Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

JALAN JALAN CUTI SEKOLAH KE MARINA LUMUT PERAK

JALAN JALAN CUTI SEKOLAH KE MARINA LUMUT PERAK - Assalamualaikum dan Selamat pagi semua! Walau dah petang... tapi, mummy tetap akan ucapkan Selamat Pagi setiap masa. Sebab apa? Panjanggggg sebabnya, tapi mummy banyak belajar benda ni semasa training 2 minggu baru ni. Tapi, memang berbeza tau, bila kita ucapkan Selamat Pagi setiap masa. Korang try lah nanti ye! Mummy nak sambung cerita kami JALAN JALAN CUTI SEKOLAH KE MARINA LUMUT PERAK 

JALAN JALAN CUTI SEKOLAH KE MARINA LUMUT PERAK 


Sebenarnya, last minute plan kami JALAN JALAN CUTI SEKOLAH KE MARINA LUMUT PERAK. Asalnya, kami memang tak plan pun ke mana-mana cuti sekolah baru ni, sebab mummy ada compulsory training 2 minggu. Daddy pulak, nak siapkan kerja hand over sebelum bertukar ke site baru. Yes!! Part ni Paling best. Lepas ni, kami tak PJJ dah. Almost 3 bulan PJJ. Huhu. Penat juga bila PJJ (perhubungan jarak jauh) ni. Kalau dekat suka dok berdebat, dok jauh asyik merindu je ahaksss !

Apa-apa pun pengalaman semuanya.. tanpa pengalaman macam ni, kita tak tahu macam mana rasanya PJJ ni. Sedap ke..manis ke..pahit ke..Eh, cerita bab PJJ lak hahaha. OK jom kita layan gambar short gateway kami JALAN JALAN CUTI SEKOLAH KE MARINA LUMUT PERAK 

Sesekali.. Lama tak bergambar berdua. Terima kasih jalan-jalan sempena advanced birthday ni...

Birthday treat mummy dan anak-anak sebenarnya..Anak-anak pulak, depa memang suka bergambar kat sini


Ada ironman. Memula Dhia ngat patung. Dhia usiklah...sekali Ironman ni, bangun. Terus melmpat terkejut Dhia hahaha.

Dhia dah takut masa ni..hehe

With our family and cousin. 







Berlatar belakang PANGKOR.. Hehe plan macam nak ke PANGKOR tapi tak kesampaian. 




Eiffel Tower di Manjung hehehe



Titanic kononnya hehehe






Kids Paling happy datang sini, abes sana sini nak posing. Jenuh mummy jadi photographer dorang hehe. 

Apa pun, Terima kasih kak long aka sepupu paling tua sebelah mak. Macam-macam makanan beliau masak, dan panjang berjela borak. Lama tak dapat borak panjang macam ni. Selalunya, jumpa reramai. Borak apa perlu je, kali ni..ha....sessi meluah perasaan pun hado !

Dan, Terima kasih kerana kak long and abang long sudi ambil takaful conditional hibah dengan mummy. 

Hibah BERSYARAT ni apa? Ha.. Hibah BERSYARAT ni.. Hibah yang tak boleh di cabar di Mahkamah atau Faraid. 

Nanti mummy cerita panjang bab ni ye. 

Eh.. Cuti baru ni korang pimana pulak tu? Cer citer .....




KALI KEDUA NAIK MALINDO AIR, BANDUNG INDONESIA PULAK !

KALI KEDUA NAIK MALINDO AIR, BANDUNG INDONESIA PULAK ! | Pengalaman kami kali pertama kali menaiki flight Malindo adalah ke Bali Indonesia pada awal Disember 2017. Dah hampir 13 bulan berlalu. Anak-anak rindu nak naik MALINDO lagi, dorang suka ada TV, ada banyak movie dalam tu dan games pun ada juga. So, kali ini KALI KEDUA NAIK MALINDO, BANDUNG INDONESIA PULAK ! Masih memilih bercuti ke negara yang sama iaitu INDONESIA cuma tempatnya Bandung bukan Bali hehe .



Reminder dari email, haha jangan jadi macam last year tu ha..lambat masuk boarding. Q panjang dan sesak. Sudahnya nama dah kena panggil banyak kali.

Untuk flight Malindo, semua pesawatnya berlepas dari KLIA. KLIA2 tu pulak, untuk Air Asia sahaja. Macam mana nak ke KLIA? Ada banyak cara nak ke KLIA. Boleh naik bas



Harga Parking KLIA

Parking kereta di KLIA dan KLIA2 pun tak sama harga. Kitorang macam biasa prefer naik kereta ke airport. Harga parking di KLIA ialah sebanyak RM46/sehariMasa pi Kelantan dua tiga tahun lepas, kami pernah parking kereta di Putrajaya Sentral dan ambil KLIA transit.

Rasa macam lagi penat dan cost lebih kurang je.

KALI KEDUA NAIK MALINDO, BANDUNG INDONESIA PULAK !


KALI KEDUA NAIK MALINDO, BANDUNG INDONESIA PULAK ! Kenapa MALINDO? Okay, perjalanan menaiki MALINDO dari KLIA ke Bandung Indonesia ambil masa 2 jam lebih. Bagi mummy... agak lama 2 jam tu, sebab 2 jam sebelum tu ...dah check in airport. Plus minus 5 jam jugak kot kami nak sampai ke Bandung tu ha. So, bebudak ni, mesti dah mula letih, boring. 

Dari pengalaman kami masa 1st time naik MALINDO. Anak-anak penat, tapi bila nampak dalam flight MALINDO tu ada entertaiment. Terus depa tak ada perasaan BOSAN.

Kali ini, kami pilih tiket flight FLEXI di MALINDO. Kalau fikir nak murah lagi, boleh ambil amek tiket PROMO. Cumanya, nak pilih seat kena bayar asing. Mummy tak berani nak amek seat randomly. Kang berpisah dengan seat anak. Nayaaaa !


Untuk tiket MALINDO FLEXI ini, mummy dapat bagasi 25kg FREE untuk setiap sorang. 5 orang boleh dapat berapa kg? Banyak tuuu..makan pulak, MALINDO memang ada makanan FREE, boleh dapat point (tukar tiket akan datang) dan Free SEATS. Alang-alang FREE, mummy pilih paling depan (HOT SEAT) belakang business class.

Selesa sket bebudak ni nanti nak duduk, sebab ruangan depan besau. Cuma jauh nak tengok sayap. Bab sayap ni, mummy aje yang sukanya hahaha. Lelahi time naik dan turun tu kan. Perghhhh part tu best tu !


Lepas tu, kami add on insurance terus. Senang kalau apa-apa jadi. Mahal sket ja pun... Tutup mata ajelah! 

Okay, jom layan gambar kami sebelum dan semasa dalam MALINDO. Gambar ini, journey kami dari KLIA ke BANDUNG !



Dah sampai airport seawal 9 pagi

Check in & check in luggage

Lepas settled imigresen, makan ringan dulu. 





Sambil makan, sambil posing. Berputih kami hari ni

Sejam sebelum, terus ke tempat menunggu

Excited tgk bag loading

ready to fly



Dekat sejam, delay. Sebab orang aayang boarding dan orang dalam kapal tak tally



Cantik pemandangan awan atas ni. 





Makanandalam flight, sandwiches dan kek


Alhamdulillah sampai dah Bandung 2 petang. Waktu Malaysia 3 lebih.



video kami :) jemput nontonnya !





7 Perkara Yang Menarik di THE SHORE SKY TOWER Melaka

7 Perkara Yang Menarik di THE SHORE SKY TOWER Melaka - Cuti baru ni, kami sekeluarga bersama keluarga sebelah cik asben holiday di Melaka. Walaupun peta Melaka ni nampak comel dalam peta Malaysia. Tapi , kitorang masih belum habis pusing satu Melaka. Yang sempat kitorang terjah tempat menarik di Melaka ialah seperti makan asam pedas, 3D Art Museum, minum Coconut Shake. Entri kali ini, mummy nak kongsikan salah satu lagi tempat kami JALAN-JALAN TEMPAT MENARIK DI MELAKA THE SHORE SKY TOWER pulak ! Best ke MELAKA THE SHORE SKY TOWER?

7 Perkara Yang Menarik di THE SHORE SKY TOWER Melaka
Lif dari tingkat 3A The Shore Hotel hingga ke level 43 sahaja

JALAN-JALAN TEMPAT MENARIK DI MELAKA THE SHORE SKY TOWER


Kalau jawab persoalan best atau tidak MELAKA THE SHORE SKY TOWER ni. Semestinya pada awalnya, mummy rasa macam tak best. Nak naik building yang tinggi-tinggi ni. Memang bukan hobi atau kesukaan mummy. Ai is gayat punya orang. 

Kalau korang nak tahu THE SHORE SKY TOWER Melaka ni terletak di Tingkat 44, The Shore Shopping Center. Building dia attached dengan hotel dan shopping mall juga. 

7 Perkara Yang Menarik di THE SHORE SKY TOWER Melaka
pemandangan dari tingkat 43 The Shore Sky Tower Melaka

Bila dah sampai MELAKA THE SHORE SKY TOWER. Pastinya, mummy dah rasa seram sejuk. Oh maiiii..acaner ni? Seboleh-bolehnya nak elakkan daddy belikan tiket untuk mummy naik ke Tingkat 44 THE SHORE SKY TOWER Melaka.

Bukan tak nak menikmati pemandangan Melaka dari tingkat 44, MELAKA THE SHORE SKY TOWER tapi dengan gayat, dengan nak dukung Daim Naufal. Stroller pulak, tak boleh bawa sampai atas tu. Aih..ada baiknya mummy tak yah naik kot !

HARGA TIKET THE SHORE SKY TOWER Melaka 

Oleh kerana harga tiket agak boleh tahan dan kebetulan Dzal Aidi Fiqry tidur dalam stroller. Yessss ! Mummy tak perlu ke Tingkat 44 THE SHORE SKY TOWER Melaka . Hanya Daddy dan Dhia naik bersama adik beradik asben je ! Harga tiket Tingkat 44 THE SHORE SKY TOWER Melaka ialah berharga RM25 untuk dewasa dan RM18 pula untuk kanak-kanak.

7 Perkara Yang Menarik di THE SHORE SKY TOWER Melaka

Kalau mummy ikut sekali ke Tingkat 44 THE SHORE SKY TOWER Melaka jumlah kami sekeluarga ialah RM86. gulpppp ! Bila daddy dan Dhia Batrisya sahaja yang naik ke Tingkat 44 THE SHORE SKY TOWER Melaka  jumlah harga tiket daddy kena bayar ialah RM43 sahaja (RM25+18)

7 Perkara Yang Menarik di THE SHORE SKY TOWER Melaka

Finally, daddy dan Dhia je pi naik atas Tingkat 44 THE SHORE SKY TOWER Melaka . Nampak tak tu, jalannya hanya berpagar kaca dan transparent untuk melihat kawasan sekeliling level 43 THE SHORE SKY TOWER Melaka

Selain Tingkat 44 THE SHORE SKY TOWER Melaka, ada beberapa tarikan menarik di THE SHORE SKY TOWER Melaka iaitu :-

7 Perkara Yang Menarik di THE SHORE SKY TOWER Melaka 


7 Perkara Yang Menarik di THE SHORE SKY TOWER Melaka

1. Apa yang menarik tentang Tingkat 44 THE SHORE SKY TOWER Melaka ialah korang boleh bergambar di mana-mana tempat cantik sekitar Tingkat 44 THE SHORE SKY TOWER Melaka. Cuma, di kawasan menara tinjau lantai kaca, tak boleh ambil gambar dengan kamera sendiri. Kena gunakan perkhidmatan cameraman Tingkat 44 THE SHORE SKY TOWER Melaka. Harga sekeping gambar boleh tahan juga !

7 Perkara Yang Menarik di THE SHORE SKY TOWER Melaka

2. Cara nak ke Tingkat 44 THE SHORE SKY TOWER Melaka, korang tak boleh naik lif sesuka hati. Korang kena pastikan, menaiki lif khas di tingkat 3A THE SHORE . Hanya lif ini sahaja yang boleh ke Tingkat 43 THE SHORE SKY TOWER Melaka .

7 Perkara Yang Menarik di THE SHORE SKY TOWER Melaka

7 Perkara Yang Menarik di THE SHORE SKY TOWER Melaka

3.  Di Tingkat 44 THE SHORE SKY TOWER Melaka ada kolam ikan, selain menikmatai panorama keindahan Melaka dari tingkat 44 ini. Korang berpeluang untuk bersantai dengan memberi ikan makan di kolam THE SHORE SKY TOWER Melaka


4. Selepas puas berjalan dan bergamabr di Tingkat 44 THE SHORE SKY TOWER Melaka . Kitorang lepak The Shore Shopping Gallery untuk minum petang sebelum menaiki bot Melaka Cruise di hadapan The Shore Shopping Gallery.

7 Perkara Yang Menarik di THE SHORE SKY TOWER Melaka

5. The Sky Deli Restaurant terletak di Tingkat 44 THE SHORE SKY TOWER Melaka, jika korang nak santai makan dan minum sambil nikmati view bandar Melaka. Korang boleh memilih restauran ini untuk lepak santai !

6. Di building yang sama , tingkat berlainan pula terdapat The Shore Oceanarium. Ianya, berada di tingkat 2, The Shore Shipping Centre untuk menikmati keindahan hidupan laut. Tempat ini adalah kerjasama dengan Jabatan Perikanan Melaka.

7. Bangunan The Shore Shipping Centre bukan sahaja ada Sky Tower dan Oceanarium. Tapi, korang boleh melawat tempat menarik di dalam The Shore Shipping Centre seperti 3D Interactive Park dan Toy Museum


7 Perkara Yang Menarik di THE SHORE SKY TOWER Melaka
happy family !


Tingkat 44 THE SHORE SKY TOWER Melaka ini di buka setiap hari dari jam 10.30 pagi sehingga 9.30 malam. Untuk hari cuti hujung minggu dan hari kelepasan Am Tingkat 44 THE SHORE SKY TOWER Melaka  di buka sehingga 10.30malam.

Selanjutnya tentang Tingkat 44 THE SHORE SKY TOWER Melaka, boleh layari :-


Alamat : The Shore Shopping Centre, 193, Pinggiran @Sungai Melaka, Jalan persisiran Bunga Raya, Melaka, 75100 Melaka