Showing posts with label F&N. Show all posts
Showing posts with label F&N. Show all posts

Menang Wang Tunai RM26680 Bersama Teh Tarik Hang Tarik F&N

Menang Wang Tunai RM26680 Bersama Teh Tarik Hang Tarik F&N - Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Korang rasa syiokkk tak kalau tetiba menang duit sebanyak RM26,680? Kalau mummy lah kan ! Wajibul seronok. Tapi, tulah..mummy ni tak pandai nak tarik TEH TARIK. Acaner nak menang Bersama Hang Tarik F&N dan wang tunai sebanyak RM26,680 tu? 😭

Rakyat Malaysia Bersama-sama Menikmati Detik Citarasa Teristimewa di Acara Riang, Ria, Menang Bersama Hang Tarik F&N

Siapa agaknya yang Menang Wang Tunai RM26680 Bersama Teh Tarik Hang Tarik F&N tu, ye? Memang salute, tau ! Bukan kerja yang mudah nak tarik TEH TARIK ni. Lagi-lagi depan orang ramai. Debar tu yang lelebih huhu. Okay jom kita tengok siapa yang Menang Wang Tunai RM26680 Bersama Teh Tarik Hang Tarik F&N

Menang Wang Tunai RM26680 Bersama Teh Tarik Hang Tarik F&N


Menang Wang Tunai RM26680 Bersama Teh Tarik Hang Tarik F&N

Peraduan Hang Masuk Hang Menang yang dianjurkan oleh F&N Beverages Marketing Sdn Bhd selama dua bulan mencapai kemuncaknya. Pemenang yang Menang Wang Tunai RM26680 Bersama Teh Tarik Hang Tarik F&N untuk hadiah utama peraduan tersebut, En. Zaiful Syawwari bin Zakaria

Beliau turut giat beraksi mengaut sebanyak mungkin wang tunai dalam “Wind Chamber”. Beliau berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM26,680 sempena acara “Riang, Ria, Menang Bersama Hang Tarik F&N” yang telah berlangsung baru-baru ini di Giant Hypermarket Batu Caves. 

Peraduan Hang Masuk Hang Menang F&N sebenarnya adalah lanjutan kempen Hang Tarik F&N yang dilancarkan sempena Aidilfitri tahun lepas bagi memperkenalkan cara terbaik membuat Teh Tarik Ori yang sempurna dengan menggunakan Susu Pekat Manis F&N serta Susu Sejat F&N. Semenjak itu, ramai rakyat Malaysia amat menghayati persona Hang Tarik yang menyatukan kita semua melalui minuman kegemaran yang paling ikonik di Malaysia.

Pengurus Pemasaran Kanan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Cik Eileen Chan berkata, “Berikutan kejayaan kempen Hang Tarik F&N yang dilancarkan bersama iklan Raya tahun lepas, acara hari ini yang dinamakan ‘Riang Ria, Menang Bersama Hang Tarik F&N’ merupakan satu lagi cara F&N berkongsi, mendampingi serta memberi ganjaran kepada pengguna setia F&N dengan lebih bermakna. Demi menjamin kesinambungan warisan dalam mencipta detik citarasa teristimewa di kalangan rakyat Malaysia, F&N beriltizam untuk mendorong rakyat Malaysia mencapai piawai emas dalam penyediaan Teh Tarik Ori yang sempurna dengan kemanisan “secukup rasa” yang lemak berkrim dan berbuih cantik.”


Menang Wang Tunai RM26680 Bersama Teh Tarik Hang Tarik F&N

Suasana pagi Sabtu amat mengujakan apabila para tetamu dan pihak media disajikan dengan acara hiburan pembukaan oleh Hang Tarik serta Raja Teh Tarik, Azlin dengan kemahiran aksi penyediaan Teh Tarik yang menakjubkan. Seterusnya, para hadirin menyaksikan pemenang hadiah utama, En. Syawwari bersungguh-sungguh mengaut wang kertas yang berterbangan di sekitarnya dalam “Wind Chamber” yang futuristik.

Sebelum acara hari ini, enam peserta bertuah masing-masing telah memenangi sebuah motosikal. Di samping itu, 240 hadiah mingguan berupa selendang Fareeda Edisi Terhad turut dihadiahkan kepada para peserta sejak permulaan peraduan Hang Masuk Hang Menang F&N.

Acara Riang, Ria, Menang Bersama Hang Tarik F&N telah mendapat sambutan yang meriah dan berjaya menyatukan semua rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat untuk meneruskan warisan Teh Tarik yang asli, dengan citarasa yang disambut baik oleh semua generasi dan kaum. Untuk maklumat lanjut mengenai Susu Pekat Manis F&N serta Susu Sejat F&N, sila layari www.fn.com.my.