
Hotel Comfort Inn & Suites Goodearth Perth – Penginapan Selesa Seperti di Rumah Sendiri !
Jika anda sedang merancang bercuti ke Perth sama ada bersama keluarga, pasangan atau solo trip, percayalah Comfort Inn & Suites Goodearth Perth adalah pilihan yang sangat berbaloi! Jom... saya bawa korang ‘room tour’ dan pengalaman sebenar saya sepanjang menginap di sini.


Lokasi Strategik di Tengah Kota Perth
Pertama sekali, apa yang buat saya sangat suka dengan hotel ini adalah lokasinya yang sangat strategik. Terletak di pusat bandar Perth, Comfort Inn & Suites Goodearth Perth sangat dekat dengan banyak tarikan utama. Kalau nak ke Swan River, cuma perlu jalan kaki dalam 5-10 minit sahaja. Nak ke Elizabeth Quay, Hay Street Mall pun boleh jalan kaki atau naik public transport pun sangat mudah.
Public transport percuma sahaja dalam kawasan bandar ini.
Lepas tu, tak perlu pening kepala fikir tempat makan, kedai serbaneka atau kemudahan asas. Semua ada dalam radius berjalan kaki sahaja. Memang sesuai untuk pelancong yang tak sewa kereta, macam kami!








Ruang Bilik yang Luas, Bersih & Selesa
Masuk sahaja ke bilik, kami terus rasa macam balik ke rumah sendiri. Serius, biliknya luas dan sangat bersih. Kami menginap di bilik jenis executive yang lengkap dengan segala kemudahan asas yang diperlukan.
- 🛏 Katil empuk dan selesa
- 🪑 Meja kerja dan ruang rehat
- 🍽 Dapur kecil/kitchenette lengkap (microwave, toaster, peti sejuk, periuk kecil, pinggan mangkuk)
- ☕ Cerek air dan mesin kopi
- 🛁 Bilik air bersih dengan toiletries lengkap
- 📺 TV skrin rata
- 🌬 Pendingin hawa & pemanas
Apa yang paling saya suka? Sudut kitchenette tu! Sebagai seorang ibu dan traveller, saya suka bila ada kemudahan untuk memasak, buat kopi. Makanan Halal di sini tak mudah dapat. Manakala bandar Perth pula. 5.30 petang dah gelap (Maghrib). Bandar Perth memang tutp awal. Jadi nak tak nak. Malam kena juga memasak menu simple. Winter ini, perut cepat lapar. So.. Tak perlu bergantung 100% pada makan luar sangat menjimatkan!
Keselesaan Seperti Di Rumah Sendiri
Comfort Inn & Suites ini betul-betul mementingkan keselesaan tetamu. Segala perincian dalam bilik sangat thoughtful dari pilihan langsir blackout untuk tidur yang lena, susun atur perabot yang mesra pengguna, hinggalah kepada pencahayaan yang sesuai untuk mood rehat.
Walaupun berada jauh dari rumah, kami langsung tak rasa janggal. Setiap kali balik ke bilik selepas seharian berjalan, bilik ini benar-benar jadi ruang untuk rehat dan "recharge".
Sesuai Untuk Semua – Keluarga, Pasangan, Solo Traveller
Apa pun jenis trip korang, hotel ini memang sesuai. Kalau korang datang bersama keluarga, ruang bilik cukup luas untuk anak-anak bermain. Kalau honeymoon atau couple trip, suasana bilik memang cozy dan romantik. Kalau solo traveller, ruang ini cukup sempurna untuk rehat dan buat kerja.
Receptionist di sini juga sangat membantu dan mesra. Kami tanya banyak soalan dan semuanya dijawab dengan senyuman. Malah, mereka turut membantu kami dengan cadangan tempat dan lokasi berdekatan yang menarik.
Makanan & Kemudahan Tambahan
Bagi yang tidak mahu masak sendiri, hotel ini juga ada restoran kecil di tingkat bawah. Menu sarapan dan makan malam disediakan dengan pilihan ala barat.
Hotel ini juga ada kemudahan lain seperti:
-
🅿️ Tempat letak kereta
-
📶 WiFi percuma
-
💼 Ruang mesyuarat kecil (untuk business traveller)
-
🚪 Servis bilik setiap hari
Highly Recommended!
… maka Comfort Inn & Suites Goodearth Perth adalah jawapannya.
Saya sendiri tak sabar nak kembali ke sini jika ada rezeki ke Perth lagi nanti. Ia bukan sekadar hotel, ia jadi sebahagian daripada kenangan manis kami di bumi Perth Australia Barat.
Atau boleh booking terus di Agoda/Booking.com
Terima kasih sekali lagi kepada Comfort Inn & Suites Goodearth Perth dan Tourism Western Australia atas layanan yang sangat istimewa. InsyaAllah, kami pasti akan kembali !
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com