Showing posts with label hari jadi. Show all posts
Showing posts with label hari jadi. Show all posts

Selamat Hari Jadi Abah!


Hari ini, Hari Jadi Abah. Yang ke 66 tahun 

(nampak mudakan abah?- Baju biru gelap). 

Jasa abah tak ternilai buat kami adik beradik. Abah mencari rezeki tak kenal erti penat lelah untuk kami. Baruku tersedar. Tahun sekolah di asrama dulu, adalah tahun kegawatan ekonomi. Abah tak pernah cerita masalahnya ketika itu. Malah, apa sahaja yang ku hajati. Dia akan tunaikan. Nak bawa bekal ke asrama air kotak, air tin dan makanan lain. Semua akan di hantar pada hujung minggu. Ya rabbi!! Bila sekarang ni negara seakan-akan gawat. Barulah ku sedar bagaimana abah mencari nafkah dan membesarkan kami pada waktu itu. Terima kasih abah! Jasamu tetap ku kenang! Semoga abah di murahkan rezeki melimpah ruah dan di panjangkan umur.