Showing posts with label Hypershoe. Show all posts
Showing posts with label Hypershoe. Show all posts

Shopping Kasut Dan Sandal di Hypershoe KIP Mall, Bangi.

Shopping Kasut Dan Sandal di Hypershoe KIP Mall, Bangi. - Kami sekeluarga ada merancang nak pi travel bulan Disember tahun ni. Tapi, seawal bulan Oktober dah jiwa kacau, meronta-ronta nak cari kasut. Haha. Jadinya, hujung minggu baru ini mummy sekeluarga zaaaaas lelaju ke Hypershoe Outlet Grand Opening di cawangan terbarunya KIP Mall, Bangi. 

Kalau korang nak tahu Peniagaan Hypershoe ini ditubuhkan dari tahun 1996. Hypershoe KIP Mall, Bangi adalah cawangan Hypershoe yang ke 32.  


Hypershoe Outlet Grand Opening di Cawangan Terbarunya KIP Mall, Bangi. 








Untung pulak rasanya, dapat datang masa hari pembukaan. Pengunjung yang datang pun semua nampak riak muka gembira. Mana boleh tak happy, ke Hypershoe Outlet Grand Opening di KIP Mall, Bangi. Pada masa pembukaan hari tu, banyak sandal dan kasut di jual pada harga promosi. Bukan tu sahaja, ada juga disediakan popcorn dan belon percuma. 



PILIHAN KASUT DAN SANDAL DI HYPERSHOE


Best sangat ke Shopping Kasut Dan Sandal di Hypershoe KIP Mall, Bangi? Serius, mummy tak tipu korang. Best sangat ke  Hypershoe KIP Mall, Bangi.  Sebab ada banyak pilihan kasut dan sandal. 

Masuk-masuk je ke Hypershoe KIP Mall, Bangi. Mummy terus ke bahagian kasut dan sandal wanita iaitu jenama VETINI 



Mummy aim nak beli kasut bertapak tinggi. Almaklum ler...kita ni rendang ! hahaha.

Nak sandal tapak tinggi, cam ni ke?


Atau kasut bertutup yang ada tapak tinggi macam ni? Uhuii...rambang mata ! 





Tapak tinggi yang ni pun mummy suka juga. Ya Allah, awat banyak sangat sandal yang menjadi pilihan mata !




Vetini juga ada kasut dan sandal wanita jenis flat. Kasut dan sandal Vetini jenis flat pun lawa-lawa juga ! Mummy ni, dah banyak sangat kasut flat. Beli masa mengandung. Tiga kali mengandung dalam 4 pasang kasut jenis flat mummy ada. Kali ini ke Hypershoe KIP Mall, Bangi memang tak pandang sangat kasut flat. Dok, melilau cari kasut bertapak tinggi, je !



MIX POINT 






Mix point pulak, seksyen kasut pilihan bagi lelaki. Jenis-jenis kasut Mix Point ialah kasut untuk ke pejabat, kasut kasual, sandal.


MIX POINT SPORT WOMEN



MIX POINT SPORT WOMEN - Seksyen kasut sukan wanita ! Kasut sukan pun  sebenarnya ada dalam wishlist mummy. Sebab kasut sukan yang sekarang ni, mummy dah bawa untuk berjalan-jalan. Main belasah je mummy ni, kan? Kasut sukan pun belasah bawa jalan-jalan. Hahaha! 

Nak tak nak. Kena cari kasut sukan juga ! Kot-kot nanti terajin nak bersukan. Mana pulak nak rembat kasut,kan?


Cari punya cari, nampak kasut sukan MIX POINT SPORT warna oren ni. Macam lawa la pulak . Kalau beli ini, mesti automatik terus rajin nak bersukan ! 

MIX POINT SPORT MEN



Di Hypershoe juga ada terdapat kasut sukan lelaki yang pelbagai pilihan. Kalau korang nak cari kasut sukan lelaki untuk casual, berlari, berjalan, badminton, futsal . Ha...sini semua da tau ! Tak payah pergi banyak-banyak kedai kasut dah !

Kasut sukan lelaki di sini sangat berkualiti dan murah. 


MP KIDS - KASUT BUDAK




Sandal dan kasut budak-budak pun lawa-lawa di Hypershoe KIP Mall, Bangi. Dak 2 ketul tu, siap dah pilih kasut dorang. Dengan harapan, mummy dan daddy belikan dorang sepasang dua.



Mummy suka kasut MP Kids corak Spiderman untuk Dzal Aidi Fiqry. Boleh sedondon dengan topi Spiderman H&M dia tu.



Dhia Batrisya pulak, manpak kasut ada lambang Hello Kitty. Lawa juga kasut tu !

MP KIDS - KASUT SEKOLAH



Pada ibu bapa yang tercari-cari kasut sekolah. Tak perlu ke kedai lain dah. Di Hypershoe KIP Mall, Bangi pun ada jual MP KIDS - KASUT SEKOLAH



VETINI KASUT ALA BOOT WARNA COKLAT PILIHAN MUMMY DI HYPERSHOE KIP MALL BANGI



Finally, mummy dah dapat apa yang mummy nak ! Yeayyyy ! VETINI kasut ala boot warna coklat menjadi pilihan mummy di Hypershoe KIP Mall Bangi.


Kasut ni menjadi pilihan mummy sebab ada tapak dan tapaknya macam getah. Tak la licin bila berjalan nanti. 


Kebetulan pula, mummy pun tak ada lagi kasut bertutup penuh warna coklat. Lawa tak pilihan mummy ? Lawa kan, kasutnya ! Dah la lawa, murah pulak tu. RM69.90 sahaja di Hypershoe KIP Mall Bangi.

Korang yang nak cari sandal atau kasut, jom cepat-cepat ke Hypershoe ye ! Selanjutnya, tentang Hypershoe boleh layari :-


Hypershoe KIP Mall Bangi : Lot M-02, M-03, M-04, M-05, G-05/2, KIP Mall Bangi, No 1, Jalan Medan Bangi, Off Persiaran Kemajuan, Seksyen 6, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor