Showing posts with label Harga Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Harga Bersalin. Show all posts

HARGA 2017 CAS BERSALIN CZER KELAS KEDUA HOSPITAL SERDANG UNTUK DAIM NAUFAL

HARGA 2017 CAS BERSALIN CZER KELAS KEDUA HOSPITAL SERDANG UNTUK DAIM NAUFAL - Sebelum mummy hilang ingatan tentang harga bersalin secara operate / czer / c-section delivery di Hospital Serdang untuk Daim Naufal. Ada baiknya, mummy buat satu entri. Hehe. Ramai yang tanya mummy berapa kos bersalin czer? Ada yang ingat kami dapat PERCUMA sebab bersalin di Hospital Serdang under government. Oh..bukan PERCUMA ye kawan-kawan. Kami bayar walaupun bersalin di Hospital Serdang - government,  sebab kami laki bini ni, bukannya bekerja dengan gomen. Kami kerja di private sector.


HARGA 2017 CAS BERSALIN CZER KELAS KEDUA HOSPITAL SERDANG UNTUK DAIM NAUFAL


Walaupun kena bayar di hospital gomen ni. Masih murah lagi, berbanding bersalin czer di hospital private. Bersalin di private hospital secara Czer je dah ribu riban. Tak termasuk harga bilik, ubat-ubatan dan cas anak pulak.

Cas bersalin harga czer di Hospital Serdang ni tak sama untuk setiap anak-anak mummy. Walaupun tiga-tiga czer di Hospital Serdang. Tapi, ketiga-tiganya ada lain-lain cas tambahan.

Oh ya..mummy memang pilih kelas kedua untuk Hospital Serdang. Sebab selesa dan bilik ada toilet sendiri. Pepaham la kan czer ni..jalan pun terkemut-kemut. Jauh dari toilet mau terkucil di tengah jalan kang hehe.

Harga bersalin kelas kedua di Hospital Serdang dan hospital goverment lain. Mummy tak pasti sama atau tidak harganya. Yang mummy tahu... dengar dari berita cas bersalin 2017 untuk kelas pertama dan kedua naik 50%. Tang mana naik..mummy tak dapat compare. Resit bersalin Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry di rumah Kajang. Seingat mummy cas anak pertama dan kedua mummy tu mahal sedikit. Berbanding Daim Naufal. Beza dalam RM100++


 HARGA 2017 CAS BERSALIN CZER KELAS KEDUA HOSPITAL SERDANG UNTUK DAIM NAUFAL



Untuk Daim Naufal, 
Harga bersalin czer : RM400
Bilik kelas kedua ( 4 orang sebilik) bilik ber air cond : RM40 semalam
Cas Perubatan : RM5 sehari
BTL : RM20
Full Blood Count : RM10

HARGA SEBENAR COS BERSALIN DI HOSPITAL SERDANG SECARA CZER SELAMA 4 HARI DI HOSPITAL : RM4,381


SELEPAS SUBSIDI KERAJAAN : RM610


Kalau kelas ketiga, agak murah. Mummy tak ingat berapa harganya, tapi macam kurang dari RM200 kalau tak silap untuk czer. Normal pula RM15 untuk kelas ketiga.

Harga cas bersalin di Hospital Serdang ni untuk warganegara Malaysia je. 

Bukan warganegara, memang boleh tahan juga harganya.

Mana bagus bersalin di hospital goverment atau private?

Bagi mummy terpulang pada masing-masing. Mummy tak ada pengalaman czer di private hospital. Tak boleh nak komen.

Kalau tanya mummy perkhidmatan Hospital Serdang untuk czer kelas kedua macamana? 

Mummy sangat berpuas hati ! 3x bersalin di sana. Layanan memang terbaik ! Pad yang ada darah nifas pun nurse tukarkan tau !