UPKK semakin hampir, bukan anak je yang risau tapi bila exam besar macam ini. Ibu ayah juga turut risau. Mummy sedaya upaya membantu Dzal dalam peperiksaan UPKK tahun ini.


Persediaan UPKK Bersama Fly High Education
Assalamualaikum semua! Mummy nak kongsi pengalaman mummy sendiri menghantar anak Dzal, ke Jelajah UPKK pada 21 September yang lepas. Alhamdulillah, banyak sangat ilmu yang Dzal dapat untuk persediaan Dzal menghadapi UPKK 2025. Mummy tahu ramai ibu ayah lain pun sedang mencari info tentang UPKK, jadi jom saya tulis santai-santai di blog ini untuk kita sama-sama faham.
Isi Kandungan
- Pengenalan
- Apakah itu UPKK?
- UPKK untuk ke sekolah macam mana?
- Hala Tuju Pelajar UPKK
- Bengkel & Seminar UPKK
- Tuisyen & Kelas Online UPKK
- Cara Nak Join Bengkel & Kelas


Pengenalan
UPKK ni memang sinonim dengan murid Sekolah KAFA. Bila anak dah Tahun 5, ibu ayah mula sibuk cari info, buku rujukan, dan kelas tambahan. Saya sendiri mula perasan bila Dzal dah naik Tahun 4, terus mula planning. Peperiksaan ni penting sebab bukan sahaja jadi penanda aras tahap pemahaman anak-anak dalam ilmu agama, malah juga salah satu tiket untuk ke sekolah menengah agama, SBP atau MRSM tertentu. Jadi, persediaan kena betul-betul mantap.
Apakah itu UPKK?
UPKK ialah singkatan kepada Ujian Penilaian Kelas KAFA yang biasanya diduduki oleh murid Tahun 5. Subjeknya merangkumi pelbagai bidang agama Islam termasuk Al-Quran, Fiqh, Sirah, Akidah, Jawi & Khat, Adab, dan banyak lagi. Format UPKK ni gabungan antara penilaian bertulis, lisan, dan juga amali. Jadi anak-anak bukan setakat belajar teori, tapi perlu praktik juga. Inilah uniknya UPKK!
UPKK untuk ke sekolah macam mana?
Bila anak lulus cemerlang UPKK, peluang mereka untuk masuk ke sekolah menengah agama, SAM, SBP agama, MRSM agama, atau sekolah integrasi lebih cerah. Jadi jangan pandang ringan peperiksaan ni ya. Ramai cikgu dan ustaz/ustazah pesan, keputusan UPKK kadang-kadang jadi dokumen sokongan semasa permohonan ke sekolah menengah tertentu.

Hala Tuju Pelajar UPKK
Lepas UPKK, hala tuju anak-anak lebih jelas. Yang penting, mereka dapat asas agama yang kukuh. Saya sebagai mummy memang nak Dzal bukan sahaja pandai akademik, tapi juga kuat agama. Jadi UPKK ni salah satu platform penting sebelum anak-anak masuk alam remaja dan sekolah menengah. Bila asas agama kuat, insyaAllah pelajaran lain pun jadi lebih berkat.

Bengkel & Seminar UPKK
Mummy sendiri baru hantar Dzal ke Jelajah UPKK Fly High Education pada 21 September. Memang berbaloi sebab pendedahan awal ni bantu anak lebih bersedia. Selain seminar, Fly High Education juga ada banyak bengkel lain. Contohnya:
- Kelas Online Gempur UPKK – Ulangkaji silibus Tahun 3 - 5, teknik mudah ingat, latih tubi soalan sebenar.Tarikh: 11 & 25 Okt 2025 (Sabtu)Masa: 5.00 – 7.00 pmYuran: RM50 (2 sesi)
- Kelas Meroket UPKK – Latih tubi intensif dengan Ustaz Azhari, nota & rakaman disediakan.Tarikh: 10, 11, 12, 24, 25 & 26 Okt 2025 (Jumaat - Ahad)Platform: ZoomYuran: RM120 (10 sesi)
- Kelas VIP UPKK – Bimbingan eksklusif, teknik KBAT, interaktif, siap ada penilaian prestasi bulanan.Tarikh: 12 & 26 Okt 2025Masa: 9.00 am – 5.00 pmLokasi: Fly High Education Centre, Shah AlamYuran: RM150
Tuisyen & Kelas Online UPKK
Selain bengkel, mummy tengok ada juga tuisyen dan kelas online khas UPKK. Ini sesuai untuk anak-anak yang nak latihan konsisten setiap minggu:
- Kelas Online Bahasa Arab UPKK – Fokus bahasa Arab, latih tubi, tips mudah.Tarikh: 6, 13, 20 & 27 Okt 2025 (Isnin)Masa: 8.00 – 9.30 pmYuran: RM70 (4 sesi)
- Kelas Mengaji Online – Perbaiki bacaan Al-Quran bersama Ustaz Joharie.Tarikh: 4, 11, 18, 25 Okt 2025 (Sabtu) ATAU 5, 12, 19, 26 Okt 2025 (Ahad)Masa: 9.30 – 11.00 amYuran: RM70 (4 sesi)
Cara Nak Join Bengkel & Kelas
Mummy nak mudahkan ibu ayah lain yang berminat. Kalau nak daftar kelas UPKK di Fly High Education, boleh terus klik link WhatsApp ni ya:
InsyaAllah dengan bimbingan guru berpengalaman macam Ustaz Azhari bin Sulaiman dan Ustaz Joharie, anak-anak kita lebih yakin nak hadapi UPKK. Jangan tunggu last minute, mula sekarang dan pastikan mereka bersedia sepenuhnya .
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com