Resepi Mudah Ramadhan 2016 - Ikan Cencaru Masak Asam Pedas Bendi | Menu buka semalam. Puas fikir nak masak apa ikan cencaru yang ada dalam peti ais tu. Kalau buat cencaru bakar, nanti nak masak sayur lagi. Fikir punya fikir, keluar idea ikan cencaru masak asam pedas bendi. Mak tu, tak makan ayam. Ikan pun...ikan tertentu je dia makan. Oleh kerana asam pedas lauk kegemaran mak. Kita proceed je Resepi Mudah Ramadhan 2016 - Ikan Cencaru Masak Asam Pedas Bendi
Bahan-bahan Resepi Mudah Ramadhan 2016 - Ikan Cencaru Masak Asam Pedas Bendi
Bahan Kisar :
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit Halia
Sedikit Lengkuas
Cili Boh ( 7 tangkai cili kering yang sudah di rebus)
Ikan Cencaru 2 ekor saiz sederhana
Daun kesum
5 bendi
Garam
Air Asam jawa
Sedikit minyak untuk tumis.
Cara Masak Resepi Mudah Ramadhan 2016 - Ikan Cencaru Masak Asam Pedas Bendi
1. Tumis bahan kisar.
2. Masukkan air hingga didih.
3. Masukkan ikan,
4. Agak-agak dalam 5 minit. Letakkan daun kesum dan bendi.
5. Hampir siap dalam 3 minit, masukkan garam setengah sudu kecil dan air asam jawa.
6. Sebatikan.
Menu lain asam pedas - Asam Pedas Daging Tetel resipinya di SINI