Showing posts with label GST. Show all posts
Showing posts with label GST. Show all posts

GST CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN SIFAR

Alhamdulillah, terjawab persoalan tentang GST, yang yang sebelum ini di perkatakan berita palsu GST di mansuhkan pada 1 JUN 2018.  Semalam... secara rasminya PM kita TUN M  mengistiharkan GST - CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN SIFAR dari 6% ke 0%. Mulai 1 Jun 2018 nilai GST ialah 0%


GST CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN SIFAR 


Kenyataan GST di hapuskan dan kenyataan GST CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN SIFAR adalah berbeza dari sudut kewangan terutama syarikat yang mengendalikan akaun dan juga GST.


Di mana setiap 3 bulan declaration GST kepada kastam perlu di lakukan seperti biasa. Hal ini, termaktub kepada syarikat yang ada nombor GST atau erti kata laim nilai perniagaan melebihi RM500K setahun.

Bab ni, mummy tak nak cerita panjang. Korang google lah ye.

Apa yang Mummy nak sampaikan, sebenarnya GST masih ada. Cuma kadarnya selepas 1 Jun 2018 adalah 0%. Jangan terlalu selesa, kerana nilai GST boleh berubah lagi !

GST MANSUH PADA 1 JUN 2018 ?

GST MANSUH PADA 1 JUN 2018 ? - Buka facebook , buka WhatsApp penuh dengan share tentang PEMANSUHAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN BERMULA 1 JUN 2018.

GST MANSUH PADA 1 JUN 2018 ?


Mummy percaya ke GST MANSUH PADA 1 JUN 2018 ? Sebenarnya tak percaya sangat cerita GST MANSUH PADA 1 JUN 2018 ? Sebab? Biasanya, apa apa berita melibatkan negara yang official datang dari PM bukan dari Kementerian Media Release ke apa

GST MANSUH PADA 1 JUN 2018 ?
Macam benar belaka je, kan? Sapa puye keje, ni?

GST MANSUH PADA 1 JUN 2018 ?
Hakikat, nya !

Korang hati-hati tau dengan berita viral yang tak benar. Jangan kongsi jika tak pasti.

Pasar Malam Selepas GST


Pasar Malam di Kajang Peerdana ni setiap hari Selasa je. Selasa lepas, masih belum ada GST lagi. Hari ini, hari pertama pasar malam di Kajang Perdana sempena GST. Cendol kegemaranku yang berharga RM1.20 dah naik ke RM1.50. Memang dasyat. KENAIKAN sebanyak 25% ko!!



Air-air yang lain, tak silap nya berharga RM1.00. Tapi, selepas GST RM1.20. Air-air lain ni. Tak terliur sangat. Bukan air feberet ku. Ku puye kesukaan adalah cendoi je. 

Erm,,,,banyak nau nak komplen. Kan? G buat cendoi sendiri di rumah je la nanti ye. 

Pasar malam yang takde resit dan GST no (bila tak de resit tu assume tak de GST registration no je la ye...maaf ya). Tapi rege macam dah absorb GST. ABSORB ke? hehehehe

Barangan pengguna murah atau mahal selepas GST?


Semalam, pertama kali kita merasai penangan GST (Goods Sales Tax) macam-macam pendapat dan pandangan terhadap GST. Dan, ada juga syarikat yang tidak kenakan GST.  Contohnya, pihak Mydin Mohamed Holdings Bhd. Yang mengatakan, mereka mengecualikan cas 6% GST ke atas semua barangan di stor mereka kepada pengguna. Tetapi mengapa di resit masih tertera including 6% GST?. Jadi, kami tak melepaskan peluang yang ada untuk melihat bagaimana GST di laksanakan. Serta, turun padang ke 3 buah pasaraya besar iaitu Giant Hypermarket (GCH Retail Malaysia Sdn Bhd), Mydin Mohamed Holdings Bhd dan Tesco Store (Malaysia) Sdn Bhd. Kita tak nak lah dengar-dengar cerita sahaja,kan? Dan bukannya, menulis sekadar menulis. Biar bertulis dan berbukti.


Dalam pada itu, kami membandingkan harga ketiga-tiga pasaraya. Sekarang ini, pengguna harus bijak. Semalam, harga minuman susu kultur nutrigen berharga RM3.99 di pasaraya Giant Hypermarket (GCH Retail Malaysia Sdn Bhd)Mydin Mohamed Holdings Bhd. CUMANYA...Pihak Mydin Mohamed Holdings Bhd mengenakan bayaran kepada pengguna sama seperti tanda harga yang di paparkan. Bermakna.... tiada GST di kenakan. BERMAKNA ..harga pengguna bayar di pasaraya Giant RM4.22 manakala Mydin kekal RM3.99.



Harga ayam segar (TIADA GST) di Giant Hypermarket (GCH Retail Malaysia Sdn Bhd). Harga RM5.99/kg. Manakala Mydin Mohamed Holdings Bhd dan Tesco Store (Malaysia) Sdn Bhd RM6.xx/kg.



Harga telur gred A (TIADA GST) di Giant Hypermarket (GCH Retail Malaysia Sdn Bhd) tiada GST RM10.99. Tiada kenaikan harga. 



Harga kentang(TIADA GST) di Giant Hypermarket (GCH Retail Malaysia Sdn Bhd) RM0.89/kgManakala Mydin Mohamed Holdings Bhd dan Tesco Store (Malaysia) Sdn Bhd RM1.xx/kg.



Walaupun ada setengah barangan bayi tiadak di kenakan GST. Tapi, makanan dalam tin untuk bayi mempunyai GST. Harga cerelac bersusu di Giant Hypermarket (GCH Retail Malaysia Sdn Bhd) RM10.99/tin dan cerelac oat, prune 2 kotak berharga RM22.01 (belum termasuk 6% GST lagi). 

Cerelac oat dan prune Mydin Mohamed Holdings Bhd pula RM10.90/ kotak (harga di paparkan sama seperti di resit - bermakna tiada GST di kenakan) dan Tesco Store (Malaysia) Sdn Bhd RM11.xx/kotak (belum termasuk 6% GST lagi).








Harga diapers Mamypoko Easy Fit Pants (JUMBO) di Giant Hypermarket (GCH Retail Malaysia Sdn Bhd) sebelum cas GST - RM34.99. Manakala Mydin Mohamed Holdings Bhd RM31.90 (tiada cas GST- harga bayaran di kaunter sama seperti harga yang di paparkan).

Kesimpulannya,
Di Giant, bayaran di kaunter dengan GST RM37.00
Di Mydin, bayaran di kaunter HANYA RM31.90



Harga diapers Drypers (JUMBO) di Mydin Mohamed Holdings Bhd RM36.xx (tiada cas GST- harga bayaran di kaunter sama seperti harga yang di paparkan). Di Tesco Store (Malaysia) Sdn Bhd RM55.xx (belum termasuk 6% GST lagi).




Harga diapers PETPET (JUMBO) pula, di Mydin Mohamed Holdings Bhd RM34.xx (tiada cas GST- harga bayaran di kaunter sama seperti harga yang di paparkan). Di Tesco Store (Malaysia) Sdn Bhd RM48.55 (belum termasuk 6% GST lagi).



Jadi, dah namapk perbezaan harga barangan secara kasar di ketiga-tiga pasaraya terkemuka di Malaysia. Kita lihat pulak, apa kebenaran Motto GST daripada pihak pasaraya Mydin Mohamed Holdings Bhd. Harga tak naik, gerenti semua Mydin tanggung.


Punyalah ramai pengguna ke ofis khidmat pelanggan Mydin. Tak berhenti-henti  mereka bertanyakan tentang resit yang tertera perkataan,' incl 6% GST'. Termasuklah kami suami isteri. Kita harus tahu ceritanya juga. Nasib kami baik pada masa itu, pertanyaan kami di jawab oleh Store Manager. Pihak mereka memang tiada mengenakan cas tambahan atau cas 6% GST. Perkataan yang tertera itu untuk tax purpose:
1. Pengguna / pelanggan yang memepunyai syarikat berdaftar dengan GST boleh claim balik ke Kastam.

2.Syarat GST adalah dengan memaparkan cara pengiraan cukai GST pada resit demi memenuhi akta. Terma "total Sales Incl GST 6%" merupakan format yang di tetapkan oleh Kastam perlu di nyatakan jelas ke atas resit pembelian. 


Mengikut resit yang tertera di atas. Bayaran yang kami bayar adalah sama seperti bayaran di kaunter. TIADA YANG BERBEZA. Cuma yang berbeza Total Sales Incl GST 6%. 

Menurut satu kenyataan (yang di forward kan oleh kenalan fb saya) Dari..


Ramai salah faham dengan resit Mydin ni.



Syarat GST ialah kena tunjuk pengiraan cukai GST pada resit tak seperti SST. GST kena tunjuk pada resit walaupun dia declare akan absorb GST.



Kepada yang masih kurang faham pengiraan gst di mydin boleh lah lihat bagaimana contoh kedai alikhsan melaksanakannya..



Alikhsan kata, misalnya harga baju sblm gst adalah rm100, selepas gst harganya tetap sama rm100. TAPI gst ditulis juga di resit. Pengiraan akan menjadi seperti berikut dln resit:



= rm94.30 + (6% x rm94.60)
= rm94.30 + rm5.70
= rm100

Alikhsan sudah menyerap gst tersebut. Begitu juga dgn pasaraya mydin. Korang dah cuba tambah semua total item price tak? Adakah 6% ditambah diatas total price tersebut? Tidak kan?



Sacara amnya, pihak pasaraya Mydin memang tidak mengenakan cas tambahan atau cas GST 6% ke atas pembelian semua barangan di stor mereka. Dan, pasaraya lain pula, menyahut seruan kerajaan Malaysia untuk mengenakan GST 6% dengan pembelian barangan tertentu. 


Gambar resit tertera di atas. Dari pasaraya Giant. Di sini, kita dapat melihat satu kesilapan, dari pihak pasaraya Giant. Mereka tidak meletakkan no pendaftaran GST di resit mereka. Adakah ini satu kesalahan?
Walaupun, pihak customer service yang bertugas pada malam tadi menyuruh kami lihat sendiri no GST yang tertera di papan iklan - pintu masuk hadapan. Cara itu kah cara sebenar?




Ini pula contoh resit pasaraya TESCO. Lengkap dengan pendaftaran no GST dan pengasingan barangan yang di kenakan GST (S) / tidak di kenakan GST (Z).

Pada pandangan saya, pengguna juga harus bijak membandingkan harga barang samada di cas GST mahupun TIDAK. Jika harga mahal tanpa GST, berbanding lebih murah  setelah di kenakan GST. 

Atau harga tanpa GST lebih murah dari harga berGST.

Pilihan di tangan masing-masing.