PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR

Guardian Malaysia adalah peneraju rantaian runcit farmasi, kesihatan dan kecantikan terkemuka di negara itu telah mengukuhkan tawaran perniagaannya menerusi stor konsep unik seluas 7000 kaki persegi ini, memanfaatkan trend kesihatan dan kecantikan global terkini, serta trend pengguna yang sentiasa berubah. Guardian Malaysia menjanjikan pengalaman membeli-belah serba baharu untuk pelanggan.



PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR

PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR

Guardian Melancarkan Stor Premium 


Tahniah kepada Guardian Malaysia di atas pelancaran stor premium utamanya yang serba baharu, tercanggih dan yang terbesar di Asia Tenggara di Pusat Membeli-Belah Mid Valley, Kuala Lumpur. 

PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR

PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR


Promosi Pembukaan Guardian Mid Valley Kuala Lumpur


Sempena pembukaan cawangan premium terbaharu, Guardian Mid Valley Kuala Lumpur mengadakan promosi besar-besaran. Antara Promosi-promosi yang ada di Guardian Mid Valley adalah seperti RM1 untuk satu barangan pada 1 -2 November 2023, kupon diskaun RM5 untuk setiap pembelian, free gifts with purchase, tambahan 5% untuk setiap RM40 ke atas dalam satu resit dan hadiah misteri bernilai RM150 dengan setiap pembelian RM200 ke atas.


PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR

PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR

Susun atur stor utama Guardian yang unik akan menampilkan segmen produk baharu seperti ruangan Clean & Natural Beauty menampilkan produk penjagaan kulit, penjagaan rambut, dan kosmetik yang diformulasi menggunakan bahan selamat, bebas toksik dan mesra alam. Ruangan Tweens menampilkan produk kecantikan yang ceria, berwarna-warni serta selamat digunakan untuk pembeli muda berumur 8 hingga 12 tahun, manakala bahagian Salon-At-Home yang pertama seumpamanya dikuasakan oleh L’Oreal menawarkan pelanggan pengalaman memanjakan diri yang mewah disamping menikmati rangkaian produk penjagaan rambut komprehensif yang disesuaikan mengikut keperluan unik mereka.

Turut dimuatkan adalah ruang Wellness di bahagian Penjagaan Kesihatan yang menumpukan kepada produk keperluan kesihatan dan kecerdasan pelanggan, seperti serbuk protein dan makanan kesihatan.

Stor ini bakal menjadi stor utama Guardian pertama yang dilengkapi fasad berskrin animasi LED, skrin paparan LED digital dinamik dan interaktif di seluruh stor dan dua tiang interaktif khas yang memaparkan maklumat produk interaktif menerusi hologram dan berfungsi sebagai tanda navigasi.


PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR



Menjelaskan stor konsep baharu itu sebagai ‘revolutionary’ dan ‘evolutionary’, Priscilla Wu, Pengarah Urusan, Health and Beauty, Malaysia dan Brunei, berkata:

“Pelanggan Guardian akan menikmati pengalaman membeli-belah yang serba baharu di stor premium utama baharu kami. Ia melambangkan pertumbuhan kukuh dan kejayaan berterusan jenama Guardian di Malaysia dan merupakan bukti komitmen tanpa henti Guardian dalam menawarkan produk kesihatan dan kecantikan terbaik di pasaran pada nilai terbaik kepada pelanggan kami.

“Pelaburan kami dalam stor konsep baharu ini mewujudkan pengalaman membeli-belah yang unggul dan terbaik dalam kelasnya dengan kategori produk baharu yang telah berkembang seiring dengan permintaan dan trend baharu pengguna. Ia akan memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih tersendiri, informatif dan interaktif kepada pelanggan. Kami juga akan memperkenalkan lebih 30 jenama penjagaan kulit dan kosmetik baharu ke stor kami, dengan 20 rangkaian penjagaan kulit dan lebih 10 jenama kosmetik baharu, yang mana kebanyakannya adalah eksklusif untuk Guardian.”

Jenama baharu itu termasuk jenama mandian Tanamera Natural, serta jenama penjagaan rambut eksklusif dari Jepun (Ahalo, Fun Azum, Theratis, Kose Bioless dan Kose Je L’aime) dan Korea (Mise En Scene dan Ryo).


PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR


Konsep Terbaharu Oral B dan Sensodyne


Stor utama berkeluasan 7000 kaki persegi baharu itu juga akan mempamerkan konsep baharu daripada jenama penjagaan mulut, Oral B dan Sensodyne.

Sensodyne akan mempunyai paparan khas di Guardian Mid Valley dan pelanggan akan dapat melihat sendiri bagaimana ubat gigi #1 di Malaysia* dihidupkan menerusi paparan interaktif, memberikan kesedaran tentang sensitiviti gigi. Dengan 71% rakyat Malaysia mengalami gigi sensitif, mereka kini boleh mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana gigi sensitif boleh diatasi dengan varian Sensodyne.

*Berdasarkan Indeks Perkhidmatan Runcit untuk segmen Sensitif dalam kategori Ubat Gigi bagi tempoh 12 bulan berakhir April 2023, untuk Total Malaysia Market. (Hak Cipta © 2023, NIQ.)

Oral B pula akan membawa masuk pusat pengalaman ‘Powered Oral Care’ interaktif pertamanya dimana pelanggan boleh memanfaatkan program sensori untuk menyentuh, merasai dan membandingkan produk di kios digital yang turut menyediakan pendidikan tabiat kesihatan mulut untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.

Untuk memberikan lebih ganjaran kepada pelanggan, untuk tempoh terhad sempena pelancaran stor utama baharu ini, 

Jom datanglah beramai-ramai ke stor utama Guardian di Mid Valley dan alami pengalaman membeli-belah serba baharu di Guardian.


Facebook: @Guardianmy
Instagram: @Guardianmy



Tentang Guardian Malaysia


Guardian Malaysia bermula sebagai sebuah kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, yang menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 56 tahun lalu. Hari ini, ia merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini, dengan lebih 600 buah stor di seluruh negara, menyediakan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya. Setiap tahun, stor-stor kami menyediakan perkhidmatan kepada lebih 30 juta pelanggan di seluruh negara.
Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com