Showing posts with label Neutrogena Deep Clean. Show all posts
Showing posts with label Neutrogena Deep Clean. Show all posts

Pencemaran Udara ! Jerebu ! Mummy Guna Pembersih Muka Neutrogena® Deep Clean® Foaming Cleanser

Pencemaran Udara ! Jerebu ! Mummy Guna Pembersih Muka Neutrogena® Deep Clean® Foaming Cleanser - Assalamualaikum dan selamat sejahtera ! Bila jerebu ini, kulit muka mummy lain macam sket lah ! Berpasir (macam jerawat kecil keluar) dan cepat gatal. Nasib baik mummy jumpa pembersih yang boleh menghilangkan 99% bahan pencemar^ mikro dan mengembalikan keserian kulit mummy. 

Pencemaran Udara ! Jerebu ! Mummy Guna Pembersih Muka Neutrogena® Deep Clean® Foaming Cleanser




Pencemaran Udara ! Jerebu ! Mummy Guna Pembersih Muka Neutrogena® Deep Clean® Foaming Cleanser ! Korang tahu tak, pencemaran seperti jerebu dan lain-lain pencemaran ini boleh memberi kesan tak bagus pada kulit muka kita yang sedang terdedah ini. 

Gaya hidup bandar ada kebaikan dan keburukannya, namun apabila ia berkaitan dengan kesihatan kulit kita, keburukannya melebihi kebaikan. Hidup di bandar ini mendedahkan kulit kita kepada serangan luar yang agresif dan salah satu ancaman paling serius ialah pencemaran udara. 

Sumber-sumber umum pencemaran udara termasuk asap diesel atau kenderaan yang menggunakan petrol, loji kuasa dan kebakaran terbuka. Malah di dalam rumah pun, kita tidak selamat dari bahaya pencemaran udara: merokok, dapur gas, wasap cat dan produk pembersihan rumah juga menyumbang kepada kebimbangan terhadap kebersihan udara. 




Dan, palin tak bagusnya. Oleh kerana pendedahan berterusan terhadap udara berkualiti rendah yang dipenuhi dengan bahan pencemar mikro, kulit kita mengalami kehilangan lembapan sebanyak 60% selepas hanya 7 hari!




Salah satu bahan cemar yang merosakkan kulit ialah Bahan Zarahan (Particulate Matter, PM). Kajian menunjukkan bahawa mana-mana PM dengan diameter 10 mikron atau kurang (≤ PM10) boleh menembusi kulit, menyebabkan masalah kesihatan yang serius, dan salah satu musuh terbesar kulit dalam lingkungan ini adalah PM2.5.





Isu ini amat membimbangkan bagi penduduk bandar - menurut hasil kaji selidik yang diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di lebih daripada 4,300 bandar, hanya 20% daripada penduduk dunia yang tinggal di kawasan dengan tahap PM2.5 yang boleh diterima!

Zarah PM2.5 adalah 20 kali lebih kecil daripada pori-pori manusia, membolehkannya menembusi dengan mudah hingga ke lapisan kulit yang paling dalam. Memandangkan PM2.5 itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar, ia menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dilihat dan menjejaskan kulit kita termasuklah: kekeringan, kulit kusam yang disebabkan oleh pengurangan kolagen, gejala jerawat, pigmentasi dan bintik gelap, garis pramatang dan kedutan dan masalah kulit yang lain.





Neutrogena® memperkenalkan cara yang mudah dan berkesan untuk menghilangkan 99% bahan pencemar mikro PM2.5^ sambil mengembalikan seri kulit! Ambil langkah pertama ke arah kulit yang lebih sihat, lebih bersih dengan pembersih Neutrogena® Deep Clean®, Foaming Cleanser, pembersih pertama yang berasaskan gliserin tulen* yang terbukti secara klinikal untuk menghilangkan 99.9% kotoran dan bendasing dari kulit!



Menampilkan formula kawalan minyak yang tidak mengeringkan, pembersih berbusa ini menghasilkan buih yang kaya berkrim yang sampai ke dalam liang-liang pada kulit dan mengeluarkan bendasing seperti kotoran, minyak berlebihan dan sel-sel kulit mati. Sinar dan minyak di permukaan kulit dikurangkan sambil mengekalkan keseimbangan kelembapan semula jadi. Manfaat daripada bahan utamanya, gliserin tulen, yang menyubur dan menghaluskan kulit menjadikan wajah kelihatan bebas cela, segar dan sihat berseri.

Lembut dan tidak merengsakan, gliserin adalah pelembap yang kuat yang menarik kelembapan dari persekitaran untuk mengekalkan kulit supaya sentiasa terhidrat. Menurut pakar, Gliserin meniru faktor pelembap semula jadi kulit (NMF) yang menjadikannya sangat sesuai untuk semua jenis kulit - walaupun pada kulit berminyak/kombinasi atau bermasalah! Manfaat lain Gliserin termasuk: mengurangkan kekasaran kulit, membantu melindungi kulit dari kerengsaan alam sekitar dan menguatkan halangan kelembapan kulit.

Untuk ketenangan fikiran, pembersih Neutrogena® Deep Clean® juga tidak komedogenik, bebas minyak dan telah diuji oleh pakar dermatologi.


Pembersih Neutrogena® Deep Clean® (RM19.90, 100g) boleh didapati di farmasi terkemuka di seluruh negara. Anda juga boleh membeli dalam talian melalui kedai rasmi Johnson & Johnson di Lazada dan Shopee. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Neutrogena® atau ikuti Neutrogena Malaysia di Facebook www.facebook.com/myneutrogena .

^berdasarkan kajian keberkesanan klinikal ke atas zarah PM 2.5’
* Berdasarkan produk bilas yang dipasarkan dalam Neutrogena® mulai 2007 – 2017.


Neutrogena® Di Fesyen STYLO dengan Koleksi Happy Skin 24/7

Neutrogena® Buat Pertama Kalinya Meraikan dan Tampil dengan Fesyen Keceriaan Kulit yang Sihat Jenama No.1 yang Disarankan oleh Pakar-pakar Dermatologi. Kali ini, muncul di Landasan Fesyen STYLO dengan Koleksi Happy Skin 24/7

Neutrogena® Di Fesyen STYLO dengan Koleksi Happy Skin 24/7



Neutrogena® Buat Pertama Kalinya Meraikan dan Tampil dengan Fesyen Keceriaan Kulit yang Sihat Jenama No.1 yang Disarankan oleh Pakar-pakar Dermatologi


Akhirnya, muncullah fesyen yang tidak lapuk dek musim! Memperkenalkan koleksi fesyen Neutrogena® Happy Skin 24/7, merupakan satu siri yang terdiri daripada 30 rekaan yang dipaparkan di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival (MBSTYLOAFF) 2017.

Neutrogena® Di Fesyen STYLO dengan Koleksi Happy Skin 24/7

Dihasilkan oleh pereka fesyen tempatan Kittie Yiyi dan Hazzer Wan Lee, koleksi Happy Skin 24/7 melambangkan perasaan gembira dan keceriaan seseorang apabila memiliki kulit yang sihat dan cantik.

Menurut Julia Teo, Pengarah Pemasaran Bersekutu bagi Kumpulan Syarikat Konsumer Johnson & Johnson, yang memasarkan Neutrogena® di Malaysia.

Neutrogena® Di Fesyen STYLO dengan Koleksi Happy Skin 24/7

Kulit yang sihat dan cantik merupakan salah satu sumber kebahagiaan wanita. “Sebagai jenama No.1 yang disarankan oleh pakar dermatologi, kami percaya bahawa kecantikan bermula dengan kulit yang sihat – sesuatu yang dapat memberikan keyakinan positif dalam kehidupan harian mereka.

Bayangkan perasaan anda apabila melihat kulit yang sihat dan berseri apabila di depan cermin, tidakkah anda berasa lebih gembira dan yakin untuk memulakan hari anda? Sememangnya, kulit yang sihat mampu menggembirakan dan menceriakan seseorang dan inilah sebabnya kempen terbaru kami menampilkan Happy Skin 24/7 dengan Neutrogena®,”katanya.

Tambah Teo lagi: “Menerusi penampilan pertama kami dalam bidang fesyen di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival 2017, kami berharap untuk memaparkan kegembiraan memiliki kulit yang sihat dan cantik, hasil menggunakan produk penjagaan kulit Neutrogena®, dan berkongsinya dengan para wanita Malaysia – dan cara yang terbaik untuk kami lakukan sedemikian adalah dengan menghasilkan sebuah koleksi fesyen, yang diinspirasikan konsep Happy Skin”!

Menerangkan sebab Neutrogena menggunakan fesyen sebagai cara untuk membawakan kempen terbaru Neutrogena®, Teo berkata, “Tidak dapat dinafikan bahawa wanita dan fesyen tidak dapat dipisahkan. Menerusi koleksi fesyen kami, kami ingin meyakinkan para wanita bahawa mereka boleh menggunakan Neutrogena® untuk kesihatan kulit mereka”.

“Happy Skin adalah relevan bagi setiap musim – ianya sememangnya bukan trend sementara. Menerusi koleksi fesyen oleh para pereka kami, kami ingin menunjukkan bahawa anda boleh mendapatkan kulit yang sihat dengan Neutrogena®, kelihatan cantik dan kekal gembira setiap masa!

Kami bekerjasama dengan Kittie Yiyi dan Hazzer Wan Lee – dua pereka fesyen unik yang sering mendapat ilham menerusi objek-objek menarik, lantas menghasilkan corak dan warna yang menarik! Hasil kreativiti dan kerja keras mereka, kita dapat menyaksikan bagaimana mereka mengekspresikan konsep keceriaan dan keremajaan Happy Skin 24/7 Neutrogena®,” sambung Teo.

Keunikan personaliti Kittie Yiyi dapat dilihat dalam setiap rekaannya, yang kebanyakannya riang, ranggi, namun bergaya. Cogan kata yang diamalkan oleh graduan Raffles Design Institute KL ini adalah: “Apa sahaja pun fesyen pilihan anda, pastikan ianya membuatkan anda gembira!”

Koleksi Kittie diinspirasikan daripada konsep gadis pantai yang sedang bercuti. Datang dari kawasan pantai yang jauh, gadis itu meneroka kawasan bandar dengan baju yang selesa dan bergaya. Keriangannya mampu membuat sesiapa sahaja tersenyum – dan ini jelas dari cara dia berpakaian. Memaparkan bayangan yang kembang, ropol, garis-garis bercorak riang serta corak hati, koleksi ini menonjolkan rasa yakin seorang gadis pantai dalam dirinya sendiri dengan ciri dan potongan lut sinar.

Hazzer Wan Lee, pengarah kreatif HWL by Hazzer Wan Lee Fashion Atelier Kuala Lumpur, mempunyai sarjana dalam Fashion and Apparel Design dari Herriot-Watt University, Scotland.

Neutrogena® Di Fesyen STYLO dengan Koleksi Happy Skin 24/7

Koleksi fesyen Hazzer diilhamkan daripada percikan air – merupakan ciri utama rangkaian produk pembersih Deep Clean Neutrogena® dan langkah pertama untuk mengecapi Happy Skin 24/7! Garisan yang mengalir serta lapisan yang beralun digabungkan bagi menyerlahkan tenaga dan keindahan air dalam tona biru, hijau, oren dan merah jambu.

Teknik hebat dalam memasukkan dan melapiskan pelbagai material yang berbeza seperti denim, organdi, kulit PU, sutera kapas dan fabrik yang telah diwarnakan memberikan kesan 3D unik yang mempunyai pergerakan seakan-akan air.

Saksikan kemunculan fesyen pertama Happy Skin 24/7 Neutrogena® di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival 2017 dalam talian! Maklumat lanjut di laman :-

NEUTROGENA DEEP CLEAN HAPPY SKIN 24/7 UNTUK KULIT WAJAH LEBIH SIHAT DAN BERMAYA

NEUTROGENA DEEP CLEAN HAPPY SKIN 24/7 UNTUK KULIT WAJAH LEBIH SIHAT DAN BERMAYA - Pencuci muka atau pembersih muka adalah perkara yang paling paling penting bagi mummy. Sebab kulit mummy, agak sensitif juga jika tidak di jaga dengan bersih atau di cuci dengan bersih. Boleh naik jerawat,  nanti! Antara pencuci muka yang mummy suka sekarang ini ialah NEUTROGENA DEEP CLEAN HAPPY SKIN 24/7 kerana jenama ini adalah dermatologist recommended


NEUTROGENA DEEP CLEAN HAPPY SKIN 24/7 UNTUK KULIT WAJAH LEBIH SIHAT DAN BERMAYA





Inilah set NEUTROGENA DEEP CLEAN HAPPY SKIN 24/7 yang mummy cuba selama hampir 2 minggu. Set NEUTROGENA DEEP CLEAN HAPPY SKIN 24/7 ini mengandungi NEUTROGENA DEEP CLEAN Foaming Cleanser, NEUTROGENA DEEP CLEAN Blackhead Eliminating Daily Scrub, dan  NEUTROGENA DEEP CLEAN Cleansing Oil To Foam.


NEUTROGENA DEEP CLEAN HAPPY SKIN 24/7 - BLACKHEAD ELIMINATING DAILY SCRUB



NEUTROGENA DEEP CLEAN BLACKHEAD ELIMINATING SCRUB ini mengandungi butiran biji yang sangat halus dan kurang buih.



NEUTROGENA DEEP CLEAN BLACKHEAD ELIMINATING SCRUB ini, skrubnya unik dan berlaianan dengan skrub lain yang berada di pasaran.


Sesetengah skrub muka tidak boleh di pakai setiap hari. Sebab ianya, boleh merosakkan struktur kulit dan merosakkan kulit wajah. Tetapi, berlainan pula dengan NEUTROGENA DEEP CLEAN BLACKHEAD ELIMINATING SCRUB. Ianya boleh diskrub dan gunakan setiap hari. Kerana skrubnya bersifat lembut pada kulit wajah.


CARA PAKAI NEUTROGENA DEEP CLEAN BLACKHEAD ELIMINATING SCRUB


1. Basahkan tapak tangan
2. Picit sedikit NEUTROGENA DEEP CLEAN BLACKHEAD ELIMINATING SCRUB
3. Ratakan di wajah
4. Bilas hingga bersih


Siap ! Jom pi jalan ! ...


NEUTROGENA DEEP CLEAN HAPPY SKIN 24/7 - FOAMING CLEANSER



NEUTROGENA DEEP CLEAN FOAMING CLEANSER pencuci muka yang sangat mummy suka dan yang paling mummy kerap pakai.


NEUTROGENA DEEP CLEAN FOAMING CLEANSER sangat best sebab dengan satu kali cucian, kulit mummy terus jadi sebersih-bersihnya. Hehehe .Almaklumlah kan, mummy ini ada masa terasa malas nak pakai make up remover !




NEUTROGENA DEEP CLEAN FOAMING CLEANSER kurang buih, bersifat lembut dan tidak menegangkan kulit !


CARA PAKAI NEUTROGENA DEEP CLEAN FOAMING CLEANSER

1. Basahkan tapak tangan
2. Picit sedikit NEUTROGENA DEEP CLEAN FOAMING CLEANSER
3. Ratakan di wajah
4. Bilas hingga bersih.
5. Siap !

NEUTROGENA DEEP CLEAN HAPPY SKIN 24/7 - OIL TO FORM



NEUTROGENA DEEP CLEAN FOAMING CLEANSER pun mummy suka juga. Sebab bila pam je NEUTROGENA DEEP CLEAN FOAMING CLEANSER terus keluar buih. Tak perlu nak gosok-gosok di tapak tangan sampai keluar buih dah !

ini memang paling mudah untuk pakai. Tinggal usap rata di wajah dan bilas sahaja. Siap !


Untuk maklumat lanjut tentang Neutrogena. Sila layari :-

Instagram Neutrogenamy