CUCKOO MALAYSIA DILANTIK SEBAGAI RAKAN STRATEGIK TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026, MEMPERKENALKAN MASKOT PERTAMA 'HEPI' DALAM USAHA HOLISTIK KE ARAH MENINGKATKAN KESIHATAN DAN KEBAHAGIAAN
· CUCKOO Malaysia dilantik oleh Tourism Malaysia sebagai Rakan Strategik rasmi bagi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026), memperkenalkan sokongan HORECA yang khusus serta kolaborasi budaya bersama Loka Made bagi mempamerkan warisan Malaysia ke persada dunia.
· CUCKOO Malaysia memperkenalkan HEPI, maskot pertamanya yang juga merupakan “Pencipta Kediaman Sihat”, direka bagi merapatkan jurang antara kesejahteraan dan kegembiraan, berganding bahu dengan Duta Jenama sedia ada, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Phei Yong dalam usaha memperkasa lebih ramai rakyat Malaysia untuk menjadi #SAMASAMAHealthier.
· CUCKOO Malaysia bekerjasama dengan MAHB bagi melengkapkan Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA dengan 96 stesen air minuman, menyediakan air minuman bersih untuk para pelancong menghilangkan dahaga sebaik tiba di Malaysia.
CUCKOO International (MAL) Berhad (“CUCKOO Malaysia” atau “Syarikat”, KLSE:5336), Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), hari ini menganjurkan majlis berbuka puasa bertemakan “Sebar HEPI, Hargai Setiap Kebahagiaan”. Majlis penuh bermakna itu menyaksikan beberapa pengumuman penting yang mengukuhkan komitmen Syarikat dalam memupuk gaya hidup lebih sihat, di samping memperluas misinya untuk menyebarkan kebahagiaan yang lahir dari kediaman yang sejahtera, merangkumi isi rumah tempatan hingga ke peringkat dunia.
.jpeg)
“Misi kami selama ini ialah untuk meningkatkan taraf hidup dengan mengintegrasikan kesejahteraan ke dalam setiap kediaman. Namun, kami percaya bahawa kesihatan ialah asas kepada kebahagiaan. Dengan menyelaraskan pertumbuhan kami dengan agenda kebangsaan seperti Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) dan memperkenalkan HEPI sebagai maskot untuk misi kami, kami dapat memberikan impak lebih luas, merangkumi kediaman persendirian dan seluruh masyarakat umum. Ini merupakan satu gerakan holistik dan tersusun bagi memastikan janji kehidupan lebih sihat dan lebih bahagia dapat dirasai pada setiap titik sentuh pengalaman Malaysia,” kata Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia, En. Hoe Kian Choon (KC Hoe).
Pada malam tersebut, CUCKOO Malaysia
mengumumkan pelantikannya sebagai Rakan Strategik Tahun Melawat Malaysia 2026
dan peluasan stesen airnya di Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA, serta
kesinambungan kerjasama bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Phei Yong sebagai
Duta Jenama, dan pelancaran rasmi maskot pertamanya, HEPI.
Memperkasa dan Menyemarak Agenda Tahun Melawat Malaysia 2026
Salah satu pengumuman utama pada majlis
tersebut ialah pelantikan CUCKOO
Malaysia sebagai Rakan Strategik Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026). Sebagai
rakan sektor swasta utama Tourism Malaysia, CUCKOO Malaysia mengumumkan
inisiatif serampang tiga mata untuk meningkatkan daya tarikan negara melalui pendekatan
berteraskan kesejahteraan dan budaya:
·
Sokongan HORECA: Bagi membantu industri hospitaliti bersedia menghadapi
lonjakan pelancong, Syarikat menawarkan diskaun 50% selama 8 bulan bagi model
penapis air terpilih, sekali gus memastikan hotel, restaurant dan kafe dapat menyediakan
pengalaman kesejahteraan yang premium kepada para pelawat.
·
Penceritaan Budaya Bersama Loka Made: CUCKOO bekerjasama dengan
kolektif kreatif tempatan, Loka Made bagi menghiasi stesen air CUCKOO di
Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA dengan lima reka bentuk eksklusif yang memaparkan
warisan Malaysia. Karya seni ini menampilkan hidupan liar, budaya makanan,
mercu tanda ikonik, kraf tradisional, dan buah-buahan tropika Malaysia. Ia
turut menampilkan Duta Jenama CUCKOO, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Phei Yong, serta
maskot CUCKOO, HEPI, membentuk naratif visual kesihatan dan hospitaliti untuk
para pelancong.
·
Barangan Cenderahati Eksklusif: Karya seni Loka Made tersebut
turut diabadikan dalam bentuk kad ucapan 3D edisi terhad. Orang ramai boleh
mendapatkan cenderahati eksklusif ini melalui promosi Hadiah-dengan-Pembelian
(GwP) produk CUCKOO yang akan diumumkan tidak lama lagi, memberi peluang kepada
rakyat Malaysia untuk memiliki sebahagian daripada citra budaya ini.
“Pencapaian luar biasa dengan melebihi 42.2
juta ketibaan pelancong antarabangsa pada tahun 2025 memberikan momentum yang
diperlukan untuk menarik lebih ramai pelawat bagi Tahun Melawat Malaysia 2026
(TMM2026). Kolaborasi ini mempergiat usaha kami untuk memposisikan Malaysia
sebagai destinasi utama yang mengutamakan kesejahteraan pelawat. Sokongan
CUCKOO sebagai Rakan Strategik kami amat terpuji, sekali gus melengkapi
matlamat kami untuk mempamerkan imej Malaysia yang moden, sihat, dan mesra
kepada dunia,” kata Timbalan Ketua
Pengarah (Promosi II) Tourism Malaysia, Lee Thai Hung.
Pengalaman di Pintu Masuk Negara: Nikmat Menghilangkan Dahaga Pertama di Malaysia
Sejak beberapa tahun yang lalu, CUCKOO
Malaysia telah memasang penapis air beralkali ringan di 10 lapangan terbang
domestik utama termasuk Kota Kinabalu, Langkawi dan Kuching, bagi merapatkan jurang antara
kemudahan perjalanan, akses kepada air minuman bersih serta tanggungjawab
terhadap alam sekitar.
Sebagai langkah memperluas impak inisiatif
kesejahteraan ini, CUCKOO Malaysia telah bekerjasama dengan Malaysia Airports
Holdings Berhad (MAHB) untuk memasang 96 stesen air di Terminal 1 dan Terminal
2 KLIA. Buat julung kalinya, stesen air ini juga akan ditempatkan di dalam
kawasan pintu pelepasan Terminal 1, memastikan para penumpang mempunyai akses
mudah kepada air minuman bersih yang memenuhi piawaian
sebelum berlepas. Inisiatif ini turut menyokong pengurangan ketara penggunaan
botol plastik sekali guna di pintu masuk utama negara.
Memperkenalkan HEPI: Simbol Kediaman Sihat
Pada majlis penuh bersejarah itu, CUCKOO
Malaysia turut mengesahkan kesinambungan kerjasama dengan Dato’ Sri Siti
Nurhaliza dan Phei Yong sebagai Duta Jenama, menandakan kerjasama erat yang
terjalin sejak sekian lama berasaskan nilai yang dikongsi bersama. Seterusnya,
majlis itu diteruskan dengan pengenalan maskot
pertama CUCKOO, HEPI.
HEPI ialah simbol “Pencipta Kediaman Sihat”
yang neutral, diinspirasikan daripada perkataan “Happy”. Dengan
rekaan untuk merapatkan jurang antara kesejahteraan
holistik dan kegembiraan, HEPI menampilkan mata berbentuk bulan sabit serta
mulut yang sedikit melengkung, memberikan ekspresi mesra dan semula jadi.
Tangannya yang terbuka luas sedia untuk memberikan pelukan yang hangat kepada
semua orang, manakala simbol hati di dadanya memancarkan sinar kebahagiaan.
Kehadiran HEPI mengingatkan kita bahawa apabila sesebuah rumah yang sihat akan
membawa kebahagiaan dengan sendirinya.
Ketua Pegawai Pemasaran CUCKOO Malaysia,
Queenie Goh ketika mengulas mengenai evolusi jenama itu
berkata, “Ekosistem penyelesaian kesejahteraan kami yang holistik bukan sahaja
memupuk kesejahteraan dalam setiap kediaman, malah ia turut membawa
kebahagiaan. Melalui kerjasama strategik bersama jenama ikonik, personaliti
berpengaruh dan pengenalan maskot HEPI, kami mempergiat lagi usaha untuk
memastikan mesej kediaman sihat sampai ke setiap pelosok negara. Kami berharap dapat
terus memperkasa lebih ramai lagi untuk menjadi #SAMASAMAHealthier dan
mengingatkan semua orang agar menghargai kebahagiaan yang lahir daripada kesejahteraan.”
CUCKOO MALAYSIA DAN SAMSUNG MALAYSIA KERJASAMA PERKENAL BARISAN PRODUK
KEDIAMAN SIHAT PINTAR BAHARU
DAN PELAN SEWAAN
Pelbagai Inovasi Terbaru Kini Boleh Didapati Melalui Sewaan
yang Menawarkan Akses Lebih Luas kepada Ekosistem Penyelesaian Kesejahteraan
CUCKOO Malaysia pada Harga Mampu Milik
Pencipta Kediaman Sihat (Healthy
Home Creator), CUCKOO International (MAL) Berhad (“CUCKOO Malaysia” atau
“Syarikat”, KLSE:5336), bersama Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd.
(“Samsung”) teruskan kerjasama susulan kejayaan pelancaran “CUCKOO Smart
Healthy Home Co-Created Programme with Samsung” (juga dikenali sebagai “CUCKOO
Co-Created Programme with Samsung”) tahun lalu. Fasa seterusnya ini
memperkenalkan tiga SKU premium baharu merangkumi Mesin Basuh Pengering Pintar,
TV Pintar, dan Tablet Pintar di bawah program berkenaan. Ia juga merupakan kali
pertama teknologi canggih tersebut ditawarkan melalui model sewaan CUCKOO
Malaysia yang terbukti keberkesanannya.
Pengenalan inovasi terbaru ini mencerminkan ketangkasan
CUCKOO Malaysia dalam menyesuaikan diri dengan landskap teknologi yang sentiasa
berkembang, memastikan rakyat Malaysia terus mendapat akses kepada inovasi
berkuasa AI terkini melalui ekosistem Samsung SmartThings tanpa perlu
menanggung kos pendahuluan yang tinggi. Dengan beralih daripada fasa rintis yang
sebelum ini hanya menawarkan pembelian secara terus, CUCKOO Malaysia kini
memperkukuh kekuatan utamanya merangkumi aspek mampu milik dan
ketercapaian dengan barisan produk terbaru ini yang ditawarkan melalui
pelan sewaan.
“Segmen perniagaan CUCKOO Co-Created kami dibina
berasaskan semangat mencipta nilai lebih tinggi melalui sinergi. Tahun ini,
kami melangkah lebih jauh dengan memperkukuh CUCKOO Co-Created Programme with Samsung di bawah segmen
ini agar lebih berteraskan pelanggan dengan memperkenalkan model sewaan yang
dinanti-nantikan ramai. Penawaran ini bukan sahaja menekankan inovasi baharu, ia juga
memastikan setiap isi rumah dapat menikmati gaya hidup lebih pintar dan lebih
sihat. Dengan menggabungkan kepimpinan teknologi Samsung bersama model sewaan kami
yang telah terbukti, serta pengintegrasian ekosistem kesejahteraan CUCKOO
Malaysia yang holistik, kami memudahkan lebih ramai rakyat Malaysia menjadi
#SAMASAMAHealthier,” kata Pengarah
Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia, Hoe Kian
Choon (KC Hoe).
Barisan Produk Terbaru: Kehidupan Lebih Pintar, Kediaman Lebih Sihat
Ekosistem penyelesaian kesejahteraan CUCKOO
Malaysia kini semakin pelbagai dan holistik menerusi rangkaian Penyelesaian
Kediaman Sihat Pintar terbaru ini. Dengan menggabungkan kepakaran sewaan dan
ekosistem kesejahteraan CUCKOO Malaysia bersama ekosistem Samsung SmartThings,
pengguna dapat menikmati pengalaman kediaman lebih pintar, mampu milik dan
saling berhubung. Ia menumpukan kepada aspek keselamatan melalui perlindungan
privasi, kemudahan pemantauan sepintas lalu, meningkatkan penjimatan dengan
mengurangkan pembaziran tenaga, serta penjagaan kesihatan seisi keluarga bagi
menyokong gaya hidup lebih sihat.
Berikut adalah barisan produk terbaru yang
diperkenalkan:
·
Kombo Mesin Basuh Pengering AI Samsung (12/7kg): Ditawarkan pada
harga RM150/sebulan selama 36 bulan, mesin basuh pengering berwarna hitam
elegan ini mencuci pakaian secara automatik dengan teknologi AI Wash yang
mengesan berat cucian, jenis fabrik dan tahap kekotoran bagi mengoptimumkan
penggunaan air serta detergen dalam setiap kitaran. Sementara itu, ciri AI
EcoBubble™ pula memastikan penjagaan fabrik 45.5%[1] lebih baik serta
mampu menanggalkan 24%1 lebih kotoran walaupun menggunakan air
sejuk. Selain proses cucian yang canggih, fungsi Air Wash dan Hygiene Steam
memastikan pakaian lebih bersih bagi melindungi kesejahteraan keluarga. Bagi
memudahkan pelanggan, Pakar Penjagaan Kediaman profesional (Home Care
Specialist) CUCKOO Malaysia turut menyediakan perkhidmatan pemasangan dan Servis
Penjagaan Kediaman (servis selepas jualan) secara berkala setiap 6 bulan untuk
memastikan tahap kebersihan yang terbaik. Mesin basuh pengering ini turut
didatangkan dengan jaminan dan servis eksklusif selama 3 tahun (1 tahun jaminan
standard + 2 tahun jaminan tambahan CUCKOO).
·
65" QLED QEF1 4K Samsung Vision AI Smart TV: Ditawarkan pada
harga RM148/sebulan selama 36 bulan, TV AI ini bukan sekadar hab hiburan,
malah berfungsi sebagai portal kecergasan peribadi di rumah. Paparan ‘Slim
Look Titan Gray’ dengan pensijilan TUV Real Quantum Dot menampilkan
visual jelas dan realistik, menjadikan seolah-olah jurulatih bertaraf dunia
berada di ruang tamu anda. Direka dengan mengambil kira aspek keselamatan,
paparan ini bebas kadmium, sekali gus mewujudkan persekitaran lebih selamat
untuk keluarga dengan menghapuskan logam berat berbahaya yang lazim terdapat
pada paparan tradisional. Pengintegrasian dengan SmartThings membolehkan
pengguna memantau keadaan rumah secara sepintas lalu sambil mengikuti sesi HIIT
yang intensif atau melakukan senaman yoga yang menenangkan. Produk ini
disertakan dengan jaminan eksklusif selama 3 tahun (2 tahun jaminan standard +
1 tahun jaminan tambahan CUCKOO).
·
Samsung Galaxy Tab S10 FE+ (256GB): Ditawarkan pada harga RM160/sebulan
selama 24 bulan, tablet berprestasi tinggi ini direka untuk menyokong
produktiviti dan gaya hidup aktif masa kini. Paparan besar 13.1 inci dengan
reka bentuk ultra nipis 6.0mm serta perlindungan kalis air dan habuk IP68
menjadikannya teman ideal untuk penggunaan di rumah mahupun ketika bergerak.
Dikuasakan oleh pemproses Exynos 1580 dan RAM 12GB, peranti ini menawarkan
kecekapan berasaskan AI di hujung jari yang menampilkan ciri Galaxy AI, Gemini
dan Circle to Search. Sama ada mengikuti latihan kecergasan intensif atau melukis
menggunakan S Pen, tablet yang dilengkapi dengan bateri 10,090mAh serta
pengecasan 45W ini pasti mampu bertahan lama. Eksklusif untuk CUCKOO Malaysia,
tablet ini didatangkan dengan jaminan selama 3 tahun (2 tahun jaminan standard
+ 1 tahun jaminan tambahan CUCKOO).
Daya Tahan Operasi dan Pertumbuhan Strategik
“CUCKOO
Smart Healthy Home Co-Created Programme with Samsung” merupakan sebahagian
daripada segmen perniagaan “CUCKOO
Co-Created”. Segmen perniagaan ini menampilkan pelbagai peralatan dan barangan isi rumah
hasil kerjasama strategik dengan LSK, OGAWA Malaysia dan Fujiaire.
Pengumuman barisan produk terbaru ini
dijangka meningkatkan lagi momentum keputusan kewangan tidak diaudit CUCKOO
Malaysia bagi suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025
(“S4TK2025”). Dalam tempoh tersebut, Syarikat menunjukkan daya tahan operasi yang kukuh
apabila keuntungan selepas cukai (PAT) meningkat 171.0% suku ke suku kepada RM36.5
juta, didorong terutamanya oleh margin lebih tinggi dan strategi pengurusan
kredit yang lebih berkesan. Prestasi ini menyumbang kepada pencapaian stabil
bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 (“TK2025”), dengan jumlah hasil
RM1.1 bilion dan PAT sebanyak RM105.2 juta.
Segmen perniagaan CUCKOO Co-Created kekal
sebagai pemacu utama pertumbuhan, menyumbang RM221.1 juta (20.1%) daripada
jumlah hasil TK2025, berbanding 20.2% pada tahun kewangan berakhir 31 Disember
2024 (“TK2024”). Prestasi yang konsisten ini menjadi bukti kepada kejayaan model
perniagaan berteraskan sewaan Syarikat dalam menjana pendapatan stabil sambil
memenuhi permintaan pengguna terhadap penyelesaian kesejahteraan kediaman yang
mampu milik dan berkualiti tinggi.
###
Mengenai CUCKOO International (MAL) Berhad (“CUCKOO Malaysia”, KLSE:5336)
CUCKOO Malaysia ialah Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) yang
komited dalam usaha memupuk gaya
hidup lebih sihat untuk pelanggannya menerusi peralatan rumah dan barangan
rumah, produk penjagaan kulit dan makanan bernutrisi, serta servis penjagaan
kediamannya. Syarikat itu pada asasnya
terlibat dalam akitiviti perdagangan dan
penyewaan peralatan rumah, tilam dan perabot, penjualan produk penjagaan
kecantikan, penyediaan servis penjagaan kediaman, dan aktiviti pemegangan
pelaburan. Ia adalah pengedar tunggal dan eksklusif produk jenama CUCKOO di
Malaysia, Singapura, dan Brunei. CUCKOO Malaysia menawarkan pelbagai rangkaian
penyelesaian yang merangkumi empat segmen perniagaan: jenama CUCKOO, CUCKOO
Co-Created, WonderLab dan WonderDewi, serta WonderKlean, yang meliputi peralatan
rumah, barangan rumah, produk penjagaan kulit dan makanan bernutrisi, serta
perkhidmatan penjagaan kediaman. Syarikat itu komited untuk mewujudkan impak sosial
yang positif kepada komuniti di mana ia beroperasi, bagi meningkatkan taraf
hidup komuniti yang memerlukan, selaras dengan matlamatnya untuk menjadi
“Pencipta Kediaman Sihat”.
[1] AI Ecobubble™ hanya diaktifkan apabila kitaran tertentu dipilih,
termasuk Kapas, Sintetik dan AI Wash dengan muatan kurang daripada 2kg.**
Berdasarkan laporan Ujian Makmal Prestasi oleh Springboard Engineering pada
cebisan fabrik EMPA, membandingkan larutan deterjen biasa dan teknologi buih
tanpa tindakan mekanikal. Hasil individu mungkin berbeza.*** Berbanding dengan
cucian menggunakan air suam. Diuji mengikut IEC 60456-2010 / 4kg Muatan Cucian
/ Super Eco Wash sejuk (WF80F5E5U4W) berbanding Kapas 40°C tanpa Ecobubble™
(WF0702WKU). Hasil sebenar mungkin berbeza bergantung kepada penggunaan
individu.**** Berdasarkan ujian EMPA pada model 9kg (WF906U4SAGD, Sintetik),
dengan dan tanpa Ecobubble™. Data dikumpul daripada ujian individu. Hasil
sebenar mungkin berbeza bergantung kepada penggunaan individu.

Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com