Showing posts with label ipoh. Show all posts
Showing posts with label ipoh. Show all posts

Travel dan Holiday di MAPS Movie Animation Park Studios Ipoh Perak Tempat Menarik di Ipoh

Travel dan Holiday di MAPS Movie Animation Park Studios Ipoh Perak Tempat Menarik di Ipoh - Assalamualaikum korang. Selamat Sejahtera semua ! Cuti panjang bakal tiba lagi, ni. Apa plan korang cuti panjang sempena MERDEKA ke 61 tahun? Oh, ya bercerita tentang KEMERDEKAAN kita ke 61 tahun. Baru ni, kami ada ke MAPS Animation Park Ipoh Perak. Harga promosi RM61 sempena hari kemerdekaan ke 61.




MAPS atau nama panjang sebenarnya ialah MOVIE ANIMATION PARK STUDIOS



Kami pi sini pun sebab daddy depa nak rewards anak-anak + cuti sekolah + birthday bini dia haha.



Tq my hubsbaby 😍

Travel dan Holiday di MAPS Movie Animation Park Studios Ipoh Perak Tempat Menarik di Ipoh




Kalau tak kerana tiket murah, memang tak jejaklah kami ke MAPS Animation Park Ipoh Perak ni. Harga tiket kat sini, pukul rata dari umur 4 tahun hingga dewasa. Kalau anak kecik-kecik ramai, rasa macam mahal jugak (normal price RM100). Contoh macam family kami. Kalau bukan harga promosi, tiket masuk ke MAPS Animation Park Ipoh Perak kami kami anak beranak je dah RM400.


Harga promosi sempena Merdeka ni RM61 X 4 orang.Daim je yang FREE sebab bawah 4 tahun. Okay sket lah kan. 


Menarik ke MAPS ANIMATION PARK Ipoh Perak ni? 



Nak kata tak menarik tempat ni, anak have fun kat sini. Entahlah, bagi mummy kalau entrance fees RM100 macam tak berbaloi lah masuk sini. Baik bawa anak pi indoor games tempat lain hehehe. 




Dah anak enjoy, tempat pun memang lawa, mak pak boleh relax dan tenangkan fikiran. Consider okaylah jugak pi sini. 



Cuma aktiviti masih tak berapa banyak lagi ada dalam tu. Dengar kata lepas 31 Ogos akan buka lagi untuk banyak aktiviti dan tempat main lagi.




Merry go round katanya

Untuk outdoor games dewasa ada dalam 4-5 jenis je. Buai tinggi pusing-pusing, macam solero tu dan ada beberapa jenis permainan lain.


Untuk anak- anak, ada merry go round, heli hat naik turun pusing-pusing, solero shot pendek comel.










Indoor playground untuk anak pun ada 2 tempat juga. Satu dalam Smurfs, dan satu lagi dalam kafe.




4D cinema



Show pulak, ada cinema 4D Boboi Boy, pentas Boboi Boy, Smurfs, Stunt racing car.







Lelain, kat sini ada kedai jual merchandise, face painting, games puzzle, karaoke, sesi bergambar meet and greet dengan smurfs, Boboi Boy dan lelain.



Sempat grab 2 t shirt boboi boy u tuk anak-anak. Jadiklah buat kenangan.



Tak terlampau banyak aktiviti kat sini, so santai-santai je kami lepak dalam tu.



Untuk cinema 4D Boboi Boy..bebudak ni repeat 2x hahaha..dasyat tak dasyat.



Selebihnya, depa main indoor games je. Mummy daddy lepak minum dan makan.



Macamana dengan harga makanan dan minuman kat sini? Harga air mineral dalam tu RM3+ dan makanan minuman dari luar tidak di benarkan masuk. So standby lah duit makan minum anak lelebih sket. Kalau nak masuk sini. Sebab operations hours depa sampai 10 malam. Dah tentu budak-budak nak lepak situ sampai malam hehe



Untuk info lanjut, korang boleh check it out depa punya media sosial lah ye :