Showing posts with label Neelofa. Show all posts
Showing posts with label Neelofa. Show all posts

NEELOFA DI PERASMIAN BUTIK NAELOFAR KL EAST MALL

NEELOFA DI PERASMIAN BUTIK NAELOFAR KL EAST MALL - Tahniah Naelofar sempena pembukaan butik yang ke-6 di KL East Mall. Manakala, untuk butik dalam Shopping Mall pula, butik Naelofar di KL East Mall merupakan butik ketiga.

NEELOFA DI PERASMIAN BUTIK NAELOFAR KL EAST MALL


Perasmian pelancaran butik Naelofar di KL East Mall telah dirasmikan oleh pengasas, Noor Neelofa Mohd Noor bersama Pengarah Urusan, Mohamed Aqief Mohd Noor, dan Ketua Pengarah Eksekutif, Kho Min Jee.

Naelofar ialah jenama fesyen muslimah yang terkenal di Malaysia dan juga merangkumi negara-negara seperti Singapura, Indonesia, Dubai, Jerman, United Kingdom, Amerika Syarikat serta banyak lagi.

NEELOFA DI PERASMIAN BUTIK NAELOFAR KL EAST MALL

Berpegang teguh pada moto mereka iaitu “With Naelofar, every woman can Go Far”, kedai serba baharu ini menampilkan lanjutan daripada pengaruh konsep minimal jenama yang dikenali dengan mudah di seluruh kedai sedia ada mereka, dipamerkan dalam padanan tekstur sederhana dalam kontemporari.

Ruang seluas 2,400 kaki persegi dipenuhi dengan produk terlaris Naelofar, koleksi terbaru, bilik persalinan yang luas, tempat duduk yang selesa dan reruai foto menarik untuk Instagram, di samping menawarkan pengalaman membeli-belah yang menarik untuk #NaelofarBabes apabila mereka berkunjung.


NEELOFA DI PERASMIAN BUTIK NAELOFAR KL EAST MALLNEELOFA DI PERASMIAN BUTIK NAELOFAR KL EAST MALL

Noor Neelofa, pengasas Naelofar, berkata, “Sejak awal penubuhan kami, kami telah mengimpikan untuk mengembangkan kedai kami di seluruh Malaysia buat masa sekarang. Walau bagaimanapun, kami terpaksa menangguhkan banyak rancangan kami semasa COVID-19 menyerang bukan sahaja negara, tetapi dunia. Hari ini, saya sangat teruja untuk melihat impian ini menjadi kenyataan, bermula dengan kedai ini dan banyak lagi pada masa akan datang. Kami teramat berterima kasih kepada #NaelofarBabes kami untuk sokongan yang mereka berikan kepada kami semenjak dari awal penubuhan kami yang telah membawa kami kepada detik ini pada dasarnya. Kami berharap kami dapat membalas budi mereka dengan membantu mereka ‘Go Far’ bersama Naelofar.”

NEELOFA DI PERASMIAN BUTIK NAELOFAR KL EAST MALL

Naelofar Eid Al-Adha Merchandises


Bagi memeriahkan pelancaran, Naelofar turut melancarkan koleksi Aidil Adha mereka secara eksklusif kepada pengunjung KL East Mall semasa majlis perasmian sebelum ia boleh didapati di saluran lain lewat hari itu. Pengunjung berpeluang menikmati akses awal ke Set Hadiah Najma Mini Sejadah, Najma Sejadah, Set Telekung Amal dan Abaya Renda Lara Crepe – semuanya sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha yang akan datang.

NEELOFA DI PERASMIAN BUTIK NAELOFAR KL EAST MALL

Naelofar Eid Al-Adha Merchandises 
1. Set Hadiah Najma Mini Sejadah: RM169 
2. Najma Sejadah: RM95 
3. Amal Telekung Set: RM249 
4. Lara Crepe Lace Abaya: RM329


NEELOFA DI PERASMIAN BUTIK NAELOFAR KL EAST MALL


NEELOFA DI PERASMIAN BUTIK NAELOFAR KL EAST MALL

Cawangan kedai Naelofar


Selain Naelofar KL East Mall, pengunjung boleh juga ke mana-mana cawangan Naelofar yang terletak di Luxe Boutique TTDI, Setia City Mall, One Utama Shopping Centre, Isetan KLCC, SOGO KL, dan lebih daripada 100 stokis sah seluruh dunia. 


NEELOFA DI PERASMIAN BUTIK NAELOFAR KL EAST MALL


Berimnat nak dapatkan promosi Aidiladha, bolehlah ke Butik Naelofar di LOT. G1-37, Tingkat Bawah, KL East Mall iainya di buka dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari 

Selanjutnya, boleh layari ke :



KELUARGA NEELOFA MELANCARKAN TUDUNG NAELOFAR TERBAHARU DISNEY THE LITTLE MERMAID

KELUARGA NEELOFA MELANCARKAN TUDUNG NAELOFAR TERBAHARU DISNEY THE LITTLE MERMAID - Alhamdulillah, mummy sempat grab shawl nealofar terbaharu Disney X naelofar pada hari pertama Keluarga Neelofa melancarkan kolaborasi pertamanya “The Little Mermaid “ yang diinspirasikan daripada watak Ariel.

KELUARGA NEELOFA MELANCARKAN TUDUNG NEALOFAR TERBAHARU DISNEY THE LITTLE MERMAID

KELUARGA NEELOFA MELANCARKAN TUDUNG NAELOFAR TERBAHARU DISNEY THE LITTLE MERMAID

Koleksi The Little Mermaid Disney X Naelofar membawa tema “Perjalanan untuk anda cipta” menjemput para peminat pakaian muslimah melihat keajaiban rekaan variasi produk yang diinspirasikan daripada watak Ariel yang menonjolkan nilai keberanian.

KELUARGA NEELOFA MELANCARKAN TUDUNG NEALOFAR TERBAHARU DISNEY THE LITTLE MERMAID

KELUARGA NEELOFA MELANCARKAN TUDUNG NEALOFAR TERBAHARU DISNEY THE LITTLE MERMAID

Antara koleksi terbaharu ini, naelofar melancarkan produk scarfs, shawls, kaftan dan juga tote bag. Semuanya sangat cantik !

nealofar melakar satu lagi pencapaian dalam misi membantu memartabatkan para wanita untuk Go Far dengan bergaya, Naelofar julung kalinya melancarkan kolaboratif pertama bersama dengan jenama antarabangsa dengan mengetengahkan watak puteri Disney, The Little Mermaid di Pusat Membeli-Belah 1 Utama.

KELUARGA NEELOFA MELANCARKAN TUDUNG NEALOFAR TERBAHARU DISNEY THE LITTLE MERMAID

‘naelofar babes’ teruja dengan koleksi yang dilancarkan pada hari ini. Mohd Aqief, selaku CEO Naelofa akui perjalanan untuk berkolabrasi dengan jenama bangsa mempunyai proses yang panjag dan alhamdulilah dipermudahkan. Berikut dengan sambutan baik dari peminat hijab Naelofar, Aqief juga memaklumkan akan ada koblarasi seperti ini akan datang dengan beberapa jenama antarabangsa.
Neelofa sama teruja

KELUARGA NEELOFA MELANCARKAN TUDUNG NEALOFAR TERBAHARU DISNEY THE LITTLE MERMAID

Pengasas Naelofar, Noor Neelofa berkata, “Saya teruja untuk umumkan koleksi bersama Disney ini setelah berbulan lamanya kami rahsiakan persiapannya, kami suka akan watak Disney, Ariel yang tak lapuk dek zaman, kagum akan semangat dan ketabahannya dalam mengharungi perjalanan penemuan dirinya. Ariel adalah seorang wanita muda yang tabah dan penuh sifat ingin tahu, bersedia untuk mempertahankan pendiriannya, dan sikap ini dapat dilihat dalam ramai wanita dari pelbagai generasi.”

KELUARGA NEELOFA MELANCARKAN TUDUNG NEALOFAR TERBAHARU DISNEY THE LITTLE MERMAID

KELUARGA NEELOFA MELANCARKAN TUDUNG NEALOFAR TERBAHARU DISNEY THE LITTLE MERMAID

“Kami mahukan #NaelofarBabes mempunyai keberanian yang sama seperti Ariel. Kami mahukan setiap wanita memperkasakan perjalanan hijab mereka. Perjalanan untuk berhijab adalah berbeza bagi setiap wanita. Ada yang mula berhijab dengan mudah dan ada juga yang menghadapi cabaran semasa mula berhijab. Melalui Naelofar, kami ingin menyokong perjalanan ini dan membantu memperlihatkan keindahan mereka sebagai wanita muslimah”.

Mendapat inspirasi daripada filem Disney The Little Mermaid, Naelofar memberikan sentuhan unik mereka untuk memperincikan keajaiban dalam corak rekaan hijab The Little Mermaid Shawl dan Square. Digubah daripada kelembutan alunan satin dalam 6 warna menarik, seleksi hijab ini membawa elemen utama seperti ekor duyung, tiara dan terumbu karang yang diinspirasikan daripada watak asli francais, Ariel yang ditonjolkan dalam keindahan pengulangan corak di dalam setiap rekaan koleksi.

Memang cantik sangat koleksi The Little Mermaid Disney X Naelofar ni, kainnya yang lembut, sejuk dan tak panas. Paling mummy suka, tag jenama nealofar di The Little Mermaid Disney X Naelofar bukan berbentuk "n" tapi bertemakan The Little Mermaid Disney X Naelofar. Ianya juga bukan di jahit , malah boleh di buka dan pasang kembali.

Bagi korang yang nak cari baju raya, tudung raya. Jom dapatkan koleksi The Little Mermaid Disney X Naelofar di www.naelofar.com

NEELOFA BERJAYA LANCARKAN APLIKASI ISLAMIK THENOOR

NEELOFA BERJAYA LANCARKAN APLIKASI ISLAMIK THENOOR - Mummy ternampak di Instagram Neelofa tentang aplikasi THENOOR yang beliau lancarkan, nampak sangat menarik dan padat dengan info islamik yang kita sebagai seorang muslim perlukan.

NEELOFA BERJAYA LANCARKAN APLIKASI ISLAMIK THENOOR


‘TheNoor’ ini merupakan syarikat dibawah Noor Luminous Sdn Bhd. Setelah 6 bulan proses menubuhkan aplikasi THENOOR. Kini ianya boleh di pakai oleh semua orang. Apa yang menarik dalam aplikasi THENOOR dari Neelofa ini?

MENARIK TENTANG THENOOR NEELOFA


Apa yang menarik tentang aplikasi THENOOR Neelofa ini adalah

1. Ianya didatangkan khas dengan rakaman bacaan tafsiran al-Quran dalam lima bahasa yang berbeza termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan Bahasa Indonesia. 

2. ‘TheNoor’ ini tidak terhad untuk pengguna Islam sedia ada ataupun Islam di Malaysia ianya sangat sesuai untuk Muslim yang baharu memeluk agama Islam Muaalaf untuk memudahkan mereka memahami bacaan al-Quran.



NEELOFA BERJAYA LANCARKAN APLIKASI ISLAMIK THENOOR

3. ‘TheNoor’ mempunyai konten penting seperti waktu solat, arah kiblat, lokasi-lokasi masjid berdekatan dan tafsiran bacaan al-Quran. 

4. Sangat di perlukan oleh seorang Muslim atau yang beragama Islam , walau di negara maan kita sekali pun, kita boleh akses dengan bantuan aplikasi THENORR Neelofa.



NEELOFA BERJAYA LANCARKAN APLIKASI ISLAMIK THENOOR

Akan datang, Neelofa akan menambahbaikkan lagi aplikasi THENOOR seperti :-

1. Menambah lagi bahasa-bahasa lain. Antara bahasa yang dimaksudkan itu termasuk Bahasa Turki, Perancis, Spanyol, Urdu dan Hindi.

2. Merancang untuk memperkenalkan fungsi wasiat dan faraid yang membolehkan pengguna mengelolakan wasiat mereka menerusi aplikasi ini seiring dengan undang-undang Syariah.

3. Portal untuk bayar zakat, derma

NEELOFA BERJAYA LANCARKAN APLIKASI ISLAMIK THENOOR

4. Online services, jualan atas talian / pembayaran tanpa tunai, akan di perkenalkan seperti dompet digital iaitu E-Wallet yang punyai fungsi Kad Prabayar Visa menerusi Fasspay. Kaedah ini sedang dalam proses kelulusan Bank Negara Malaysia.

Jomlah kita muat turun aplikasi TheNoor di Play Store bagi pengguna android. Atau boleh muat turun di Apps Store untik pengga Appple.

BTW, congaratulations Neelofa ! 

BELI SUSU PISANG NILOFA DENGAN AGEN NILOFA DI EQUINE SERI KEMBANGAN

BELI SUSU PISANG NILOFA DENGAN AGEN NILOFA DI EQUINE SERI KEMBANGAN - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ! Pagi tadi, breakfast apa? Hahaha..Dah lunch baru nak tanya korang breakfast apa, ye ! Sebenarnya, mummy ni memang peminat susu. Susu penting untuk usia macam mummy. Kalau tak jaga kang, cepat pulak mereput tulang hahaha. Pagi tadi, secara rasminya minum susu brand NILOFA dari Neelofa (bekas pengacara MELETOP tu ha..) . Rasanya, ramai dah tahu yang Neelofa mengeluarkan produk barunya NILOFA SUSU BERPERISA PISANG (banana milk, yang sebelum ini famous Banana Milk Korea tu ha). Mummy memang dalam sebulan tu, simpan juga susu pisang jenama dot,,dot,,dot kat rumah. Kalau korang ada baca entri lama mummy, korang akan tahu yang mummy ada mencuba macam-macam brand susu pisang ni.

Sejujurnya, susu je memang mummy suka. Yelah mummy pun breastfeeding mom. Nak bancuh susu kat rumah tu. Allahu, kekangan masa sangat-sangat !

BELI SUSU PISANG NILOFA DENGAN AGEN NILOFA DI EQUINE SERI KEMBANGAN



Berbalik kisah BELI SUSU PISANG NILOFA DENGAN AGEN NILOFA DI EQUINE SERI KEMBANGAN. Mummy memang nampak produk ni HOT SELLING. Asyik SOLD OUT je ! Bila kawan mummy buat restock (Afzan - sama kerja dulu..kami Ex banker RHB). terus RSVP satu kotak. Plan stok untuk diri sendiri je.

SUSU PISANG NILOFA 200ml 


SUSU PISANG NILOFA - Australian Milk

Apa yang mummy suka susu ni, memang rasa susu dan memang terasa susu premiumnya. Australain milk susu dorang memang padu ! Pada yang tak suka rasa susu. Mungkin korang boleh try, sebab susunya lain tau macam ada rasa vanila sket dan juga pisang (semestinya)

Mummy memang penggemar susu, so memang tak ada masalah !


Dzal pun bukan penggemar susu. Tengok mummy minum . Terus nak satu ! Dan, mintak lagi huhuhu . Tak leh bebanyak ye, stok mummy ni ha...hehehe

Dhia tak tahu lagi tentang susu Nilofa ni. Kalau Dhia tahu, mahu nak se pek juga tu..



Details


Breakfast segelas susu Nilofa pagi tadi . Kot-kot korang nak tahu kan, 200ml tu  berapa banyak..Lebih kurang 1 mug saiz kecil. Boleh tengok gambar di bawah dan video di YouTube mummy.


Bawa bekal 2 pek Nilofa Susu Pisang ni. Hehehe. Lunch pun mummy minum susu ni dulu. Sementara nak lunch yang tak tahu pukul berapa tu kan. Hari ini, agak busy juga nak siapkan dokumentasi dan juga few paper works. Plus mood standby jumpa client juga.

Testimoni Mummy Untuk Nilofa Susu Berperisa Pisang


Pada mummy,  Nilofa Susu Berperisa Pisang sangat sedap. Ada rasa susu, vanila, pisang. Minum waktu sejuk atau pada suhu biasa pun sama-sama sedap.

Ala korang pun tahu taste Neelofa tu macam mana, kan./ Dah tentu produk dia pun terbaik !

Lawas berak ko ! Mudah membuang hehehe. Bukan cirit birit tau ! Mudah memebuang je !

Nak minum,  Nilofa Susu Berperisa Pisang boleh terus minum sedut gitu sebab pouch dia tu macam straw dah. Mummy tunjuk dalam gelas supaya semua tahu anggaran 200ml tu macam mana.

Kesimpulannya, highly recommended ! 



HARGA SUSU PISANG NILOFA


Berapa harga  Nilofa Susu Berperisa Pisang harga untuk 1 pek adalah RM4.90, manakala 1 kotak (6 pek) adalah RM27.


Sekarang ini, masih ada stok ye ! Kalau berminat kena cepat contact Afzan, sebab stok  Nilofa Susu Berperisa Pisang memang laju... akan cepat habis...

Mana nak beli Nilofa Susu Berperisa Pisang

Mummy beli kat mana? Beli dengan Afzan (agen sekitar Seri Kembangan) secara pos je. Ada juga COD area
❤️ Puncak Jalil
❤️ Desaminium
❤️ Lestari Perdana
❤️ Lestari Putra
❤️ Bandar Putra Permai
❤️ Equine

Nak satu kotak? Contact Afzan, naaaa
👉 http://www.wasap.my/60123267917/nakorderbananamilk

GUARDIAN X NAELOFAR LANCAR BEG TOTE EKSKLUSIF SEMPENA RAMADAN

GUARDIAN & NAELOFAR LANCAR BEG TOTE EKSKLUSIF SEMPENA RAMADAN - Assalamualaikum, Salam Ramadan semua ! Dah habis shopping untuk sambutan Ramadhan ke? Cakap pasal bulan Ramadhan. Sana sini ada sales dan offer kan ! Mummy seperti biasalah, dok tunggu offer dari Guardian ! Mummy tak tahu, samada korang perasan atau tak, tiap kali bulan Ramadhan... GUARDIAN Malaysia akan mengadakan jualan khas sempena Ramadhan sahaja. Seperti tahun lepas, ada Ramadhan : Guardian X Ariani dan tahun ini pula ada Ramadhan : Guardian X Naelofar Tote Bag

GUARDIAN X NAELOFAR LANCAR BEG TOTE EKSKLUSIF SEMPENA RAMADAN 


Tahun ini 2019, GUARDIAN X NAELOFAR LANCAR BEG TOTE EKSKLUSIF SEMPENA RAMADAN . Guardian X Naelofar telah melancarkan 3 jenis beg tote iaitu NATURE BEAUTY, RED BLOSSOMS dan FLORAL SERENITY koleksi Eksklusif Musim Panas sempena Ramadan. 

GUARDIAN & NAELOFAR LANCAR BEG TOTE EKSKLUSIF SEMPENA RAMADAN, HARGA BEG TOTE NAELOFAR, BAG NEELOFA,

Beg tote ini, merupakan ilham dan hasil rekaan istimewa personaliti, pengacara, model dan tokoh perniagaan terkenal iaitu Neelofa. 


Beliau juga merupakan pemilik kepada jenama fesyen kontemporari popular di Malaysia, NAELOFAR.


GUARDIAN & NAELOFAR LANCAR BEG TOTE EKSKLUSIF SEMPENA RAMADAN, HARGA BEG TOTE NAELOFAR, BAG NEELOFA,

GUARDIAN & NAELOFAR LANCAR BEG TOTE EKSKLUSIF SEMPENA RAMADAN, HARGA BEG TOTE NAELOFAR, BAG NEELOFA,

Berucap di majlis perlancaran Beg Tote Naelofar Koleksi Musim Panas tersebut, Ms Wong Vai Chi, Ketua Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata "Kolaborasi istimewa bersama NAELOFAR ini adalah satu cara kami menyambut kedatangan Ramadan. Kami ingin menawarkan sesuatu yang eksklusif kepada para pelanggan, dan sudah tentu juga menarik, apabila mereka berkunjung ke Guardian untuk mendapatkan keperluan kesihatan dan kecantikan mereka.”


3 Jenis Beg Tote Naelofar Koleksi Musim Panas 


GUARDIAN & NAELOFAR LANCAR BEG TOTE EKSKLUSIF SEMPENA RAMADAN, HARGA BEG TOTE NAELOFAR, BAG NEELOFA,
Beg Tote Naelofar Koleksi Musim Panas  - NATURE BEAUTY


GUARDIAN & NAELOFAR LANCAR BEG TOTE EKSKLUSIF SEMPENA RAMADAN, HARGA BEG TOTE NAELOFAR, BAG NEELOFA,
Beg Tote Naelofar Koleksi Musim Panas -  RED BLOSSOMS 

GUARDIAN & NAELOFAR LANCAR BEG TOTE EKSKLUSIF SEMPENA RAMADAN, HARGA BEG TOTE NAELOFAR, BAG NEELOFA,
Beg Tote Naelofar Koleksi Musim Panas - FLORAL SERENITY 

GUARDIAN & NAELOFAR LANCAR BEG TOTE EKSKLUSIF SEMPENA RAMADAN, HARGA BEG TOTE NAELOFAR, BAG NEELOFA,

Serius, cantik dan bergaya bawa beg tote ini ! Nak bawa letak kain telekung, shopping bag atau letak fail pun sesuai ! Kesemua Beg Tote Naelofar Koleksi Musim Panas ini mummy sukakan. Kalau boleh nak dapatkan ketiga-tiga Beg Tote Naelofar Koleksi Musim Panas 

Harga Beg Tote Naelofar Koleksi Musim Panas 


Harga Beg Tote Naelofar Koleksi Musim Panas ini tak mahal, memang harga mampu milik. Korang boleh dapatkan beg-beg tote tersebut pada harga diskaun 40% dengan pembelian bernilai RM20 dengan mana-mana produk jenama penaja, atau RM30 jika tanpa barangan jenama penaja.


Beg Tote Naelofar Koleksi Musim Panas berharga hanya RM17.90 selepas diskaun 40%. 

Koleksi Musim Panas Guardian boleh didapati bermula hari ini sehingga stok masih ada. Tapi,mummy sarankan korang cepat-cepat terjah Guardian sebelum kehabisan stok. Mummy yakin Beg Tote Naelofar Koleksi Musim Panas akan SOLD OUT dengan cepat !

GUARDIAN & NAELOFAR LANCAR BEG TOTE EKSKLUSIF SEMPENA RAMADAN, HARGA BEG TOTE NAELOFAR, BAG NEELOFA,
Allahu cantik, lofa ! Aik lofa pun terkejut dengan mummy ke haha


GUARDIAN & NAELOFAR LANCAR BEG TOTE EKSKLUSIF SEMPENA RAMADAN, HARGA BEG TOTE NAELOFAR, BAG NEELOFA,

Tadaaaaaaaaaaaaaaa..mummy dah dapatkan 1 Beg Tote Naelofar Koleksi Musim Panas, floral pilihan mummy.

Lagi 2 Beg Tote Naelofar Koleksi Musim Panas...tungguuuuu mummy sambar ye !



Selanjutnya, tentang promosi Guardian boleh layari ke :