Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Kenapa Rumah Saya Adik Beradik Tak Datang Pun

Hai semua ! Salam Jumaat ! Hari ini, mummy nak kongsikan antara kiriman whatsapp yang mummy suka baca. Oleh kerana perkongsian ini bagus dan menginsafkan diri mummy, terus mummy rasa nak share dalam blog. Untuk renungan kita bersama Kenapa rumah saya adik beradik tak datang punSaya je kena ziarah mereka. Dan mereka "lalu" rumah saya tetapi tak singgah ..

Jom baca....

sumber gambar : www.google.com


Kenapa Rumah Saya Adik Beradik Tak Datang Pun


Allah SWT perintahkan kita menziarahi untuk eratkan silaturrahim. Jika kita buat kira dapat pahala. Mereka tak dapat. Bab ni kita yang pilih. Antara pahala / kebencian / dendam / cemburu. Jadi.... biarkan orang yang tak nak menyambung silaturrahim. 

Kita ikut sunnah, pasti kita bahagia.

Seperkara lagi:

Mummy sendiri tidak kesal / kecewa jika rumah saya tidak dikunjungi sanak saudara. Mungkin mereka busy. Ada hal lebih penting daripada silaturrahim. 

Kita tak perlu kecil hati. InsyaAllah orang lain jadi tetamu kita..membawa balik dosa kita dan membawa rahmat .

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kita: 

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya...

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama...

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...

5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...

7. Apabila meninggal dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...

Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat untuk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan. 


Maka..

Senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yang fana ini....

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.


(Manfaatkanlah masa yg mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi....)

TANYA PU AZMAN, KALAU TENGAH MANDI WAJIB !

TANYA PU AZMAN, KALAU TENGAH MANDI WAJIB ! - Assalamualaikum, Salam Jumaat semua. Mak aiii sekejap nau dah Hari Jumaat, kan? Hari Jumaat ni macam-macam sunat, pahala boleh dapat. Tak yah share dahlah kan bab SUNAT JUMAAT. Korang pun mesti dah HAFAL dah tu, kan? As usual, mummy sharing SOAL JAWAB PU Azman lagilah Jumaat kali ini. Pendakwah yang nampak tegas, tapi ada lawaknya ! Bab ni, mesti ada di kalangan korang tak tercapai akal korang dengan jawapan Ustaz PU Azman ni. Kelakar habis !

TANYA PU AZMAN, KALAU TENGAH MANDI WAJIB !



TANYA PU AZMAN, KALAU TENGAH MANDI WAJIB ! - Assalamualaikum, Salam Jumaat semua. Mak aiii sekejap nau dah Hari Jumaat, kan? Hari Jumaat ni macam-macam sunat, pahala boleh dapat. Tak yah share dahlah kan bab SUNAT JUMAAT. Korang pun mesti dah HAFAL dah tu, kan? As usual, mummy sharing SOAL JAWAB PU Azman lagilah Jumaat kali ini. Pendakwah yang nampak tegas, tapi ada lawaknya ! Bab ni, mesti ada di kalangan korang tak tercapai akal korang dengan jawapan Ustaz PU Azman ni. Kelakar habis !


Soalan : As salam ustaz, saya nak tanya klu time tengah mandi wajib then ada orang ketuk cakap cepat sikit pastu saya respon "erm" ada masalah tak dengan mandi wajib saya?

USTAZ PU AZMAN: Takda masalah. Yang masalah kalau kau bukak pintu.

Kelakar kan cara beliau jawab ! Allahu comel betul jawapan Ustaz PU Azman ni,kan ! Memang suka sangat baca sesi soal jawab di Instagramnya. Memang santai-santai jawapannya.

Kadang-kadang ilmu di sampaikan macam ni, orang lebih suka dan selesa. Serius tu boleh bosankan pendengar. Betul, tak?

Dan kenapa mummy suka drama LELAKI KIRIMAN TUHAN? Sebab ada PU Azman berlakon. Dok takzirahkan si Kak Bed si batu api tu haaa.. Ish geramm, nasib ada PU Azman.



Tanya PU Azman : Kalau Kita Dah Kahwin Boleh Ke Mencium Kemaluan Isteri?

Tanya PU Azman : Kalau Kita Dah Kahwin Boleh Ke Mencium Kemaluan Isteri? - Hai semua ! Salam Jumaat ! Baru-baru ini, mummy terbaca himpunan soal jawab bersama ustaz PU Azman. Tengok soalannya macam serius sangat ! Mummy pun,  tekun membacanya sehingga habis. 

Tanya PU Azman : Kalau Kita Dah Kahwin Boleh Ke Mencium Kemaluan Isteri? 


Tanya PU Azman : Kalau Kita Dah Kahwin Boleh Ke Mencium Kemaluan Isteri?

A : Ustaz klau kita dh kawin boleh ke mencium kemaluan istri
PU Azman : Kita???? Napa libatkan aku dgn bini kau

A : bukan la maksud saya bila seseorang tu dh kawin nnti???
PU Azman : Bini kau boleh. Bini jiran., jangan
A : Hahahahahaha bengong betul...

Adoiii..gelak guling-gulinglah mummy membacanya. Suka cara Ustaz PU Azman ni. Tak membosankan ceramahnya dan takzirah darinya.

Korang kalau ada soalan atau kemusykilan bab agama. Korang p DM IG ustaz PU Azman di www.instagram.com/pu_azman



Rezeki Sempit Boleh Berpunca Dari Dalam Rumah

Rezeki Sempit Boleh Berpunca Dari Dalam Rumah - Salam Jumaat semua ! Sekejap je dah Jumaat,kan? Dah potong kuku ke tu? Sunat potong kuku hari ini. Sesama kita ingatkan. Mummy pun kekadang lupa jugak ! 

Rezeki Sempit Boleh Berpunca Dari Dalam Rumah


Rezeki Sempit Boleh Berpunca Dari Dalam Rumah

Bila hari Jumaat ni, mummy suka baca whatsapp sharing dari kawan-kawan. Kebanyakannya, berunsurkan peringatan bersama. Yang mummy tertarik dengan perkongsian Whatsapp hari ini adalah Rezeki Sempit Boleh Berpunca Dari Dalam Rumah.

Kita pun kekadang alpa dengan benda remeh temeh ni, remeh tapi sebenarnya ianya boleh jadi kesan yang amat buruk dalam kehidupan kita. Tanpa kita sedari.  Contohnya Rezeki Sempit Boleh Berpunca Dari Dalam Rumah

Tiada rezeki datang bergolek, kalau tak diusahakan mana mungkin dapat hasilnya. Pun begitu, ada juga yang telah lakukan macam-macam tapi rezeki sempit juga. Kenapa ya?

Melalui perkongsian daripada puan Maryam (mummy dapat dari group Whatsapp..tapi kredit pada Pn Maryam !) tentang info yang diperolehi daripada mendengar ceramah dapat memberi pencerahan.


Kenapa rezeki kita sempit?


Dah buat macam-macam tapi kenapa rezeki orang lain murah tapi rezeki kita sempit?


1. Sinki dapur penuh bertimbun pinggan mangkuk🍵🥛🥧🍜🍝🍚🥄🍴🥢🥣 yang tidak di basuh.😨 Sebelum tidur kena pastikan pinggan🍮, mangkuk🍛, periuk🍳 dan cawan☕ semuanya di cuci bersih. Jangan biarkan di dalam sinki, kerana akan menjadi makanan jin & syaitan.😨😱 Sisa makanan yang kotor akan menjadi habuan syaitan😈 yang suka pada benda-benda kotor.😣😯💆🏻‍♀

2. Sampah🗑 dalam rumah kena bungkus rapat dan buang♻ sebelom tidur🛌🏻.

3. Tandas🚽 dan bilik air🛁 kotor juga punca rezeki tersekat. Tandas adalah tempat tinggal bagi syaitan😈 dan jin. Bila kotor geng syaiton ini akan membiak👹👺☠💀 dan berjoget💃🏻 sakan dalam tu.😨🤦🏼‍♀ Jadi pastikan tandas rumah kita sentiasa bersih tau.

4. Rumah bersawang🕸 lagi susah rezeki nak masuk tau. Kena pastikan rumah kita bebas🚀 dari sawang. Kerna itu punca rezeki tersekat.💸

5. Pintu🚪 tandas sentiasa di biarkan terbuka pun punca syaitan👻 bebas keluar masuk dalam rumah kita sesuka hati mereka. So kena tutup pintu tandas sentiasa. Hehe😊

Okey dah tau puncanya kan? Rupanya dari sikap kita sendiri.😅😰 Hehehe🤗. Peringatan untuk diri saya jugak😇. So kena rajin-rajinlah ye pastikan segalanya dalam keadaan bersih. Supaya rezeki terbuka luas untuk kita sekeluarga.👨‍👩‍👧‍👦❤

14 PERKARA WAJIB PERLU TAHU SEBELUM DAN SELEPAS URUSKAN JENAZAH

14 PERKARA WAJIB PERLU TAHU SEBELUM DAN SELEPAS URUSKAN JENAZAH - Salam Jumaat ! Assalamualaikum..lama sudah mummy tak tepek takzirah Jumaat dan ilmu agama. Ewahhh dah macam ustajah bunyiknya. Okaylah, sebenarnya mummy terima WhatsApp dari kawan mummy dan mummy merasakan peringatan ini sangat penting. Jom kita tengok apakah dia 14 PERKARA WAJIB PERLU TAHU SEBELUM DAN SELEPAS URUSKAN JENAZAH 



14 PERKARA WAJIB PERLU TAHU SEBELUM DAN SELEPAS URUSKAN JENAZAH 


Entri blog semalam dah mummy ceritakan bab fidyah orang yang hidup dan orang yang mati. Entri kali ni pulak kisah persiapan kematian dan kematian pulak.


Actually tak tahu nak panggil apa peringatan ini, 14 PERKARA WAJIB PERLU TAHU SEBELUM DAN SELEPAS URUSKAN JENAZAH atau 14 PERKARA WAJIB PERLU TAHU SEBELUM DAN SELEPAS SAAT KEMATIAN.



Apa-apa jelah kan..asalkan korang faham dan hadam sesama bab ini semua.


Tidak lama lagi kita nak pergi dah...🍃 Pesan pada anak-anak kita dan kawan-kawan💚


👳🏻‍♀🧕🏻1. Beritahu anak-anak di mana kain batik lepas disimpan; seelok-elok nya kain selimut/cadar putih. bolih beli di kedai uniform sekolah.



👳🏻‍♀🧕🏻2. Sentiasa sediakan wipes, gunting & pemberat dlm 500g bersama kain-kain batik serta selimut putih /cadar.



«Lepas confirm tak ada nyawa lagi, apa yang perlu anak-anak kita lakukan di rumah sementara menunggu jenazah kita dikebumikan:




👳🏻‍♀🧕🏻3. Gunting seluar dalam, bersihkan najis-najis besar dan kecil. Penting, sebab, setiap manusia yang diambil nyawa akan dalam keadaan terperanjat sehingga terkeluar najis dan terkencing. Tak mahu najis-najis tadi lama dibadan dan berbau busuk pada jenazah. Lagi pun susah untuk dibasuh kalau dah kering.



👳🏻‍♀🧕🏻4. Gunting baju supaya tak perlu dibalik-balik jenazah.



👳🏻‍♀🧕🏻5. Ambil minyak zaiton atau vaseline, sapu pada sendi2 lengan supaya senang dilipat tangan dalam keadaan solat.



👳🏻‍♀🧕🏻6. Ambil kain, ikat dari mulut naik ke kepala supaya mulut tertutup rapat. Sumbat hidung & telinga sekiranya ada lendir.



👳🏻‍♀🧕🏻7. Tutup rambut dengan selendang.



👳🏻‍♀🧕🏻8. Posisikan jenazah dalam keadaan kaki ke arah qiblat.



👳🏻‍♀🧕🏻9. Letakkan pemberat atas perut utk mengelakkan perut membuncit.



👳🏻‍♀🧕🏻10. Ambil kain batik lepas/selimut putih, ditutup jenazah.



👳🏻‍♀🧕🏻11. Maklumkan AJK surau, buat laporan polis & hospital.



👳🏻‍♀🧕🏻12. Dimandikan dan dikafankan.



👳🏻‍♀🧕🏻13. Solatkan jenazah, seelok2nya lepas solat fardu mudah2an dapat berkat lebih 40 orang jemaah orang alim.



👳🏻‍♀🧕🏻14. Kebumikan jenazah.



💚Paling utama, buat dengan lembut dan penuh kasih sayang sebagaimana sayangnya jenazah pada semua anak-anak semasa hayat mereka...💚



Sebarkan kepada setiap orang Islam agar anak-anak tahu dan bersedia. Jangan diaibkan jenazah dengan bau-bau yang kurang enak. Berbaktilah kepada jenazah, mungkin ibu, ayah, datuk, nenek kita buat kali terakhir.




💚Sharing is caring

7 Zikir dan Ayat Al Quran Mudahkan Pintu Rezeki Terbuka

7 Zikir dan Ayat Al Quran Mudahkan Pintu Rezeki TerbukaSalam Jumaat semua, lama mummy tak buat perkongsian di hari Jumaat. Sebenarnya setiap perkongsian dalam blog mummy ini, untuk peringatan dan rujukan pada diri sendiri. Kita sebagai manusia kadang-kadang cepat lalai dan cepat mengeluh. Lelagi bab rezeki. Siapa pernah rasa rezeki tu tak cukup. Dapat duit, habis..dapat habis.

Ini sebenarnya, poket bocor ! Orang kata.

Atau kita lupa ,,,,sebenarnya rezeki tu boleh datang dari macam-macam rupa. Rezeki anak, rezeki dapat beli rumah, beli kereta dan macam-macam lagi !

7 Zikir dan Ayat Al Quran Mudahkan Pintu Rezeki Terbuka

1.Memperbanyakkan MembacaLa hawla Wala Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim. Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLAS:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH:
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI:
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR:
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)


edited from

Fenomena Istiwa A'zam 2018, Jom Check Kiblat

Fenomena Istiwa A'zam 2018 - Assalamualaikum..ada yang dah tahu ke petang ni merupakan hari Fenomena Istiwa A'zam di mana kedudukan Matahari berada di titik Zenith ketika istiwa. Nilai sudut istiwa' Matahari akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah di mana Kaabah terletak.


FENOMENA ISTIWA A'ZAM 2018



Fenomena ini sebenarnya adalah cara mudah untuk pastikan arah kiblat kita. Hanya melihat kepada bayang-bayang dan objek bayang-bayang itu adalah KIBLAT yang tepat.


Fenomena Istiwa A'zam berlaku pada 16 Julai jam 5.28 petang !


Anak-anak yang jadi Model of the day untuk jadi tiang hehehe






HUTANG NAFKAH PUNCA REZEKI SUAMI SEMPIT

HUTANG NAFKAH PUNCA REZEKI SUAMI SEMPIT - Tetiba nak tazkirah pulak di pagi Rabu hehe. Kalau dedulu mummy suka buat WORDLESS WEDNESDAY. Tahun ni, macam malas nak ber WORDLESS WEDNESDAY.

Tapi, hari ni..macam nak ber WORDLESS WEDNESDAY pulak. WORDLESS WEDNESDAY kali ni, lebih kepada bab NAFKAH di mana ramai yang tak anggap NAFKAH ini sebagai perkara SERIUS.

HUTANG NAFKAH PUNCA REZEKI SUAMI SEMPIT

Sebenarnya, Allah boleh bayar CASH je setiap perbuatan kita di dunia ni. Contoh,HUTANG NAFKAH PUNCA REZEKI SUAMI SEMPIT. Artikel ini mummy dapat dari Facebook. Sebagai rujukan diri sendiri dan sharing is caring.














Syukur alhamdulillah, suami mummy tak pernah alpa dan lupa tanggungjawab nafkah pada mummy. Walau mummy bekerja dan mempunyai duit sendiri. Beliau senantiasa tunaikan tanggungjawab. #roadtojannah 

Moga kita semua dapat manfaat dari artikel ini. Hat suami-suami diluar sana, ambil berat ye, please :)

PERSAMAAN KEHIDUPAN KITA SEPERTI SIFIR 7

Kehidupan kita sama seperti sifir 7. Macam pelik, tapi benar huhu. Tapi, ianya seperti kenyataan. Nak tahu aa persamaannya? Jom kita lihat persamaan kehidupan kita dunia seperti sifir 7

PERSAMAAN KEHIDUPAN KITA SEPERTI SIFIR 7



Kita, kehidupan kita  dan umur kita adalah seperti SIFIR 7. Sifir ini akan berhenti di tangga ke 9. 
Kenapa? 
Jom renungkan.

7 x 1 = 7
Ketika umur di sifir 7x1,  kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain. Kita belum kenal dosa pahala. Kita belum fikir tentang masa depan.

7 x 2 = 14
Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

7 x 3 = 21
Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

7 x 4 = 28
Meningkat kepada umur ini, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. 

7 x 5 = 35
Tahap penting utk membina keluarga. Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

7 x 6 = 42
Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa ini. Bahawa usia semakin meningkat. Ini bukan lagi masa untuk berehat. Saat ini saat yg genting. Kita berlumba2 mengumpul harta. 

7 x 7 = 49
Kita sedar perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

7 x 8 = 56
Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi. 

7 x 9 = 63
Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Allah masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Kenapa berhenti di sifir 7 x 9? Sebab, kita umat Muhammad saw . Banyak yang berakhir di usia ini. Jika ada pun yang sampai ke sifir seterusnya, ia adalah bonus. 

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

Ingat!! Berapa ramai pula yg tak lepas banyak sifir 7. Ada yg berhenti di tangga 1, byk juga yg umurnya ditangga ke 3.

■ Hidup ini hanya sementara sahabat2ku. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. 

■ Umur yg kita dapat hari ini adalah anugerah dari Allah.  

■ Hargailah dengan banyak mengingati Allah. Kumpulkan bekalan yang akan kita bawa 'ke sana'. Hilangkan sifat hasad dengki, iri hati, umpat mengumpat dalam diri kita...ingatlah walau di tangga mana pun kita sekarang, jangan tangguh kerana mati itu misteri, tidak akan cepat atau lewat walau sesaat..

Penuh dengan perkongsian wasap yang mummy terima ni, kan? 

Suratan atau kebetulan? Tepuk dada, tanya diri 🙈