Showing posts with label cinema. Show all posts
Showing posts with label cinema. Show all posts

Tayangan Perdana Dan Review Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang

Tayangan Perdana Dan Review Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang - Alhamdulillah mummy dan daddy berkesempatan hadirkan diri ke Majlis Tayangan Perdana Dan Review Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang di DADI inema Pavillion KL sehari sebelum ianya di tayangkan di pawagam secara umum.

Tayangan Perdana Dan Review Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang 


Tayangan Perdana Dan Review Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang turut di hadiri oleh barisan VIP,barisan pelakon , media dan juga peminat yang bertuah. Filem ini mendapat kerjasama daripada AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) 

Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang diterbitkan oleh FLYING DEALS SDN. BHD dan ARIE ZAHARI PRODUCTION serta penerbit bersekutu dan edaran METROWEALTH INTERNATIONAL GROUP (MIG). Filem Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang merupakan karya terakhir pengarah terkemuka iaitu ALLAHYARHAM PITT HANIF yang merupakan anak kepada seniwati negara Fauziah Nawi .


Tayangan Perdana Dan Review Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang


Tayangan Perdana Dan Review Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang

Info Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang 


Tajuk Filem : Coast Guard Malaysia : Ops Helang
Durasi : 85 minit
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Drama, Aksi
Klasifikasi : P13
Pengarah : Allahyarham Pitt Hanif
Pelakon : Saharul Ridzwan, Julia Farhana, Adlin Aman Ramli, Hazama, Aziz M. Osman, Jaja Iliyes, Akmal Ahmad, Kodi Rasheed, Aman Nasim, Hafiz Rafiah, Joe Aziz dan ramai lagi.
Penerbit : Flying Deals Sdn.Bhd & Arie Zaharie Production
Edaran : Metrowealth International Group (MIG)


Sinopsis Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang 


Filem Coast Guard ini memaparkan kisah kehidupan seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu Leftenan Maritim Hafiz (Saharul Ridzwan) yang ingin memulakan kehidupan baharu di sebuah pulau setelah mengalami Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD) akibat kehilangan rakan setugasnya dalam sebuah misi operasi. Hafiz juga membawa tunangnya Nurul untuk tinggal bersama setelah mereka memutuskan untuk berkahwin. Namun, ketika Majlis Sambutan Pertunangan Hafiz dan Nurul, sekumpulan penjenayah yang tidak dikenali telah menyerang mereka dan menculik Hafiz, Nurul dan ibu-bapanya serta beberapa lagi tetamu lain termasuk beberapa Anggota APMM untuk dijadikan tebusan. Leftenan Maritim Melati (Julia Farhana), seorang Pegawai Penyiasat APMM daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maritim yang ditugaskan untuk menyiasat kes itu berjaya menemui dan menyelamatkan Hafiz, Nurul dan bapanya. Krisis terus meruncing apabila kumpulan penjenayah itu berterusan mencabar komitmen Hafiz dan APMM lalu menyebabkan satu operasi besar-besaran diaktifkan sehingga kumpulan penjenayah terbabit tumpas.

Lagu OST Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang 

Audio Production




Producer : COF Music
Song : Yes Sir [Ost Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang]
Artist : Zamani | Ariff Peter
Composer : Ariff Peter | Pown Hasril |Otromen | Nass
Lyricist : Ariff Peter | Otromen | Azumi
Arranger & Producer : Ariff Peter | Jack Jafni | Pown Hasril
Mixing : Jack Jafni 
Mastering : Jack Jafni


Tayangan Perdana Dan Review Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang

Tayangan Perdana Dan Review Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang

Sejujurnya, memang best Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang ni. Aksi yang hebat, ada part kelakar, serius dan juga mendebarkan. Di sebalik aksi filem ini, ada juga terdapat pengajaran pada kita semua. Hati-hati dengan kehidupan kita. Musuh dalam selimut sentiasa ada 

Yang lain-lain, korang wajib tonton sendiri tau. Mummy tak nak spoil kan Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang 

Keseluruhan mummy berian 9.5/10 untuk Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang 

Tonton Minion The Rise of Gru di 4DX GSC Golden Screen Cinema

Yehaaaa...Team KUNING hadirrrr. Kali ini kami tonton Minion The Rise of Gru di Golden Screen cinema (GSC) di hall 4DX 

Tonton Minion The Rise of Gru di 4DX Golden Screen Cinema (GSC)

Tonton Minion The Rise of Gru di 4DX Golden Screen Cinema (GSC)


Kalau tanya best ke tidak? tonton movie Minions: The Rise of Gru di GSC 4DX. Jawapannya…tersangat best dan terbaik
sangat untuk filem tonton Minions The Rise of Gru di hall 4DX 



Tonton Minion The Rise of Gru di 4DX Golden Screen Cinema (GSC)



Tonton Minion The Rise of Gru di 4DX Golden Screen Cinema (GSC)

Terasa real macam masuk dalam scene Minions je tau. Ketika cuaca sejuk, kita rasa sejuk. Scene hujan pun kita basah sekali (sket jela).

Bila adegan bawa motor ke kiri kanan dengan lajunya. Kerusi kita pun turut ke kiri kanan 

Belum lagi adegan turun naik kapal terbang  macam naik roller coasters pun adoo 

Memang berbaloi tonton Minions The Rise of Gru ini di GSC 4DX
Tak akan boring, tak ngantuk. Sebab aksi Minions and the gang ini tak pernah, tak menarik



Tonton Minion The Rise of Gru di 4DX Golden Screen Cinema (GSC)

Tonton Minion The Rise of Gru di 4DX Golden Screen Cinema (GSC)

Tips dalam hall 4Dx ni, tutup makanan dan minuman rapat-rapat. Kalu tak, bergoyang inul dia sekali dengan korang atas kerusi tu kang 

Nak tahu Gru berjaya ke tidak sertai kumpulan penjahat Vicious 6.

Kena tontonlah sendiri ye 


Tonton Minion The Rise of Gru di 4DX Golden Screen Cinema (GSC)

Tonton Minion The Rise of Gru di 4DX Golden Screen Cinema (GSC)

Next ..nak try masuk GSC Hall untuk MX4D pula
Semoga dapat tonton Thor di GSC MX4D. Tak sabar nak masuk dlm scene sekali 

GCS hall yang dah pernah masuk selain hall 4DX ialah play play+








FILEM FROZEN 2 MENGECEWAKAN?

FILEM FROZEN 2 MENGECEWAKAN? FROZEN 2 TAK BEST ! FROZEN 2 Ada aksi tak sesuai untuk kanak-kanak? Huh, terkejut mummy tau ...bila terbaca tentang kutukan FROZEN 2 di Facebook beberapa hari selepas FROZEN 2 di tayangkan (22 November 2019). Walau hakikatnya, mummy tak percaya semua itu. Sebab pandangan orang berbeza. Mummy pulak, sejenis kalau tengok wayang cerita apa pun mummy rasa best. Setiap cerita ada point tertentu. Kena pandang dari pelbagai sudut. Takkan semua cerita nak ikut plot yang sama je ! Bosan !

jumpa prop Ejen Ali je...

Filem FROZEN 2 kali ini, kami memilih ke TGV Encorp Damansara. Tiket untuk FROZEN 2 ni, kami dapat FREE je. Kami laki bini tebus tiket PERCUMA dari AIA Vitality. Jimat banyak, alhamdulillah ! Tinggal beli pop corn set je lah dalam RM20++ di TGV

Daim pelik, anak siapa lah nak masuk bergambar sekali hehehe. Dia je.. pulak tu yang tengok kamera hehehe

FILEM FROZEN 2 MENGECEWAKAN?


Berbalik kepada filem FROZEN 2, baru-baru ini..mummy sekeluarga dapat tunaikan janji untuk bawa anak-anak tengok wayang FROZEN 2. Kitorang marathon untuk tengok filem Ejen Ali The Movie sekali. Senang, one shot terus. Kami laki bini pun, setiap hujung minggu bukan 100% free. Dah alang-alang FREE, mummy suggested pada daddy. Kita marathon aje lah.

Hahaha tabiat zaman bujang mummy gini lah. Penat kerja, bila tiba hujung minggu dan tak ada plan nak buat. Keluar masuk tengok wayang aje lah ! Kali ini, perangai gila mummy ni di bawakan kembali.. Tadaaaaa haha

Daddy, asalnya dah risau. "okay ke Daim tu nanti" "kids tak bosan ke?" . Adoi daddy...dah cerita kids kan. Nak bosan kenapa pulak ! Lainlah bawa dorang tengok cerita Charlie's Angles ke...tu haruslah depa bosan, kan !

Okay, kembali pada cerita FROZEN 2. Dhia dan sepupu perempuannya HAPPY sangatlah, sebab mummy memilih untuk menonton FROZEN 2 dulu. Yang kedua, baru masuk cinema untuk FILEM Ejen Ali The Movie !

 Dorang sakan turun bawah sekali menari.  Dah habis FROZEN 2, baru naik. Nasib Daim, tidur. Kalu tak, harus join sekali

Lambat beli tiket, tak dapat seat atas. Kitorang baru balik dari kenduri sebenarnya.

Dalam wayang Dhia, Bella dan Dzal memang cukup laya FROZEN 2 ni. Siap turun bawah menari ikut lagu dalam FROZEN 2.

Sama peel dorang kalau tengok FROZEN 1 pun, ulang banyak kali untuk tiru aksi tarian frozen dan menyanyi bersama-sama.

Mummy sendiri pun terhibur ketika menonton FROZEN 2 ni, banyak aspek nilai murni dari ELSA dan Anna. Mereka sedang mencari 'kuasa' Elsa tu dari mana. Dalam itu... 

Mereka bersatu hati dalam FROZEN 2 untuk mencari satu 'bunyi' seakan-akan memanggil mereka ke satu tempat. Hint untuk mencari jawapan yang mereka ingin kan. Dalam perjalanan tersebut, ELSA dan ANNA dapat berjumpa kembali dengan 2 puak dalam satu hutan. Satu puak itu merupakan keturunan mak mereka dan satu kumpulan lagi merupakan bekas pekerja ayah mereka.

Dari hutan itu, mereka dapat lebih 'hint' untuk mencari misteri suara yang memanggil, misteri kehilangan ibu bapanya, dan siapakah datuk mereka.

Dalam pada ituu, ELSA dan ANNA berpisah sekali lagi.

Kenapa mereka terpisah? Berjayakan mereka dalam mencari misteri itu? Ha..bab ni korang kena tengok kat wayang ye !

Tak lama pun berdurasi 105 minit aje.

Keseluruhannya, FILEM FROZEN 2 MENGECEWAKAN? oh tidak sama sekali ! Memang layannnnnn...Mummy bagi 10/10 sebab anak-anak suka dan tak bosan. Dorang siap sanggup tahan kencing dalam cinema...demi FROZEN 2

Sinopsis Maleficent Mistress of Evil

Huhu lama betul, mummy simpan entri ni dalam draft ! Semua orang dok up entri blog movie FROZEN 2 dan Ejen Ali. Mummy baru nak up Sinopsis Maleficent Mistress of Evil. Hahaha Basi dah cerita Maleficent Mistress of Evil. As usual, cerita sebegini mummy akan tengok wayang sengsorang, waktu kerjalah selalunya macam ni. SIni juga, salah satu cara untuk mummy amek mood dan juga release kan stress. Kenapa pilih tengok wayang Maleficent Mistress of Evil? Asalnya, mummy nak take a break (lunch). Memang dari dulu, peel mummy tak suka lunch tu... hanya untuk 'makan' sahaja. Setiap kali waktu lunch ...hari kerja, mummy akan amek peluang samada pergi pos barang, jumpa orang, siapkan entri blog, edit gambar atau tengok wayang. Masa zaman kerja dulu, hari Jumaat dapat rehat lama, rehat lama tu lah selalu mummy amek peluang tengok wayang (kalau rasa nak tengok). 





Kebetulan mummy dah sampai area Citta Mall, tiada lunch appointment masa tu. Konon nak shopping buah di Jaya Grocer. Almaklumlah..mummykan ahli AIA Vitality..shopping buah, sayur kat Jaya Grocer akan dapat diskaun (untuk ahli AIA Vitality) !. Bila samapi Citta Mall terasa nak naik tengok movie apa yang ada. Tup..tup..sedang elok cantik ngam ngam masa untuk Maleficent Mistress of Evil

Apa lagi, terus ON je lah dengan movie Maleficent Mistress of Evil. Jarang-jarang ada orang suka tengok wayang sengsorang,kan? Kebanyakan orang suka berteman bila tengok wayang.

Mummy tak kisah, ada geng atau tak ada geng. Memang anytime boleh layan diri sendiri. 

Sinopsis Maleficent Mistress of Evil


Macam mana sinopsis cerita Maleficent Mistress of Evil ? Cerita ni, boleh di katakan rumusannya seperti... kita jangan judge orang dari luaran sahaja. Luar jahat, tak semestinya orang tu jahat. Manakala, yang soft-soft ayu tu tak semestinya baik. Gituuuuuuuu.

Maleficent Mistress of Evil ini adalah kisah Maleficent (Angelina Jolie) dan puteri Aurora (Ellen Fanning) anak yang di asuhnya. 

Aurora, ingin minta restu untuk berkahwin dengan Phillips (Brenton Thwaites). Maleficent pada mulanya merasa berat hati tetapi tetap akur dengan permintaan Aurora untuk makan malam bersama keluarga Phillips (Brenton Thwaites).

Dari situ kisah pertelingkahan terjadi dan Maleficent (Angelina Jolie) menghilangkan diri setelah di tuduh membunuh bakal bapa mertua Aurora.

Aurora nampak, maknya itu memang seorang mak yang jahat.

Paling mummy suka, dari situ..ada puak yang sama spesis dengan Maleficent (Angelina Jolie) yang mempunyai misi tertentu.

Dan ada beberapa jalan cerita yang sedih..Kawan Aurora (ala magician) di tangkap, kampung mereka di ceroboh.

Mummy rasa gram dengan Aurora kerana tak mempercayai ibunya yang menjaganya dari kecil hingga besar.

Apa terjadi selepas itu...............korang tunggu lah cerita ni di TV ye. Kat wayang dah tak ada hehehe.

Apa pun, best, sedih, dan banyak pengajaran yang ada dalam cerita ni

Pelakon Maleficent Mistress of Evil



Pelakon Maleficent Mistress of Evil adalah Angelina Jolie, Elle Fanning, Michelle Pfeiffer, Chiwetel Ejiofor, Sam Riley, Harris Dickinson, Ed Skrein, Imelda Staunton, Juno Temple dan Lesley Manville.


Mummy bagi 10/10 untuk cerita ini !

THE ANGRY BIRDS 2 BEST KE TIDAK !

THE ANGRY BIRDS 2 BEST KE TIDAK ! - Baru ada masa nak cerita pasal The angry bird 2 haha. Dah basi pun kan ! Btw, cerita ni memang best ! Kami ke TGV Encorp Damansara. Kebetulan mummy daddy dapat redem tiket FREE hasil dari AIA Vitality ! Berbalik kisah THE ANGRY BIRDS 2 BEST KE TIDAKDari awal sampai habis tak ada sedikit kebosanan pun ! Cuma tak bestnya, lupa bawa sweater anak. Semua sejuk samapi 3x pi tandas. Adoi kacau betul,lah ! 

Tapi, anak-anak kami pun enjoy layan THE ANGRY BIRDS 2. Dorang tak bosan dan tak ada buat perangai. Daim half way dah lena ulit intan dah. Hahaha. Sejuk gelap memang pakej tidur lah !

THE ANGRY BIRDS 2

Sinopsis THE ANGRY BIRDS 2 ini sambung cerita Angry Birds part 1, di mana pergaduhan / permusuhan 2 puak. Burung dan khinzir. Memang tak habis lah pergolakkan dorang. Sampailah satu masa ada satu puak lagi datang nak musnahkan perkampungan burung dan khinzir.

Part ni, dah jadi best dah ! Seronok tengok dorang berbaik..



Siap dapat bendera free lagi. Bulan kemerdekaan katanya !



Tak tahu ada lagi ke idak cerita ni sekarang !



Siap makanan dan minuman anak-anak adalah satu kewajipan !









Selfie sekali harung semua !

THE ANGRY BIRDS 2 ini, jalan cerita dah la tak bosan, lagunya pulak memang best ! Dhia Dzal siap berjoget hahaha.

Okay berbalik kepada puak ketiga yang nak menghancurkan kehidupan si burung dan khinzir ni. Memang perjalanan ceritanya macam macam ada. Tapi, sifat kerjasama mereka tu paling best !

Dari musuh jadi team pulak.

Okay...berjayakah team burung dan khinzir ni menundukkan musuh baru mereka? Bagaimana mereka bergabung?

Part tu orang tengok sendiri lah ye !

Yang pasti, memang layan ! Tak kira kanak-kanak mahu pun dewasa.

Minggu ni atau minggu depan plan nak tengok wayang lagi. Haha . Almaklumlah AIA Vitality bagi lagi rewards ! Jimat banyak lepas ni ! Hehehe