Showing posts with label Samsung. Show all posts
Showing posts with label Samsung. Show all posts

Samsung Solve For Tomorrow Merangsang Minat dan Sifat Ingin Tahu terhadap STEM di Kalangan Pelajar

Samsung Solve For Tomorrow Merangsang Minat dan Sifat Ingin Tahu terhadap STEM di Kalangan Pelajar – Memandangkan inovasi mengubah dunia kita dengan cepat, maka amat penting untuk mempersiapkan generasi akan datang bukan hanya untuk menyesuaikan diri, tetapi juga berkembang maju dan lebih cemerlang di masa hadapan dalam dunia teknologi. Selaras dengan komitmen Samsung Malaysia, sebuah program pendidikan globalnya iaitu ‘Solve for Tomorrow’ sedang dilaksanakan. Ia merupakan pertandingan yang bertujuan untuk merangsang sifat ingin tahu dan memupuk minat dalam pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), sambil memberi inspirasi kepada para pelajar untuk memperbaiki dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat tempatan melalui penyelesaian inovatif STEM. 


Samsung Solve For Tomorrow Merangsang Minat dan Sifat Ingin Tahu terhadap STEM di Kalangan Pelajar





Samsung Solve For Tomorrow Merangsang Minat dan Sifat Ingin Tahu terhadap STEM di Kalangan Pelajar - “Ia amat penting untuk mempersiapkan generasi akan datang dengan kemahiran asas, pengetahuan dan sikap yang diperlukan untuk menyesuaikan diri kepada perubahan teknologi dan manfaat peluang baharu yang dihasilkan oleh teknologi. Kami percaya dengan potensi mereka untuk mencapai tahap inovasi baharu dan menghasilkan penyelesaian yang mengubah masyarakat. Untuk membantu mereka mencapainya, Samsung komited untuk membantu mereka melalui program pendidikan yang kami jalankan seperti ‘Solve for Tomorrow’,” kata Yoonsoo Kim, Presiden Samsung Malaysia Electronics. 

‘Solve for Tomorrow’ merupakan pertandingan unik yang memupuk pemikiran inovatif, penyelesaian masalah secara kreatif dan kerja berpasukan yang dilaksanakan dengan kerjasama Pusat STEM Universiti Malaya. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 dari sekolah yang sering terlibat dengan pelbagai aktiviti STEM yang dijalankan oleh Pusat STEM Universiti Malaya untuk membantu mereka memperhebatkan pengalaman pembelajaran mereka. Pertandingan ‘Solve for Tomorrow’ akan bermula pada 9 Oktober 2020 dan berakhir pada 8 Disember 2020 dengan pengumuman pemenang pertandingan. 


Ir. Dr. Mas Sahidayana Mohktar, Ketua Pusat STEM Universiti Malaya berkata, “Kita harus memperhebatkan pengetahuan Sains dan Teknologi di kalangan anak-anak muda untuk menyelesaikan masalah yang tidak dapat ditafsirkan di masa hadapan. Mereka boleh menggambarkannya dengan lebih baik jika mereka dilengkapi dengan peralatan yang betul dan cara terbaik untuk memastikan mekanisme itu tepat adalah melalui pendidikan Sains dan Teknologi.” 


Peserta pertandingan perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan mencari penyelesaian berdasarkan teknologi STEM. Para peserta boleh memilih untuk mengemukakan idea yang berfokuskan pada salah satu daripada empat tema iaitu kesihatan, pendidikan, alam sekitar dan masalah sosial. Setiap satu kumpulan yang terdiri daripada tiga orang pelajar perlu menghantar idea mereka dalam bentuk esei yang menggambarkan masalah yang harus diselesaikan dan bagaimana STEM dapat menjadi penyelesaian kreatif. Pada pusingan kedua, 10 pasukan yang disenarai pendek perlu memperhalusi idea mereka dan membentangnya menerusi PowerPoint. 





Tiga pasukan akan dipilih pada pusingan ketiga. Mereka perlu memperhebatkan persembahan mereka dengan pilihan yang diberikan untuk mencipta prototaip. Setiap pasukan perlu menghantar rakaman video persembahan mereka dan fungsi prototaip yang mereka cipta. Pada peringkat akhir, ketiga-tiga pasukan akan bertanding untuk memenangi hadiah utama bernilai sehingga RM37,900 dengan penyelesaian STEM inovatif mereka yang mengagumkan para hakim. 

Pemenang pertandingan akan membawa pulang hadiah produk Samsung untuk sekolah masing-masing dan juga untuk diri mereka. Pasukan yang memenangi hadiah pertama akan menerima produk Samsung bernilai sehingga RM16,900 yang akan diberikan kepada sekolah sementara setiap pelajar akan menerima produk Samsung bernilai sehingga RM7,000. Untuk hadiah kedua, pasukan akan menerima produk Samsung bernilai sehingga RM13,500 untuk sekolah mereka sementara pelajar akan mendapat produk Samsung bernilai sehingga RM6,000. Pasukan yang memenangi hadiah ketiga akan menerima produk Samsung bernilai sehingga RM10,000 untuk sekolah mereka dan pelajar pula menerima produk bernilai sehingga RM5,400 setiap seorang. Pemenang akan dinilai berdasarkan kesesuaian isu, kreativiti, kebolehlaksanaan idea, penerapan STEM dan penyampaian penyelesaian inovatif. 

“Kami yakin bahawa pertandingan ‘Solve for Tomorrow’ adalah platform yang ideal untuk mendedahkan pelajar kepada dunia sains dan teknologi serta memanfaatkan sepenuhnya potensi mereka melalui penggunaan teknologi. Ini juga merupakan peluang untuk terlibat dan mendorong sifat ingin tahu pelajar dalam STEM di samping melakukan perbezaan dalam masyarakat,” kata Yoonsoo Kim. 

Untuk info lanjut mengenai ‘Solve for Tomorrow’, sila layari: www.samsung.com/my/solvefortomorrow/

### 

Mengenai Samsung Electronics 

Samsung memberi inspirasi kepada dunia dan membentuk masa hadapan dengan teknologi dan idea transformatif. Syarikat ini mentakrifkan semula dunia TV, telefon pintar, peranti boleh dipakai, tablet, peralatan digital, sistem rangkaian, memori, sistem LSI, pemutus dan penyelesaian LED. Untuk berita terkini, sila layari Samsung Newsroom di http://news.samsung.com.

BILA MESIN BASUH SAMSUNG ROSAK !

BILA MESIN BASUH SAMSUNG ROSAK ! Boleh meroyan jugak, lah jiwa ni kalau mesin basuh / washer machine tu tak berfungsi. Tapi..idaklah meroyan dopolohpatjam kat facebook mengeluh ! Mummy terus tanya di beberapa group WhatsApps. Group WA apartment dan adik beradik. 


BILA MESIN BASUH SAMSUNG ROSAK !

Bila mesin basih Samsung Mummy tu rosak. Memang blur sekejap. Nak basuh pakai tangan. Macam tak daya. Nak bawa ke dobi layan diri. Macam malas nak mengangkut & tunggu.

Nasib baik adik ipar ada bagi no telefon Pak Ya yang boleh baiki mesin basuh Samsung mummy tu.

Mesin basuh Samsung mummy tu memang dah lama. 2 tahun sebelum kahwin belinya. Kiranya dah 6 tahun umur mesin basuh / washer machine. Masalahnya air tak keluar ke dalam mesin. 

Daddy dah godek-godek..pun tak tahu di mana masalahnya. 

REPAIR MESIN BASUH ROSAK DI KAJANG DENGAN PAK YA !


Mummy deal kejap je dengan Pak Ya. Call Pak Ya pagi tadi. Pagi tu jugak, Pak Ya datang repair.



Kata PakYa Fius terbakar. Jumlah kena bayar RM80 untuk barang dan RM40 upah datang.

Check dalam wallet ada RM110. Adoi lupa pulak korek duit dari ATM sebelum panggil Pak Ya. Minta nombor akaun Pak Ya. 

Pak Ya beritahu..tak pe ..tak payah bayar lagi RM10. Adoi...malu pulak mummy.

Tak pelah..kita kasik promote Pak ya dalam blog.

Korang yang ada masalah mesin basuh rosak ke peti ais rosak atau apa-apa barang letrik yang rosak.

Atau ada yang mencari tempat repair barangan elektrik sekitar KAJANG. Korang boleh hubungi Pak Ya ye : +60193663259

Tanda Samsung Galaxy Note3 Neo Rosak

Cas telefon dan mesej 'THE DOCK IS CONNECTED' keluar. Ini adalah tanda Samsung Galaxy Note3 Neo Rosak


Ahad minggu sebelum ini, di kejutkan dengan mesej 'THE DOCK IS CONNECTED' bila charger di pasang ke telefon Samsung Galaxy Note3 Neo . Cuba berkali-kali cas, tetap juga tak masuk. Hati mula panas, bateri pada masa tu dah tinggal kurang 15%. Paginya sebelum itu, cas ok sahaja. Tak ada pulak masalah macam ini. 

Zaaas..Malam tu juga, terus ke kedai telefon untuk test charger. Mana tahu ada charger yang boleh masuk cas, bolehlah kita beli terus. 

Samsung Galaxy Note5 Pelancaran di Sunway Pyramid


Pelancaran Samsung Galaxy Note5 

3 September 2015, bertempat di Sunway Pyramid, mummy antara blogger yang menggunakan Samsung Galaxy Note telah terpilih untuk menghadiri majlis pelancaran Samsung Galaxy Note5 (Media Launch). Sebagai pengguna Samsung Galaxy Note 3 Neo, pastinya, kita sendiri tidak sabar dan teruja nak tahu kelebihan Samsung Galaxy Note5 yang dilancarkan hari ini.