.


SOFY Cooling Fresh #CoolGilerrr Pop-Up Event

SOFY® Cooling Fresh (Cucumber) – Sejuk dan Sensitif

Disemai dengan Ekstrak Timun Asli, SOFY® Cooling Fresh (Cucumber) akan memberikan sensasi sejuk yang lembut dan membantu mengurangkan rasa tersumbat, walaupun pada jenis kulit sensitif. Ia juga telah diuji secara hypoallergenic dan dermatologi, supaya selesai untuk semua jenis kulit. Rekaan Ultra Slim dengan penyerapan unggul membolehkan wanita menjalani hari mereka dengan penuh keyakinan dan ketenangan fikiran.


Untuk informasi lanjut mengenai SOFY Cooling Fresh, layari :

Laman web rasmi SOFY :  https://my.sofyclub.com/en/home.html 

   #SOFYCoolingFresh #SOFYCoolGilerrr

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post