Showing posts with label Eversoft. Show all posts
Showing posts with label Eversoft. Show all posts

5 PRODUK PENCERAH EVERSOFT SKINZ BLOSSOM WHITE BAHARU: Cerah Berseri dalam masa 10 Hari

Rangkaian EVERSOFT SKINZ Blossom White Baharu Cerah Berseri dalam masa 10 Hari - Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Apa khabar? Mummy alhamdulillah sihat. Kulit mummy pun sihat dan cantik berseri juga ni. Terima kasih EVERSOFT SKINZ Blossom White 




Rangkaian EVERSOFT SKINZ Blossom White Baharu Cerah Berseri dalam masa 10 Hari 


Hari ini mummy nak memperkenalkan korang tentang rangkaian baharu dari EVERSOFT SKINZ Blossom White Baharu Cerah Berseri dalam masa 10 Hari. Di negara kita yang mengalami adakalanya musim panas, kita mudah terdedah kepada sinaran UV dan radiasi infra merah setiap hari. 

Selain faktor semulajadi, kita juga terdedah kepada cahaya kediaman terutamanya yang berbentuk fluorescent dan halogen yang memancarkan cahaya UVA dan turut membahayakan kulit kita. Pendedahan berterusan boleh menjadi pendorong kepada masalah bintik gelap, kulit kering, tona tidak sekata serta kulit kusam. Adalah menjadi satu keajaiban bagaimana wanita Jepun dapat mengekalkan kulit mereka yang halus, cerah dan selicin porselin tanpa mengalami kesan yang memudaratkan.


Kebaikan Rangkaian EVERSOFT SKINZ Blossom White Baharu 


Memperkenalkan EVERSOFT SKINZ Blossom White – rangkaian penjagaan kulit wajah dengan teknologi Jepun serta 100% ekstrak tumbuhan yang terbukti secara klinikal dengan keberkesanannya terhadap wanita Asia yang impikan kulit cerah semulajadi. 

Kebaikan Rangkaian EVERSOFT SKINZ Blossom White adalah :-

1. EVERSOFT SKINZ Blossom White BEBAS daripada 6 bahan berbahaya yang sering terkandung di dalam produk pencerah. Rangkaian ini BEBAS daripada Paraben, pewarna tiruan, wangian tiruan, minyak mineral, alcohol dan Phthalates. 

2. Sebagai jenama yang bertanggungjawab, EVERSOFT SKINZ bukan sahaja menggunakan bahan yang selamat, malah produk mereka juga tidak diuji ke atas haiwan.

3. Berasaskan dari 100% tumbuhan aktif, EVERSOFT SKINZ Blossom White mengandungi bahan mesra kulit seperti ekstrak Sakura yang melembutkan serta melicinkan kulit sambil menyamaratakan tona kulit agar kekal sekata. 

4. Ditambah dengan manfaat semulajadi Uji Tea, teh hijau premium yang padat dengan antioksiden semulajadi yang kuat ini, dapat membantu mengurangkan pigmentasi sambil memperbaharui dan memperbaiki kerosakan pada kulit yang disebabkan oleh sinaran UV dan radikal bebas. 

5. Rangkaian ini turut diperkaya dengan Cendawan Shiitake yang kaya dengan asid amino, antioksidan, multivitamins, mineral dan lentinan yang membantu mencerahkan kulit serta meningkatkan imunisasi kulit terhadap alam sekitar yang berbahaya.

5 produk pencerah EVERSOFT SKINZ Blossom White


EVERSOFT SKINZ Blossom White terdiri daripada 5 produk pencerah yang memberikan anda manfaat cerah semulajadi melalui 4 langkah rejim panjagaan muka: 


· Pembersih Buih Pencerah EVERSOFT SKINZ Blossom White (100ml RM18.90)



Pembersih buih berasaskan 100% tumbuhan aktif ini membersih dengan cepat dan tidak mengeringkan kulit. Ia mampu membersih dengan baik dan menanggalkan kotoran sambil mengekalkan keseimbangan lembapan semulajadi pada kulit wajah anda. Ia membersih secara mendalam, menanggalkan sebum berlebihan, menjadikan kulit wajah anda lembut, halus dan licin tanpa cela.


· Toner pencerah EVERSOFT SKINZ Blossom White(100ml RM22.90)

Toner berasaskan air, ringan, dan cepat meresap kedalam kulit ini mampu membersih dan mengecilkan liang-liang pori anda agar kulit kembali cerah dan segar. Diperkaya dengan ekstrak tumbuhan semulajadi untuk meningkatkan tahap pencerahan kulit, agar kulit semakin sihat dan berseri. Ia memberikan 2x penghidratan, melegakan serta memperbaiki kulit yang meradang serta menyiapkan kulit wajah untuk menyerap Serum Pencerah intensif secara optimum.


·Aura Serum Pencerah EVERSOFT SKINZ Blossom White(30ml RM55.90)


Serikan kulit andad alam masa 10 hari dengan 6x booster pencerah. Serum berasaskan air ini amat ringan dan menyerap pantas menjadikan kulit anda sehalus sutera dan tidak berminyak. Padat dengan 3 ekstrak tumbuhan semulajadi (Uji tea, ekstrak Sakura, dan ekstrak Shiitake), ditambah dengan manfaat Vitamin C, Vitamin F dan peptide, serum ini berkesan meringankan dan menyamaratakan tona kulit serta melawan radikal bebas harian yang berbahaya. Ia juga membantu mengurangkan pigmentasi, bintik-bintik gelap dan memperbaiki tekstur kulit dengan berkesan menjadikan kulit sihat dan cerah berseri semulajadi.


· Krim Pencerah dengan ketahanan SPF 15 PA ++ EVERSOFT SKINZ Blossom White(40g RM39.90)




Krim berasaskan air yang meresap dengan cepat dan efektif agar kulit kelihatan cerah. Ia melindungi kulit wajah daripada sinaran UV dan infra merah berbahaya dengan SPF15 PA++. Dirumuskan dengan ekstrak tumbuhan semulajadi dan vitamin B3, ia mencerahkan tona kulit serta melembut dan melembapkan kulit pada siang hari. 


· Krim Malam Pencerah EVERSOFT SKINZ Blossom White(40g RM 44.90)

Krim malam intensif yang berasaskan air, tidak berminyak dan meresap dengan pantas memberikan kulit lembut sehalus baldu dengan menghalang kekeringan pada kulit serta mengurangkan garis halus. Ia menyediakan proses pencerahan kulit dengan pantas, menyamaratakan tona serta menghalang pigmentasi semasa anda tidur. Bangun pagi dengan kulit yang lebih cerah, halus, dan muda remaja.

Dengan penggunaan rangkaian EVERSOFT SKINZ Blossom White secara lengkap dan berterusan, anda akan menikmati tona kulit yang lebih cerah, licin dan sihat dalam masa 10 hari!



Rangkaian penjagaan wajah EVERSOFT SKINZ Blossom White kini terdapat di semua farmasi, pasaraya besar, dan pasaraya terkemuka di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook EVERSOFT SKINZ di https://www.facebook.com/EversoftSkinz/


*Harga tertera termasuk 6% SST.

100% Organik EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water Pembersih Muka dan Penanggal Makeup

100% Organik EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water Pembersih Muka dan Penanggal Makeup - Assalamualaikum, selamat pagiiii ! Best rasa kulit wajah ini, pepagi tadi mummy dah pakai 100% Organik EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water Pembersih Muka dan Penanggal Makeup . Walau waktu pagi, kulit mummy bebas dari make up . Tapi, mummy suka gunakan 100% Organik EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water Pembersih Muka dan Penanggal Makeup sebelum pakai make up juga. Nak pastikan 100% kulit bersih sebelum memakai make up ...adalah satu kemestian bagi mummy hehe.



100% Organik EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water Pembersih Muka dan Penanggal Makeup


Kosmetik merupakan salah satu elemen daya tarikan seorang wanita. Solekan seperti pembayang mata, celak, maskara dan barangan kosmetik lain menyerlahkan kecantikan pada mata serta menaikkan seri pada wajah. Sudah menjadi trend bagi kebanyakan pengguna terutamanya wanita dan gadis untuk menggunakan kosmetik dalam kehidupan seharian mereka. Oleh kerana bahan kosmetik mengandungi bahan kimia dan pewarna, adalah penting untuk memastikan solekan dibersihkan secara menyeluruh tanpa mengganggu lapisan perlindung kulit yang boleh mengakibatkan kulit kering.



Sebagai jenama yang dipercayai lebih 20 tahun, EVERSOFT memang terkenal dengan pembersih wajah yang diformulasi dengan 100% ekstrak tumbuhan organik dan menggunakan teknologi Jepun. EVERSOFT™ kini memperkenalkan pembersih solekan berasaskan air yang tidak melekit. Ia menggabungkan beberapa langkah pemeliharaan kulit iaitu menanggalkan solekan, membersih, menyegar serta melembapkan kulit dengan hanya 1 botol dalam 1 langkah dengan mudah.

Diperbuat daripada 100% ekstrak tumbuhan organik dan tanpa kandungan kimia berbahaya, EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water boleh menanggalkan semua jenis solekan, krim pelindung matahari, lebihan minyak dan kotoran kulit tanpa menggosok. Ia mampu mencapai kotoran yang tersumbat pada liang-liang pori sambil membersih dan melembap dengan ekstrak tumbuhan organik tanpa perlu dibilas. Bahan-bahan semulajadi yang lembut dan ternyata semulajadi ini dapat menyegarkan kulit wajah, kekal hidrasi dan tidak memedihkan mata.



Memandangkan hidrasi merupakan sebahagian penting dalam proses penjagaan kulit tidak kira jenis kulit anda, Bio-Hyaluronic Acid yang terkandung di dalam EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water baharu ini bebas daripada paraben, SLES/ SLS, propylene, glycol, phthalates, wangian, alcohol, minyak mineral, dan pewarna, menjadikan pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit.




Terdapat dalam 3 variasi, rangkaian EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water mempunyai variasi yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit.

EVERSOFT™ AVOCADO MICELLAR CLEANSING WATER – UNTUK KULIT NORMAL

Jika anda dikurniakan kulit wajah normal yang tidak terlalu berminyak, anda boleh memilih apa sahaja variasi air micellar yang anda gemari. Namun, EVERSOFT™ telah mencipta formulasi khas yang akan membantu mengekalkan keseimbangan kulit anda. EVERSOFT™ Avocado Micellar Cleansing Water dapat menyuburkan serta meremajakan wajah anda kerana ia dapat menghilangkan sisa solekan dengan mudah, menjadikan kulit lembut dan kekal terhidrat. Ekstrak Avocado yang diperkaya dengan antioksida Vitamin E bermanfaat untuk melawan radikal bebas, pencemaran, serta mengandungi ciri-ciri anti-penuaan yang membantu meremajakan kulit wajah.


EVERSOFT™ TOMATO MICELLAR CLEANSING WATER – UNTUK KULIT KERING

Jika anda mengalami kulit kering, anda mestilah mengelakkan pembersih yang akan mengeringkan kulit anda. Namun dengan EVERSOFT™ Tomato Micellar Cleansing Water anda tidak perlu lagi bimbang kerana ia bebas dari astringen dan alkohol. Ekstrak tomato organik dapat mengekalkan lembapan kulit serta membantu mencerahkan kulit menjadikan kulit lebih sihat dan berseri. 100% bahan organik yang terkandung berupaya membantu melambatkan proses penuaan serta membekalkan kulit wajah dengan perlindungan sinaran matahari semulajadi. Diperkaya dengan manfaat pati minyak zaitun, iaitu anti-oksidan yang kuat dapat mengekalkan fungsi lapisan pelindung kulit yang membantu memperbaiki keadaan kulit sambil memberikan lembapan pada kulit.

EVERSOFT™ GRAPEFRUIT MICELLAR CLEANSING WATER – UNTUK KULIT BERMINYAK DAN BERJERAWAT



Jika anda mempunyai kulit berminyak atau berjerawat, anda boleh berasa yakin dengan manfaat ekstrak limau gedang yang terkandung di dalam EVERSOFT™ Grapefruit Micellar Cleansing Water. Ia dirumus khas untuk mengurangkan minyak yang berlebihan, serta menghalang jerawat daripada terus tumbuh. Ia juga menggalakkan penghasilan kulit sihat dengan mengecilkan liang pori dan mengurangkan jerawat.

EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water dengan 100% ekstrak tumbuhan organik sangat sesuai digunakan tidak kira di rumah, atau jika anda merancang untuk menggunakannya semasa bercuti. Malah anda juga boleh membawanya ke gimnasium untuk membersih dengan segera selepas bersenam. Setiap cucian memberikan anda manfaat nutrient untuk kulit yang bersih dan sihat.




Rangkaian EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water baharu ini amat berpatutan serta dapat memberikan hasil yang menakjubkan! 

Ia boleh didapati pada harga RM25.90 (Semenanjung)/ RM27.20 (Sabah & Sarawak)* dalam botol bersaiz 300 ml di semua pasaraya besar, pasar raya hyper, dan farmasi di seluruh negara.


*Harga termasuk 6% SST.