Showing posts with label aidiladha. Show all posts
Showing posts with label aidiladha. Show all posts

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2019 - Assalamualaikum semua. Selamat Sejahtera! Lama pulak mummy tak menulis kali ni. Mood ke laut dalam gamaknya hehe. Bahan menulis dah ada dan gambar pun boleh di katakan semua dah tepek. Tapi, tepek as draft je lah haha. Tak pe lah kan...BTW, entri hari ni. Mummy nak ucapkan Selamat Hari Raya AIDILADHA! Bagi yang bukan beragama Islam. Selamat bercuti

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2019


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2019

Alhamdulillah, harini.. Sempat mummy buat post entri santai untuk ucapkan. Selamat ber holiday dan Selamat menyambut raya Haji \ korban.

Dalam seronok bercuti ni, tetiba rasa kesian pada yang membeli pakej Haji Furada. 

Ada hikmah di sebaliknya. Dan jom kita mohon berdoa pada Allah swt agar, semua urusan mereka di permudahkan.. 

BTW, korang balik ke kampung ke tu?
Mummy balik Kampung mummy je... Yeayyyyy

Bagi yang berjalan jauh cuti ni, mummy doakan semoga hati-hati di Jalan Raya.

Sebelum tu jangan lupa.. DOA ARAFAH -

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi 

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.  🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕

KORBAN DI RAYA HAJI

KORBAN DI RAYA HAJI - Lama dah berlalu raya hji. Ai is baru nak story mory. Ya ampun, busy nau raya raji yang cuti sehari tu ha. Tak pe lah lambat update sekali pun. Asalkan, update kisah raya dalam blog. Buat kenang-kenangan korban tahun 2018. 

 KORBAN DI RAYA HAJI 





Korban kali ni, amat bermakna sangat-sangat. Sebab mak, abah dan adik amik bahagian. Kami? Kami tak buat lagi korban.

Daddy nak settle kan satu per satu. Daim pun hutang akikah untuk 2 ekor kambing.

Daddy kata, dah settle semua baru join masuk korban.

Mummy follow je cakap daddy, insyaallah dia ketua keluarga. Dia adalah plan dia tu ha.



Alhamdulillah settle part mak dan abah. Mak dan abah ni,tak silapnya macam tetiap tahun buat korban. Hehe rezeki mak abah




Menu raya haji. Lemang, nasi impit, kuah kacang, rendang daging, ayam goreng, kuah lodeh. Menu wajib tak kira raya puasa mahupun raya haji


Lembu adik, si coklat. Alhamdulillah settled bahagian anak adik


Yang hat ni la yang sebenarnya buat kami busy, dengan raya ...dengan Daim tak sihat dekat 4 hari. Petang tu, bawa p klinik teruih...







Dan ...petang sket adik beradik daddy datang. Anak-anak seronoklah ada geng main. 

Meriah juga, raya haji kali ini. Cuma kami tak ada gambar sedondon berbaju melayu kurung sekeluarga.

Sebab baju daddy dan anak-anak kat rumah Kajang. Baju kurung mummy je yang hado. Mummy lupa bawa baju depa haha...sapa soh harap 100% semua benda pada mummy.

Kan dah tak de baju raya. Nasib raya haji. Kalau raya puasa, tertinggal baju raya ? Acaner tu....

Raya Haji 2016, Aidiladha 1437H Kami !

Masih mood raya haji 2016 1437H lagi..hehe.. Takbir pun masih ada berkumandang, kan. Tak salah,kan kalau mummy buat entri Raya Haji lagi !


Raya Haji 2016, Aidiladha 1437H Kami !

lembu..lembu ... - mulut si Dzal

Sehari sebelum raya haji, Dzal dah tengok lembu di surau depan rumah mak. Lepas tu, tak habis-habis nak pi surau. Nak tengok lembu !





Pada pagi raya haji tu, bawa Dzal, Dhia dan Bella (anak buah) pi tengok lembu korban. Terus dorang jadi takut tengok darah lembu.

Mummy terus bercerita tentang lembu di korban pada anak-anak secara ringkas. Umur 3 dan 2 tahun. Cerita banyak-banyak tentang korban kang ... mereka pening pulak.

Kiranya...itu ilmu baru buat mereka pada hari raya korban.

Raya Haji 2016, Aidiladha 1437H Kami !


Raya Haji 2016, Aidiladha 1437H Kami !
bagi chance..mak anak dua posing ye :)

Hari raya haji atau korban ni rasanya ramai dah tahu. Untuk apa, sempena apa. Betul tak.. Yang belum tahu. Jemput baca sedikit perkongsian tentang KORBAN ...

HUKUM BERKORBAN
Hukumnya SunnatMuakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
  • Islam
  • Merdeka (Bukan hamba)
  • Baligh lagi berakal
  • Mampu untuk berqurban



Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
"Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau." (Riwayat al-Turmuzi).

"Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu." (Riwayat Daruqutni)

Walaupun hukum berkorban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya." (Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)



PERLAKSANAAN IBADAH KORBAN

  • Binatang yang dikorban daripada jenis unta, lembu atau kerbau, kambing biasa yang berumur dua tahun, jika biri-biri telah berumur satu tahun atau telah gugur giginya sesudah enam bulan meskipun belum cukup satu tahun.
  • Binatang itu disyaratkan tidak cacat, tidak buta sebelah atau kedua-duanya, kakinya tidak pincang, tidak terlalu kurus, tidak terpotong lidahnya, tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga kita sayang kepadanya.
  • Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai solat 'Id dan dua khutbah pendek, tetapi afdhalnya ialah ketika matahari naik segalah pada Hari Raya Haji sehingga tiga hari sesuadah Hari Raya Haji (hari-hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)
  • Daging korban sunnat, orang yang berkorban disunnatkan memakan sedikit daging korbannya. 



Pembahagian daging korban sunnat terdapat tiga cara yang utamanya adalah mengikut urutan sepererti berikut:


1. Lebih utama orang yang berkorban mengambil hati binatang korbannya dan baki seluruh dagingnya disedekahkan

2. Orang yang berkorban itu mengambil satu pertiga daripada jumlah daging korban, dua pertiga lagi disedekahkannya.

3. Orang yang berkorban mengambil satu pertiga daripada jumlah daging, satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada orang yang mampu. Sabda Rasullullah s.a.w: "Makanlah oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah."

HIKMAH DAN FADHILAT KORBAN

  • Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
  • Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
  • Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
  • Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
  • Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.

Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."

INFO : ibadah-qurban-dan-aqiqah



Raya Haji 2016, Aidiladha 1437H Kami !
Selesai semuanya..kita makan dulu..



Raya Haji 2016, Aidiladha 1437H Kami !
Daddy of two :)

Raya Haji 2016, Aidiladha 1437H Kami !
Keluarga kecil kami :)


Raya Haji 2016, Aidiladha 1437H Kami !

Raya Haji 2016, Aidiladha 1437H Kami !
Fefeling romantika di Aidiladha !

Raya Haji 2016, Aidiladha 1437H Kami !


Raya Haji 2016, Aidiladha 1437H Kami !

Last but not least, bergambar sekeluarga dengan mak abah. Raya Haji baru dapat posing. Sebab raya puasa aritu...balik rumah sebelah suami.

Bergambar sakan dengan keluarga besar menggunakan GoPro Hero 4, yang en asben hadiahkan pada hari jadi mummy tahun lepas. Lama nau mummy simpan Go Pro. 

Dok posing guna kamera telefon je selalunya. Sebenarnya sayang pun ada ...nak pakai huhu. Jangan marah, daddy ye !

Raya Haji kali ini, tema purple untuk keluarga kecil kami.. Kami rotate je baru raya Aidilfitri aritu.