Pil perancang boleh menjejaskan penyusuan

14:56

Harini kisah bacaan untuk mak2 atau bapak2. Yang mana-mana nk tambah kan elmu pengehtahuan atau sumber rujukan. Jadiknya, mummy nak sharing lah sket sebanyak tentang kaedah merancang. Yang biasanya ramai orang tanya mummy kaitan tentang penyusuan dan perancang keluarga. Untuk lebih lanjut, kita tanya pada pakar untuk soalan penyusuan dan perancang keluarga ni.

Soalan: Adakah pil perancang boleh menjejaskan penyusuan? Apakah suplemen yang dicadangkan?
Jawapan Puan Sabrina Haron, Pharmacist. (Petikan dari Majalah Pa & Ma Bil 131 Ogos 2011).
Oleh kerana pengambilan sesetengah pil perancang boleh menurunkan tahap simpanan vitamin C sehingga 30%, pengambilan vitamin C sangat digalakkan semasa mengambil pil perancang. 

Pengambilan pil perancang turut mengakibatkan penurunan aras pyridoxine (Vitamin B6) dan Vitamin E dalam darah. 

Oleh itu, suplemen tambahan seperti vitamin B Complex dan E sangat membantu.


Terdapat wanita yang mengalami ketidakselesaan pada bahagian payudara semasa mengambil pil perancang. Ini boleh diatasi dengan pengambilan EPO 1000mg sekali sehari sepanjang penggunaan pil perancang.
Terdapat 2 jenis pil perancang:
*Mengandungi progestin dan progesteron
*Mengandungi progestin dan estrogen
Pil perancang yang mengandungi estrogen TIDAK SESUAI untuk diambil semasa tempoh penyusuan kerana ia mengurangkan penghasilan susu badan. Progesteron pula tidak memberi sebarang kesan terhadap penghasilan susu badan. Namun, sebahagian hormon sintetik tersebut akan memasuki susu badan tetapi tidak mendatangkan kesan buruk kepada bayi.

EPO selamat untuk diambil semasa tempoh penyusuan. Bahan aktif EPO ialah GLA (Omega 6). Asid lemak ini sangat penting untuk pembentukan sel-sel badan yang sangat pesat terbentuk pada bayi dan kanak-kanak

Mummy tahu perasaan ibu-ibu yang nk bf anak-anak ni. Mmg boleh stress kalau susu badan merundum. Selagi kita berikhtiar untuk bfeed anak-anak. Kita kasik ikhtiar. Mummy pun suka bfeed anak-anak. Alhamdulillah la,rezeki anak-anak ni semuanya. Dapat menyusukan kedua-dua anak ni.



You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab