Showing posts with label caesarean delivery. Show all posts
Showing posts with label caesarean delivery. Show all posts

NAK BERSALIN? NAK BAWA BARANGAN APA UNTUK MAK DAN BABY KE HOSPITAL?

NAK BERSALIN? NAK BAWA BARANGAN APA UNTUK MAK DAN BABY KE HOSPITAL? | Anak dah nak masuk tiga pun, harus ada checklists untuk barang ibu dan anak apa yang perlu di bawa ke hospital. Urat banyak putus, cepat lupa..maka sebab tu lah mummy kena ada checklists gak ! Hehehe.


NAK BERSALIN? NAK BAWA BARANGAN APA UNTUK MAK DAN BABY KE HOSPITAL?


Jenuh juga lah buat checklists. Sebab checklists raya lagi nak buat, checklists itu, checklistds ni. Eh..eh..eh banyak pulak checklists ye. Kena fokus checklists barangan mak dan baby ke hospital dulu !



NAK BERSALIN? NAK BAWA BARANGAN APA UNTUK MAK DAN BABY KE HOSPITAL?


CHECKLISTS BARANGAN MAK KE HOSPITAL

Sebelum ke hospital perkara yang paling paling WAJIB kena pastikan ada ialah bawa kad pengenalan dan buku merah. Takada dua benda ni, kena patah balik ambil,lah jawabnya !



NAK BERSALIN? NAK BAWA BARANGAN APA UNTUK MAK DAN BABY KE HOSPITAL?


Antara barangan lain wajib yang mummy harus bawa ke hospital untuk melahirkan anak pula ialah :-
  • 2 helai kain batik
  • 2 helai t-shirt
  • 4 set pakaian dalaman (czer biasanya 4 hari kena tahan wad)
  • 4 pasang stokin
  • Maternity pad - yang ni mummy suka yang tali puye sebab awal2 czer tu kan nak kena free kasi angin masuk.
  • Tuala
  • Set Nipple Cream - tentunya Avent pilihan di hati
  • Minyak angin - tentunya Yu Yee Cap limau !
  • Toiletteries
  • Sikat
  • Getah Rambut
  • 2 helai Tudung 
  • Selipar
  • Suplemen
  • Bekas air
  • Susu Anmum
  • sedikit biskut
Bengkung dan set bersalin simpan kat rumah dulu hehehe


NAK BERSALIN? NAK BAWA BARANGAN APA UNTUK MAK DAN BABY KE HOSPITAL?

CHECKLISTS BARANGAN BABY KE HOSPITAL


  • 3 helai baju baby
  • 4 set sarung tangan dan kaki baby
  • 4 set kain bedung dan barut baby
  • 1 selimut
  • 1 topi baby
  • standby manual breast pump
  • Toilettries set
  • Minyak Angin share dengan mummy Minyak Yu Yee Cap Limau !
  • 1 beg Pempes
  • Wet tisu
  • Tuala
  • Sapu Tangan

NAK BERSALIN? NAK BAWA BARANGAN APA UNTUK MAK DAN BABY KE HOSPITAL?


Mana barangan keciL tu, mummy masukkan dalam bekas plastik zip lock. Beli kat bahagian jual plastik sandwich. Senang nanti, tak  de lah meraba-raba cari dalam beg nanti hehehe.

Ini antara barangan penting untuk bawa ke hospital. Banyak juga kan? Berkampung lebih kurang 4 hari mummy di wad bersalin.

Paling cepat keluar lepas bersalin czer ni selalunya 3 hari..sejarah Dhia dan Dzal pula bersalin czer kena tahan lebih 4 hari. 

Dhia masuk NICU..manakala masa lahirkan Dzal pula kuning tinggi pula !

Harap-harap kali ni, semuanya di permudahkan !

Doakan yang baik-baik untuk mummy dan baby tau. 

Jumpa lagi di next entri ;)

Pa pe nanti kita reroger dan story mory lagi dalam blog :) :)


Dah Dapat Tarikh Beranak !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam 21 Ramadan juga buat semua umat Islam. 8 hari lagi nak raya,kan. Kali ini, mummy ada 2 debaran. Debaran nak beranak dan debaran nak raya. Hehehe. Okay. Sebenarnya, lama draft ni duduk dalam blog. Berkira-kira jugalah nak buat entri cenggini. Tapi, tulis jugaklah akhirnya. Alhamdulillah, syukur sebenarnya... mummy dah dapat tarikh untuk beranak ! Ramai dok tanya due beranak. Tak de due due dah.  hahaha. Dapat tarikh beranak terus doktor bagi. Tu, pun kena juga tengok kondisi kesihatan cane lah, kan.

Tarikh Beranak Dzal Aidi Fiqry


Teringat kisah Dzal Aidi Fiqry pada tahun 2014. Tarikh beranak untuk Caesarean section, C-section atau di panggil caesarean delivery yang doktor berikan adalah pada 21.6.2014 (Jumaat). Di Hospital Serdang ni, memang bersalin secara operate (elektif) pada setiap Rabu dan Jumaat je. Memang best la dapat Hari Jumaat. Dhia pun beranak hari Jumaat juga.

Tapi, pada tarikh 21.6.2014 tu mummy batuk teruk, czer mummy di batalkan oleh pakar bius ! Postpone kepada tarikh Rabu 25.6.2014. Akhirnya, Dzal Aidi bersalin pada tarikh tersebut.

Dah Dapat Tarikh Beranak !

Dah Dapat Tarikh Beranak Anak Nombor 3 !


Yang baby dalam perut ni pun, dapat tarikh yang sama macam Dzal Aidi Fiqry. InsyaAllah, kalau tak ada aral doktor bagi tarikh 21.6.2017. Perasan tak, tarikh elective Caesarean tu sama 21 Jun ! Jika tiada demam, batuk, selesema. 

20 Jun ni dah masuk wad untuk masuk tiub kencing, puasa dan lain-lain. 

Sekejap je masa berlalu. Lagi beberapa hari je, mummy nak masuk wad bersalin dan juga masuk bilik bedah.

Dah Dapat Tarikh Beranak !

Huhuhu..tetiba serammmms je rasanya nak kena bedah !

Doakan perjalanan elective Caesarean mummy berjalan dengan lancar, ye !

KENAPA KENA ELECTIVE Caesarean?


Okay, dedulu masa beranak Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry banyak benda yang mummy tak suka nak share dalam blog. Udahnya...mummy pening nak jawab sekarang hehehe.

Oleh kerana sekarang ramai yang tanya, dan ada yang nak tahu pengalaman mummy. 

Kali ini, mummy kongsikan juga kenapa dan sebab apa mummy czer untuk semua anak. Dan macamana mummy boleh tahu kena czer.

Asal-asalnya, Dhia Batrisya (tahun 2013) doktor cuba untuk mummy bersalin secara normal. Walaupun mereka tahu heartbeat baby tak konsisten pada masa tu. 

Baru mummy realize, patutlah bukaan 2cm mummy dah kena tahan wad. Orang lain bukaan 2 cm semua kena halau balik. 

2 hari bukaan gitu-gitu je. Sampai lah 22.3.13 bukaan 6cm pada waktu pagi.

Sampai labour room bukaan dah ke 9 cm. Try push beberapa kali, tapi baby statik tak push bersama-sama.

Doktor pakar datang, dia kata baby dah nak lemas. Kena operate itu jam gak. Call bilik bedah..mummy di tranfer dari satu katil ke katil yang berlainan. 

Masa ni jangan cakap contractionnya, memang separuh nyawa rasanya. Redha je apa yang dorang nak buat. Dah tak kisah sakit ke apa. Sebab sakit nak beranak tu sangat sakit. 

Bila doktor, masukkan ubat bius belakang badan. Fuh ! Lega..hilang sakit contraction tadi. 

Makanya, mummy menjalani emergency Caesarean untuk melahirkan Dhia Batrisya.

Selesai semuanya, 
Sebelum discharge dari wad (bersalinkan Dhia). Mummy di berikan satu surat yang mengatakan mummy boleh beranak secara Caesarean section, C-section atau di panggil caesarean delivery untuk anak-anak seterusnya. 

Dan, mummy juga di benarkan beranak seramai 3 orang anak sahaja. Atas sebab dalaman. Biasalah kan, emergency czer ni banyak faktor-faktor yang boleh terjadi. Demi selamatkan anak dalam perut.

Doktor terpaksa koyak lebih bahagian dalam. Bila banyak koyak, akan banyak parut. Maka di sebabkan itu, mummy kenalah czer untuk anak nombor 2 dan nombor 3.

Mummy redha dalam hal ini. Takdir dariNYA. Mummy terima dengan hati yang terbuka dan tenang.

Bila orang dok nasihat mummy
"cuba lah beranak normal juga"
"Doktor cakap je gitu, saya ni ha. 5 anak. Lima-lima operate sihat je pun"

Erm..lain orang..lain pendapatlah kan. 

Bagi mummy, mummy senang je.
Mummy hormati orang lain punya pendirian. 

Pendirian mummy pula, mummy akan ikut kata pakar.



Dah Dapat Tarikh Beranak !

Ta daaaa... Siap kemas beg dah !
Beg-beg...ni baru separuh siap. 
Eh..bukan beg untuk beranak tau.

Beg baju raya anak dan suami, beg mummy untuk pi Hospital, beg baby untuk pi hospital, beg barangan baby untuk di bawa ke rumah Tok Mak.

Belum masuk bakul botol susu, EBM, Pam susu, katil baby.
Fuh ! banyak nau barang.

Malam ni, nak cuci baju raya anak-anak. Esok nak menggosok pula. Walaupun mummy dalam mood nak beranak. 

Mood raya anak-anak, mummy tak mahu kasik spoil. Dah la Dhia excited nak beraya tu... dok dengar lagu raya setiap masa. 

Okay lah sahabat semua. Doakan yang baik-baik untuk mummy ye.
Di kesempatan yang ada ini, mummy mohon ampun dan maaf jika ada terkasar dalm penulisan, halalkan makan dan minum..dan maaf zahir batin. Kosong-kosong, ye !