KIDZANIA GOODDAY CHARGE SMOOTHIE GYM KANAK-KANAK PERTAMA DI MALAYSIA

Bulan depan, bulan Jun merupakan hari jadi kepada Dzal Aidi Fiqry dan Daim Naufal. Mummy hadiahkan mereka dengan membawa mereka celebrate awal di KidZania Kuala Lumpur.

KidZania Kuala Lumpur terdapat tempat baharu iaitu Goodday Charge Smoothie Gym. Di mana gim ini merupakan gim kanak-kanak pertama di Malaysia.

KIDZANIA GOODDAY CHARGE SMOOTHIE GYM KANAK-KANAK PERTAMA DI MALAYSIA



CERGASKAN DIRI DI KIDZANIA BERSAMA GOODDAY CHARGE DENGAN
SMOOTHIE GYM KANAK-KANAK PERTAMA DI MALAYSIA


Goodday Charge menggalakkan tabiat kesihatan dan pemakanan yang baik melalui pengalaman role-play realistik di KidZania untuk kanak-kanak.


KIDZANIA GOODDAY CHARGE SMOOTHIE GYM KANAK-KANAK PERTAMA DI MALAYSIA

Dari Kiri ke Kanan: Amy Gan (Naib Presiden Pemasaran, Etika) dan Ali Hassan (Datuk Bandar KidZania KL)

Smoothie Gym dari Goodday Rrole-play Realistik KidZania 


Goodday Charge pada hari ini mengumumkan Smoothie Gym untuk Kanak-kanak pertama di Malaysia di KidZania, Kuala Lumpur. Dengan keyakinan bahawa perkembangan sihat untuk kanak-kanak memerlukan pendekatan yang holistik, Smoothie Gym dari Goodday menyokong pengalaman role-play realistik KidZania dengan memperkenalkan elemen kecergasan dan pemakanan sihat sebagai sesuatu yang bermanfaat dalam kehidupan seharian.

KIDZANIA GOODDAY CHARGE SMOOTHIE GYM KANAK-KANAK PERTAMA DI MALAYSIA


Dengan kerjasama bersama KidZania, Smoothie Gym inovatif ini membolehkan kanak-kanak mengayuh basikal, menjana kuasa dinamo pengisar untuk menghasilkan dua smoothie susu yang lazat; Goodday Charge Chocolate Milk Smoothie ATAU Goodday Milk Strawberry Smoothie, dengan menggunakan susu coklat lazat dan bertenaga Goodday Charge, diperkaya dengan Vitamin B dan nutrien penting lain untuk memberi tenaga yang berterusan.


Dalam konteks kehidupan seharian, ini melambangkan seseorang yang membelanjakan gaji mereka untuk keahlian gim, dan memberikan diri sendiri smoothie yang sihat sebagai ganjaran selepas setiap senaman.


Selain memberikan gambaran kehidupan seorang dewasa yang bekerja, Goodday Charge juga berharap pengalaman ini akan mengajar kanak-kanak kebaikan melaburkan wang dan masa untuk memupuk tabiat yang memberikan nilai positif dalam kehidupan mereka.


KIDZANIA GOODDAY CHARGE SMOOTHIE GYM KANAK-KANAK PERTAMA DI MALAYSIA

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan menyatakan falsafah dan motivasi syarikat berkenaan dalam membentuk Smoothie Gym ini. Gan berkata, “Smoothie Gym dari Goodday merupakan gim yang pertama sepertinya di Malaysia, dan akan membantu mempromosikan apa yang kami percaya merupakan gambaran kehidupan seorang dewasa yang sihat. Ia akan mengajar kanak-kanak nilai kerja melalui pemerolehan KidZos, faedah senaman dengan mengayuh untuk membuat smoothie mereka, dan juga ganjaran di penghujung hari yang tidak menjejaskan kesihatan anda.”

Sebagai ibu bapa, kami mahu anak-anak memahami bahawa gaya hidup yang sihat, yang juga merangkumi pemakanan sihat dan senaman, merupakan sesuatu yang penting. Kami menjadikan senaman lebih menyeronokkan dan bermanfaat dengan Smoothie Gym ini. Goodday Charge pasti merupakan rakan kongsi kecergasan yang sangat baik dengan membekalkan khasiat penting, terutamanya Vitamin B, untuk memberikan tenaga yang berterusan.”

KIDZANIA GOODDAY CHARGE SMOOTHIE GYM KANAK-KANAK PERTAMA DI MALAYSIA


Turut berlangsung pada hari ini ialah penyerahan Key To The City oleh Datuk Bandar KidZania, Ali Hassan kepada Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan untuk mengalu-alukan kedatangan Goodday Charge ke bandar mereka sebagai Purpose Partner yang menyediakan aktiviti menarik dan mengajar kemahiran yang boleh digunakan dalam kehidupan sebenar kepada kanak-kanak.

Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur, Ali Hassan berkata, “Kami memuji usaha Goodday Charge pada hari ini yang sejajar dengan nilai teras kami. Dengan penubuhan gim ini, kami berharap ia bukan sahaja dapat membimbing kanak-kanak ke arah masa depan yang lebih baik, tetapi juga dapat mendidik ibu bapa tentang faedah menyediakan pembangunan yang sihat dan seimbang. Kidzania mengalu-alukan semua kanak-kanak untuk datang dan mengalami sendiri Smoothie Gym Goodday yang pertama.”

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Goodday Charge kerana menjadi Purpose Parner kami dan menyertai senarai jenama-jenama terkenal yang terus membawa perubahan dalam kehidupan kanak-kanak. Kami amat teruja untuk melihat lebih banyak inisiatif daripada mereka. Kreativiti dan semangat mereka untuk menggalakkan perkembangan sihat bagi kanak-kanak adalah jelas, dan memberikan peringatan qkepada KidZania tentang tujuan di sebalik tugas kami.”

KIDZANIA GOODDAY CHARGE SMOOTHIE GYM KANAK-KANAK PERTAMA DI MALAYSIA

KIDZANIA GOODDAY CHARGE SMOOTHIE GYM KANAK-KANAK PERTAMA DI MALAYSIA



Untuk maklumat lanjut dan inisiatif lain daripada Goodday, sila layari www.facebook.com/gooddaymilkmalaysia atau www.instagram.com/gooddaymilkmy 

1 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. seronoknya anak-anak..bagusnya event ni..terapkan pada anak-anak juga untuk kekal sihat dan cergas kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post