RIZQ ISLAMIC SCHOOL CCA OPEN DAY

Hujung minggu baru ini, Mummy berkesempatan untuk menghadiri ke RizQ Islamic School CCA Open Day. Ini bukanlah pengalaman kali pertama mummy ke RizQ Islamic School, Kajang. Boleh baca pengalaman pertama mummy ke RizQ Islamic School di SINI.

RizQ ISLAMIC SCHOOL CCA OPEN DAY

RizQ ISLAMIC SCHOOL CCA OPEN DAY

RizQ Islamic School Kajang


RizQ Islamic School, Kajang ini terletak tidak jauh dari rumah kami. Kira-kira dalam 15 minit sahaja. Lawatan mummy yang lepas ke RizQ Islamic School, mummy bawa anak bongsu mummy Daim Naufal. Tetapi, untuk kali ini, mummy bawa anak sulung mummy, Dhia Batrisya.

Kesemua anak mummy yang hadir ke sini, minta kami sekolahkan mereka di sini. Mereka sangat teruja dan suka dengan suasana, kaedah pembelajaran dan juga guru-guru di RizQ Islamic School.


RizQ ISLAMIC SCHOOL CCA OPEN DAY

RizQ ISLAMIC SCHOOL CCA OPEN DAY

RizQ Islamic School CCA Open Day


Meriah RizQ Islamic School CCA Open Day kali ini. Ada pelbagai jualan makanan, food truck, buku-buku, pameran STEM & STEAM, pameran robotik dan banyak lagi.

Selain itu, Mummy juga dapat menyaksikan persembahan menarik dari para pelajar RizQ Islamic School. Mereka semua sangat 'talented' dari kelab primary school sehinggalah ke persembahan pre-school RizQ Islamic School.

RIZQ ISLAMIC SCHOOL CCA OPEN DAY

RIZQ ISLAMIC SCHOOL CCA OPEN DAY

RIZQ ISLAMIC SCHOOL CCA OPEN DAY

RIZQ ISLAMIC SCHOOL CCA OPEN DAY

Special Education Needs and Different Ability 


Bagi ibubapa yang mempunyai anak yang 'special' dan perlukan Special Education Needs and Different Ability . RizQ islamic School kini mempunyai program khas Special Education Needs and Different Ability 

RIZQ ISLAMIC SCHOOL CCA OPEN DAY

RIZQ ISLAMIC SCHOOL CCA OPEN DAY

Mummy suka dengan Sekolah RizQ Islamic School ini sebab ianya sangat menarik. Dan, lain dari sekolah lain. Kerana sekolah ini, mempunyai program esklusif khas iaitu Special Education Needs and Different Ability yang akan dibantu oleh pakar terapi yang dikhaskan.
Anak-anak yang mempunyai ADHD, Autism, Down Syndrome dan lain-lain (stage 1) boleh bersama-sama sekelas dengan pelajar yang normal.


RIZQ ISLAMIC SCHOOL CCA OPEN DAY

STEAM DAN STEM


Sekolah ini, bukan sahaja fokus kepada pembelajaran tahfiz semata. Selain tahfiz, RizQ Islamic School ini mempunyai pembelajaran Play Based Learning, Rizq Preschool, Rizq Primary School dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Silibus JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor), Excellence Reading Class (3M)

Yang terbaharu, RizQ Islamic School juga menekankan pembelajaran STEAM dan STEM

STEAM menekankan REKA CIPTA, KREATIVITI dan SENI (termasuk Bahasa, Budaya, Kemanusiaan, Warisan dan Ilmu Kemanusiaan). STEAM bertujuan memastikan pelajar masa hadapan berdaya maju dengan sendiri melalui karya inovatif, kreatif dan berestetika serta mempunyai nilai-nilai kemanusiaan (humanity).

STEM pula, lebih menekankan pembelajaran konsep-konsep asas SAINS, MATEMATIK dan aplikasinya dalam ENGINEERING dan TEKNOLOGI. STEM bertujuan memastikan lebih ramai murid terlibat atau memilih bidang Sains, Teknologi, Matematik, dan Engineering sebagai pengkhususan di peringkat universiti.




RIZQ ISLAMIC SCHOOL CCA OPEN DAY


Seronok,kan sistem pembelajaran di RizQ Islamic School ni? Boleh dikatakan lengkap sekolah ini. Anak-anak tak perlu ke banyak sekolah untuk belajar akademik, agama serta kokurikulum. Hanya hadir ke sebuah sekolah sahaja, semuanya ada !

Untuk maklumat lanjut tentang RizQ Islamic School, boleh terus layari ke https://www.rizq.edu.my/
Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com