Showing posts with label #RuleLikeElena. Show all posts
Showing posts with label #RuleLikeElena. Show all posts

Elena of Avalor #RuleLikeElena

Siapa ada tengok tv siaran terbaru tentang Puteri raja Disney, “Elena of Avalor” Pastinya, kebanyakan mak mak dan pak pak yang ada anak kecil je tahu kot. Yang mana belum tahu tentang Puteri raja Disney, “Elena of Avalor” ini. Cerita ni baru lagi di tayangkan iaitu pada 13 November (Ahad), 11 pagi di Disney Channel (Saluran Astro 615). 

Agak menarik cerita Puteri raja Disney, “Elena of Avalor” ini.  Kerana ianya berlatarbelakangkan dunia fantasi Avalor yang penuh keajaiban. Anak-anak kecil macam Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry ini biasanya memang suka kuasa ala-alam magik ini. 

Dhia Batrisya #RuleLikeElena

Bila mummy lihat cerita ini. Mummy dapati Dhia Batrisya, 3 tahun juga ada sifat seperti Elena. Sifat penyayang dan kadangkala agak tegas dan garang juga.

Elena of Avalor #RuleLikeElena

Dhia Batrisya ini boleh di kategorikan sebagai penyanyang? Kadangkala, mummy marah Dzal Aidi Fiqry (adik Dhia Batrisya) dan nak denda Dzal Aidi Fiqry duduk luar rumah. Dan..dan..masa tu juga Dhia Batrisya akan menangis. Tak bagi mummy denda adiknya. "Mummy..jangan buat adik, sianlah kat adik. Mummy maafkan adik ye"

Elena of Avalor #RuleLikeElena

Sifat tegas dan garangya pula, ada masa jika mummy lewat turut kehendaknya seperti nak makan atau minum. Dhia Batrisya dah mula pandai membebel pada mummy. "Mummy, kenapa lambat sangat buat air Dhia Batrisya,ni?"


Sinopsis Cerita Puteri raja Disney, “Elena of Avalor”

Elena of Avalor #RuleLikeElena




Puteri raja Disney, “Elena of Avalor” ini menceritakan kisah Elena, seorang remaja berani dan sukakan cabaran telah menyelamatkan kerajaannya daripada ahli sihir wanita jahat.

Dia juga perlu belajar cara memerintah kerajaannya sebagai puteri raja sebelum dia boleh menjadi permaisuri. Fasa baharu dalam hidupnya ini mengajar Elena tentang nilai-nilai yang perlu ada pada seorang pemimpin hebat iaitu bertimbang rasa, cekal dan berperikemanusiaan.

Elena of Avalor #RuleLikeElena

Siri yang dinanti ramai ini memuatkan karya muzik asli dalam setiap episod, termasuk lagu tema Elena “Kini Masaku”, sebuah lagu bersemangat yang berasaskan kekuatan dan keyakinan diri. Lagu ini telah dihasilkan semula dalam Bahasa Malaysia dan didendangkan oleh penyanyi popular Elizabeth Tan dalam sebuah video muzik yang akan ditayangkan kepada penonton Disney Channel mulai 1 November.

Selain Bahasa Malaysia, Disney Channel turut menghasilkan semula lagu ini dalam Bahasa Indonesia yang dinyanyikan oleh penyanyi Indonesia, Chilla Kiana.

“Elena of Avalor” dicipta oleh pemenang Anugerah Emmy, Craig Gerber yang juga merangkap penerbit eksekutif siri ini.