Showing posts with label MGTT. Show all posts
Showing posts with label MGTT. Show all posts

KEPUTUSAN BACAAN GULA DALAM DARAH (MGTT) MUMMY

Kisah beberapa minggu yang lalu, mummy ada cerita tentang kehamilan mummy dan minum air gula (MGTT). Berdebar tunggu result sebenarnya. Semalam, Alhamdulillah settle check up untuk minggu ke-20 kehamilan. Dah 5 bulan kandungan mummy. Baby dalam perut pun aktif bergerak-gerak dah. Ini antara nikmat paling best, sewaktu mengandung - bila terasa tendangan baby. Heartbeat baby pun ok 146, darah mummy (HB) juga tak ada masalah. Syukur !


KEPUTUSAN BACAAN GULA DALAM DARAH (MGTT) MUMMY 


Berbalik pada cerita minum air gula beberapa minggu lepas (pernah di ceritakan di SINI ). 

Result MGTT gula mummy dah keluar. Huhu seram nak tengok result. Walaupun mummy tahu history mengandung mummy, memang tak ada masalah diabetes.

Ok, bacaannya ialah :-




Bacaan gula dalam darah mummy , sebelum minum air gula : 3.9 (mmol/ml)
Bacaan normal : 4 - 6 (mmol/ml)

Bacaan gula dalam darah, selepas 2 jam minum air gula : 3.9 (mmol/ml)
Bacaan normal : 3.6 - 8 (mmol/ml)

Nurse pelik bacaan gula dalam darah sebelum dan selepas adalah sama. Siap tanya mummy. Ada muntah atau tidak. Yang pastinya, minum air gula kali ini..mummy jujur. Tak buang dan boleh habiskan segelas.

Berbanding minum air gula sebelum ini, ada juga mengelatnya hehehe. Apapun, bersyukur. Bacaannya normal dan mummy tiada DIABETES semasa mengandung.



Artikel Menarik : Penawar Kencing Manis / Diabetes




MGTT ATAU MINUM AIR GULA SEMASA HAMIL

Bila bab kena minum air gula (MGTT) semasa hamil memang bab paling mummy tak suka. Manisnya sampai perit tekak. Kenapa ye, setiap kali mengandung wajib minum air gula? Semasa mummy mengandungkan Dhia Batrisya (anak pertama), kena minum satu kali air gula (MGTT) semasa hamil. Tapi, ada kes mengelat jugaklah. 


Anak kedua pula, Dzal Aidi Fiqry. Mummy dah kena minum 2 kali air gula (MGTT) semasa hamil. Tapi, 1 kali je mummy hadiri appointment minum air gula di Klinik Kesihatan Kajang (KK Kajang). Sebab di KK Kajang, appointment untuk minum air gula (MGTT) semasa hamil pada setiap Jumaat pagi sahaja. 


MGTT ATAU MINUM AIR GULA SEMASA HAMIL


APA ITU MGTT ATAU MINUM AIR GULA SEMASA HAMIL?


Minum air gula semasa hamil atau Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) dilakukan untuk memastikan ibu hamil tidak mempunyai masalah kencing manis ketika hamil atau Gestational Diabetis Mellitus (GDM). MGTT lebih dikenali ramai sebagai ujian minum air gula.

Untuk kehamilan anak nombor tiga ini, mummy buat appointment di Klinik Desa Kg Melayu Subang. Alhamdulillah, mummy berjaya habiskan 1 cawan air gula tanpa mengelat. Hahahaha..kantoi cerita lama! 


Air gula di Klinik Desa Kg Melayu Subang lebih sedap...aumss gitu. Eh..eh..tipu je. Dah namanya air gula, haruslah sama je rasanya. MANISSSSS...

Tapi, tekak mummy kali ini...boleh terima manis air gula. Tekak orang mengandung ni, memang pelik. Setiap kali mengandung, memang berlainan rasa tekak tu..bukan sama je rasanya. 

Mummy rasakan air gula yang mummy minum semalam tu tak semasnis sebelum ini. Tapi, kena sound juga denagn nurse KD Kg Melayu Subang tu,"Puan Azlinda, jangan termenung lama sangat. Minum cepat sket ya !"

Lain orang lain cara minum, kita minum memang beradab. Seteguk, seteguk tiap kali minum. Cara orang Islam, ada ke mengajar minum sekali teguk dalam satu gelas? 

Eh..mummy bukan ustazah sangat. Mummy akui, banyak tips yang suruh minum seteguk terus air gula untuk elakkan loya atau rasa tak sedap.

Mummy tak biasa minum sebegitu, kalau buat tentu boleh terluah balik. Masing-masing punya tips la kan. Mummy tak salahkan sesapa pun dalam tips minum air gula.

Ikut keselesaan masing-masing, nak minum air gula macamana.

 MGTT ATAU MINUM AIR GULA SEMASA HAMIL

PROSEDUR MINUM AIR GULA MGTT  UNTUK WANITA HAMIL.


Di Klinik Kerajaan yang mummy selalu pergi ni, sama sahaja prosedur untuk minum air gula.

1. Puasa selepas 10 malam (sehari sebelum), jam 8 pagi dah kena berada di Klinik Kesihatan untuk ambil nombor giliran.

2. Apabila nombor giliran di panggil, nurse terus ambil darah mummy. Untuk bacaan semasa puasa.

3. Selepas, darah di ambil di bahagian lengan, mummy terus diberikan air gula.

4. Habis satu cawan air gula, mummy kena berehat selama 2 jam. Tak boleh makan, minum dan tak boleh keluar dari perkarangan klinik.

5. 2 jam kemudian, mummy di panggil untuk mengambil darah lagi di lengan.

6. Selesai prosedur ambil darah dan minum air gula.

Bagaimana dengan keputusannya? Untuk Klinik Desa Kg Melayu Subang, mummy akan diberitahu keputusan semasa appointment yang akan datang.   

Nanti mummy kongsikan result mummy ye :) 

SENARAI SEMAK UJIAN MGTT / AIR GULA


1) Umur >35 
 
2) BMI >=27kg/m2 atau berat >= 80 kg

3) Sejarah keluarga ada diabetes
 
4) Sejarah Gestational Diabetes (GDM)

5) Sejarah keguguran 2-3 kali berturutan

6) Sejarah Kelahiran IUD / stillbirth / 0-6 hari / Congenital malformation

7) Kenaikan berat badan melebihi 2kg /minggu

8) 2 kali glycosuria

9) Recurrent UTI/ Candidiasis 

10) Polyhydramnios

11) Sejarah melahirkan bayi 4kg ke atas
 



TIPS MINUM AIR GULA (MGTT) IBU HAMIL

Sedikit tips minum air gula (MGTT) ibu hamil, yang ingin mummy kongsikan. Tips ini mummy perolehi dari website majalahpama. Jika, ada yang nak mencuba tips ini. Boleh mencubanya.
 
1. Jaga pemakanan

Sehari sebelum ke klinik, hadkan pengambilan makanan. Minum air kosong sebanyak yang boleh. Kurangkan nasi dan lebihkan sayur-sayuran di dalam hidangan makanan.

2. Berpuasa

Seawal jam 10 malam sehari sebelum ujian air gula, anda perlu berpuasa. Walaupun diminta berpuasa, anda hanya tidak boleh makan tetapi, masih dibenarkan untuk minum. Walau bagaimanapun, hanya air kosong dalam kuantiti yang sedikit dibenarkan. Air manis dan bergula dilarang sama sekali.

3. Minum dengan cepat

Anda perlu minum dalam masa yang pantas. Minum 200ml air gula itu sekali gus dan bukannya sedikit demi sedikit. Jika perlu tutup hidung, asalkan anda dapat menghabiskan air gula yang diberi secepat mungkin.

4. Kumur mulut selepas minum

Rasa gula yang manis mudah membuatkan anda berasa loya dan mahu muntah. Bagi mengelakkan hal itu, segera kumur mulut dengan air paip yang bersih. Secara tak langsung ini dapat membantu anda menghilangkan kemanisan air gula yang ada di dalam mulut.

5. Berehat di tempat yang selesa

Jika mahu pitam, berehat dan berbaring di tempat yang bersesuaian. Seelok-eloknya anda habiskan masa dua jam sebelum ujian darah kedua di tempat yang tidak mempunyai bau supaya dapat menghindarkan anda daripada termuntah.

6. Jangan terus makan berat

Selepas ujian darah kali kedua dilalui, jangan terus makan makanan berat. Seelok-eloknya, mulakan dengan minum air kosong, makan biskut ataupun roti terlebih dahulu. Apabila keadaan kembali stabil, barulah anda boleh menjamah makanan seperti biasa.