Showing posts with label 2020 smart phone. Show all posts
Showing posts with label 2020 smart phone. Show all posts

realme TERBAHARU 2020 : realme BUDS AIR DAN realme 5i SMART PHONE

realme TERBAHARU 2020 : realme BUDS AIR DAN realme 5i SMART PHONE. Sebagai pembukaan tirai bagi tahun 2020. Mummy berkesempatan di pelancaran 2 produk terbaharu dari realme iaitu Buds Air dan smart phone realme 5i


realme TERBAHARU 2020 : realme BUDS AIR DAN realme 5i SMART PHONE



realme Malaysia sebagai salah satu jenama yang semakin pesat berkembang hari ini mengakhiri tanda tanya peminat realme seluruh negara dengan melancarkan dua produk yang amat dinantikan iaitu produk audio realme Buds Air dan telefon pintar realme 5i sebagai ahli baharu keluarga siri kelima realme. Selain pelancaran pengenalan bagi tahun ini, realme Buds Air juga merupakan produk IoT pertama realme. 


Menurut Tiffany Teh selaku Pengurus Jenama realme Malaysia, “Tahun lepas merupakan tahun yang menakjubkan dan kami pasti rakyat Malaysia yakin bahawa realme akan terus membawa produk satu lonjakan ke hadapan sejajar dengan misi dan visi kami. Hari ini, kami akan memulakan tahun 2020 dengan satu lagi kejayaan penting dengan menawarkan produk audio tanpa wayar, realme Buds Air. Tidak lupa juga, realme 5i dengan yang dikenali sebagai produk Quad Kamera Raja Bateri. Setiap produk yang kami bawakan ada pengelasan penggunanya tersendiri dan paling menjadi tumpuan sudah semestinya reka bentuk dan prestasi produk itu sendiri.” 


realme Buds Air - True Wireless, Smart Assistant 



Produk yang menjadi tumpuan ini menawarkan pengalaman audio tanpa wayar, sekaligus memberikan kebebasan mendengar muzik di mana sahaja. Ciri audionya ditambah baik dengan custom R1 chip dan Bluetooth 5.0 yang membolehkan sambungan segera dan stabil antara realme Buds Air dan telefon pintar. Bukan itu sahaja, penggunaan realme Buds Air juga memberi prestasi bateri yang lebih baik dan akses kawalan pintar (smart assistant) yang menyenangkan. 



Dengan transmisi dwi-masa sebenar, realme Buds Air dioptimumkan dengan Mod Permainan yang memastikan pergerakan sempurna antara visual dan bunyi, iaitu kelewatan bunyi bagi mod biasa adalah 243.8ms, manakala bagi mod permainan adalah 119.3ms. Ini sudah pasti bakal menjadi buah mulut dan idaman setiap peminat mobile gaming tegar.






realme Buds Air juga dilengkapi dua mikrofon dengan teknologi Environment Noise Cancellation yang mengenal pasti setiap perkataan dan menyaring sebarang bunyi latar belakang. Semasa pengguna membuat panggilan contohnya, suara anda akan tetap jelas walaupun dalam suasana yang bising. Manakala bagi pengecasan penuh melalui kabel type-C, realme Buds Air boleh digunakan untuk tempoh sehingga 17 jam. Dari segi reka bentuk, realme Buds Air mempunyai bentuk kanal telinga yang sangat sesuai secara semulajadi terintegrasi dengan telinga anda. 




Produk realme Buds Air turut menyokong operasi sentuhan pintar dan menyediakan kawalan pintar untuk menjawab atau menamatkan panggilan, menukar muzik, melancarkan pembantu suara serta keluar masuk mod prestasi dengan sentuhan. Teknologi melalui Google Assistant ini membolehkan seseorang menikmati gaya hidup pintar baharu tanpa mengeluarkan telefon, boleh mengawal playback muzik, panggilan, pelarasan volume dan perkhidmatan maklumat, seperti cuaca. 



realme 5i - Quad Camera Battery Hero 


Model ini dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 665 An 11nm, yang beroperasi pada kelajuan jam 2.0GHz bersama-sama dengan prestasi permainan yang dipertingkatkan dan generasi Qualcomm AI Engine ke-3. Sudah pasti memberikan prestasi cemerlang dalam segmen harganya. Ia dilengkapi dengan bateri sebesar 5000 mAh yang memberikan pengguna prestasi hayat bateri yang lama dan tempoh stand-by 30 hari. 

realme 5i juga dilengkapi dengan pemisahan perlindungan tahan api dan tiga kali perlindungan untuk menjamin keselamatan bateri. Bagi ciri kamera, ia tersedia dengan quad kamera ultra lebar - 119 ° lensa sudut lebar (8MP), kamera utama (12MP), lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP). Kamera utamanya juga menyokong kesan EIS yang lebih baik, jadi pengguna boleh mengambil video yang lebih stabil semasa bergerak. 


Bagi nilai estetik, realme 5i mempunyai reka bentuk Matahari dengan kesan biji-biji di bahagian belakang yang diproses oleh mesin ukiran radium ketepatan lima-paksi Jerman yang terkemuka di industri. realme 5i boleh didapati pada dua warna iaitu Aqua Blue dan Forest Green

HARGA realme TERBAHARU 2020 : realme BUDS AIR DAN realme 5i SMART PHONE


realme Buds Air berharga RM 299 di datangi dengan warna putih 


Yang nak dapatkan harga lebih murah pula, korang boleh ke jualan online pertama Shopee: 

Tarikh : 21 Januari 2020 bermula 12AM 

Harga Ekslusif RM199  (21 Januari 2020 sahaja) boleh juga ke pautan http://bit.ly/shopeetws

Lagi best, realme ada datangkan dengan PERCUMA Hadiah Tahun Baru Cina 2020 


5i smartphone pula berharga RM 599 pilihan warna yang ada pula ialah Aqua Blue , Forest Green 

Nak harga sales juga? Okay, tentulah ada...Jualan online pertama Lazada: 

Tarikh : 28 Januari 2020 bermula 12AM . Boleh juga layari ke http://bit.ly/lzdr5i


Harga special boleh grab pada hari jualan offline pertama: 
18 Januari 2020 dan dapatkan juga PERCUMA Hadiah Tahun Baru Cina 2020 

Keterangan lanjut, jom layari ke

Instagram @realmemalaysia