MAGGI® Pes Perapan Air Fryer

Membawakan Cita Rasa Asli Malaysia Dalam Hanya Dua Langkah Kira-kira 42% daripada isi rumah Malaysia kini mempunyai penggoreng udara (air fryer), dan ini menunjukkan tren penyediaan hidangan dimasak di rumah yang pantas dan mudah kini berada pada tahap yang tinggi. Menyedari peralihan yang semakin ketara kepada kaedah memasak moden dan mudah ini, Nestlé Malaysia telah melancarkan siri resipi “perapan” MAGGI® yang menambat selera pengguna penggoreng udara (air fryer), termasuk pes perapan Sate baharu dan juga perapan sedia ada lain yang dilancar baru. 

Siri MAGGI® Pes Perapan untuk Penggoreng Udara (Air Fryer)



Mempelopori Ruang Masakan Moden: Nestlé Malaysia Lancarkan Siri MAGGI® Pes Perapan untuk Penggoreng Udara (Air Fryer) 



Malaysia merupakan salah satu pasaran yang pertama di dunia untuk memperkenalkan rangkaian produk inovatif yang dicipta untuk penggoreng udara, memudahkan penyediaan sajian kegemaran Malaysia dengan cita rasa asli. Menerusi generasi, MAGGI® adalah teman setia di dapur Malaysia dan siri pes perapan baharu untuk penggoreng udara (air fryer) ini meneruskan warisan legasi yang dibina selama ini. 

Diperbuat dengan ramuan segar dan bermutu tinggi, pes perapan ini dihasilkan oleh chef-chef MAGGI®, sebagaimana disediakan secara tradisional untuk anda menyajikan masakan tempatan dengan cita rasa asli seperti yang disediakan oleh pakar kulinari. 

Tanpa memerlukan persediaan yang memakan banyak masa, siri pes ini memberikan penyelesaian mudah dalam dua langkah: Perap dan Masak di dalam Penggoreng Udara (Air Fryer), membolehkan orang ramai menghidangkan makanan tempatan kegemaran ramai dengan mudah, walaupun pada hari yang sangat sibuk. En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, mengulas, "Memandangkan penggoreng udara (air fryer) kini menjadi perkakas yang dimiliki di kebanyakan isi rumah, kami dengan sukacitanya menghasilkan penyelesaian yang mengotakan janji kami untuk memudahkan penyediaan hidangan lazat lebih mudah untuk rakyat Malaysia. 


Siri MAGGI® Pes Perapan untuk Penggoreng Udara (Air Fryer)



Siri MAGGI® Pes Perapan untuk Penggoreng Udara  (Air Fryer)


Siri MAGGI® Pes Perapan untuk Penggoreng Udara  (Air Fryer) ini mencerminkan matlamat Nestlé untuk meningkatkan kualiti kehidupan melalui makanan, membolehkan individu yang sibuk dan keluarga mereka untuk menikmati cita rasa kegemaran mereka dengan persediaan ringkas. 

Pelancaran ini mencerminkan hubungan rapat MAGGI® dengan isi rumah Malaysia dan komitmen berterusan untuk menyediakan pengalaman memasak yang sesuai dengan keperluan gaya hidup hari ini.” Cik Ivy Tan Link Cheh, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® Malaysia, berkata, “Kami percaya semua orang patut diberi peluang untuk merasai detik manis menikmati makanan lazat. 

Walaupun rakyat Malaysia menggemari makanan yang dimasak di rumah, ramai yang menghadapi cabaran meluangkan masa untuk memasak siri pes perapan baharu kami, yang sesuai untuk penggoreng udara (air fryer), diperbuat dengan ramuan segar untuk menghasilkan cita rasa asli dengan cara yang mudah. Siri ini memanfaatkan kemudahan perkakas dapur moden, supaya semua orang, baik yang berpengalaman atau yang baru masuk dapur, boleh memasak sajian kegemaran Malaysia di rumah. Inovasi yang dipelopori menepati janji jenama untuk menjadi teman memasak setiap rakyat Malaysia, menjadikannya lebih mudah untuk menghidangkan masakan tradisional lazat sambil merapatkan hubungan sesama rakan dan keluarga." 

Siri MAGGI® Pes Perapan untuk Penggoreng Udara (Air Fryer) ini merangkumi empat pilihan cita rasa Malaysia, setiap satu dihasilkan dengan ramuan segar dan adunan rempah-ratus tradisional. 

Pes Ayam Goreng Berempah diperbuat daripada bawang segar dan adunan herba yang menyelerakan. 

Pes Ayam Percik menggabungkan bawang segar, bawang putih dan serai untuk rasa pedas manis yang seimbang. 

Pes Lada Hitam menggabungkan lada hitam dan bawang besar segar. 

Pes Perapan Sate baharu yang diperbuat daripada serai, kunyit dan rempah penuh beraroma untuk menghasilkan cita rasa yang memang digemari oleh rakyat Malaysia. 

Pelancaran inovatif ini merupakan satu lagi mercu jaya dalam perjalanan MAGGI® selama lebih daripada 50 tahun membekalkan khasiat pemakanan kepada seluruh rakyat Malaysia dan mengeratkan hubungan sesama insan menerusi sajian yang lazat. Rangkaian baharu ini menyenangkan pengguna dengan mengurangkan masa memasak di dapur, membolehkan lebih banyak masa diluangkan untuk mengabadikan detik indah menjamu selera bersama orang-orang tersayang. 

Siri MAGGI® Pes Perapan untuk Penggoreng Udara (Air Fryer) ini boleh didapati di  semua pasar raya besar dan pasar raya utama di seluruh negara pada harga runcit RM4.90 setiap pek, dengan saiz hidangan untuk 6 orang. 


Mengenai MAGGI® 


MAGGI® ialah jenama makanan No.1 di Malaysia. Misi utamanya adalah untuk mencipta detikdetik indah menyediakan sajian kebahagiaan yang mengukuhkan ikatan kekeluargaan. 

Menerusi pelbagai rangkaian produk dan penyelesaian makanannya, MAGGI® membantu rakyat Malaysia menyediakan sajian makanan masakan rumah yang lazat dan seimbang untuk diri sendiri atau keluarga mereka setiap hari. 

Jenama ini juga komited untuk memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah, menyediakan penyelesaian inovatif daripada mi kepada produk kulinari, yang akan terus menceriakan dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia memasak makanan segar yang digemari dan diyakini mereka. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.maggi.my  Mengenai Nestlé Malaysia: Menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad Sejak 1912, Nestlé menjana khasiat rakyat Malaysia dan meraih kepercayaan mereka menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami berbangga untuk memainkan peranan kami sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, dengan berusaha menambah baik komuniti di tempat kami beroperasi. 

Pada hari ini, kami mengendalikan enam kilang yang disokong oleh tenaga kerja seramai lebih 5,000 rakyat Malaysia, Semua produk kami adalah Halal, menjadikan kami pengeluar Halal terbesar bagi Nestlé di peringkat global. Kami bertekad untuk membekalkan produk bermutu tinggi yang halal dan berkhasiat dengan mengutamakan kelestarian sebagai nadi amalan perniagaan kami – Dibuat di Malaysia, oleh rakyat Malaysia, untuk semua rakyat Malaysia. Sebagai pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia, dengan ibu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di lebih 180 negara. 

Dengan tenaga kerja lebih 270,000 kakitangan yang berdedikasi, kami berpegang kepada matlamat kami untuk memanfaatkan kelebihan makanan untuk merungkai kuasa makanan, meningkatkan kualiti kehidupan untuk semua, pada hari ini dan juga demi generasi masa depan. Komitmen kami kepada pemakanan, kesihatan dan kesejahteraan memacu prestasi kami, memastikan kami mengotakan janji GOOD FOOD, GOOD LIFE. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan kami menjana khasiat rakyat Malaysia lebih seabad, sila layari laman web kami di https://www.Nestlé.com.my/ask-Nestlé/we-are-Nestlé

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post