Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

SERONOKNYA MAIN UJI MINDA DENGAN UNO BERSAMA KELUARGA !

SERONOKNYA MAIN UJI MINDA DENGAN UNO BERSAMA KELUARGA ! - Assalamualaikum semua ! Apa khabar ? Siapa pernah main UNO? Okay ..bagi yang pernah main UNO tu. Kita geng ! Kitorang sekeluarga ni terjebak dengan UNO ketika bulan puasa masa balik kampung Taiping ! Kebetulan TV rosak, belum pulih lagi kat kedai. So, Mak Yang bebudak ni...belilah UNO. Pagi, petang, siang malam kitorang berUNO hehe. Anak-anak pun terjabk main sama dan .....Dhia pun dah teror tu ha ! Tapi, Dhia tu, kalau main terjerit sana sini. Haihhh geram betul !

SERONOKNYA MAIN UJI MINDA DENGAN UNO BERSAMA KELUARGA !



Tengok tu ha...dah 11 malam pun masih main UNO lagi huhu ! Dasyat Dhia tu ha. Okay UNO kami kali ni versi besar. Kebetulan jumpa hat besar hehe. So, memang susah nak CHONG kad . Nak sorok pun agak susah hahaha. Baru lah thrilll !


Ni gambar lama, gambar raya aritu...mummy tak update blog lagi rasanya..so tepek lah sekali gus kat sini. Main reramai memang best !. Lepas tu, dah habis nak sambung lagi..Giannnn !




Atok kena main dengan DHia hehehe. nasib atok memang layan UNO masa raya aritu bersama-sama keluarga semua. SO, atok pun terror jugaklah ! 

Dhia pulak, selagi tak menang..Dhia akan main non stop..Huhu tak putus asa ! Dasyatttt !





Siapa sahaja yang datang rumah kami, memang Dhia akan ajak main UNO. Baru ni, pakcik Dhia (adik ipar) mummy datang rumah tok Mak.

Habis....kena join sekali hahaha.

Dia pun dah naik syiokk..siap nak beli jugak tu  ! Best, release tension dan tingkatkan IQ dan EQ kita !

Kitorang beli UNO kat mana? kitorang beli kat NINJAZ shops, Bandar Baru Bangi Seksyn 7 je !

BAJU PUTIH SEDONDON SATU FAMILY, PEMILIHAN WARNA BERANI

BAJU PUTIH SEDONDON SATU FAMILY, PEMILIHAN WARNA BERANI. Serius ! Kalau ada anak kecik ni, memang kalau boleh mummy nak elak pakai pakaian warna putih. Sebab, kalau kotor tu..memang ketara nampaknya. Tetau lah kan, bila ada anak kecik ni. Kang tertumpah itu ini. Tak pun, tangannya tu terpegang ntah apa-apa. Bila dukung tak perasan tanggannya kotor. Baju kita lak yang kotor

Tapi, pakaian warna putih ni.. serinya memang lain macam. Teringin lah jugak nak berBAJU PUTIH SEDONDON SATU FAMILY, WARNA BERANI. Erm...kita try lah berpakaian BAJU PUTIH SEDONDON SATU FAMILY, PEMILIHAN WARNA BERANI

BAJU PUTIH SEDONDON SATU FAMILY, WARNA BERANI


BAJU PUTIH SEDONDON SATU FAMILY, WARNA BERANI

Tadaaa...wajah-wajah kesayangan kami berbaju putih. Berjayakah anak-anak tak mengotorkannya?

Dah lah, bermain kat KidZania ni tau sempena Hari Kanak-kanak sedunia. Hehehe kita belasah pulak pakai baju putih sedondon, ye !

BAJU PUTIH SEDONDON SATU FAMILY, WARNA BERANI

First time, kami sedondon berpakaian putih di kawasan tempat anak bermain. 

Baju Dhia Batrisya, Dzal Aidi Fiqry dan Daim Naufal tu mummy beli online kat Shopee. Kebetulan aritu ada sales dan FREE shipping. Apa lagi, sakanlah jari jemari ni order sana sini. Tapi, kebanyakannya barangan anak-anak je lah mummy borong. 

Murah banyak !! beli kat shopee tu. Baju budak-budak ni, susah nak dapat pakej menarik dan murah. Kalau menarik sket..ada theme itu ini tshirt tu. Mulalah harga kat Malaysia ni. Mahaiiiii.

Nak pi China memborong pakaian budak-budak ni. Macam belum ada rezeki lagi kami nak ke sana. So..beli aje lah tshirt dari China ni kat Shopee.

Baju mummy dan daddy warna putih ni pula. Beli kat PADINI masa sales bebaru ni. 

Weekend aritu, kita kasi mix and match je mana yang sesuai. Mummy korang memang suka nau kasik sedondon bila keluar. Pastu, baju yang tak leh nak sedondon, jarang pulak di pakainya. 

Alhamdulillah..balik rumah. Tengok baju semua orang tak kotor. Yeaaay..senanglah keje mummy untuk mencuci ! Legaaa... Tak payah menyental hehehe.

Fuh..memang satu kerisauan tau bagi mummy..bila semua pakai baju putih. 

Tapi..Lepas ni, mummy tak perlu risau dah bila anak-anak berpakaian warna putih. Sebab berjaya tak mengotorkannya.




AYAM GORENG McD LEBIH RANGGUP DAN SEGAR, BUKAN MACAM BIASA !

AYAM GORENG McD LEBIH RANGGUP DAN SEGAR, BUKAN MACAM BIASA ! - Semenjak dua menjak ni, mummy agak pelik. Kenapa ramai sangat orang yang berkunjung ke McDonald's untuk beli Ayam Goreng McD. Sedangkan, Ayam Goreng McD ni bukan menu baru di McDonald's !

Kawan-kawan beritahu, kebanyakan pengunjung yang ke McDonald's adalah kerana Ayam Goreng McD. Dah kenapa semua ke McDonald's untuk makan Ayam Goreng McD, ye ? Hrm...nampak gayanya mummy kena ke McDonald's untuk rasai sendiri Ayam Goreng McD yang terkini.


AYAM GORENG McD LEBIH RANGGUP DAN SEGAR, BUKAN MACAM BIASA ! 



Mummy dan keluarga tak mahu ketinggalan merasa Ayam Goreng McD. Kami terus ke McDonald's Kajang Perdana untuk merasai sendiri Ayam Goreng McD.

APA YANG MENARIK TENTANG AYAM GORENG McD?


Masa nak membuat pembelian di kaunter McDonald's, rata-ratanya membeli Ayam Goreng McD. Erm...tak sabar mummy nak pekena Ayam Goreng McD !

Pilihan Ayam Goreng McD mummy, tentulah Ayam Goreng McD - Spicy. Anak-anak pula, Ayam Goreng McD - Regular.

Bila dah rasa sendiri Ayam Goreng McD. Rupanya, memang ada kelainan lain Ayam Goreng McD ! 

Apa yang menarik tentang Ayam Goreng McD?

AYAM GORENG McD LEBIH RANGGUP DAN SEGAR, BUKAN MACAM BIASA !
Ayam Goreng McD kini lebih pedas


AYAM GORENG McD LEBIH RANGGUP DAN SEGAR, BUKAN MACAM BIASA !
Ayam Goreng McD sedap di makan panas-panas dan ianya lebih ranggup.

AYAM GORENG McD LEBIH RANGGUP DAN SEGAR, BUKAN MACAM BIASA !
Ayam Goreng McD di sediakan secara segar

AYAM GORENG McD LEBIH RANGGUP DAN SEGAR, BUKAN MACAM BIASA !

Dan, Ayam Goreng McD lagi syok apabila makan bersama-sama dengan yang tersayang.


AYAM GORENG McD LEBIH RANGGUP DAN SEGAR, BUKAN MACAM BIASA !

Sedap ke Ayam Goreng McD? Kalau tak sedap, tak habis licin macam ni lah...kami sekeluarga makan ! Hehehe mestilah sedap kan...

Tak percaya? Kena lah datang dan rasa sendiri.


PERTANDINGAN VIDEO AYAM GORENG McD #mostawesomebite CHALLENGE.


AYAM GORENG McD LEBIH RANGGUP DAN SEGAR, BUKAN MACAM BIASA !

Sempat lah juga, mummy buat video untuk menyahut #mostawesomebite Ayam Goreng McD challenge.

Rugi tak join sebab hadiahnya menarik tau. Antaranya, ialah baucer McDonald's bernilai RM500

AYAM GORENG McD LEBIH RANGGUP DAN SEGAR, BUKAN MACAM BIASA !

Okeylah...mummy dh kenyang. Nak balik dah pun. 

Tips Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah

Nak rasa bahagia? Mummy suka dengan 50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah. Ada orang kata, makin lama berkahwin...makin lama hilang rasa sayang suami isteri. Tak macam zaman bercinta..setiap masa 24jam akan ada rasa bung-bunga cinta. Eh..betul ke? 




Kalau betul, ramai yang tak nak kahwin. Kan? 

Bagi mummy, seronok berkahwin. Setiap masa ada rasa cinta. Setiap masa ada orang sayang kita. Tak perlu takut, apa ujian berlaku. Sama-sama kita harungi dan cari jalan penyelesaian.

Sedangkan lidah lagi, tergigit apatah lagi suami isteri. Ini pula, standard...gaduh-gaduh manja. Ianya juga sebagai penguat ikatan kasih sayang.

Ini adalah antara tips bahagia keluarga bahagia yang mummy suka. 

50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah


1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami / isteri terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami / isteri yang cemerlang. Ramai suami / isteri sering terlupa bab ini. Insyaallah sebelum tidur dan bangun tidur mummy akan lihat muka suami di sebelah dan terus berdoa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Kita kene yakin bahawa suami / isteri kita adalah pasangan terbaik yang Allah tentukan untuk kita. Ketentuan Allah dan perancangannya adalah yang paling terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan suami membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda. Mummy pun kerap buat benda ini. Setiap masa nak jadi isteri yang terbaik untuk daddy.

4. Setiap hari pulang dari balik kerja atau balik ke rumah. Hidanglah dengan senyuman yang bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Allah akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan kita ada masa untuk berbual dengan suami / isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Mummy paling suka bab berbual hehehehe. Sampai 3, 4 pagi pun boleh hahahaha.

6. Telefon suami / isteri ataupun hantar Wahtsapp, SMS sekadar untuk menyatakan yang kita sayang ataupun rindu padanya. suami / isteri kita akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati suami / isteri dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan bergurau senda dengan suami / isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan. Ramai suami / isteri membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Allah dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak suami / isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri. Ini pun mummy dan daddy selalu buat hehehehe.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Allah swt, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. 

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. 

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, Whatsapp, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah, suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Allahuakbar, banyak lagi perlu mummy perbaiki diri ini. Ada banyak terkurang di sana sini. Moga Allah swt permudahkan urusan kehidupan keluarga bahagia kami. 

Mummy harap entri mummy 50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah dapat manfaat kepada pembaca blog mummy 

Majlis Pernikahan dan Persandingan Anak sulung YB Rasman ADUN Sedili Kota Tinggi


Gambar Sekitar Majlis Pernikahan dan Persandingan Anak sulung YB Rasman ADUN Sedili Kota Tinggi


Hujung minggu, kami sekeluarga ke JB menghadiri majlis anak pakcik mummy (YB Rasman), makcik mummy (Mak Ngah - adik mak) yang mengahwinkan anak sulung nya merangkap sepupu mummy, Alias


Perkara wajib !! Bergambar dulu, sebelum ke majlis pernikahan Alias - anak YB Rasman. Ambil gambar dulu buat kenang-kenangan. 


Majlis pernikahan kali ini adalah majlis berprotokol..hanya yang tertentu sahaja boleh menghadiri majlis pernikahan ini. Budak-budak juga, tidak di benarkan ke majlis ini. Jadi, mak dan abah mummy je wakil dari keluarga kami. Mummy dan anak-anak ke mana pula? Ha..kami ke TGV Bukit Indah lah !  Tengok wayang Angry Birds ;)

Alias dan YB Rasman . Mesti berdebarkan ! Menanti saat pernikahan.

Semua gambar sekitar majlis ini dari dari handphone mak. Mak pun dah pandai bergambar sekarang hehehe.



Mak Ngah..mama kepada Alias..

Ahli keluarga


Adik beradik mak dan sedara mara








Dengan sekali lafaz, Alias dan YM Ungku Masmerah sah menjadi suami dan isteri. Tahniah pada pasangan dua mempelai ini !



Mak dan abah..kemahen bergambar !

Pelaminnya cantik sangat !

















Alhamdulillah selesai majlis pihak perempuan, minggu ini...majlis di pihak lelaki pula.

Mummy sekeluarga mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU MOGA KEKAL BAHAGIA dan TAHNIAH YB Rasman dan Mak Ngah Zaleha terima menantu !

WORDLESS WEDNESDAY : TRAVEL !

KIDS ARE EVERYTHING.. TRAVEL WITHOUT THEM IS NOTHING ;)


KIDS ARE EVERYTHING.. TRAVEL WITHOUT THEM IS NOTHING ;)

Fridge Magnet Gambar Famili

Dari peminat tegar kumpul fridge magnet ! Kini  kumpul fridge magnet versi gambar famili.


Sebelum ini, mummy sibuk buat photobook anak-anak, keluarga dan anak buah. Kali ini, mummy suka pula tempah fridge magnet. Memang penuh juga peti ais tu dengan fridge magnet. Minat kumpul fridge magnet. Mana pergi mesti nak beli dan simpan fridge magnet!  Ada juga yang tak sempat di selamatkan...dah jatuh pecah ! Tahu-tahu lah... rumah ada anak kecik ini kan !

 

Kenduri Aqiqah Ariq Azshah


Kenduri Aqiqah, Berendoi, Cukur Jambul Ariq Azshah

Selesai Majlis Berendoi Cukul Jambul dan Aqiqah Ariq Azshah. Bertemakan warna HIJAU ...sejuk mata memandang. Selalunya kalau majlis lelaki ini sinonim dengan biru je kan ! 


Malam sebelum majlis berendoi, cukur jambul dan aqiqah esok hari nya. Kami anak beranak posing dulu di pelamin Ariq. Sedondon pakai tshirt The Simpson Mak dan anak-anak. 

Klana Resort Seremban : Mummy berkursus merangkap percutian kecil keluarga

Sebelum masuk bulan baru, erm tak lama lagi je kan...beberapa hari je lagi. Jadik,adalah lebih baik mummy hapdet kisah aritu daddy day care. Kang peram peram kang. Langsung berabuk blog pulak ;) Ni semua kisah semasa mummy kursus 2 hari di Klana Resort, Seremban. Waktu ni, semua orang sibuk dengan pendaftaran baru anak-anak sekolah. Kami pun kene tempiasnya, walaupun anak kecik-kecik dan belum bersekolah. Di sebabkan babysitter pun nk cuti. Kita pun kasik hangkut lah semua ke Klana Resort ni. Nk apply coti. Mmg tak dapek la,kan!! Daddy je kene cuti utk jaga anak-anak.




Menyempatkan diri tengok you tube. Lama kene puasa dr tengok you tube ye, nak? Siap dukung baby doll nya tu ha. Mcmana kita dok jaga adik dia. Mcm tu gak la, Dhia dok berangan menjaga baby doll. Baby doll tu, hadiah semasa adik Dhia baru lahir beberapa hari. Sbb masa tu, Dhia pun sibuk nk adik..nak adik. Mummy dan daddy pun, belikan lah satu utk Dhia. 




Sementara daddy cari parking, angkat dan turun barang. Meh kita anak beranak lepak kat lobi hotel Klana Resort, Seremban. Dapat free 2 gelas juice as welcoming drink. Ok cun sangat lah ni!! Mmg sedang kehausan di waktu tengahari ni. Lunch pun, belum lagi nk menyempat nya.



Dan best jugak, wifi merata-rata tempat hado. Sonang lah apak korang menjaga nanti ;) Mummy mmg risau nau. Ni kali pertama daddy day care 2 orang anak. 


Kalau tengah hari mcm ni. Si adik tu mmg time utk tidur. Kalau penat sangat, bising cane pun. Dia tak kisah. Boleh je tidur dgn tenang. 


Best pulak lepak2 kat lobi dan cafe hotel ni. Sambil minum tgh hari, sambil melayan lagu2 yang berkumandang. Lama tak melepak dgn encik somi tpt cenggini. hehehe.. Yang sebenarnya, tadi Dzal Aidi tu tidur. Tu yang meelepak dulu tu. Sekarang dah bangun dah ;)


Lps lunch di kedai berhampiran, kita terus masuk bilik. Lepak2, mandi2, golek2, tido kan anak-anak. Rehat2 kan minda dan badan. Esok nak berkursus lak ;) Tapi, Dhia so excited. Semua menda nk explore. Sakan ko eh kat tmpat baru. Bukan tak pernah tidur hotel pun. Bulan lps pun dah tidur hotel. (eh..tetiap bulan kita berjalan rupa-rupanya yer)


Day 1 ni, macam free and easy. Tapi, kitorang tak explore satu Seremban pun. Malas!
So, mlm pertama ni kami dinner kt Temiang Corner. Cari tempat makan lain tapi, tak jumpa. Malas nk sesat2 dlm Seremban. Terjah je tempat mana yang sempat.


Mummy makan satay, Dhia makan roti canai dan ayam goreng. Daddy pun makan roti canai gak. Ok lah tempat makan ni sedap juga. Not bad. Cumanya, tak de tisu ye. Mmg tak di bagi tisu lap2 mulut. Nk tisu, boleh. Tapi, kene bayar. Mmg kene se'daaaaaas' lah waitress tu dgn daddy korang. hehe sampai kan, dia terus bagi tisu free. 


Abes dinner kat Temiang Corner, kita lepak tengok live band. Anak-anak first time tengok live band. Kasik dorang expse sket2. 



Syok,kan kamu hehe


Ramai yang melayan, suka la 2 org anak kami ni ha



Abes dalam beberapa jam tgk live band, teruih masuk bilik.


Tapi, xtido2 pun. Masih nak main lagi ;)



See ..itu bdk manyak happy yer ;)



Esok harinya, mummy dah sibuk kursus dan presentation.
Tapi, tak lupa whatsapp dgn en somi. Tye kabar anak2.



Gambar2 dari WA daddy, wah!! bgus daddy. Berjaya ajar Dhia gosok gigi.
En somi mmg pandai psycho anak-anak.



Gegambar melayan anak-anak dari daddy. Alhamdulillah





Segala bagai bawa. buaian la walker la. Tak mo bg dorang boring masa mummy berkursus.

Baby cot je hotel puye. Tak leh himpit2 reramai katil xbeso hehe.
Kang ado yg jatuh katil lak.



pandai adik selfie ye





Dan, daddy berjaya tidurkan anak-anak.
Alhamdulillah..syukur



Daddy yang kepenatan. Kesian.



Lepas abes kursus, bawa anak-anak mandi kolam.
Esok nk check out awal. So, kita penuhkan aktiviti hari kedua.



Dhia berangan nk menyelam, xnak pakai pelampung.
Suka la si adik dpt main air.
Sakan.





Okies, habis swimming. Kita mandi siap2 utk dinner di bandar Seremban pulak. Mmg best dapat berkursus sambil keluarga di sisi.