Showing posts with label Maleficent. Show all posts
Showing posts with label Maleficent. Show all posts

Sinopsis Maleficent Mistress of Evil

Huhu lama betul, mummy simpan entri ni dalam draft ! Semua orang dok up entri blog movie FROZEN 2 dan Ejen Ali. Mummy baru nak up Sinopsis Maleficent Mistress of Evil. Hahaha Basi dah cerita Maleficent Mistress of Evil. As usual, cerita sebegini mummy akan tengok wayang sengsorang, waktu kerjalah selalunya macam ni. SIni juga, salah satu cara untuk mummy amek mood dan juga release kan stress. Kenapa pilih tengok wayang Maleficent Mistress of Evil? Asalnya, mummy nak take a break (lunch). Memang dari dulu, peel mummy tak suka lunch tu... hanya untuk 'makan' sahaja. Setiap kali waktu lunch ...hari kerja, mummy akan amek peluang samada pergi pos barang, jumpa orang, siapkan entri blog, edit gambar atau tengok wayang. Masa zaman kerja dulu, hari Jumaat dapat rehat lama, rehat lama tu lah selalu mummy amek peluang tengok wayang (kalau rasa nak tengok). 





Kebetulan mummy dah sampai area Citta Mall, tiada lunch appointment masa tu. Konon nak shopping buah di Jaya Grocer. Almaklumlah..mummykan ahli AIA Vitality..shopping buah, sayur kat Jaya Grocer akan dapat diskaun (untuk ahli AIA Vitality) !. Bila samapi Citta Mall terasa nak naik tengok movie apa yang ada. Tup..tup..sedang elok cantik ngam ngam masa untuk Maleficent Mistress of Evil

Apa lagi, terus ON je lah dengan movie Maleficent Mistress of Evil. Jarang-jarang ada orang suka tengok wayang sengsorang,kan? Kebanyakan orang suka berteman bila tengok wayang.

Mummy tak kisah, ada geng atau tak ada geng. Memang anytime boleh layan diri sendiri. 

Sinopsis Maleficent Mistress of Evil


Macam mana sinopsis cerita Maleficent Mistress of Evil ? Cerita ni, boleh di katakan rumusannya seperti... kita jangan judge orang dari luaran sahaja. Luar jahat, tak semestinya orang tu jahat. Manakala, yang soft-soft ayu tu tak semestinya baik. Gituuuuuuuu.

Maleficent Mistress of Evil ini adalah kisah Maleficent (Angelina Jolie) dan puteri Aurora (Ellen Fanning) anak yang di asuhnya. 

Aurora, ingin minta restu untuk berkahwin dengan Phillips (Brenton Thwaites). Maleficent pada mulanya merasa berat hati tetapi tetap akur dengan permintaan Aurora untuk makan malam bersama keluarga Phillips (Brenton Thwaites).

Dari situ kisah pertelingkahan terjadi dan Maleficent (Angelina Jolie) menghilangkan diri setelah di tuduh membunuh bakal bapa mertua Aurora.

Aurora nampak, maknya itu memang seorang mak yang jahat.

Paling mummy suka, dari situ..ada puak yang sama spesis dengan Maleficent (Angelina Jolie) yang mempunyai misi tertentu.

Dan ada beberapa jalan cerita yang sedih..Kawan Aurora (ala magician) di tangkap, kampung mereka di ceroboh.

Mummy rasa gram dengan Aurora kerana tak mempercayai ibunya yang menjaganya dari kecil hingga besar.

Apa terjadi selepas itu...............korang tunggu lah cerita ni di TV ye. Kat wayang dah tak ada hehehe.

Apa pun, best, sedih, dan banyak pengajaran yang ada dalam cerita ni

Pelakon Maleficent Mistress of Evil



Pelakon Maleficent Mistress of Evil adalah Angelina Jolie, Elle Fanning, Michelle Pfeiffer, Chiwetel Ejiofor, Sam Riley, Harris Dickinson, Ed Skrein, Imelda Staunton, Juno Temple dan Lesley Manville.


Mummy bagi 10/10 untuk cerita ini !