Showing posts with label nasi arab. Show all posts
Showing posts with label nasi arab. Show all posts

RESEPI MASAKAN AYAM NASI ARAB MANDY UNTUK 6 ORANG MAKAN

RESEPI DAN CARA MUDAH MASAK NASI ARAB AYAM MANDY - Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Ada yang mencari masakan ayam ke Baru-baru ini, mummy makan Nasi Arab Homemade tau ! Mummy bukanlah chef atau pakar memasak. Lelagi resepi nasi arab! Erm, memang tak tahu cara nak masaknya, tapi bila mummy beli terus set beras dan rempah Nasi Arab dengan sedara mummy Kak Long Firdaus. Rupanya... mudah aje nak buat Nasi Arab Ayam ni, ye ! Nasi Arab bukan sahaja famous di negara Arab, tapi famous di Malaysia juga. Mummy pun dah banyak kali makan nasi Arab. Antara tempat favorite makan nasi Arab adalah di Aroma Hijrah , Al Rawsha dan banyak lagi.

Nasi Arab Ayam, Resepi Ayam, Nasi Arab Ayam Mandy, RESEPI DAN CARA MUDAH MASAK NASI MANDY ARAB AYAM HOMEMADE UNTUK 6 ORANG MAKAN

RESEPI MASAKAN AYAM NASI ARAB MANDY UNTUK 6 ORANG MAKAN


Nasi Arab Ayam, Resepi Ayam, Nasi Arab Ayam Mandy, RESEPI DAN CARA MUDAH MASAK NASI MANDY ARAB AYAM HOMEMADE UNTUK 6 ORANG MAKAN

Nampak tu, perghhhh menyelerakan tak Nasi Arab Mandy Ayam Homemade kami? Set beras dan set rempah nasi Arab Ayam ni boleh makan sehingga 6 orang tau ! Kalau makan kat kedai untuk 6 orang dah berapa bil, kan hehehe. Resepi dan cara buat Nasi Arab Arab ini, kalau cukup semua bahan. Tak susah pun nak buatnya.

Masa pertama kali nak try masak Nasi Mandy Arab Ayam ini, mummy beli 2 set beras nasi arab ayam terus dari Kak long ! Gigihlah buat Nasi Arab untuk pertama kali.

BAHAN-BAHAN DAN CARA-CARA BUAT NASI MANDY ARAB AYAM


Nasi Arab Ayam, Resepi Ayam, Nasi Arab Ayam Mandy, RESEPI DAN CARA MUDAH MASAK NASI MANDY ARAB AYAM HOMEMADE UNTUK 6 ORANG MAKAN

Pernah tak mengeluh ! 
Macam mana nak buat nasi Arab Ayam? 
Ala..jenuh nak cari bahan-bahan nasi arab ayam. 
Bukan senang nak dapat bahan untuk buat Nasi Arab Ayam.

Yezza, betul tu, mummy pun ada masalah macam tu, mengeluh bila nak masak resepi yang jarang-jarang buat.

Tapi, bila ada set gini. Mak aiiiiiiii...senang betholll RESEPI DAN CARA MUDAH MASAK NASI MANDY ARAB AYAM HOMEMADE 

Tak di nafikan..agak sukar nak dapatkan rempah dan bahan Nasi Arab Ayam. Tapi Dalam set ini, semua lengkap dengan rempah ratusnya, beras dan segala bahan-bahan wajibnya.

Bahan-bahan Nasi Mandy Arab :
500G beras basmathi
rempah tumis
1/2 biji bawang besar di tumbuk
6 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
Daun bay
2 ulas bawang putih hiris halus
700 ml air stock
Garam
Cili Hijau
pewarna Oren

Cara masak Nasi Arab Mandy

1. Cuci beras, rendamkan selama 30 minit dan toskan
2. Panaskan minyak, minyak sapi dan masukkan semua rempah ke dalam rice cooker

Nasi Arab Ayam, Resepi Ayam, Nasi Arab Ayam Mandy, RESEPI DAN CARA MUDAH MASAK NASI MANDY ARAB AYAM HOMEMADE UNTUK 6 ORANG MAKAN



Nasi Arab Ayam, Resepi Ayam, Nasi Arab Ayam Mandy, RESEPI DAN CARA MUDAH MASAK NASI MANDY ARAB AYAM HOMEMADE UNTUK 6 ORANG MAKAN

3. Masukkan bawang hingga garing


4. Kemudian masukkan pula daun bay dan cili hijau
5. Nampak sedikit masak, letakkan pula air stock, garam dan kacau sekejap.

Nasi Arab Ayam, Resepi Ayam, Nasi Arab Ayam Mandy, RESEPI DAN CARA MUDAH MASAK NASI MANDY ARAB AYAM HOMEMADE UNTUK 6 ORANG MAKAN

6. Akhir sekali , masukkan beras sehingga masak dan jangan lupa letakkanpewarna oren ketika beras sudah masak, sambil kacau rata.

Nasi Arab Ayam, Resepi Ayam, Nasi Arab Ayam Mandy, RESEPI DAN CARA MUDAH MASAK NASI MANDY ARAB AYAM HOMEMADE UNTUK 6 ORANG MAKAN

Bahan Air Stock
- 1/2 ekor atau 3/4 ekor ayam potong 4
- 4 sudu besar minyak masak
- sedikit halia
-2 ulas bawang putih
- rempah mandy
- 1500ml air
- 1 kiub pati ayam / bilis
- Garam

Cara buat:
 1. Panasakan minyak, tumis bawang putih yang telah di tumbuk. Kacau hingga garing

2. Masukkan rempah Mandy. Kacau sekejap.
3. Letakkan garam dan ayam
4. Rebuskan ayam hingga masak.


Shorba (sup)

Didihkan air stock dan masukkan secubit serbuk kunyit. Boleh di tambahkan ubi kentang, carrot dan garam. Siap !



Perapan ayam

1. Campurkan serbuk perapan ini dengan 3 sudu besar air stock, sedikit garam, 2 sudu besar minyak masak dan 2 sudu besar lemon.

2. Gaul hingga sebati

3. Perap selama 1 jam

4. Bakar atau gorengkan selama 15 minit bersuhu 160/170

Nasi Arab Ayam, Resepi Ayam, Nasi Arab Ayam Mandy, RESEPI DAN CARA MUDAH MASAK NASI MANDY ARAB AYAM HOMEMADE UNTUK 6 ORANG MAKAN

Salad Arab

Cara buat salad arab.

1. 2 biji tomato dan 1 batang timun di potong dadu
2. Hiris bawang besar dan daun ketumbar
3. Campurkan semua, tambah sedikit garam dan serbuk lada hitam
4. Siap

Nasi Arab Ayam, Resepi Ayam, Nasi Arab Ayam Mandy, RESEPI DAN CARA MUDAH MASAK NASI MANDY ARAB AYAM HOMEMADE UNTUK 6 ORANG MAKAN

Salata Arab

1. 1 biji bawang holland, 2 ulas bawang putih, 2 biji cili merah, 1 biji cili hijau, 2 biji tomato,2 sudu besar jus lemon, sedikit sos cili, 1/2 sudu kecil garam, sedikit gula dan daun ketumbar

2. Kisar semua tanpa air

3. Siap

Nasi Arab Ayam, Resepi Ayam, Nasi Arab Ayam Mandy, RESEPI DAN CARA MUDAH MASAK NASI MANDY ARAB AYAM HOMEMADE UNTUK 6 ORANG MAKAN
Nasi siap !

Nasi Arab Ayam, Resepi Ayam, Nasi Arab Ayam Mandy, RESEPI DAN CARA MUDAH MASAK NASI MANDY ARAB AYAM HOMEMADE UNTUK 6 ORANG MAKAN
Ayam goreng !

Ha..mudahkan masaknya. Sepeket ni dalam RM20 sahaja. Boleh makan sehingga 6 orang. Selamat mencuba korang !

Baca juga menu lain resepi ayam : 


DINNER NASI ARAB DI AROMA HIJRAH TTDI JAYA SHAH ALAM

DINNER NASI ARAB DI AROMA HIJRAH TTDI JAYA SHAH ALAM - Siapa suka makan Nasi Arab? Sejujurnya , mummy bukanlah penggemar nasi arab. Tapi, sekali sekala tu memang layan juga nasi arab ni ! Kisah sebelum PKP / MCO , mummy kasi throwback lah ye hehehe.

Sebenarnya, mummy dulu kerja area sini aje. Tapi, tak pernah tahu pulak ada kedai nasi arab ni. Kita lurus lah, wak ! Tak meronda mana pun. Gi kerja, balik kerja je !

Husband pun, pernah makan 1x kat sini. Bos dia belanja ke apa ntah. Mummy pun datang dinner nasi arab Aroma Hijrah TTDI Jaya ni sebab bos belanja juga. Alhamdulillah rezeki, bos suruh bawa satu family. Rezeki suami dan anak-anak nampaknya ni.

DINNER NASI ARAB DI AROMA HIJRAH TTDI JAYA SHAH ALAM





DINNER NASI ARAB DI AROMA HIJRAH TTDI JAYA SHAH ALAM ni ngatkan gathering makan-makan je. Rupanya, ada sesi pemberian hadiah pada semua agent AIA. Rezeki jugaklah mummy di tempat ke 3 tahun 2019. Tak sangka berada di tempat ke 3 untuk agensi mummy. 

Bagi mummy, tempat ke berapa tu bukan ukuran untuk berjaya lebih konsisten


Daim pun boleh layan nasi arab sini

Memang sedap menarik dan tertarik menu dia. Kalau PKP habis, boleh datang sini lagi !



Bergambar dengan rakan seperjuangan. Semua hebat-hebat !








Alhamdulillah, selesai gathering bersama family sekerja dan family keluarga memasing. Seronok juga dapat beraktiviti sebegini. Now, kita di norma baru PKP / MCO. 

Semuanya telah berubah 360 darjah ! Suka , tak suka ...kena terima hakikat . 



Selesai dinner, macam biasa daddy melayan anak-anak ke kedai runcit berhampiran. Part ni, anak-anak happy. Okay lah tu, anak-anak dah layan mummy gathering. Kini, turn anak-anak pulak lah, kan...



Oh ya...iklan sket.. Dah terlanjur cerita tentang dinner dengan agensi AIA. 

Bulan ni ada PROMO bayaran insurance PERCUMA untuk 3 bulan. Bulan ni LAST tau. Kalau berminat, boleh roger mummy NA..