Showing posts with label raya 2019. Show all posts
Showing posts with label raya 2019. Show all posts

OPEN HOUSE RAYA 2019 RUMAH LILY KAWAN SEKOLAH MENENGAH

OPEN HOUSE RAYA 2019 RUMAH LILY KAWAN SEKOLAH MENENGAH - Sebelum perabihnya Syawal. Esok last raya kan ! So, meh lah marathon kisah OPEN HOUSE RAYA kami. This year baru nak rajin pi beraya. Dan rajin nak pi OPEN HOUSE. Tapi kami pi hat dekat-dekat je. Mana yang jauh tu ampun tak dapat pi. Cerita kali ini OPEN HOUSE RAYA 2019 RUMAH LILY KAWAN SEKOLAH MENENGAH (seasrama)

OPEN HOUSE RAYA 2019 RUMAH LILY KAWAN SEKOLAH MENENGAH






OPEN HOUSE RAYA 2019 RUMAH LILY KAWAN SEKOLAH MENENGAH best. Ada nasi dagang, satay, kuih, laksa dan banyak lagi. Mummy makan satay dan nasi dagang. Anak-anak macam-macam makan juga !

Rumah kami sebenarnya dalam 15 minit je. Tapi ...3 tahun jugak tak jumpa. Sebab memasing ada komitment sendiri. Kerja, keluarga dan lain-lain.

Tunggu dah pencen kot, boleh lah gathering balik hahaha.

Dah 21 tahun rupanya persahabatan kami. Allahu rasa macam baru je daftar sesama masuk asrama ! Hehe. Fefeling umur 16 tahun gitu kan. Sekolah dulu kami lain course. Lily amek Electrical Engineering. Manakala mummy aliran Civil Engineering. 


Lily masih cantik, lawa dan kurus. Ai si jeles. So kita amek posisi bergambar paling belakang je lah hahaha.

Teknik nampak kurus kekdahnya hahaha.



Daim makan satay sket, biasalah budak ni tengok orang ramai. Nak main aje

Bawa iPad ke mana-mana untuk elakkan anak kami ke sana sini dalam rumah orang, ketika beraya.

Kakak pn makan satay jugak !


GANDAKAN DUIT RAYA ANAK SECARA COMPOUNDED !

GANDAKAN DUIT RAYA ANAK SECARA COMPOUNDED ! - Assalamualaikum ! Salam Syawal semua ! Bila cerita bab Syawal ini, mesti nak cerita tentang duit raya anak kami. Orang kata sekadar berkongsi ilmu ! Eh...eh tentang duit raya anak kami, mummy dah ceritakan dah pun di SINI. Hidup ini ada banyak jalan kita boleh pilih. Nak berkongsi atau tidak ! Nak senang, nak susah ! Nak ada duit, tak nak ada duit ataupun mahukan gandakan duit yang ada. Entri mummy kali ini, bukanlah entri 'menjual' , sekadar perkongsian sahaja. Teringat dahulu semasa kerja di bidang perbankan. Mummy kerap educate people tentang investment dan compounded dividend pada low risk. Kiranya risiko tak tinggi. Kalau dah nama pelaburan ini tak kira ASB, ASN atau apa sahaja. Memang di panggil 'risiko'. Tapi, seperti yang semua orang tahu ASB (di asaskan oleh kerajaan) nilai belian dan jualannya adalah tetap sebanyak RM1 yang membezakannya adalah dividen dan risiko lain. Mummy suka ASB sebab dividend tak pernah menghampakan ! Walau tak banyak, tapi tak pernah sedikit ! Berbalik GANDAKAN DUIT RAYA ANAK SECARA COMPOUNDED ! Macam mana? Ok jom baca....


GANDAKAN DUIT RAYA ANAK SECARA COMPOUNDED !


GANDAKAN DUIT RAYA ANAK SECARA COMPOUNDED ! Mummy harap ianya tak terlambat untuk mummy kongsikannya, mungkin ada yang tahu tentang compunded interest / compounded dividend ni. Mungkin juga ada yang belum tahu. Bagi yang tak tahu, jom kita praktikkan dari sekarang. Investment paling mudah dan investment yang kita boleh kawal sendiri mengikut berapa yang kita nak simpan !

SIMPAN RM200, DAPAT  RM5,929.41


Ini adalah anggaran (jika simpanan di lakukan awal tahun dan konsisten tanpa pengeluaran), tapi insyaallah nilainya tak beza mana dari semasa ke semasa. Jangan samakan ye simpanan ini dengan unit trust atau lelain. Mummy juga mempunyai simpanan unit trust tapi unit trust ini lain, harga belian dan jualan juga berbeza dari semasa ke semasa. Manakala, risiko dia medium to high risk (kalau tak faham boleh google).

Ilustrasi di bawah contoh terdekat adalah ASB. Di mana nilai beli dan nilai jual tetap pada kadar RM1. Dividend pula, mummy letak 7% walau hakikatnya dividend tahun lepas melebihi 7%



Contoh di atas jika anak berumur 1 tahun, dan kita boleh buat bajet simpanan yang anak akan ada pada umurnya 15 tahun nanti.

Baki pembukaan : RM200
Simpanan : RM200 setahun (duit raya setahun sekali kononnya dapat)
Dividend : 7% setahun
Simpan selama 15 tahun
Jumlah simpanan : RM5,929.41

SIMPAN RM200, DAPAT  RM3,559.20


Manakala, jika kita menyimpan duit raya anak dalam bank biasa atau tabung haji (dividend tahun 2018 sebanyak 1.25%)

Baki pembukaan : RM200
Simpanan : RM200 (setahun, kekononnya duit raya anak setahun sekali je simpan)
Dividend : 1.25% setahun
Simpan selama 15 tahun
Jumlah simpanan : RM3,559.20

SIMPAN RM1000, DAPAT  RM8,136.64


Baki pembukaan : RM1000
Simpanan tahunan : RM200
Dividend : 7% setahun
Simpan selama 15 tahun
Jumlah simpanan : RM8,136.64

SIMPAN RM200, DAPAT  RM16,200.90


Baki pembukaan : RM200
Simpanan bulanan : RM50
Dividend : 7% setahun
Simpan selama 15 tahun
Jumlah simpanan : RM16,200.90

Kalau kita yang dewasa ni pula, mummy suka suggests ASB loan... sebab bank dah dulukan duit (bentuk sijil ke ASB). 

Contoh jika loan ASB RM100,000. Kita bayar setahun ke bank tak sampai pun RM100K. 

Tapi dividend hujung tahun, kita akan dapat dari RM100K. Lebih kurang RM7K (jika dividend 7%). Aummsssss ! 

Tak pakai dividend tu? Simpan je dalam ASB? Mak aiiii, bergandalah duit dalam ASB.

Syiokkan ! 

Nak apply ASB loan boleh pi memana bank, kalau dulu korang boleh amek dengan mummy. Sekarang mummy tak handle dah segala loan ! Kita buat sesi sharing aje lah. Kalau mummy rajin lah ye !

Selamat menyimpan !

8 SYAWAL, DAIM KE HOSPITAL SHAH ALAM

8 SYAWAL, DAIM KE HOSPITAL SHAH ALAM - Rentetan kisah Daim Naufal demam dari raya ke 4 (4 Syawal) hinggalah ke 8 Syawal. Antibiotik yang di ambilnya seakan-akan tak jalan ! Demam Daim masih pada suhu 39 darjah celcius ! Daim dah mula tak ada selera makan. Terbaring lesu aje !



8 SYAWAL, DAIM KE HOSPITAL SHAH ALAM




Malam lepas balik dari kerja. Lekas-lekas kami bersiap dan terus bawa Daim ke klinik yang kami datang pada malam 5 Syawal (raya ke-5).

Apabila masuk berjumpa doktor, doktor terus masukkan ubat bontot. Malangnya, Daim berak pulak hahha. Dah masuk 3x Daim berak hari tersebut. Pity u Daim !

Selepas cuci po-po Daim, Sesi memasukkan ubat punggung dan sesi ambil darah di teruskan.

Result darah semua clear, tak ada problem. Tapi, doktor kata dada Daim ada bunyi dan kes Daim di refer ke hospital.




Surat refer Daim, kami terus balik rumah dulu selepas dapat surat ini. Untuk hantar Dhia dan Dzal dulu ke rumah sebelum bawa Daim ke hospital.


Bahagian emergency mengatakan masa untuk menunggu adalah dari 5- 7 jam. Beratabahlah Daim ye !



Untuk elakkan kebosanan Daim. Mummy bawa Daim tengok ambulans, jalan-jalan dalam Hospital Shah Alam :)

Apabila nama Daim di panggil, Daim di cek sekali lagi suhunya, nadinya. Kemudian, buat pembayaran RM1 untuk mendaftar.

Dan, kembali menunggu lagi untuk berjumpa dengan doktor. Lebih kurang 1 jam, nama Daim di panggil untuk berjumpa dengan doktor.

Daim di arahkan untuk di ambil darah dan membuat X-Ray. Total menunggu juga lebih kurang 1 jam untuk 1 prosedur.




Selesai ambil darah dan X-Ray kami di minta menunggu di ruangan zon kuning. Di sini, Daim dapat rehat sket. Mummy dapat tidurkan Daim sehingga doktor datang untuk memberitahu result Daim.

Mata mummy pun dah rabak, dah pukul 4 pagi kot !




Dalam 4.30 pagi doktor datang kepada kami dengan memberitahu kondisi Daim Naufal boleh dimonitor di rumah sahaja. Kami di bekalkan 2 botol antibiotik (read: botol kedua dan ketiga antibiotik untuk Daim) dan perlu di habiskan !

Kami pun pulak ke rumah jam 5 pagi (setelah ambil ubat). Mata rabak, jangan cakaplah...8 pagi bos dah wasap tanya datang kerja ke idak ! Yes, bos ai datang okay ! Kalau i tidur kat ofis. Jangan marah naaa !

12 tengah hari, memang mata tak tahan terus tidur sahaja di meja kerja sehingga habis waktu rehat !

RAYA KETIGA MANDI MANDA DI GOLF RESORT BUKIT JANA TAIPING

RAYA KETIGA MANDI MANDA DI GOLF RESORT BUKIT JANA TAIPING  - Raya ketiga 5 dari 7 adik beradik sebelah suami dah ada. Seperti biasa, aktiviti depa setiap kali berkumpul, akan buat aktiviti memancing. Tapi, sebelum depa pi mancing. Semua akan bawa bini dan anak-anak beriadah terlebih dahulu. So, RAYA KETIGA ini, aktiviti kami di waktu siang ialah MANDI MANDA DI GOLF RESORT BUKIT JANA TAIPING 

RAYA KETIGA MANDI MANDA DI GOLF RESORT BUKIT JANA TAIPING 



RAYA KETIGA MANDI MANDA DI GOLF RESORT BUKIT JANA TAIPING  - bergambar satu family adalah wajb! Tema raya ketiga pakai apa yang ada mix and match sebab daddy dan anak-anak dah pakai baju baru pada malam raya kedua.

Apa pun, masih boleh sedondon ! Sedondon ni nampak kemas sebenarnya. Cuma, bukan senang nak sentiasa sedondon ni !


Sebelum pi MANDI MANDA DI GOLF RESORT BUKIT JANA TAIPING 


Layankan bebudak n usu photoshoot. Mummy lah photoG depa !

















Sessi mandi bermula ! Memasing happy tak ingat ! Daim pun dari tak nak mandi. Sampai tak nak keluar kolam ! Hahaha


Seronok lepak sini. Tapi ada banyak monyet pulak. Lapar agaknya ! Tapi ummi long ni steady je ! Demi nak jaga barang, takut kena bawa lari dik monyet !

Baca juga :







RAYA KEDUA MALAM, BERAYA RUMAH BFF DADDY

RAYA KEDUA MALAM, BERAYA RUMAH BFF DADDY - Daddy bukan sejenis rajin nak pi beraya rumah orang. Ni sebab BFF nya dok whatsapp ajak datang berkali-kali. Maka, datang jugaklah ! Rumah ni, antara rumah wajib beraya setiap tahun kat Taiping. Sebab tak jauh dari rumah daddy !

RAYA KEDUA MALAM, BERAYA RUMAH BFF DADDY




Menu makanan raya depa best ! Ada satay, ayam bakar, nasi arab. Nasib baik Daim ajak pi depan. Kalau tak, mau berpinggan mummy makan tu ha !


Dzal siap tertidur lagi  ! Penat main dengan cousin lah tu ! Daim dah mula melasak, so ubat bagi duduk diam. Bukakan YouTube untuk sementara waktu !



Dhia amekkan gambar. Gegau 10 skala ritcher ke apa ni ntah hahaha


Simpan buat kenangan !







Siap makan, boleh pulak semua anak-anak buah Fizah ni keluar. Dah jadi geng main pulak depa hahaha ! Terus segar memasing !

Terima kasih Fizah & Jerry ! Sentiasa invite datang rumah Taiping !


Baca juga :






RAYA KEDUA DI AEON TAIPING TEMA PINK BELACAN

RAYA KEDUA DI AEON TAIPING TEMA PINK BELACAN  - As usual, bulan Syawal ini..pastinya cerita tentang raya aje lah ! Cerita 1 Syawal dah up dalam blog. Kisah 2 Syawal, 3 Syawal tak siap lagi. Hehe. Biasalahkan raya ! Sibuk ! Lepas tu, Daim demam, mummy demam dan sekarang DHia dan Dzal pulak demam ! Mood nak update memang ke laut lah. Kepala pening ting tong !

RAYA KEDUA DI AEON TAIPING TEMA PINK BELACAN 




RAYA KEDUA DI AEON TAIPING TEMA PINK BELACAN - Antara aktiviti wajib ke AEON Taiping ni kalau kami balik Taiping. Bulan puasa daddy tak larat nak tawaf mall. Sempat ke TESCO Taiping je lah. Anak-anak sibuk nak cari bahan buat cornflakes madu, shopping subang baru Dhia, dan beli air untuk rumah Taiping.




Bukan senang nak dapatkan tona warna pink belacan yang sama tau. Hehe dari awal lagi, kira-kira 3-4 bulan sebelum raya mummy dah round shopping mall untuk cari baju matching.

Alhamdulillah nasib baik dapat !

Lepas setel bab baju, cari pulak tudung. Nasib baik tudung Nealofar ada banyak range color. Anak tudung pulak memang dari awal dah beli kat dUCk masa sales tahun lepas. 

Just mix and match je !







Dzal dan Daim sampai sudah tak jumpa plain color pink belacan. Tapi nampak gaya warna ni boleh match. So, kitorang bagi depa berdua ni sedondon !


Misi sebenarnya, ke AEON Taiping adalah untuk mencari mainan bebudak ini, daddy memang suka rewards depa dengan mainan. Mummy memang peninglah! Banyak sangat mainan ada dalam rumah.


Daim pun pandai pilih mainan, nak lori besar aje !



Dhia memilih sedikit, Dhia cakap banyak mainan tak best kat sini huhu !



Mummy pulak, jalan-jalan kawasan baju budak-budak je lah !



Daddy melayan anak-anak  !



Daim mula rambang mata, semua dia nak ! Pakej minta buka pulak tu ! Adoiiii



Mummy betul-betul pening ! Tak tahu mainan apa nak pilihkan untuk depa !








Okay settle memasing dah siap pilih dan mana approved by daddy je boleh beli ! Daim beli lori  dengan kereta siap dalam tu. Jenama Tomica ke apa ntah. Beratus oiii !


Dhia pilih baby doll dalam car seat !


Cousin depa sorang ni pun amek mainan sama Dhia




Thank you daddy ! Moga murah rezeki selalu ya !


Lepak Johnnys ! Malas nak masak dah, nanti balik dah tidurkan Daim pulak ! Daim siap buka dah lori dia tu !








Kebetulan Mak yang pun singgah AEON Taiping so...makan sekali lah 2 keluarga di sini ! Lama juga tak makan Johnny's .

Sedapp pulak layan sup pepanas :)


Baca juga :