Showing posts with label raya 2016. Show all posts
Showing posts with label raya 2016. Show all posts

Raya Haji 2016, Aidiladha 1437H Kami !

Masih mood raya haji 2016 1437H lagi..hehe.. Takbir pun masih ada berkumandang, kan. Tak salah,kan kalau mummy buat entri Raya Haji lagi !


Raya Haji 2016, Aidiladha 1437H Kami !

lembu..lembu ... - mulut si Dzal

Sehari sebelum raya haji, Dzal dah tengok lembu di surau depan rumah mak. Lepas tu, tak habis-habis nak pi surau. Nak tengok lembu !





Pada pagi raya haji tu, bawa Dzal, Dhia dan Bella (anak buah) pi tengok lembu korban. Terus dorang jadi takut tengok darah lembu.

Mummy terus bercerita tentang lembu di korban pada anak-anak secara ringkas. Umur 3 dan 2 tahun. Cerita banyak-banyak tentang korban kang ... mereka pening pulak.

Kiranya...itu ilmu baru buat mereka pada hari raya korban.

Raya Haji 2016, Aidiladha 1437H Kami !


Raya Haji 2016, Aidiladha 1437H Kami !
bagi chance..mak anak dua posing ye :)

Hari raya haji atau korban ni rasanya ramai dah tahu. Untuk apa, sempena apa. Betul tak.. Yang belum tahu. Jemput baca sedikit perkongsian tentang KORBAN ...

HUKUM BERKORBAN
Hukumnya SunnatMuakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
  • Islam
  • Merdeka (Bukan hamba)
  • Baligh lagi berakal
  • Mampu untuk berqurban



Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
"Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau." (Riwayat al-Turmuzi).

"Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu." (Riwayat Daruqutni)

Walaupun hukum berkorban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya." (Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)



PERLAKSANAAN IBADAH KORBAN

  • Binatang yang dikorban daripada jenis unta, lembu atau kerbau, kambing biasa yang berumur dua tahun, jika biri-biri telah berumur satu tahun atau telah gugur giginya sesudah enam bulan meskipun belum cukup satu tahun.
  • Binatang itu disyaratkan tidak cacat, tidak buta sebelah atau kedua-duanya, kakinya tidak pincang, tidak terlalu kurus, tidak terpotong lidahnya, tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga kita sayang kepadanya.
  • Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai solat 'Id dan dua khutbah pendek, tetapi afdhalnya ialah ketika matahari naik segalah pada Hari Raya Haji sehingga tiga hari sesuadah Hari Raya Haji (hari-hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)
  • Daging korban sunnat, orang yang berkorban disunnatkan memakan sedikit daging korbannya. 



Pembahagian daging korban sunnat terdapat tiga cara yang utamanya adalah mengikut urutan sepererti berikut:


1. Lebih utama orang yang berkorban mengambil hati binatang korbannya dan baki seluruh dagingnya disedekahkan

2. Orang yang berkorban itu mengambil satu pertiga daripada jumlah daging korban, dua pertiga lagi disedekahkannya.

3. Orang yang berkorban mengambil satu pertiga daripada jumlah daging, satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada orang yang mampu. Sabda Rasullullah s.a.w: "Makanlah oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah."

HIKMAH DAN FADHILAT KORBAN

  • Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
  • Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
  • Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
  • Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
  • Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.

Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."

INFO : ibadah-qurban-dan-aqiqah



Raya Haji 2016, Aidiladha 1437H Kami !
Selesai semuanya..kita makan dulu..



Raya Haji 2016, Aidiladha 1437H Kami !
Daddy of two :)

Raya Haji 2016, Aidiladha 1437H Kami !
Keluarga kecil kami :)


Raya Haji 2016, Aidiladha 1437H Kami !

Raya Haji 2016, Aidiladha 1437H Kami !
Fefeling romantika di Aidiladha !

Raya Haji 2016, Aidiladha 1437H Kami !


Raya Haji 2016, Aidiladha 1437H Kami !

Last but not least, bergambar sekeluarga dengan mak abah. Raya Haji baru dapat posing. Sebab raya puasa aritu...balik rumah sebelah suami.

Bergambar sakan dengan keluarga besar menggunakan GoPro Hero 4, yang en asben hadiahkan pada hari jadi mummy tahun lepas. Lama nau mummy simpan Go Pro. 

Dok posing guna kamera telefon je selalunya. Sebenarnya sayang pun ada ...nak pakai huhu. Jangan marah, daddy ye !

Raya Haji kali ini, tema purple untuk keluarga kecil kami.. Kami rotate je baru raya Aidilfitri aritu.

SALAM AIDILADHA 1437H MAAF ZAHIR BATIN

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Salam Aidiladha 1437H. Mesti semua bersiap lawa-lawa dan makan sedap-sedap di Hari raya Aidiladha 1437H. Manakala yang menunaikan Haji rukun Islam kelima sudah selamat menjalani ibadat Haji. Alhamdulillah.

SALAM AIDILADHA 1437H MAAF ZAHIR BATIN


SALAM AIDILADHA 1437H MAAF ZAHIR BATIN


Disini mummy sekeluarga ingin memohon :-

*Maaf* sekiranya pernah menyakiti,
*Maaf* sekiranya pernah menghina,
*Maaf* sekiranya pernah terkasar,
*Maaf* sekiranya pernah membohongi,
*Maaf* sekiranya pernah menyinggung,
*Maaf* sekiranya pernah mengumpat,

Menjelang 10 Zulhijjah 1437 ini kami sekeluarga juga memohon kemaafan kepada semua sekiranya kami pernah melakukan kesalahan.

Sesungguhnya yang buruk datang dari diri kami ini sendiri dan yang baik sentiasa dari  *اللهِ*

*kami akan sentiasa memaafkan semua kerana memaafkan itu lebih baik dari meminta kemaafan*

Selamat Hari raya haji

😍
*Daddy..Dhia..Dzal..Mummy*

KOLEKSI LosraVelda BAJU RAYA PALING CANTIK DI DUNIA YANG MENJADI FENOMENA DI ASIA


BAJU RAYA PALING CANTIK DI DUNIA YANG MENJADI FENOMENA DI ASIA 

KOLEKSI LosraVelda BAJU RAYA PALING CANTIK DI DUNIA YANG MENJADI FENOMENA DI ASIA | Orang kata tak kenal maka tak cinta, bila dah kenal dengan koleksi LosraVelda Baju Raya Paling Cantik di Dunia yang menjadi fenomena di Asia. Mulalah, mummy menggelupur ! Tidur tak lena di buatnya ! Sebab apa? Ha... kene baca entri bicara mummy ini sampai habis mengenai koleksi LosraVelda Baju Raya Paling Cantik di Dunia yang menjadi fenomena di Asia.




Syawal Showcase Raya 2016 yang memperagakan pakaian Koleksi Fesyen Terkini Pakaian Raya 2016 - Baju Raya Paling Cantik Di Dunia dari LosraVelda



Koleksi Fesyen Terkini Pakaian Raya 2016 dari LosraVelda Baju Raya Paling Cantik Di Dunia - Pesonakan Rayamu #losraveldaraya2016 | Ha..gitu trademark LosraVelda ! Menarikkan? Pada pengikut instagram dan facebook personal mummy. Mesti tahu tentang teaser aktiviti ini, kan? Mummy ada update serba sedikit tentang Koleksi Fesyen Terkini Pakaian Raya 2016 - Baju Raya Paling Cantik Di Dunia dari LosraVelda #losraveldaraya2016. Nak update banyak-banyak jenuh nanti nak kene skroll baca. Jadi, cerita penuhnya..seperti biasa. Wajib masuk dalam blog ! Gituuu... Koleksi Fesyen Terkini Pakaian Raya 2016 - Baju Raya Paling Cantik Di Dunia dari LosraVelda ini telah di pergakan di Majlis Syawal Showcase 2016 yang bertempat di Glass House Seputeh, Kuala Lumpur. Mummy sekeluarga di berikan peluang untuk menghadirkan diri ke Majlis berprestij Syawal Showcase Raya 2016 yang memperagakan pakaian Koleksi Fesyen Terkini Pakaian Raya 2016 - Baju Raya Paling Cantik Di Dunia dari LosraVelda



MENGENAI LosraVelda


Tagline LosraVelda "Baju Raya Paling Cantik Di Dunia" 




LosraVelda di asaskan oleh seorang usahawan muda, iaitu Puan Puteri Emira, 23 tahun dan suami. Muda dah berjaya kan ! Peramah dan tidak sombong mereka berdua ini. Alhamdulillah, mungkin ini rahsia kejayaan beliau. Tahniah mummy ucapkan !

Sebelum mummy belanja gambar-gambar Koleksi Fesyen Pakaian Raya 2016 dari LosraVelda. Jom baca serba sedikit mengenai LosraVelda, mesti ramai nak kenal LosraVelda dengan lebih dekat,kan ? :-

LosraVelda is a head-to-toe shopping destination for modern-modest fashion. LosraVelda is an independent brand based in Commercial Centre Section 7, Shah Alam, Selangor, Malaysia that offers you latest trends and high quality products at the best price. By combining simple yet chic and elegant design with quality apparel, LosraVelda strives to create comfortable, timeless clothing. Almost a year in the making, the brand represents affordable modest elegance wear and everything in between. If you are down with simple and modest yet elegant-trendy style, you are down with LosraVelda.

LosraVelda adalah destinasi membeli-belah untuk fesyen moden yang sederhana. LosraVelda merupakan jenama bebas yang berpangkalan di Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, Malaysia yang menawarkan trend terkini dan produk berkualiti tinggi pada harga yang terbaik. Dengan menggabungkan reka bentuk lagi bergaya dan elegan yang mudah dengan pakaian yang berkualiti, LosraVelda berusaha untuk mewujudkan selesa, pakaian abadi. Hampir satu tahun dalam pembuatan, jenama mewakili berpatutan memakai keanggunan sederhana dan segala sesuatu di antara. Jika anda turun dengan gaya elegan-bergaya ringkas dan sederhana, anda turun dengan LosraVelda.


Sekitar Majlis Fashion Show - Syawal Showcase Raya 2016 yang memperagakan pakaian Koleksi Fesyen Terkini Pakaian Raya 2016 - Baju Raya Paling Cantik Di Dunia dari LosraVelda

Antara koleksi yang ada pada Syawal Showcase Raya 2016 dari LosraVelda Baju Raya Paling Cantik Di Dunia ialah jenis Abaya, Kebaya dan Kurung. Dari pandangan mummy, koleksi LosraVelda ini sangat elegan. Harga? Mestilah berpatutan !

Jom kita lihat koleksi LosraVelda Baju Raya Paling Cantik Di Dunia di Syawal Showcase Raya 2016:-


















Baju Raya Paling Cantik Di Dunia dari LosraVera untuk Plus Size pun ada, tau. Bagi yang berbadan besar, jangan sedih...LosraVerda ada ! Jom cantik bersama-sama ! ;)





Mummy tak sangka rupanya, ramai juga artis yang menghadiri majlis ini. Sempat juga lah kami berselfie bersama beberapa artis. 


Bersama pelakon DIA SEMANIS HONEY - Nadya







Hrm...agak-agak daddy pilih Baju Raya Paling Cantik Di Dunia LosraVelda yang mana untuk mummy ye? Hehehehe. Jangan pilih model LosraVelda utnuk mummy tau ! Pilih koleksi Baju Raya Paling Cantik Di Dunia LosraVelda je !


KOLEKSI RAYA AIDILFITRI 2016 DARI LosraVelda


Syawal Showcase Raya 2016 yang memperagakan pakaian Koleksi Fesyen Terkini Pakaian Raya 2016 - Baju Raya Paling Cantik Di Dunia dari LosraVelda
LosraVelda - Akela Abaya 


Syawal Showcase Raya 2016 yang memperagakan pakaian Koleksi Fesyen Terkini Pakaian Raya 2016 - Baju Raya Paling Cantik Di Dunia dari LosraVelda
LosraVelda - Akela Abaya 

Syawal Showcase Raya 2016 yang memperagakan pakaian Koleksi Fesyen Terkini Pakaian Raya 2016 - Baju Raya Paling Cantik Di Dunia dari LosraVelda
LosraVelda - Akela Kebaya

Syawal Showcase Raya 2016 yang memperagakan pakaian Koleksi Fesyen Terkini Pakaian Raya 2016 - Baju Raya Paling Cantik Di Dunia dari LosraVelda
LosraVelda - Akela Kebaya

Syawal Showcase Raya 2016 yang memperagakan pakaian Koleksi Fesyen Terkini Pakaian Raya 2016 - Baju Raya Paling Cantik Di Dunia dari LosraVelda
LosraVelda - Amra Abaya 


Syawal Showcase Raya 2016 yang memperagakan pakaian Koleksi Fesyen Terkini Pakaian Raya 2016 - Baju Raya Paling Cantik Di Dunia dari LosraVelda
LosraVelda - Amra Abaya 

Syawal Showcase Raya 2016 yang memperagakan pakaian Koleksi Fesyen Terkini Pakaian Raya 2016 - Baju Raya Paling Cantik Di Dunia dari LosraVelda
LosraVelda - Azka Kurung


Syawal Showcase Raya 2016 yang memperagakan pakaian Koleksi Fesyen Terkini Pakaian Raya 2016 - Baju Raya Paling Cantik Di Dunia dari LosraVelda
LosraVelda - Azka Kurung

Syawal Showcase Raya 2016 yang memperagakan pakaian Koleksi Fesyen Terkini Pakaian Raya 2016 - Baju Raya Paling Cantik Di Dunia dari LosraVelda
LosraVelda - Cardigan Callista 

Syawal Showcase Raya 2016 yang memperagakan pakaian Koleksi Fesyen Terkini Pakaian Raya 2016 - Baju Raya Paling Cantik Di Dunia dari LosraVelda
LosraVelda - Cardigan Callista

LosraVelda - Elora Abaya

LosraVelda - Elora Abaya

LosraVelda - Jamia Abaya

LosraVelda - Jamia Kurung

LosraVelda - Measurement

LosraVelda - Nourah Abaya

LosraVelda - Nourah Abaya

LosraVelda - Nourah Kurung

LosraVelda - Nourah Kurung

LosraVelda - Nourah Kurung

Lawa-lawa, kan Koleksi Raya 2016 dari LosraVelda. Mummy pun rambang mata wei..

KOLEKSI SCARF - TUDUNG LosraVelda


Syawal Showcase Raya 2016 yang memperagakan pakaian Koleksi Fesyen Terkini Pakaian Raya 2016 - Baju Raya Paling Cantik Di Dunia dari LosraVelda





Tema Raya 2016 mummy sekeluarga adalah tema purple..nak pilih tudung yang putih purple atau purple gelap tu ye? huhuhu. Mummy dah tengok semua secara live, memang lawa tudung ini, nampak ceria dan ekslusif !





Kebanyakan koleksi raya 2016 ini adalah pre-order, dan agak terhad. Siapa cepat dia dapat ! Pre-order pula serendah RM50 sahaja. Ada pulak diskaun hebat ! Tak percaya? Jom ke butik LosraVelda atau hubungi LosraVelda sekarang !! :-



LosraVelda
No.65, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 
40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
(Bersebelahan dengan Jakel, Shah Alam)



LosraVelda di : Fashionvalet
LosraVelda di : Zalora
LosraVelda di : Lazada