Showing posts with label Bercuti di Hello Kitty and Little Big Club Puteri Harbour Johor Bahru. Show all posts
Showing posts with label Bercuti di Hello Kitty and Little Big Club Puteri Harbour Johor Bahru. Show all posts

Tiket Murah ke Puteri Harbour Jom Bercuti Fun Escapade by Astro Dengan Anak dan Keluarga

Tiket Murah ke Puteri Harbour Jom Bercuti Fun Escapade by Astro Dengan Anak dan Keluarga  - Cuti sekolah ni memacam pulak permintaan anak-anak ! Dhia dan Dzal mula dah tu, dok zikir kat telinga mummy daddy minta nak ke Puteri Harbour with Fun Escapade by Astro. Nampak iklan dalam tv lah tu ! Erm, sorang nak pi Hello Kitty , yang si bujang tu pulak nak masuk Thomas Town.


Jom Bercuti Di Puteri Harbour Johor Fun Escapade by Astro Dengan Anak dan Keluarga, Puteri Harbour Johor, SANRIO HELLO KITTY TOWN, THOMAS TOWN, HARGA TIKET PUTERI HARBOUR JOHOR MURAH !


Tiket Murah ke Puteri Harbour Jom Bercuti Fun Escapade by Astro Dengan Anak dan Keluarga



Bila belek-belek blog. Rupa-rupanya, setiap 2 tahun kami bawa anak-anak bercuti ke Puteri Harbour Johor ke SANRIO HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN. Patutlah anak-anak mula dah sebut-sebut tentang nak Bercuti Di Puteri Harbour Johor Fun Escapade by Astro 

Bila anak dok bercerita tentang iklan Acara Tahunan Keluarga Astro Fun Escapade Bakal Diadakan Buat Pertama Kalinya di Puteri Harbour, Johor. Mummy pun tetiba teruja nak tahu apa program yang menarik untuk Acara Tahunan Keluarga Astro Fun Escapade Bakal Diadakan Buat Pertama Kalinya di Puteri Harbour, Johor.


HARGA TIKET PUTERI HARBOUR JOHOR MURAH !




Jom Bercuti Di Puteri Harbour Johor Fun Escapade by Astro Dengan Anak dan Keluarga, Puteri Harbour Johor, SANRIO HELLO KITTY TOWN, THOMAS TOWN, HARGA TIKET PUTERI HARBOUR JOHOR MURAH !




Harga tiket masuk ke Puteri Harbour Johor untuk 15 dan 16 Disember 2018 kali ini sangat murah ! Berbaloi kalau pergi ni ! Dah lah murah, dapat pulak enjoy dan menikmati persembahan muzikal menarik yang menampilkan watak-watak terkenal seperti Omar & Hana, XYT Tong Tong, Cam & Leon serta Didi & Friends. 


Harga tiket masuk ke Puteri Harbour Theme Park Johor ialah berharga RM418 untuk 4 orang. Di mana korang boleh masuk ke semua level termasuk SANRIO HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN 

Pakej Berkembar Fun2Play pula berharga RM269 untuk 2 orang !

Masuk PERCUMA untuk kanak-kanak berumur 3 tahun kebawah atau ketinggian bawah dari 90cm.

Tapi, korang kena beli melalui http://www.kidxy.com/puteriharbour boleh dibeli di Puteri Harbour pada hari acara berlangsung.



Apa Yang Menarik di Acara Tahunan Keluarga Astro Fun Escapade Bakal Diadakan Buat Pertama Kalinya di Puteri Harbour, Johor

Apa yang yang menarik di ASTRO FUN ESCAPE PUTERI HARBOUR JOHOR? Antara aktiviti program yang menarik adalah seperti :-

*Puteri Harbour Attractions anjuran Astro, Fun Escapade merupakan aktiviti pertama ASTRO buat pertama kalinya diadakan di luar Lembah Klang. 

*Acara tahunan selama dua hari ini akan menampilkan konsert dan sesi bertemu peminat dengan watak-watak popular seperti Didi & Friends, Omar & Hana, Cam & Leon dan banyak lagi watak kegemaran anak kami ada di sini. 

*Korang boleh dapatkan Pasport Escapade untuk mengambil bahagian dalam 15 aktiviti baharu di SANRIO HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN. 

*Selain itu, terdapat juga pelbagai permainan untuk disertai anak-anak dan ibu bapa. 

*Lebih menarik, seisi keluarga akan turut menerima barangan edisi terhad Fun Escapade dan baucar untuk membeli-belah, baucar makanan dan minuman serta baucar cetakan foto.

Jom sesama kita alami kemeriahannya pada Sabtu dan Ahad, 15 dan 16 Disember 2018 ini di SANRIO HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN!

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kidxy.com/puteriharbour atau hubungi 1 300 88 FAMILY (326459).

Bercuti di Hello Kitty and Little Big Club Puteri Harbour Johor Bahru

Kisah percutian keluarga kecil kami ke Hello Kitty and Little Big Club Puteri Harbour Johor Bahru. Bukan kali pertama anak-anak ke sini. Ini merupakan kali kedua anak-anak jejakkan diri Hello Kitty and Little Big Club Puteri Harbour Johor Bahru. Pada asalnya nak jenjalan holiday ke Langkawi. Tetapi memandangkan cuaca sekarang susah nak di ramal. Maka, daddy ambil keputusan bercuti di tempat indoor.

Bercuti di Sanrio Hello Kitty and Little Big Club Puteri Harbour Johor Bahru


Dhia pun dah lama meminta nak bermain di Hello Kitty and Little Big Club Puteri Harbour Johor Bahru.

Kali ini tertunai...permintaan anak-anak. Time mereka kecil-kecil lah syok datang sini. Dah besar nanti, lain pula minat mereka.



Kami beli tiket secara walk in. Sebab walk in lebih murah. Masuk ke semua tempat Hello Kitty and Little Big Club Puteri Harbour Johor Bahru (3 tingkat) dari RM125, dapat diskaun 25%. Kami kena bayar laki bini RM200 je. Anak bawah 90cm atau bawah 3 tahun. Masuk PERCUMA.

Jika bernasib baik, datang awal. 100 orang yang pertama dapat beli tiket BUY 1 FREE 1.

Nak murah...jadilah orang 100 yang pertama ye..


Pertama sekali, kami terjah Hello Kitty Town dulu. Buat 4 aktiviti, tengok konsert, bergambar dengan Hello Kitty.

Aktiviti 1 di Hello Kitty and Little Big Club Puteri Harbour Johor Bahru : Deko cookies






Aktiviti 2 di Hello Kitty and Little Big Club Puteri Harbour Johor Bahru : Menggayakan Costume






Aktiviti 3 di Hello Kitty and Little Big Club Puteri Harbour Johor Bahru : Buat Kipas Tangan



Aktiviti 4 di Hello Kitty and Little Big Club Puteri Harbour Johor Bahru : Buat Button Badge.



Selesai buat button bagde. Kami teruskan dengan aktiviti bermain indoor game.



Dalam level 1 Hello Kitty Town ni ada indoor games cawan pusing-pusing. Main sampai pening hehehe.





Lepas tu ada rumah Hello kitty yang cantik. Walaupun pernah ke sini dan bergambar hampir 3 tahun lepas. Kita repeat lagi bergambar ye .













Sekitar konsert Hello Kitty. Memang teruja lah si Dhia dapat tengok dan salam dengan Hello Kitty. Dulu-dulu gi sini masa kecil. Tak ingat sangat. Tapi mummy ada rekod dan letakkan dalam YouTube. 

Dhia recall dari situ je.

Video kali ni belum habis upload di YouTube. 


Selesai level 1, terus kami ke level 2 dan 3 untuk ke Little Big Club.







Di level 2 ada, pemainan indoor dan juga konsert seperti Thomas & Friends, Barney dan banyak lagi.

Sambung main di level 3 untuk permainan indoor.  Tapi, Dhia banyak tak nak main. Takut katanya. Dzal so far ok. Nak ikutkan ketinggian Dzal tak lepas. Tapi sebab dah nak tutup. Dapat juga naik.



Selesai bermain sehingga taman tema ini tutup. Kami terus balik.

Kami parking di basement je. Parking PERCUMA buat masa ini.







Bye-bye Sanrio Hello Kitty & Little Big Club Puteri Harbour. Jumpa lagi...

Kisah perjalanan ke Johor Bahru (boleh baca di SINI ) dan penginapan kami (boleh baca di SINI)