TERBANG KE PERTH AUSTRALIA DENGAN AIR ASIA SEMPENA WEDDING ANNIVERSARY

Alhamdulillah, 13 tahun bersama. Setiap tahun, saya dan suami akan cuba lakukan sesuatu yang bermakna untuk meraikan ulang tahun perkahwinan kami, ianya bukan sekadar sambutan, tetapi waktu berkualiti yang mendekatkan hati dan mengukuhkan ikatan. Tahun ini lebih istimewa kerana kami berpeluang meraikan ulang tahun perkahwinan ke-13 di luar negara, iaitu di Perth, Australia. Ya, akhirnya impian menjadi kenyataan ! 

TERBANG KE PERTH AUSTRALIA DENGAN AIR ASIA SEMPENA WEDDING ANNIVERSARY



TERBANG KE PERTH AUSTRALIA DENGAN AIR ASIA SEMPENA WEDDING ANNIVERSARY


Perjalanan ini menjadi lebih manis apabila saya berpeluang terbang ke Perth dengan tiket yang ditaja oleh AirAsia. Terima kasih AirAsia kerana merealisasikan impian saya! Suami pula, saya membeli tiketnya sendiri jadi boleh kata ini hadiah ulang tahun paling bernilai yang kami hadiahkan kepada diri sendiri.


TERBANG KE PERTH AUSTRALIA DENGAN AIR ASIA SEMPENA WEDDING ANNIVERSARY

TERBANG KE PERTH AUSTRALIA DENGAN AIR ASIA SEMPENA WEDDING ANNIVERSARY



 KLIA2 → Perth Airport

Kami berlepas dari KLIA2 pada 16 Jun 2025, dengan penerbangan dijadualkan pada jam 10.30 malam. Alhamdulillah, tiada sebarang kelewatan. Semuanya berjalan lancar, dari proses check-in hingga ke boarding. Terima kasih juga kepada kakitangan AirAsia yang mesra dan cekap mengendalikan urusan di lapangan terbang. 


TERBANG KE PERTH AUSTRALIA DENGAN AIR ASIA SEMPENA WEDDING ANNIVERSARY


TERBANG KE PERTH AUSTRALIA DENGAN AIR ASIA SEMPENA WEDDING ANNIVERSARY


Kami tiba di Lapangan Terbang Perth (Perth Airport) pada sekitar 4.30 pagi, 17 Jun 2025, waktu tempatan. Sungguh menakjubkan..teruja ! semestinya !! Setelah berminggu-minggu merancang dan menghitung hari. Kini kami benar-benar menjejakkan kaki ke bumi Perth. Cuaca sejuk menyambut kedatangan kami, tapi hati kami sangat hangat dengan rasa syukur dan gembira.

Urusan Ketibaan yang Lancar

Check-in di Perth Airport sangat cekap dan lancar. Tiada prosedur yang menyusahkan, dan aliran keluar masuk penumpang dikendalikan dengan baik. Selepas melepasi imigresen, kami terus membersihkan diri dan bersiap untuk hari pertama kami di Perth. Mujur kemudahan di lapangan terbang sangat selesa tandas bersih, ruang solat tersedia dan kemudahan awam terjaga.

Tak Sewa Kereta, Tapi Tetap Seronok!

Ramai yang bertanya, “Kenapa tak sewa kereta je di Perth?” Jawapan kami mudah kami mahu menikmati pengalaman naik pengangkutan awam di negara orang. Dan ya, kami tak menyesal langsung! Perth memang terkenal dengan sistem pengangkutan awam yang efisien dan mesra pengguna. 

Mujur kawan suami ada tinggal di sini, selain menaiki kenderaan awam. Kami juga dibawa berjalan-jalan oleh As (kawan baik suami dari tadika lagi).

Kami juga sangat berterima kasih kepada kawan sekolah suami, yang sudi menjemput kami dan membawa kami ke beberapa tempat menarik. Kehadiran rakan yang menetap di Perth sangat membantu kami dapat merasai sedikit suasana "local", bukan sekadar sebagai pelancong.


TERBANG KE PERTH AUSTRALIA DENGAN AIR ASIA SEMPENA WEDDING ANNIVERSARY

TERBANG KE PERTH AUSTRALIA DENGAN AIR ASIA SEMPENA WEDDING ANNIVERSARY


Meraikan Cinta di Perth

Perjalanan ini bukan sekadar percutian, tetapi simbol cinta dan kesyukuran. Dalam 13 tahun berumahtangga, sudah tentu banyak pahit manis yang ditempuh. Namun, setiap detik sukar itulah yang menjadikan hubungan kami lebih kuat.

Perth menjadi latar sempurna untuk kenangan manis ini. Pemandangannya indah, udaranya segar, masyarakatnya ramah. Kami menikmati waktu berdua dengan lebih tenang dan damai, jauh dari kesibukan kerja dan rutin harian.

Australia ini bukan sekadar destinasi, tetapi pengalaman.

Beberapa Aktiviti & Lokasi yang Kami Lawati:

  • Elizabeth Quay – suasana moden bercampur klasik, sangat sesuai untuk bergambar.

  • Kings Park & Botanic Garden – antara taman bandar terbesar di dunia, pemandangan bandar Perth dari atas memang luar biasa.

  • Fremantle Market – pasar tempatan yang unik, dengan pelbagai makanan, cenderamata dan hasil seni tempatan.

  • Blue Boat House (Crawley Edge Boatshed) – spot wajib untuk pengunjung Perth. Walaupun tempatnya kecil, tapi view di sekitarnya sangat menenangkan.

  • Perth CBD – syurga untuk mereka yang suka beli-belah atau sekadar jalan-jalan cuci mata.

TERBANG KE PERTH AUSTRALIA DENGAN AIR ASIA SEMPENA WEDDING ANNIVERSARY

Terima Kasih AirAsia & Tourism Western Australia

Perjalanan ini tak mungkin semudah ini tanpa sokongan dari AirAsia dan Tourism Western Australia. Percutian ini, benar-benar membuka ruang untuk saya alami sendiri keindahan Perth. Segala urusan penerbangan, perkhidmatan atas kapal dan suasana penerbangan menjadikan permulaan percutian kami sangat positif.

Terima kasih juga kerana sentiasa menyokong pelancong seperti kami untuk menikmati pengalaman yang luar biasa walaupun dengan bajet sederhana.

Jika ada di antara korang yang sedang merancang untuk bercuti di luar negara, Perth adalah pilihan yang sangat berbaloi. Sama ada bersama keluarga, pasangan atau rakan. Kota ini mempunyai gabungan sempurna antara keindahan semula jadi, keselesaan bandar moden, dan suasana yang santai.

Sambutan ulang tahun ke-13 kami di Perth bukan sahaja meninggalkan memori yang indah, tetapi juga membuka mata kami kepada cara hidup yang lebih sederhana, mesra alam dan teratur.

Doakan kami terus diberi peluang untuk menjelajah dunia bersama, insyaAllah.

Jangan lupa baca penulisan di blog saya untuk tips bajet, itinerary mudah dan idea lokasi menarik di Perth. Saya akan kongsi dalam entri blog seterusnya! 


Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post