Blogger's Outing 2015 di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

Bertempat di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya . Kelab Blogger Ben Ashaari Blogger's...


Bertempat di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. Kelab Blogger Ben Ashaari Blogger's day out (KBBA BLOGGER"S DAY OUT) mengadakan majlis mengeratkan silaturrahim sesama blogger. Mungkin sesebelum ini, ada di antara blogger hanya lebih kepada komunikasi di alam maya. Kali ini, kami bersua dan bertentang mata. Bukan bersua untuk gossip, tapi bersua untuk aktiviti riadah yang lebih sihat


Alhamdulillah.. bloggers di berikan kesempatan untuk membawa keluarga sendiri untuk merapatkan lagi ukuwah sesama keluarga bloggers lain.

Para blogger dan keluarga di berikan taklimat oleh urusetia Cik +Yan Ty . Dan ucapan pembukaan oleh En +Ben Ashaari dan bacaan doa sebelum memulakan Majlis KBDO.



Aktiviti KBBA BLOGGER"S DAY OUT di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya yang pertama
GOLF ALA BLOGGER

Gaya golfer memang tak ada. Sebab pertama kali, memukul bola golf menggunakan kayu golf sebenar. TETAPI. Saya tetap memukul bola golf,tau. Tak adalah sampai pukul angin hehehe. 




Anak dan suami juga merasai aktiviti GOLF ALA BLOGGER 


Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ini menyediakan kelas untuk yang berminat mendalami ilmu bermain GOLF.
Junior Golfer bawah 18 tahun pun boleh masuk serta.


Aktiviti KBBA BLOGGER"S DAY OUT di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya yang kedua
BADMINTON ALA HEBOH

Memang heboh hehehe
Mana taknya...beregu 6 orang 1 raket. Hamek. hehehe ada yang jatuh, ada yang nk pukul pakai tangan, ada yang lari bila bulu tangkis sampai. Memang HEBOH ;)

Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ada pelbagai tempat riadah juga untuk anak-anak kecil. Tak adalah anak boring sangat ikut aktiviti mak pak,kan?

Penat bermain dan dahaga. Nasib ada Yeo's Yogurt. Dapat hilangkan dahaga di saat panas berdenting, tambahkan tenaga dan alas perut sebentar.

Misi seterusnya.....
Aktiviti KBBA BLOGGER"S DAY OUT di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya yang ketiga
GO-KART 10 MINIT


Panas berdenting. Matahari tengah tegak weeiiii. Hampir kul 12 tengah hari. Jadi, macam malas je nak main go-kart. Tapi, bila en suami bagi semangat untuk mummy main go-kart. 

Dengan kata2 inspirasi darinya Blogger's Day Out ni, blogger kene enjoy katanya. Ok lah, kita main jugak la. Bawa man2 je. Masa 10 min tu macam lama nau hehe

Aktiviti yang di nanti-nantikan...
Aktiviti KBBA BLOGGER"S DAY OUT di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya yang keempat
MAKAN TENGAH HARI DI BAYOU CAFE

Sedap-sedap menu di sini, sambal tempe yang rangup tu. Kasik ratah je hehe. Pencuci mulut yang dah lama idamkan tapai pulut dan bubur pulut hitam. Akhirnya ketemu di sini. Nyummmmm.

 Tempat makan yang berhawa dingin. Sangat selesa!! Si Dhia, siap bolah makan sambil tidur,tau. Nk letakkan dalam stroller pun tak mahu. Dah tidur betul2 di kerusi makan tu. Baru lah daddy alihkan ke stroller bagi selesa Dhia tidur.


Kita main perang-perang pula...
Aktiviti KBBA BLOGGER"S DAY OUT di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya yang kelima
PAINTBALL


Daddy mewakili mummy je pergi berperang. Kasi daddy mixed around dengan keluarga dari KBBA. Encik suami satu team dengan founder KBBA, Ben Ashaari





Berminat untuk bermain paintball di sini? Boleh hubungi talian seperti diatas.

Sambil-sambil menunggu geng-geng KBBA beraktiviti. Kita sempatkan diri bergambar kenang-kenangan. +Kak Sue +Julia Johari 


Terima kasih +Bro Framestone sudai datang ke KBBA Blogger's Day Out. 
Kredit utk gambar kpd Bro dan +safurara fadhlan .


Antara mug yang saya dapat. Terima kasih Tentera Laut diRaja Malaysia dan Cosmoderm.


Hari bertuah saya dan keluarga, memenangi cabutan bertuah berupa barangan dari Cosmoderm. Terima kasih.


Terima kasih kepada penaja-penaja untuk majlis KBBA Blogger's Day Out





Sebelum pulang ke Kajang, kami sempatkan diri untuk bawa anak-anak berendam di Kolam Renang Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya harga sekali masuk hanya RM5.30


Kami sempat habiskan masa sehari untuk beberapa aktiviti riadah sahaja.
Selain aktiviti yang kami sertai, terdapat juga tempat riadah yang lain seperti:
Futsal Court
Gimnasium
Squash Court
Netball Court
Dan bermacam-macam lagi. Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya sangat esuai untuk family outing, company outing, family day dan juga meeting / conference.


Terima kasih Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya kerana memperkenalkan kami tempat yang sangat best untuk riadah yang sesuai untuk semua golongan.

Terima kasih yang tak terhingga kepada founder KBBA, Encik Ben dan AJK KBBA. Tanpa anda semua. Tiada lah program bermakna untuk kami ahli KBBA di hari KBBA Blogger's Day Out.



You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda