Showing posts with label Our anniversary. Show all posts
Showing posts with label Our anniversary. Show all posts

Wedding Anniversary Kami Yang Keenam Tahun !

Wedding Anniversary Kami Yang Keenam Tahun ! - 2 Jun 2018 genaplah kami laki bini menjadi kekasih halal ! Diam tak diam dah 6 tahun kami layari alam rumah tangga bersama. Anak pun dah 3, alhamdulillah di kurniakan keluarga bahagia. Mummy sentiasa doakan agar kami sekeluarga bahagia selamanya ! Korang pun, yang baca entri mummy ni. Mummy doakan kalian bahagia dan sentiasa di murahkan rezeki sederasnya.

Wedding Anniversary Kami Yang Keenam Tahun !

Wedding Anniversary Kami Yang Keenam Tahun !


Wedding Anniversary Kami Yang Keenam Tahun ! 6 tahun layari alam berumah tangga, memang tak di nafikan ada onak duri. Tapi, itu semua mendewasakan hubungan kami. Syukur alhamdulillah, mummy di kurniakan suami yang penyayang dan sentiasa support dalam apa juga urusan mummy. Jarang sekali beliau 'SAY NO'.

Yang mana kurang baik, kita perbaikilah untuk jadi baik.

Mummy pun bukannya 100% isteri terbaik. Ada juga kadang-kadang terlepas cakap, terkasar bahasa dan juga degil. 


Wedding Anniversary Kami Yang Keenam Tahun !


Wedding Anniversary Kami Yang Keenam Tahun !

Terima kasih encik suami untuk kasut Sketchers di hari Wedding Anniversary. Serba salah pulak, mummy tak bagi apa-apa pada daddy. Nantilah birthday daddy. Mummy belikan sekali harung ye !

Anak-anak pun super duper seronok sebab depa pun dapat kasut juga ! Kemahen korang ! Okaylah, anniversary mummy daddy anniversary kamu semua jugak !


Wedding Anniversary Kami Yang Keenam Tahun !

Kitorang sejenis memang family type...celebrate wedding anniversary ke hape. Angkut je semua anak-anak. Penyeri kot, depa tu semua !

Kalau dorang tak ada, kami berjalan berdua dengan asben je. Kadang tu, boleh jadi kekoh juga berdua tanpa anak-anak. Hehehe

Happy Our 5th Wedding Anniversary

Happy Our 5th Wedding Anniversary | Belum terlewat rasanya, untuk up entri Ulangtahun Perkahwinan ke 5 Tahun Kami. Sungguh laju perjalanan masa. Pejam celik pejam cilik 5 tahun dah. Syukur di panjangkan usia dan di panjangkan usia perkahwinan kami suami isteri. Alhamdulillah dah ada sepasang anak yang sentiasa menyerikan perjalanan hidup kami. Soo, masuk 3 anak dah. Bila 5 tahun usia perkahwinan semua orang ingatkan kami muda remaja kan. Hehehe 

Happy Our 5th Wedding Anniversary


Happy Our 5th Wedding Anniversary

Padahal kami kawen pada usia yang tua dalam umur 30 tahun gitu. Tak pe lah, usia bukan halangan pun. Jodoh, ajal dan maut semua di tangan Allah swt kan..

Masih terkenang perjalanan di awal perkenalan. Alhamdulillah kami tak mengambil masa yang lama dalam mengenal hati budi masing-masing. Mungkin sebab dah berusia dan memang di takdirkan jodoh kami.

2010 - kenal
2011 - bertunang
2012 - berkahwin
2013 - di kurniakan puteri pertama Dhia Batrisya
2014 - di kurniakan putera Dzal Aidi Fiqry
2017 - Insyaallah akan terima orang baru dalam keluarga kami

Moga urusan kami sentiasa di permudahkan di dunia dan di akhirat !

3rd year Wedding's Anniversary


Happy 3rd Anniversary. 
Alhamdulillah, sudah 3 tahun saya bergelar isteri kepada kekasih halal saya.
Terima kasih Allah. Syukur Alhamdulilah3x. Saya di ketemukan dengan seorang suami yang baik hati. 


Terima kasih yang tak terhingga kepada encik suami kerana sentiasa memberikan saya kebahagiaan, berikan kasih sayang yang tak terhingga. Dan paling utama, 'dia terima saya seandainya'. Quote kami sebelum bergelar isteri ;) 

Tak sangka perkenalan selama 3 bulan (Januari 2011). Terus encik suami buat keputusan untuk merisik. Kami merisik dan bertunang, selepas 6 bulan perkenalan (Jun 2011). 

Di nikahkan pada Jun 2012. Di kurniakan cahayamata yang pertama pada Mac 2013. Bukan bunting pelamin ye (lewat sebulan). Dan, dikurniakan putera pertama pada Jun 2014.

2015? Tahun untuk berkasih sayang dahulu sesama ahli keluarga hehehehe a.k.a nk enjoy bersama keluarga tercinta... yehaaaaaaaaaaa ;)

p/s: sorry yek..tetiap tahun pakai gambo nikah ni je.. hehehe 

Our 2nd Anniversary


2 Jun 2012 tarikh nikah kami.

Kini sudah 2 tahun kami menjadi kekasih halal.
Moga cinta yang terjalin ini kekal abadi di dunia hinggalah ke akhirat.


 Debaran sebelum akad


 Selesai akad nikah.
Bergambar2 pulak ;)


 Bersama2 family. Kecuali family adik je tiada. 
Rayyan & Bella dlm wad. Jangkitan rotavirus


 Bergambar dengan keluarga en somi ;)
Tiada dalam gambar. Abg no. 2


Adik lelaki en suami bersama isterinya.

Kami nikah hari yg sama. Mereka nikah pd waktu pagi. kami pulak nikah pd waktu mlm ;)

Saya doakan cinta kalian (Ejoy & Ily) hingga ke Jannah. Ameen.



p/S: Hadiah untuk ulangtahun kami kali ini adalah dari Illahi..
iaitu our 2nd baby. Alhamdulillah. 

Jun bulan cinta kami ;)