Showing posts with label diabetes. Show all posts
Showing posts with label diabetes. Show all posts

DentYucral Ubat Gigi Khas Untuk Penghidap Diabetes dan Kempen ‘Keep Your Teeth For Life’

GIGI SIHAT PUTIH BERSERI SEHINGGA KE HARI TUA - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semalam merupakan hari Diabetes sedunia. SELAMAT HARI DIABETES ! Sempena hari Diabetes sedunia. Mummy berkesempatan untuk menghadiri Kempen ‘Keep Your Teeth For Life’ tujuannya untuk menggalakkan kesedaran kesihatan oral dalam kalangan pesakit diabetes



Diabetes ni, merupakan penyakit keturunan sebelah daddy (suami mummy). Alhamdulillah sehingga kini kami masih bebas dari penyakit Diabetes. Walau kami bebas darinya, bukan bermakna kami sekeluarga boleh ambil endah tak endah tentang cara untuk atasinya dan mengelakkannya.

Alhamdulillah, mummy dapat ilmu baru tentang penjagaan Diabetes dari awal. Mummy tak tahu sebelum ini bahawa penjagaan oral adalah langkah penting dalam Diabetes.


DentYucral Ubat Gigi Khas Untuk Penghidap Diabetes dan Kempen ‘Keep Your Teeth For Life’


Semalam mummy baru tahu bahawa DentYucral Ubat Gigi Khas Untuk Penghidap Diabetes dalam Kempen ‘Keep Your Teeth For Life’. Biasalahkan, bila tak ada sakit Diabetes, kita pun tak ambil tahu pun tentang penyakit ni. Sebenarnya salah, kita mesti tahu cara pencegahannya juga. Merawat lebih baik dari di ubati. Gituuuuu.


Hadir pada majlis pelancaran ‘Keep Your Teeth For Life’ merupakan Prof. Madya Dr. Jeyakantha Ratnasingam, Perunding Endokrinologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Pusat Pakar Universiti Malaya; Dr. Sai Mala, Pengamal Perubatan Gigi Swasta, Klinik Surgeri Sai Mala; Dr. Rajes Qvist, Saintis Kajian Diabetes Jenis 2, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya dan Annie Joseph, Pengarah Urusan, Vital Signs BH.



Senyuman membawa seribu makna, oleh itu senyuman dengan gigi semulajadi yang sihat pasti membawa nilai yang lebih bermakna. Selain faktor kosmetik, gigi serta gusi yang sihat merupakan indikasi kepada tahap kesihatan seseorang. Tanda – tanda dan simptom seperti bengkak gusi, kehilangan gigi, mulut kering serta nafas berbau merupakan gejala penyakit sistemik seperti diabetes. Dengan purata jangka hayat rakyat Malaysia kini pada 75 tahun dan keatas, kebersihan oral adalah amat penting bagi memastikan gigi semulajadi yang sihat pada usia emas terutamanya jika individu tersebut menghidapi Diabetes. 

Menyedari masalah ini, Vital Signs BH Sdn. Bhd. (Vital Signs BH), pengedar jenama ubat gigi DentYucral, hari ini telah melancarkan kempen ‘Keep Your Teeth For Life’ bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan penjagaan kesihatan oral. Kempen ini merangkumi platform pendidikan untuk mempromosikan kebersihan dan penjagaan oral bagi rakyat Malaysia dengan diabetes yang berumur 18 tahun dan ke atas. 
Seiring dengan kempen ‘Keep Your Teeth For Life’, Vital Signs BH Sdn. Bhd. juga berkerjasama dengan Diabetes Malaysia melalui aktiviti terpilih untuk melaksanakan kesedaran kesihatan oral dalam kalangan penghidap Diabetes. Ini termasuklah sidang kecil media, artikel Keep Your Teeth for Life di dalam risalah berita Diabetes Malaysia yang diedarkan kepada penghidap Diabetes seluruh Malaysia, risalah kempen serta mengedarkan produk kepada penghidap Diabetes melalui Diabetes Malaysia.

Bercerita mengenai motivasi di sebalik kempen ini, Annie mengulas, “Kesihatan oral merupakan satu aspek yang terabai dalam penjagaan Diabetes. Oleh itu, ia amat penting bagi penghidap untuk dididik dan menjadikan kesihatan oral sebagai sebahagian pengurusan Diabetes mereka. Mereka perlu hadir bagi pemeriksaan dan pembersihan gigi secara berkala dan menggunakan produk gigi dan ubat gigi yang sesuai. DentYucral merupakan ubat gigi yang membantu dalam penjagaan oral seharian, termasuklah bagi penghidap Diabetes.

DentYucral diformulasikan di Eropah dengan 18 bahan kandungan berbeza yang membantu untuk menguatkan gigi, melindungi gusi, melawan plak gigi, tartar dan kerosakan gigi. Ia juga membantu untuk memulihara dan melembapkan gusi dengan melancarkan peredaran darah serta membantu pemulihan luka dengan menggalakkan pembaharuan sel. 

Vital Signs BH juga akan berkongsi mengenai DentYucal serta manfaatnya kepada ahli Diabetes Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai DentYucral, layari www.dentyucral.my atau (https://www.facebook.com/dentyucralmalaysia/)

2 Jam Sahaja Bacaan Gula Turun Dengan Insourin

2 Jam Sahaja Bacaan Gula Turun Dengan JoyMix Insourin - Masalah gula lebih dalam darah boleh mendatangkan penyakit seperti Diabetes / kencing manis. Diabetes dan kencing manis ini bukan kerana faktor makanan semata-mata, ada juga yang di sebabkan keturunan juga. Takut juga dengan penyakit  turun temurun macam diabetes,kan? Okay, entri ini, bukan entri yang mummy nak takutkan kepada penghidap diabetes. Setiap penyakit ada ada penawarnya. Bagi yang sedang menghidap diabetes atau kencing manis. Solusi terbaru 2 Jam Sahaja Bacaan Gula Turun Dengan JoyMix Insourin.


2 Jam Sahaja Bacaan Gula Turun Dengan Insourin


2 Jam Sahaja Bacaan Gula Turun Dengan JoyMix Insourin


Tak percaya dengan 2 Jam Sahaja Bacaan Gula Turun Dengan JoyMix Insourin. Sebelum mummy share macamana dan bagaimana dalam masa 2 Jam Sahaja Bacaan Gula Turun Dengan JoyMix Insourin. Jom kita berkenalan dulu dengan produk 2 Jam Sahaja Bacaan Gula Turun Dengan JoyMix Insourin.

Mummy yakin, ramai yang baru je terdengar tentang produk 2 Jam Sahaja Bacaan Gula Turun Dengan JoyMix Insourin

Insourin ini keluaran JoyMix (yang sebelum ni femes dengan produk Chia Seed) di mana minuman ini dapat bantu menurunkan kadar gula kiranya bagus untuk individu atau penghidap diabetes / kencing manis. 


2 Jam Sahaja Bacaan Gula Turun Dengan Insourin


Kandungan Insourin mengandungi bahan yang dama terdapat dalm peria katak iaitu Patent Momordica Charantia Polypeptide. Manakala, terdapat bahan lain seperti Jus Sitron (macam lemon) juga.

GEJALA DIABETES


Gejala diabetes adalah seperti kerap kencing, luka lambat sembuh, berat badan tambah tau turun dengan cepat tanpa sebab, selalu dahaga, selalu lapar dan cepat lemah. 

Kalau korang ada mengalami gejala seperti ini. Ada baiknya cepat-cepat cek gula dalam darah korang. 


Cara Minum JoyMix Insourin

Cara nak minum  JoyMix Insourin senang je. Ambil 1 sachet  JoyMix Insourin bersama air suam / air bersuhu bilik 3 kali sehari iaitu pada waktu sarapan pagi, tengah hari dan malam.

Testimoni JoyMix Insourin

Serius, mummy pun terkejut dengan bacaan gula dalam darah kakak ipar mummy ni ha. dalam masa 2 jam je, bacaan darahnya turun serta merta.


Bacaan 2 jam sebelum pengambilan Insourin 10.4

Bacaan selepas 2 jam pengambilan Insourin 9.9


Amacam, seronokkan bila kita cepat sihat dengan bahan semulajadi macam ni. 

Berita baik ! Mummy nak berikan Insourin secara PERCUMA

Korang nak FREE Joymix Insourin ni,tak?

Mummy sedang mencari 3 orang yang bertuah. Share pos ini di FB masing-masing, tag mummy dan guinakan #joymixinsourin #insourin . 

Kedua, komen di ruangan komen blog ini. Dengan berikan details seperti nama FB dan alamat email.

Senang je,kan?



Bagi yang berminat nak beli, korang dapatkan di mana produk ini? Korang boleh beli di portal ini : https://www.joypremix.com/products/insourin


XIGDUO™XR RAWATAN UNTUK DIABETES JENIS 2 (Type2Diabetes Millitus) T2DM

Rawatan Diabetes jenis 2? Eh..Eh.. ada berapa banyak jenis Diabetes ni, ye? Mummy pun baru tahu. Ada beberapa jenis Diabetes. Jom, kita gali ilmu tentang Diabetes jenis 2 (Type_2_Diabetes Millitus) T2DM.

" Susah kalau dah bergantung insulin ini, tak boleh skip "

"Makan pun kene jaga sekarang. Pilihan beras perang atau beras rebus"

"Orang Diabetes ini, bila buat operation. Lambat baik, lama kene tahan dalam wad"

"Baru-baru ini pergi interview kerja dan buat saringan kesihatan. Oleh kerana ujian air kencing di dapati ada Diabetes jenis 2. Permohonan kerja saya di tolak.

Keluhan sahabat baik mummy yang sedang mengalami Diabetes jenis dua. Kini, kehidupannya tak seperti dulu. Makanan dan minuman kena jaga, salah makan boleh membahayakan kesihatan.

Hidupnya juga lebih bergantung pada banyak ubat-ubatan. Sampai satu tahap beliau rasa tak lalu nak makan ubat yang banyak.

Diabetes jenis 2 ini boleh di katakan tahap kritikal juga. Perlu penjagaan dan rawatan yang rapi.


Sumber : SINI

JENIS DIABETES


Sebenarnya Diabetes ini ada 3 jenis. Diabetes Jenis 1, Diabetes Jenis 2 dan Diabetes Jenis 3 yang di kenali juga sebagai Gestational Diabetes yang biasanya di hidapi oleh ibu mangandung sahaja.

1. DIABETES JENIS 1

Apakah Diabetes Jenis 1? Diabetes Jenis 1 di kenali sebagai “Insulin Dependent Diabetes Mellitus” bergantung pada Insulin.

Pesakit yang sedang menghidapi diabetes jenis 1, mereka ini mempunyai masalah tubuh badan menghasilkan insulin.

Mereka perlu mengambil suntikan insulin untuk sepanjang hidup mereka. Mereka juga perlu memastikan tahap darah glukosa yang betul dengan menjalankan ujian darah biasa dan mengikuti diet khas.

2. DIABETES JENIS 2

Diabetes Jenis 2 (Type_2-Diabetes Mellitus) T2DM. Lebih kurang 90% diabetes adalah di kategorikan sebagai Diabetes Jenis 2 (Type_2_Diabetes Mellitus) T2DM

Diabetes Jenis 2 (Type_2_Diabetes Mellitus T2DM) disebabkan 'disorder carbohydrate (sugar)' metabolism atau juga dipanggil 'non-insulin dependant diabetes meillitus'.

Penyakit ini dibahagikan kepada 'hyperglycemia' (gula dalam darah) dan 'glycouria' (gula dalam air kencing). Keadaan ini berlaku disebabkan kekurangan pengeluaran insulin dalam badan.

Biasanya terjadi sejajar dengan peningkatan usia, penambahan berat badan atau obesiti, keturunan atau genetik dan juga gaya hidup yang kurang aktif. Biasanya diabetes jenis ini tidak memerlukan suntikan insulin tetapi perlu dikawal dan pemakanan perlu dijaga.

3. GESTATIONAL DIABETES (HAMIL)

Jenis ini memberi kesan kepada wanita semasa hamil. Ada wanita yang mempunyai tahap yang sangat tinggi glukosa dalam darah mereka dan badan-badan mereka tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup untuk mengangkut semua glukosa ke dalam sel-sel mereka menyebabkan tahap progresif kenaikan glukosa.

Diagnosis dibuat semasa mengandung. Kebanyakan pesakit boleh mengawal diabetes mereka dengan senaman dan diet.


RAWATAN DIABETES JENIS 2 (Type 2 Diabetes Mellitus) T2DM





Perunding Senior Endokrinologi, Prof Dr. Chan Siew Pheng mengatakan berdasarkan dari National Health Morbidity Survey, Diabetes Jenis 2 (Type_2_Diabetes Mellitus) T2DM menyerang kira-kira 3.5 juta rakyat Malaysia. Ia merupakan satu penyakit yang semakin lazim dan kian meningkat dalam kalangan masyarakat (peningkatan dari 2.6 juta berbanding 2011).

Menurut Professor Dr. Chan Siew Pheng, Pendekatan pelbagai cara diperlukan dalam pengurusan Diabetes'. Ini termasuklah :-

· Ubah gaya hidup
· Kerap membuat aktiviti fizikal seperti bersenam.
· Melakukan diet berkhasiat
· Kombinasi ubat oral bagi mendapatkan kawalan glisemik ideal, di mana dos serta/atau jenis ubat disesuaikan mengikut tempoh rawatan.
· Rawatan konvensional pula bukan rawatan paling efektif kerana diabetes adalah penyakit kompleks yang berkaitan dengan kesihatan lain seperti obesiti, jantung dan darah tinggi.


Ini bagi mengelakkan penularan dan perkembangan penyakit berkaitan kardiovaskular.

Professor Mark E. Cooper, Timbalan Direktor dan Ketua Pegawai Saintifik, Institut Jantung & Diabetes Baker IDI, Australia berkata, “Cabaran utama bagi kebanyakan pesakit Diabetes Jenis 2 adalah bagi mengawal tahap glukos dalam darah"

Namun, hanya sebahagian daripada pesakit berjaya dalam mendapatkan target HbA1c mereka.

Ini kerana, kebanyakan mereka tidak komplian terhadap rawatan, terutamanya dalam kalangan mereka yang mengambil pelbagai ubatan dalam dos yang kerap setiap hari.

Dengan pengenalan terapi kombinasi sekali sehari seperti xigduo™ XR, pesakit memperoleh cara yang lebih mudah untuk mengawal penyakit ini.

"Dalam sebuah kajian yang melibatkan 600 pesakit diabetes, dapat menunjukkan hanya 16.6% pesakit mengikuti rawatan diabetes yang diperskripsi, menunjukkan pengurangan dalam permintaan ubatan harian.

Tambah Prof Dr. Mark Copper. Ramai pesakit Diabetes menjadi kritikal kerana tidak berdisplin dalam pengambilan ubat-ubatan.

Kini, terdapat rawatan untuk Diabetes Jenis 2 yang mudah di ambil – xigduo™ XR


RAWATAN KOMBINASI DIABETES JENIS 2 XIGDUO™XR SEKALI SEHARI KINI DI MALAYSIA


· Gabungan dapagliflozin dan Metformin sebagai rawatan bagi kawalan awal glisemik.

· Dos kombinasi tetap pertama SGLT2 (FDC) di Malaysia, mengurangkan 2% Hba1c disamping penambahbaikan bagi risiko penyakit kardiovaskular.

APAKAH ITU RAWATAN DIABETES JENIS 2 XIGDUO™XR SEKALI SEHARI KINI DI MALAYSIA?

Ubat kombinasi baru, tablet xigduo™ XR (dapagliflozin+Metformin XR) sekali sehari.

Menggabungkan dua agen anti-hiperglisemik, dapagliflozin dan Metformin, xigduo™ XR membantu dalam mengurangkan tahap glukos dalam darah serta mempromosi kawalan awal glisemik bagi pesakit Diabetes Jenis 2 di Malaysia. 

Dapagliflozin merupakan perencat Sodium-glucose co-transporter 2 (SGLT2) dengan data keberkesanan. Ianya berfungsi bagi mengelakkan glukos daripada diserap kedalam buah pinggang serta mengeluarkan glukos daripada tubuh badan melalui air kencing.

Manakala, Metformin sering digunakan sebagai rawatan pertama bagi Diabetes Jenis 2 bagi mengurangkan produksi glukos di dalam hati serta mengelakkan penyerapan kembali glukos ke dalam usus perut dan memperbaiki kadar sensitiviti insulin.

Di dalam xigduo™ XR, formula lepasan berpanjangan Metformin membolehkan dos sekali sehari yang sekaligus mengurangkan kesan lazim usus gastro seperti cirit-birit, rasa loya dan sakit perut yang sering dikaitkan dengan kesan Metformin.

Gabungan ni membantu dalam mengurangkan HbA1c sebanyak 2%, disamping turut membantu dalam mengurangkan berat badan serta tekanan darah. 

Ini sekaligus dapat membantu merawat faktor risiko dalam pembentukan isu kardiovaskular dalam kalangan pesakit diabetes.

Merupakan satu gangguan kronik metabolik, Diabetes Jenis 2 dikategorikan dengan kehadiran kandungan tinggi glukos dalam arah melalui ketidakupayaan tubuh badan dalam menghasilkan atau menggunakan insulin.

Kajian The Second Burden of Disease Study for Malaysia juga meletakkan Diabetes sebagai satu faktor penyumbang dalam pengubahsuaian tahun kehidupan (DALY) serta kematian di Malaysia.

Dalam kajian peringkat awal, di mana pesakit dengan pengambilan ubatan dua-tiga kali sehari lebih cenderung untuk tidak mengambil ubatan apabila dibandingkan dengan mereka yang mengambil dos sekali sehari. 

Ini jelas menunjukkan keperluan bagi mengurangkan dos harian untuk memperbaiki komplian pesakit

Pelancaran xigduo™ XR di Malaysia ini merupakan satu langkah proaktif dalam memberikan yang terbaik kepada mereka yang terjejas dengan penyakit ini. ni menunjukkan usaha dalam menghasilkan penyelesaian pengurusan yang inovatif dan efektif bagi penyakit kronik seperti Diabetes.

Marilah kita merawat sebelum melarat. Kunjungi pakar perubatan anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai xigduo™ XR. Sesungguhnya setiap penyakit ada jalan untuk di ubati.

10 KEBAIKAN VIVIX






10 KEBAIKAN VIVIX!
=============



1) Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan

2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius

3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung

4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis

5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf


6) Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk


7) Membantu dlm proses penurunan berat badan


8) Menyokong kesihatan mata


9) Meningkatkan kesihatan imum badan


10) Menggalakan kesihatan keseluruhan





PM: 012-6460421