Showing posts with label ultrasound. Show all posts
Showing posts with label ultrasound. Show all posts

Penting Ke Ultrasound NT Scan 2D 3D Pada Kehamilan 12 Hingga 13 minggu?

Dah anak masuk tiga baru ada knowledge tentang Ultrasound NT Scan 2D 3D, pada asalnya mummy blur juga kenapa agaknya Ms Jezzlyn - Sonographer Sonovision ini buatkan appointment Ultrasound NT Scan 2D 3D kehamilan 12 - 13 minggu. Penting ke Ultrasound NT Scan 2D 3D pada kehamilan 12 - 13 minggu ?


Penting Ke Ultrasound NT Scan 2D 3D Pada Kehamilan 12 Hingga 13 Minggu?




Scan kali ini, bawa anak-anak pula. Nak bagi mereka nampak baby dalam perut. 

NT Scan ini mengambil masa yang lama sedikit. Sebab bacaannya perlu di ambil ketika bayi dalam perut statik. 

Baby kitorang ni aktif sangat, siap lambai-lambai tangan masa NT Scan tempoh hari. Macam tau-tau je kakak dan abangnya ada.

Sebelum mummy cerita panjang. Mesti ada yang nak tahu apakah ia Ultrasound NT Scan ni.

Entri sebelum ini, dating scan mummy dengan Sonovision berjalan dengan lancar.  Dating scan pada trimester pertama ketika mummy hamil lebih kurang 7 minggu. Ianya bertujuan untuk mengesahkan janin masih hidup, untuk tetapkan usianya, mengesahkan denyutan jantung bayi dan juga untuk mengukur panjang bayi.

Alhamdulillah bayi dalam kandungan mummy sihat.

Trimester kedua ini pula, mummy telah menjalani Ultrasound NT Scan 2D 3D.


Mengikut bayi-ibu.com NT Scan iaitu Nuchal Translucency ini tujuannya untuk mengukur kawasan cecair di bawah kulit leher janin dan kehadiran tulang hidung. Tulang hidung merupakan penanda (soft marker) untuk keabnormail kromosom.

Ianya boleh mengesan hampir 90% masalah genetik seperti sindrom down.

Haaaa...penting tak agak-agaknya NT Scan ini?




Ms Jezzlyn minta mummy dtang pada kehamilan 12 -13 minggu kerana pada waktu ini bacaan NT Scan tepat

NT SCAN ini di sarankan bagi wanita :

  • Ada mengambil ubat-ubatan atau dadah merbahaya
  • Mempunyai sejarah keluarga kecacatan kelahiran tertentu
  • Mengandung pada lewat usia, iaitu 35 tahun dan keatas
  • Ada menggunakan insulin yang disebabkan kencing manis
  • Mempunyai jangkitan virus semasa hamil
  • Terdedah kepada radiasi yang tinggi



Video NT Scan di SONOVISION

Bagaimana Ketepatan ujian NT Scan ini?

  • NT Scan boleh mengesan hampir 90% masalah genetik terutamanya SIndrom Down
  • Bacaan NT yang tinggi ( 2.5 - 3mm) dan tulang hidung tiada kelihatan meningkatkan risiko SIndrom Down
  • Untuk Lebih tepat Ujian lain akan di jalankan selepas NT Scan


Alhamdulillah bacaan ujian NT Scan baby D ialah 1.4mm.


Thank you to my favorite Sonographer - Ms Jezzlyn. Jumpa lagi next appointment :)


CARA BUAT APPOINTMENT ULTRASOUND SCAN DI SONOVISION

Bagi yang nak buat appointment di Sonovison Kelana Jaya ini. Boleh ikut langkah-langkah booking scan ultrasound ini :-

1) Like Facebook : 5D scan Sonovision https://www.facebook.com/SonovisionUltrasound/
2) Klik "Make Online Booking"
3) Pilih Sonographer professional / trainer / 5D scan
4) Isikan tarikh dan masa temujanji
5) Isi butiran yang dikehendaki
6) Tekan butang "Make Appointment"
7) Hadirkan diri temujanji dan selamat berdating dengan baby :)

Booking ini un PERCUMA je. Tak perlu bayar.

Selanjutnya boleh layari:


Sonovison Ultrasound
H01-2, Plaza Kelana Jaya
Jalan SS7/13 47301 Petaling Jaya Selangor
Email : sonovisionultrasound@gmail.com
03-74503183


Waze : TKM Blades Malaysia Plaza Kelana Jaya

SONOVISION KELANA JAYA, 2D SCAN ULTRASOUND PERCUMA PADA AWAL KEHAMILAN

Sonovision menawarkan scan ultrasound PERCUMA untuk awal kehamilan. Menarik tak, bila dapat scan ultrasound PERCUMA? Mummy teringat zaman mengandungkan Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry. Tak ada scan ultrasound percuma masa tu. Melainkan scan ultrasound di Klinik Kerajaan je lah kan boleh dapat PERCUMA. Cumanya, kalau scan ultrasound di Klinik Kerajaan, awal kehamilan tak nampak apa pun sangat, ukur pajang lebar pun semua tak dapat. Dan ada setengah KK tak buat scan ultrasound ini. Beza pula dengan Sonovision Ultrasound ini. Awal kehamilan pun boleh nampak ! PERCUMA untuk awal kehamilan lak, tu !

Sonovision Scan Ultrasound, Sonographer Jezzlyn


Mummy dan Jezzlyn

Sebab tu dulu kala, mummy suka pi buat scan ultrasound dengan Sonographer, Jezzlyn. Dedua anak kami, buat scan ultrasound dengan Sonographer Jezzlyn. Siapa Jezzlyn? Jezzlyn ialah Sonographer dan beliau sebenarnya adalah pemilik Sonovision Ultrasound. 


PENGALAMAN KE SONOVISON UNTUK SCAN ULTRASOUND PERCUMA



Sonovision terletak di Plaza Kelana Jaya berdekatan juga dengan kompleks latihan MAS (Malaysia Airlines, Kelana Jaya). Tempat meletakkan kereta pun ada di sediakan.



Sonovision berikan perkhidmatan PERCUMA untuk scan ultrasound bagi usia kandungan  5 hingga 10 minggu.



Sessi perjumpaan pertama ini di panggil sebagai "Dating Scan"


Walaupun scan pada usia awal kehamilan 5 hingga 10 minggu. Mummy masih lagi teruja ! Dah anak masuk 3 orang pun teruja,ke?

AZLINDA ALIN MENGANDUNG?



Eh, mummy mengandung ke? Ops...pecah tembelang di sini ya ! Tak boleh simpan rahsia betul, lah mummy ni kan?



Oleh kerana, entri blog mummy ini lebih pada parenting. Tak syiok la kan. Kalau  mummy tak share bab SCAN ULTRASOUND PERCUMA ni. 



Mummy nak semua pembaca blog mummy boleh dapatkan scan ultrasound percuma di Sonovision untuk tempoh kehamilan 5 hingga 10 minggu ini.



Berbalik pada kes mummy mengandung, ke?



Ya..mummy mengandung anak nombor 3 sekarang. Alhamdulillah ..syukur. (Mohon doa baik-baik untuk kami dan anak dalam kandungan ini supaya sihat walafiat ya) 



Surprise sangat tau kali ini. Mummy terkejut bila dapat tahu sedang mengandung.



Ye lah kan, mummy kan ambil perancang keluarga. Tapinya, tak displin. Maka...jeng..jeng..jeng lah jawabnya hehehehe.



Macamana dapat tahu mengandung?



Ada satu hari tu, terasa nak beli preganancy test. Sebab badan asyik tak sihat je. Baju dan seluar pun dah macam sendat balut buah nangka je,kan. Tapi, sebelum tu minta permission daddy dulu. Once, setuju..mummy pun beli pregnancy test dan buat ujian air kencing sendiri.






Ya Allah..positif ! Terus whatsapp asben laju-laju dalam toilet tu juga. Nak buat cemana katanya, dah rezeki kan. 

Lepas dapat tahu, terus ke Klinik Kesihatan Kajang untuk check up. Senang buka buku terus.

Bila nurse tanya, bila last period. Mummy tak ada jawapan sebab, mummy yakin tak akan mengandung. Huhu..jadi tak rekod bila last period. Dan, tak tahu lah berapa usia kehamilan mummy masa itu. Scan pun, tak nampak apa lagi.



Tak puas hati lagi...pergi pula cari pregnancy test digital. Maksimum 3+, tapi dalam kertas tu bagi tahu kandungan mungkin dalam 5 minggu.



SCAN ULTRASOUND DI SONOVISION KELANA JAYA




Penting bab EDD due date bersalin. Jadi, kami terus bookong appointment dengan Jezzlyn, untuk dating 2D scan ultrasound PERCUMA ni.




Setelah Jezzlyn buat scan ultrasound, alhamdulillah dapat EDD anak kami nombor 3. Iaitu pada 9 Julai 2017 Insyaalah. Oleh kerana mummy bersalin secara ceaserian. Kemungkinan tarikh bersalin awal 2 -3 minggu. Samada beberapa hari sebelum raya atau sedang raya Aidilfitri.



Scan Ultrasound ini seronok sangat. Seronok sebab dapat melihat wajah kesayangan kita ketika mereka dalam perut. Walaupun panjangnya baru 1.33cm ketika usianya 7 minggu 4 hari (2D scan ultrasound pada 24 November 2016) Comel je dengar heartbeat nya pada bacaan 153. Jezzlyn beritahu, semuanya berada dalam keadaan normal. 




Alhamdulillah !

Ish..geram dan tak sabar untuk next scan ultrasound !! 

Anak nombor satu dan dua dulu, segala jenis scan ultrasound 2D, 3D, 4D mummy buat dulu. Cumanya, dulu tak ada scan ultrasound 5D, sekarang dah ada...issh...teruja pula nak buat scan ultrasound 5D ini.



Scan ultrasound 5D ini hanya ada di Sonovision. Canggih betul Sonovision ultrasound ini, kan?

BAGAIMANA NAK BOOKING DENGAN SONOVISION PREGNANCY ULTRASOUND?


Langkah-langkah booking scan ultrasound dengan Sonovision :-

1) Like Facebook : 5D scan Sonovision https://www.facebook.com/SonovisionUltrasound/
2) Klik "Make Online Booking"
3) Pilih Sonographer professional / trainer / 5D scan
4) Isikan tarikh dan masa temujanji
5) Isi butiran yang dikehendaki
6) Tekan butang "Make Appointment"
7) Hadirkan diri temujanji dan selamat berdating dengan baby :)

Booking ini un PERCUMA je. Tak perlu bayar.

Selanjutnya boleh layari:



Sonovison Ultrasound
H01-2, Plaza Kelana Jaya
Jalan SS7/13 47301 Petaling Jaya Selangor
Email : sonovisionultrasound@gmail.com
03-74503183

Waze : TKM Blades Malaysia Plaza Kelana Jaya