Wednesday, 11 February 2015

Pizza Hut Personal Pan Pizza RM1


Jimatnya lahai dapat Pizza Hut Personal Pan Pizza RM1. RM1?? Yup RM1 sahaja Pizza Hut Personal Pan. Tapi, selepas melepasi syarat-syaratnya. Dan, yang tak nk melepasi syarat-syarat tu. Personal Pan Pizza sekarang ini pun, tengah promosi RM5.30 sahaja termasuk tax RM0.30. Boleh pilih nak SUPREME/S atau FAMILY Favourites


Harga asal Pizza Hut untuk personal pan pizza SUPREME atau FAMILY Favourites ialah RM11.80 dan RM10.80 (belum masuk tax lagi).



Syarat-syarat nak dapatkan Pizza Hut Personal Pan Pizza RM1 :

1. Mesti beli apa-apa produk di Pizza Hut Malaysia atau PHD - Pizza Hut Delivery 

2. Ambil resit (SANGAT penting ni)

3. Jawab survey di Online Survey Pizza Personal Pan Pizza RM1 dalam masa 5 hari dari tarikh resit. Pastikan anda key in :
*Store no.
*Tarikh
*Masa
*Docket Order

4. Sebelum tutup website survey tu, pastikan tulis Kod No di resit. Kalau tak de Kod tu, nanti tak boleh redeem Pizza Hut Personal Pan Pizza RM1.

5. Siap semua. Terus ke mana-mana cawangan Pizza Hut dan dapatkan Pizza Hut Personal Pan Pizza RM1 (Family Favourites).

Senang dan mudah,kan? 

Ok lah..Nak kene plan dengan encik somi untuk bawa anak-anak makan Pizza Hut. Dhia suka sangat olive dalam Pizza Hut.Saya pun suka lepak PHD kat Damai Mewah, Kajang. Tak perlu tunggu lama pun. Nk makan bawa balik pun boleh. Nak dine-in pun tak ada masalah, walaupun PHD namanya hehe.

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Followers