RESIPI MUDAH ASAM PEDAS DAGING TETEL

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam banyak-banyak menu. Mummy suka masak asam pedas dagin...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam banyak-banyak menu. Mummy suka masak asam pedas daging tetel. Mudah dan senang je masak asam pedas daging tetel ni. Bahan pun mudah cari.

RESIPI MUDAH ASAM PEDAS DAGING TETEL

Semalam, waktu rehat sempatkan diri singgah ke supermarket. Plan nak beli ayam. Tetiba nampak daging dan daun kesum. Aummmmm... Macam best dan menarik je,kan? Lama pulak tu, tak makan asam pedas daging tetel. Asam pedas paling femes ialah Asam Pedas Melaka dan Asam Pedas Johor. Bebaru ini, ada pergi ke Melaka. Tapi, kami tak singgah langsung makan Asam Pedas. Sebab dulu-dulu pernah terkena, makan 5 orang je asam pedas. Tapi, beratus-ratus kami kene bayar. Kali ini ke Melaka. Tak terkena tang tu. Kene tang beca lak ye. hehehe. Tak pe lah, dah rezeki penarik beca tu. 

RESIPI MUDAH ASAM PEDAS DAGING TETEL

Kita masak Asam Pedas versi Mummy je lah ye.

RESIPI MUDAH ASAM PEDAS DAGING TETEL


Bahan-bahan masak asam pedas daging tetel


(Blender / tumbuk dan tumis)
1 biji Bawang merah besar
3 biji bawang merah kecil
4 ulas Bawang putih
2 batang Serai
1 inci Lengkuas
Setengah inci halia

Segenggam Cili Kering - kisar dan tumis

1/2 kg Daging 
1 sudu Asam jawa
2 cubit Garam
1 ikat Daun Kesum
3 helai daun limau purut
2 keping asam keping

2 cawan air masak
Sedikit gula
Sedikit garam

RESIPI MUDAH ASAM PEDAS DAGING TETEL

Cara masak Asam Pedas Daging Tetel 


1. Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak panas.

2. Masukkan cili yang sudah di kisar. Biarkan sebati dan agak garing

3. Terus jiruskan air asam jawa hingga kering sedikit.

4. Letakkan air masak hingga didih.

5. Boleh terus masukkan daging tetel, daun kesom dan lain-lain. Tambahkan air jika perlu

6. Agak-agak empuk dalam 20 - 30minit, boleh tambahkan garam dan sedikit gula.

Alhamdulillah daging yang di beli tu cepat empuk. Asam pedas Daging Tetel dah siap masak.


Mudah je kan...jom masak asam pedas tetel.


You Might Also Like

2 comments

  1. wowww..!! lama tak makan asam pedas daging tetel.. selalu jumpa asam pedas ikan pari je.. :)

    by the way, bab beca kat Melaka tu ramai dah complaint kan.. mahal..!! grgrgrgrgrgr...

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda