Showing posts with label Beriyani Johor. Show all posts
Showing posts with label Beriyani Johor. Show all posts

TEMPAT MAKAN NASI BERIYANI SEDAP DI BATU PAHAT JOHOR | BERIYANI MOHD SHAH

TEMPAT MAKAN NASI BERIYANI SEDAP DI BATU PAHAT JOHOR | BERIYANI MOHD SHAH. Kitorang kalau balik kampung di Batu Pahat. Memang tak sah, tak singgah ke TEMPAT MAKAN NASI BERIYANI SEDAP DI BATU PAHAT JOHOR, BERIYANI MOHD SHAH


TEMPAT MAKAN NASI BERIYANI SEDAP DI BATU PAHAT JOHOR | BERIYANI MOHD SHAH


Korang yang ada ke Batu Pahat Johor tu. Boleh lah singgah ke TEMPAT MAKAN NASI BERIYANI SEDAP DI BATU PAHAT JOHOR, BERIYANI MOHD SHAH . Gerenti tak rugi ! Peminat Nasi Beriyani pun boleh juga JALAN JALAN CARI MAKAN ke TEMPAT MAKAN NASI BERIYANI SEDAP DI BATU PAHAT JOHOR,  BERIYANI MOHD SHAH ni.

5 SEBAB KORANG KENA SINGGAH TEMPAT MAKAN NASI BERIYANI SEDAP DI BATU PAHAT JOHOR | BERIYANI MOHD SHAH

TEMPAT MAKAN NASI BERIYANI SEDAP DI BATU PAHAT JOHOR | BERIYANI MOHD SHAH

TEMPAT MAKAN NASI BERIYANI SEDAP DI BATU PAHAT JOHOR, BERIYANI MOHD SHAH terletak di Medan Selera Benteng Batu Pahat Johor (berdepan dengan hospital swasta).

Kenapa mummy suggest kan tempat ni? Jom baca 5 sebab kenapa korang kena singgah ke TEMPAT MAKAN NASI BERIYANI SEDAP DI BATU PAHAT JOHOR | BERIYANI MOHD SHAH

TEMPAT MAKAN NASI BERIYANI SEDAP DI BATU PAHAT JOHOR | BERIYANI MOHD SHAH


1. Parking Medan Selera Benteng ni sangat luas. Tak susah nak cari parking.

2. Antara tepat makan famous. Dan, ramai orang singgah. Kitorang pernah terkena datang pada jam 3 petang. Semuanya habis licin. Tak ada rezeki !

Kali ni, 11.40 pagi kitorang sampai hehehe

TEMPAT MAKAN NASI BERIYANI SEDAP DI BATU PAHAT JOHOR | BERIYANI MOHD SHAH


3. Nasinya panjang-panjang. Nampaknya, Beriyani Mohd Shah menggunaan beras yang mahal dan berkualiti.

4. Portion nasi dan lauknya BANYAKKK ! Korang tegok tu..penuh pinggan nasi dan lauknya kan ! Tak kedekut !

5. HargaNasi Beriyani Mohd Shah. Mampu milik. Harga Nasi Beriyani Ayam RM7 dan Nasi Beriyani Kambingnya berharga RM8

Puas makan sepunggan sorang. Tapi, kami tetap membingkus bawa balik KL gak hehehe. 

Rugi weiii, kalau tak bungkus. 

Korang peminat Beriyani atau suka JJCM JALAN JALAN CARI MAKAN. Bolehlah pekena Nasi Beriyani Mohd Shah di Batu Pahat Johor.

Lelagi pekena pulak dengan air Bandung Soda Johor. Perghhhh ! Terangkat !

Nasi Beriani Johor Hidangan Raya

Nasi Beriani Johor Hidangan RayaSalam Aidiladha 1437H , Selamat Hari Raya Korban 2016. Allah sedap sungguh dengar takbir. Last takbir berkumandang pada hari ini kan. Cerita bab raya ni, kali ini mummy beraya rumah mak mummy sendiri di Subang. Walaupun mak abah asal dari Johor. Kami tak berkesempatan nak ke Johor. Dapat pekena makanan Johor Nasi Beriani Johor Hidangan Raya pun boleh terubat rindu !

Kali ini, menu raya haji kami ada makanan Johor. Iaitu Nasi Beriani Johor. Ramai yang tanya resipi Nasi Beriani Johor kami. Kalau google pastinya banyak resipi Nasi Beriani Johor. Tapi, cara kami masak lain. Rempah pun beli dari Batu Pahat, Johor. Pernah beli rempah tempat lain. Tapi...tak datang rasanya......

Nasi Beriani Johor Hidangan Raya

Mummy lawankan Nasi Beriyani Johor dengan Daging Beriyani Johor berserta Penchok Nenas Timun dan ayam goreng je pada 1 Aidiladha.

Untuk resepi, boleh tengok di bawah.

Nasi Beriyani Johor Hidangan Raya


DAGING MASAK BERIANI JOHOR

  
Bahan-bahan untuk Daging Beriani Johor

  • 1 kilo daging batang pinang - potong agak-agak dalam 4cm
  • 5 biji kentang - belah dua
  • Setengah cawan ghee / minyak sapi
  • 1 sudu teh buah pelaga
  • 1 inci kayu manis
  • 5 bunga lawang
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 2 biji bawang besar -  hiris
  • 5 ulas bawang putih -  kisar
  • 10 ulas bawang merah - kisar
  • 1 inci halia - kisar
  • 6 sudu makan pes rempah beriani dari Johor
  • Segenggam gajus
  • Segenggam kismis
  • Air secukupnya
  • Perahkan 2 biji limau nipis ke dalam 1 gelas dan biarkan 15 minit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 atau 2 sudu makan tomato puri
  • Kerisik 


CARA MASAK DAGING BERIANI JOHOR

1. Panaskan minyak sapi dalam kuali.
2.Tumiskan bawang besar hiris, bahan kisar dan semua rempah campak (kulit kayu manis dan bahan rempah ratus) hingga naik bau.
3. Masukkan pes beriyani dan hingga naik minyak.
4. Rempah Beriani jika serbuk campurkan dengan sedikit air untuk jadikan pes.
5. Masukkan daging ,  kentang, kiub daging dan air. Tingginya 1 inci atas paras daging dan kentang.
6.Biarkan ia merenih, bila daging dah empuk. 
7. Masukkan tomato puri, kerisik dan air limau
8. Biarkan ia merenih sebentar
9. Kemudian maukkan garam, dan gula secukup rasa
10. Kecilkan api , tambahkan kismis, gajus dan telur rebus
11. Masak hingga daging mesra.

NASI BERIANI JOHOR


Bahan-bahan untuk Nasi Beriyani Johor

  • 5 cawan beras basmathi
  • 1 cawan ghee / minyak sapi
  • 1 sudu teh buah pelaga
  • 1 inci kayu manis
  • 5 bunga lawang
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 4 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 10 ulas bawang merah ~ hiris halus
  • 1 inci halia ~ hiris halus
  • 3 sudu makan pes rempah beriyani dari Johor
  • segenggam gajus
  • segenggam kismis
  • 5 cawan air
  • garam secukup rasa
  • daun pandan
  • daun pudina
  • pewarna kuning dan merah


CARA MASAK NASI BERIANI JOHOR
  1. Beras Basmathi di rendam , cuci bersih, kemudian toskan
  2. Pnaskan rice cooker dan masukkan ghee.
  3. Tumiskan bahan hiris beserta buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan jintan manis sampai berbau harum dalam rice cooker sebentar.
  4. Masukkan rempah beriani Johor, daun pudina dan daun pandan. Biar sehingga naik bau
  5. Seterusnya masukkan beras dan kacau rata
  6. Masukkan air sehingga menutup paras beras dan kacau rata
  7. Teruskan masak dalam rice cooker. 
  8. Agak-agak dah nak masak, letakkan sedikit pewarna kuning merah. kacau nasi rata.
Peminat Nasi Beriani Johor dan Daging Beriani Johor. Boleh cuba resipi ini juga..

Nak tokok tambah bahan pun tak ada masalah. Ikut selera masing-masing :)