RESEPI MUDAH MASAK LAKSA UNTUK 10 ORANG MAKAN - Menu laksa penang atau laksa asam ini antara menu kegemaran OPEN HOUSE RAYA kan. Tapi, kami masak untuk makan sendiri je. Since daddy tu mencari kedai laksa tak jumpa-jumpa. Kesian pulak, teruslah mummy offer untuk buatkan laksa utara ni. Daddy macam pelik bila mummy nak masakkan. Ye lah, mummy ni jarang masak laksa. Erm..ngat jarang masak tu tak pandai masak ke??? Laksa mummy ini, seperti biasa resepi laksa utara sendiri punya resepi. R&D (research sendiri) dari pengalaman masak laksa sesebelum ini.
RESEPI MUDAH MASAK LAKSA UNTUK 10 ORANG MAKAN

Gambar mangkuk atas ini bukan RESEPI MUDAH MASAK LAKSA UNTUK 10 ORANG MAKAN. Hehe Ni namanya mummy nak makan. Sambil makan tu, amek ler gambar. Ni pun asyik lupa je nak amek gambar. Excited nak masak RESEPI MUDAH MASAK LAKSA UNTUK 10 ORANG MAKAN
Okay jom tengok RESEPI MUDAH MASAK LAKSA UNTUK 10 ORANG MAKAN
BAHAN-BAHAN RESEPI MUDAH MASAK LAKSA UNTUK 10 ORANG MAKAN
Bahannya senang je untuk RESEPI MUDAH MASAK LAKSA UNTUK 10 ORANG MAKAN ni...
Laksa sebungkus besar ( pilih yang panjang dan licin senang rebus atau senang nak celur)
Hiasan
Cili api potong halus
Timun (racik)
Telur rebus (makan telur pindang sebab makcik bawa dari Johor)
Salad potong halus
Limau kasturi secukupnya
Bawang besar hiris (mummy tak makan bawang mentah, daddy je makan)
Kuah Laksa
5 ekor ikan kembung -rebus dengan 5 pcs asam keping (nak sedap boleh campur ikan sardin , orang cakap lah )
Blend
10 tangkai cili kering (di potong dan rebus)
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah kecil
1 ulas bawang putih (kebanyakan orang tak letak bawang putih, mummy letak 1 ulas kecil je)
1cm halia (ni pun ramai orang tak letak, mummy suka letak untuk buang angin)
3cm belacan bakar
5 keping asam keping
1 ikat daun kesom
2 batang bunga kantan (belah dua)
Sedikit garam
Air secukupnya untuk kuah ( MUMMY BUAT UNTUK 1 PERIUK)

CARA MASAK LAKSA UNTUK 10 ORANG MAKAN
1. Rebus ikan bersama asam keping (elakkan hanyir), siap rebus. Amek isi ikan tadi dan blend. Mummy tak amek tulang ikan ye. Sebab malas nak blend tapis, blend tapis. Makan isi sahaja ! Healthy untuk family kekdahnya hahaha.
2. Panaskan air 1 periuk besar (macam periuk nasi saiz besar tu), setelah didih masukkan semua bahan blend bersama asam keping, daun kesom, bunga kantan.
3. Sudah didih, perasakan dengan garam. Siap !
Boleh makan dengan taburkan hiasan ke atas mee laksa. Mee laksa tu mummy amek hat mudah masak, celur kan aje dengan air panas tu ha.
Tapis dan boleh hidangkan.
Baca juga : RESEPI MASAKAN AYAM NASI ARAB MANDY