Showing posts with label Mee Bandung. Show all posts
Showing posts with label Mee Bandung. Show all posts

BALIK KAMPUNG BATU PAHAT, PEKENA MEE BANDUNG ODEON !

BALIK KAMPUNG BATU PAHAT, PEKENA MEE BANDUNG ODEON ! Hujung Ogos 2020 baru-baru ini, mummy sekeluarga, atok, tok mak ke Batu Pahat Johor. Daddy aje yang tak ada. Kerja ! So, kami share kereta je dengan atok. Adik mummy sekeluarga naik kereta sendiri bersama family mereka. Tujuan kami ke Batu Pahat adalah kerana adik sepupu berkahwin ! Eh, apesal ayat macam skema aje ! Hehehe .

Oklah, berbalik kepada majlis sepupu tu. Sepupu mummy ni adalah, satu atok dan satu nenek. So, ni lah, sepupu yang last berkahwin ! So, kita attended la majlis bertunang, nikah dan majlis bersanding pula akan di adakan pada Disember nanti.

BALIK KAMPUNG BATU PAHAT, PEKENA MEE BANDUNG ODEON !



Selepas Subuh kami bergerak ke Batu Pahat dari Subang. Anak-anak ada yang tidur, ada yang dah berjaga. So, yang masih tidur tu, Daim ler ! Tak mandi. Nanti mandi rumah Tok Ngah aje !


Selepas majlis pernikahan selesai. Macam biasalah food hunting, tak makan nanti lapar ler jawabnya ! Sebab kami menginap di hotel je. Senang ! Rumah atok nenek,masih ada lagi di Batu Pahat. Cuma atok nenek dah tak ada dah. Tak mahu menyusahkan orang lain untuk kita menumpang bermalam. So, ambil hotel je, lah !

Kalau balik ke Batu Pahat memang Mee Bandung Odeon ni antara tempat wajib singgah. Tempat makan legend dari zaman mak abah mummy muda-muda dulu !

Mee Bandungnya memang sedap, tempat lain memang tak dapat nak rasa sesedap sini. Kuahnya ada rasa sedikit kacang, lemak, manis, masinnya cukup. Telur sebiji, sayur sawi, sotong basah,daging semua lengkap dalam satu hidangan ni !



Sedikit sunyi kedai Mee Bandung Odeon sekarang ni, ye lah kan kedai makan banyak dah tumbuh bak cendawan. Atau masa kami datang ni dah lewat petang. Semua orang dah siap balik ke rumah untuk menanti waktu Maghrib kot. Ntah lah, mummy pun tak pasti.

Mee Bandung Odeon ni, kedainya terletak di Odeon lama Batu Pahat (pawagam). Kedainya menghadap Hotel Garden Batu Pahat. Dulu kecik-kecik, tok mak, atok rajin bawa kami tidur di Hotel Garden ini, strategik tempatnya senang nak cari makan, parking pun mudah !

Tengok Hotel Garden ni, macam suram. Tak pasti lepas MCO atau dah lama tak ramai guest yang datag menginap di sini !



MEE BANDUNG ODEON !








Semua anak-anak di paksa makan sekali ! Makan kenyang-kenyang, kat hotel kita tak payah makan dah lagi !

Semua memilih menu Mee Bandung Odeon. Dzal dan Ariq je ilih nasi putih , telur mata dan kicap. Anak-anak lelaki mummy memang suka makan nasi !

korang yang ada berjalan-jalan ke Batu Pahat untuk pertama kali, wajib singgah tempat makan legend ni tau MEE BANDUNG ODEON BATU PAHAT.

waze je MEE BANDUNG ODEON BATU PAHAT atau pun HOTEL GARDEN BATU PAHAT