Showing posts with label Gegar Vaganza GV3. Show all posts
Showing posts with label Gegar Vaganza GV3. Show all posts

AZHARINA JUARA KONSERT AKHIR GEGAR VAGANZA 3 GV3

AZHARINA JUARA KONSERT AKHIR GEGAR VAGANZA 3 GV3 - Selesai sudah demam Gegar Vaganza 3 (GV3) malam tadi yang di juarai oleh Azharina. Memang Azharina dan Sarah punyai vokal yang bagus. Tapi, mummy rasa mereka ada bernasib baik dapat range lagu yang kena dengan ton suara mereka juga. 

Berlainan dengan Intan Sarafina, memanjang di berikan lagu orang lelaki. Tapi, beliau versatile bagi mummy sebab bagi je lah lagu Ziana Zain ke lagu lelaki ke lagu perempuan ke. Intan tetap cool dan rileks.

Ameng pula, nampak jenis yang terus terang, vokal suara pun bagus. Dia memilih untuk menyanyikan lagu sendiri di konsert akgir Gegar Vaganza 3. walaupun beliau tahu markah akan di potong jika menyanyikan lagu sendiri. Nampak sangat Ameng bukan kejar untuk menang top 3.

Sebab tu, mummy dari awal sukakan Elly, Ameng dan Intan.

AZHARINA JUARA KONSERT AKHIR GEGAR VAGANZA 3 GV3

Artis lain juga ada kehebatan tersendiri. Si Jawa Johor Gmie pun mummy minat gak. Zaman kecil dulu suka layan lagu jiwang beliau. hehehe

Apapun, mummy ucapkan tahniah pada semua peserta Gegar Vaganza 3 (GV3).

PEMENANG GEGAR VAGANZA 3 (GV3)


Johan : Azharina
Naib Johan : Siti Sarah
Ketiga: Zarul
Keempat : Ameng
Kelima : Intan Sarafina
Keenam : GMIE

REM TERSINGKIR DI GEGAR VAGANZA 3 (GV3), MINGGU KETIGA

Gegar Vaganza GV3 Minggu ketiga malam tadi memang mengegarkan. Dalam masa yang sama, final piala Malaysia 2016 pula. Selangor melawan Kedah. Daddy yang baik hati memberikan mummy ruang menonton GV3 Gegar Vaganza (GV3). Mummy tak kisah pun, kalau nk tonton bola di TV.

Kerana mummy ada astro on the go. Boleh tonton Gegar Vaganza 3 (GV3) melalui HP. Tapi, daddy tetap bukakan siaran Gegar Vaganza (GV3) di televisyen. Tq my beloved husband ! :)

Ok..lagu pentas Gegar Vaganza 3 (GV3) Musim ketiga ini memang mencabar para peserta. 

REM TERSINGKIR DI GEGAR VAGANZA 3 (GV3), MINGGU KETIGA

TEMA GEGAR VAGANZA 3, MINGGU KETIGA TEMA "ADA BRAN"?


Tema Gegar Vaganza 3 Minggu ketiga di berikan tema "ada bran?"Antara lagu yang akan di persembahkan :-

Ameng - Lelaki seperti aku
Intan - Penantian
Shidi - Mengapa dikenang, mengapa difikir
Zur Eda - Karma
Rem - Penawar Rindu
Nora - Sudah Ku Tahu
Gmie - Seni berzaman
Siti Sarah - Joget Sayang di Sayang
Zarul - Generasiku
Azharina - No Women No Cry
Elly Mazlein - Perawan atau Janda

Untuk Gegar Vaganza 3, mummy sokong Intan Sarafina, Ameng dan Elly Mazlein. Peserta lain juga bagus dan terbaik. Seperti Azharina, Sarah vokal mereka memang superb. 

Cuma, kita tunggu genre lagu akan datang pula.

Elly Mazlein minggu ini, boleh pula lupa lirik. Allahu ! Nasib baik..terselamat lagi !


REM TERSINGKIR DALAM GEGAR VAGANZA 3, MUSIM KETIGA.


Seperti minggu ini, Rem yang mempunyai vokal yang bagus juga telah meninggalkan pentas Gegar Vaganza GV3 malam tadi pada minggu ketiga. Mungkin rezeki tidak meyebelahinya.

Dalam masa yang sama, lagu yang di bawakan oleh Rem malam tadi tidak mendapat pujian penuh dari para juri.

Semoga berjaya di luar ya, Rem. Tahniah untuk album single yang terbaru !


RAZIS ISMAIL TERSINGKIR DALAM GEGAR VAGANZA GV3 MUSIM KETIGA MINGGU KEDUA

Ada penyingkiran ke Gegar Vaganza 3 (GV3) untuk minggu kedua ini? Ha..jeng..jeng..jeng. Gegar Vaganza 3 GV3 untuk minggu kedua  diberi tagline MEMORI BERKASIH. Di mana semua peserta menyanyikan lagu-lagu artis lain. Berbanding Gegar Vaganza 3 GV3 untuk minggu pertama, semua peserta menyanyikan lagu mereka sendiri. Bak kata Dato' Ram. 'Bolehlah kan..sebab nyanyi lagu sendiri'

Siapa tersingkir dalam Gegar Vaganza 3 (GV3) untuk minggu kedua.



Sebelum mummy cerita siapa yang tersingkir. Jom kita tengok lagu apa yang peserta telah menyanyi pada minggu ini :-

Ameng - Epilog Cinta
Gmie - Januari
Razis Ismail - Bunga Pujaan
Rem - Suratan atau Kebetulan
Shidi - Meneka dalam Kesamaran
Zarul - Untukmu selamanya
Azharina - Sinaran
Elly Mazlein - Berpisah Jua
Intan Sarafina - Pudar
Nora - Setelah Aku Kau Miliki
Siti Sarah - Teratai Layu Di Tasik Madu
Zur Eda - Berpaut Di Dahan Cinta



Gegar Vaganza 3 ( GV3 ) untuk minggu kedua - RAZIS ISMAIL.TERSINGKIR


RAZIS ISMAIL - KEPULANGAN 

Gegar Vaganza 3 GV3 untuk minggu pertama Razis Ismail membawakan lagunya sendiri iaitu kepulangan. Ha...nasib tak pulang minggu pertama.

Gegar Vaganza 3 GV3 untuk minggu kedua pula, Razis Ismail membawa lagu Jamal dengan cukup indah.

Tiada komen pedas dari pengkritik. Tapi...tiada rezeki buat Razis Ismail di pentas Gegar Vaganza 3 (GV3)



Razis Ismail tersingkir dalam pentas Gegar Vaganza 3 (GV3) untuk minggu kedua

Sedih juga mummy..sayu melihat..tapi, adat pertandingan kan. Ada yang kalah...ada yang menang.

Walauapapun..pasti ada rezeki yang lebih luas dan lebih baik buat beliau. Aamiin